Bapa tiri kahwin dgn mak sekadar nk ‘teman mlm’. Tergamak abg tiri, pakcik nak try adik prempuan yg masih sekolah rndah

Foto sekadar hiasan. Hai. Assalamualaikum . Izinkan saya lepaskan semua yang terbuku, yang ku simpan berpuluh tahun, yang saya “fake” kan selama ini dibalik wajah yang ceria, sifat yang kelakor dan penampilanku yang menarik. Saya lahir dalam keluarga yang caca marba.

Ayah saya kahwin dengan ibu sebab nak orang jaga anak anak dia lepas isteri yang dicintainya sepenuh jiwa meningal. Saya dan adik beradik yang lain tak tahu macam mana boleh ada, itu persoalan saya dari kecil lagi. Ibu tak pernah dilayan selayaknya seorang isteri. Dikasari bukan secara fizikal, tetapi mental.

Dihina, dicaci, dijerkah setiap hari kesannya lebih hebat dari penderaan fizikal. Ibu yang kulihat dalam gambar gambar lamanya seorang wanita manis, bergaya dengan tubuh kecil molek 200% berbeza sungguh dengan ibu yang kulihat dari kecil hingga sekarang.

Berbaju lusuh tiada segram emas pun di badan, tudung diikat sahaja, berwajah lesu dengan sepasang mata yang sentiasa berair.

Walhal ayahku pegawai kerajaan, dirinya sentiasa kemas berbaju kolar jenama crocodile, d’urban dan sebagainya Didikan ayah pada kami ni lain benar. walhal kami tinggal di bandar, background bukan teruk sangat.

Tapi perlu melalui kehidupan yang cukup payah, sentiasa kesempitan wang, untuk makan hari hari pun sekadarnya sahaja. Kami dapat makan berat sekali sehari, makan sejenis lauk saja, kami akan makan dengan banyaknya untuk hari itu seolah kami tidak akan makan lagi kerana esok entah jam berapa kami dapat makan lagi.

Dulu saya selalu merenung gambar makanan sambil membayangkan saya memakannya hingga tertidur. Bila adik adik lapar saya cari biskut lalu ditumbuk dan dicampur dengan susu pekat manis.

Dulu waktu adik adikku masih bayi semua minum susu pekat manis sampai kami pelik bila tengok susu tepung sepupu kami.

Walhal ayah kami pegawai kerajaan. Saya yang sulung, masih sekolah rendah lagi tapi ayah layan saya seperti orang dewasa. Saya keliling kawasan perumahan mencari pucuk ubi, belimbing untuk dimakan bila sesak tiada lauk mencari barang lusuh untuk dijual.

Saya disuruh ke kedai beli barang atau berhutang barang, ke pasar jalan kaki seorang diri atau dengan adik melintas jalan utama yang sesak.

Allah jualah yang menjaga kami selama ini. Kalau keperluan asas pun tak cukup apatah lagi kehendak lain. Baju tak pernah berganti, mengharapkan ihsan orang. Bila ada orang bagi baju kamilah yang paling gembira memungggah baju seolah mendapat baju baharu.

Walhal yang kami dapat selalu baju fesyen lama, dah koyak sikit, luntur warna, besar sangat. Bila koyak jahitlah sampai saya yang sekolah rendah dah pandai menjahit sebab selalu koyak sampai reput dan rabak kami pakai juga. Dikala rakan lain berbangga dengan baju cantik ditayang semasa hari terbuka di sekolah.

Saya diejek kerana berbaju lusuh, lama dan berbau hapak. Bedak baby pun kami tiada apatah lagi wangian. Sedihnya ketika itu, saya pujuk diri sendiri. Walhal ayah pegawai kerajaan . Di sekolah saya murid yang selalu dipinggirkan, tiada keyakinan diri kerana sedar keadaan diri yang miskin hina.

Bila jamuan tiada makanan yang boleh dibawa, saya jamah sikit makanan sebab perit telinga diejek kawan, tapi pekakkan telinga tapau makan untuk adik adik kat rumah. Bila sesi tukar hadiah saya jadi nervous sebab saya selalu terpaksa bagi barang terpakai sampai kawan rasa macam sumpahan kalau dapat hadiah dari aku, boleh nangislah masa tu juga.

Walaupun luarannya miskin tapi saya tak layak dapat bantuan SPBT kerana ketika itu hanya yang bergaji rendah sahaja yang dapat. Saya sering dimarahi cikgu kerana tak siap homework, cemana nak siap buku teks takde. Yuran dulu kena bayar tapi selalu kena marah sebab tak bayar, malu bila kawan kawan ejek.

Rasanya mesti ramai cikgu yang tolong bayarkan, moga Allah jua membalas jasa mereka. Cikgu payah nak terima sebab ayah kan pegawai kerajaan tengok slip gaji boleh tahan banyak gajinya. Kawan yang ayahnya kerja Alam Flora angkat sampah duduk rumah flat 1 bilik pun boleh bayar yuran on time.

Saya tak layak RMT tapi selalu kelaparan hingga cikgu beri peluang saya jadi pengganti. Kawan complaint makanan tak sedap saya tak reti nak cerewet bagiku dapat makan dah best sangat. Ayah pegawai kerajaan tak seharusnya saya begitu. Mengenai ayah seorang duda beranak lima sebelum kahwin dengan ibu.

Anak anaknya semua tunggang langgang, kerana kecewa isteri meninggal muda ayah tak move on. Biarkan anak anak dia tak tentu hala membesar tanpa bimbingan. Semua tak jadi orang, awal punca memang ayah salah tapi dah besar tua bangka masing masing boleh fikir baik buruk kot.

Ibu adalah watak terbalik dalam drama cliche ibu tiri. Ibu akulah mngsa dera anak anak ayah. Habis emas ibu digadai termasuk pusaka keluarga ibu untuk menyekolahkan anak anak tiri. Tapi dibalas dengan sikap kurang ajar, keluar masuk penjara dan hampir memusnah hidup kami, semua dengan sikap yang sama saja menyusahkan ibu.

Dan masih segar di ingatan, ibu hampir dibaling bata, jika jiran tak jerit mati dah ibu masa tu, dibaling helmet ketika ibu mengandung adik, dilempar kerusi, diludah, dicaci, dimaki dan pelbagai lagi peristiwa yang cuba saya padamkan tapi makin kuat ia mencengkam hati ini.

Selama ini, pedih hati ini melihat air mata ibu mengalir deras setiap kali dirinya disakiti sambil menjerit meminta saya menyelamatkan adik adik. Saya dukung adik adik masuk bilik, kunci dan menangis teresak esak sambil memeluk mereka yang bingung tak mengerti.

Saya rasa useless tak dapat protect ibu. Semua perbuatan jahat ini dilakukan oleh semua anak anak tiri lahanat tu. Semua kurang ajar dan biadap! Ayah? Saya tak tahu siapa ibu pada dia Saya gadis kecil yang memaksa diri membesar, terpaksa menjadi matang dan punya alam kanak kanak yang penuh peristiwa hitam.

Tidak seperti terlihat di luaran, kecik kecik dah lawo orang kata, wajah unik ‘gifted’ yang boleh buat orang toleh dua kali bila terpandang sikit pun saya tak rasa bertuah lebih pada rasa macam bala. Saya yang masih kecil menjadi mngsa pdoflia. Sang pelaku adalah lahanat abang tiri dan 2 orang pakcik aku.

Orang yang sepatutnya melindungi saya mengambil kesempatan atas sikap sambil lewa ayah dan kesibukan ibu uruskan keluarga. Saya cepat mengerti itu perbuatan terkutuk, lantas saya rangka strategi melindungi diri dan adik perempuanku.

Bila abang tiri pulang atau pakcik datang melawat saya jadi gelisah. Saya ekori adik saya kemana sahaja, saya asingkan mereka, bila tiba malam saya jadi burung hantu. Saya kunci pintu, letak barang berat depan pintu dan jadi jaga demi adikku saya tak mahu ada lagi yang jadi mngsa. Hingga kini saya benci betul pdoflia.

Nam saya tegaskan menurut American Phycology Association (APA) ped0filia ialah sejenis penyakit mental, tak patut hidup dalam kalangan manusia normal. Selayaknya mereka dihumban ke dalam api hidup hidup.

Kesan psikologi atas segala peristiwa itu saya menjadi seorang gadis yang terlalu berhati hati dengan lelaki, tiada boyfriend, rendah diri walaupun ada saja lelaki yang ingin ‘mengorat’, tapi panas baran, kuat memberontak dan terlalu berdikari.

Istilah ‘gifted’ memang sesuai benar untuk menggambarkan diri aku, yang saya anggap bala tapi adalah kurniaan Allah yang amat menyayangiku.

Bayangkan, saya kan miskin, ayah tak peduli pasal education, ibu letih uruskan keluarga. Basically tiada galakan belajar. Saya tak pergi tuisyen macam orang lain, harap pergi kelas NADI percuma jalan kaki sorang balik rumah jam 10malam, buku teks pun tak cukup apatah lagi buku tambahan yang cikgu suruh beli.

Orang lain dah separuh buku digunakan, saya baru mampu beli. Selalu jadi mngsa amukan cikgu, dek kerana selalu ponteng, takde buku.

Seingat saya kamus lusuh belacan english-melayu-cina lama milik salah sorang abang tiri (dia tak pernah pakai pun rasanya) yang banyak bantu saya belajar meskipun orang lain pakai kamus oxford fajar edisi terkini. Allah saja tau betapa strugglenya saya ketika itu.

Tapi sebenarnya Allah tengah lorongkan saya ke arah jalan yang bakal mengubah hidup aku. Dalam hal ini, melalui cikgu cikgu yang paling kuat mengamuk kat saya tadi. Sebenarnya disitulah kunci pada kejayaan saya hari ini.

Entah macam mana, saya jadi pelajar cemerlang, 5A UPSR, masuk sekolah kluster antara terbaik di Malaysia.

Sekelip mata pandangan jelek rakan bertukar, yang sombong dari darjah satu tiba tiba mesra. Semua guru kagum saya terpilih ke sekolah berprestij tu. Kisah saya menjadi sejarah di sekolah itu dan buah mulut selama beberapa tahun. Manakala yang galak menghina saya tak kemana. Hingga ke hari ini segan sendiri kalau bertembung denganku.

Saya melangkah bergaya keluar dari alam sekolah rendah Fast forward life sekolah menengah masih struggle. Tapi peluang ke sekolah elit kluster telah membuka minda dan perspektif terhadap masa depan, berubah lebih optimis. Rakan rakan di sana bukan kaleng kaleng, anak dato, tan sri, yang tiada gelaran pun kaya raya, balik dijemput driver tapi tidak sombong atau berlagak.

Masih santun pada guru dan tak pilih kawan. Tapi dek kerana rasa rendah diri yang masih tebal saya kekalkan sempadan persahabatan. Saya masih dihimpit tekanan, masih menerima gangguan seksual dan miang dari abang tiri dan kawan ayah. Tapi saya bijak dan lincah mengelak. Sehingga suatu hari saya terleka, saya hampir dirgol abang tiri yang mabuk.

Saya diselamatkan oleh seorang lelaki yang akhirnya mengubah seluruh hidupku. Selepas peristiwa hitam tu saya tak menoleh lagi. Saya nekad mahu lari sejauhnya dari keluargaku. Ayah tidak akan membelaku. Nasibku hanya saya yang mampu ubah. Saya belajar kuat kuat hingga tak balik rumah, tidur rumah kawan, waktu cuti sekolah saya kerja tapi duit saya bagi ayah sebab kesian adik adik tak cukup makan.

Tapi ayah fitnah saya pada guru aku, dia kata saya liar, selalu lari rumah. Saya teruk dimarahi guru hingga tak tertelan nasi depan mata. Malu pada rakan yang tak tahu cerita sebenar. Sekali lagi saya ‘diselamatkan’ seorang guru.

Nama saya jernih semula. Saya berjaya dalam SPM, dapat tawaran menjadi guru. Ayahku yang berfikiran sempit marah marah sebab katanya cikgu tak masyuk, tak glemer macam mana nak bagi dia duit bila dah kerja. Saya tak peduli pun masa tu, minat jadi cikgu tak pernah ada pun, yang saya tahu yuran masuk cuma RM300, tiap tiap bulan ada elaun, ok boleh survive.

Saya yang degil ni minta ayah hantarkan ke maktab. Ayah ungkit segala belanja dia untuk aku. Walhal dia keluar duit tak sampai RM500 or maybe lebih sikit sebab saya tak kira duit minyak dan tol.

Satu hal yang masih terkesan dalam hati, waktu saya mula daftar maktab, mereka minta ‘penjamin’ untuk tandatangan borang perjanjian.

Syaratnya pegawai kerajaan gred A, tidak lain tidak bukan, makcik ku berpangkat besar itu.

Namun kecil hati sungguh saya bila dia kata dia tak boleh dan statement dia memang mengguris hati saya,

“Kalau kamu langgar perjanjian dan dibuang kolej nanti kena bayar RM150k tau sebab saya penjamin”.

Apa teruk sangat ke saya ni sampai boleh kena buang? Ayah jerit jerit pulangkan borang perjanjian kosong dan kata saya menyusahkan dia.

Lalu saya bawa borang tu pada sorang hamba Allah yang takde pertalian drah pun dengan saya dan ditanda tangan tanpa sepatah pun alasan. Alhamdulillah, takkan ku lupa jasa beliau. Saya jalani kehidupan di maktab dengan penuh warna warni suka dan duka. Bertemu sahabat sahabat sejati.

Ayah saya 2 kali je muncul di maktab sepanjang pengajian aku, masa hantar saya daftar dan masa pulangkan borang tu. Segala wang dia keluarkan saya dah bayar melalui wang sagu hati pelajar cemerlang yang diberikan kerajaan negeri, semua saya bagi dia sebab malas dengar dia ungkit.

Sebab saya kan bijak dah expect saya kena survive sendiri sebabtu saya pilih belajar di maktab tapi elaun selalu masuk lambat pulak. Disini takdir Allah selalu menyebelahiku. Lelaki yang menyelamatkanku masa zaman sekolah pernah cuba saya hindari.

Tapi dah jodoh kot, boleh pulak tempat kerja si dia berhampiran dengan maktab. Sejak itu, kehidupan saya menjadi semakin mudah dengan kehadiran si dia yang sentiasa mengambil berat kebajikanku. Tiada masalah wang saku, malah dengan elaun ini saya mampu beri wang belanja pada ibu dan menghantar adik saya belajar.

Subhanallah tiada dayaku melainkan dengan izinNya Fast forward lagi memang takde can lelaki lain nak masuk jarum dah saya berkepit je dengan si dia. Habis belajar kami kahwin tanpa restu ayah.

Ayah menentang keras sebab si dia biasa biasa je. Saya kan rebellious, rebel is my middle name. Dari kecik saya fight untuk hidup saya dan I will keep fighting for my life. Ibu beri restu, itu yang paling utama. Panjang betul kan cerita saya? Saya hargai orang yang sudi baca.

Ayah saya jatuh sakit beberapa tahun lepas pencen, hilang upaya kekal, tapi mulut kekal bisa. Masih memaki ibu tanpa sedar hanya ibulah yang masih sudi melayaninya. Disini saya melihat kifarah Allah pada dia dan betapa mahalnya hidayahNya.

Saya melihat wang pencen dan gratuti bernilai puluhan ribu ringgit hangus ditipu rakannya. Anak anak kesayangan dia bergaduh sesama sendiri, selalu minta wang pencen ayah, ada yang dikejar polis kerana pecah amanah, yang sorang lagi tu memang dari dulu keluar masuk penjara, ada yang jadi gay tua euwww, Ada yang susah hidup sampai minta adik adik saya wang beli susu anak.

Ada yang mulut celupar berani fitnah ibu dihadapan saudara di kampung tapi saya tahu dia sendiri menderita hidup dengan suami yang baran dan mertua yang selalu hina dia. Tapi anak anak dia yang tak guna satu sen ni yang dia sayangkan sangat. Saya tak paham betul.

Padahal adik lelaki saya yang sanggup pinjam kereta orang angkut dia pergi hospital, ibu tidur atas lantai hospital menjaga dia, adik adik setia memasak, bergilir jaga ayah di hospital. Jangan kata terima kasih, dimaki hari hari pula. Anak anak kesayangan dia haprak takde sorang pun yang berguna.

Balik bila perlu sesuatu je. Suatu hari, atas permintaan ibu dan izin suami saya ke hospital menjaga ayah. Saya cuma taknak ada yang mengungkit sebab anak kesayangan ayah dah berbunyik. Hairan aku, lebih lebih pulak dia, sengaja cari pasal.

Padahal wang belanja ibu untuk keperluan keluarga dan memenuhi permintaan ayah yang macam macam selama ni semua duit aku. Saya bukan macam ayah dan anak anak dia suka mengungkit. Dari dulu saya memang suruh ibu rahsiakan wang saya beri.

Tak sedar diri tu dulu masa saya belajar mintak duit ibu dan berani mintak duit aku. Saya pun tak pernah mintak duit ibu saya tau. Sorry saya tak bodoh, hidup kalau tak membantu jangan menyusahkan.

So lepas saya jaga ayah, saya rasa tiba masanya saya lepaskan segala yang patut saya katakan pada mereka, yang saya simpan lama sebab masa tu saya belajar lagi. Sekarang saya dah kerja bagus, ada suami dan saya boleh berlagaklah, hahaha. Saya bahasakan semua anak anak kesayangan ayah saya panjang berjela dengan ayat paling berbisa.

Puas hati saya, bitter lah masing masing tu, panas punggung perit telinga. Tentang life saya sekarang, ‘blessed’ adalah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan erti sebenar ‘gifted’ yang dulu saya rasa macam bala tu. Saya ada suami yang berikan segala hak saya yang dinafikan dulu, hak untuk dilindungi, hak untuk dihormati, hak untuk disantuni, hak untuk dihargai.

Kasih sayang, cinta jangan katalah, bertahun kahwin hangatnya masih sama. Segala hak ibu sebagai isteri yang tidak pernah ayah tunaikan Allah berikan kepadaku. Jatuh air mata ini saat ibu katakan padsaya dia tidak pernah rasa bahagia selepas kahwin dengan ayah, tapi bahagia itu rupanya Allah beri pada saya anaknya, ibu rasa bahagia sungguh lihat suamiku melayaniku.

Alhamdulillah maha suci Allah. Ampuni saya yang pernah mempersoalkan aturanMu. Tipulah jika kami tak pernah susah. Awal perkahwinan dulu susah duit tapi hati bahagia berbunga bunga. Hanya senyuman dan kebahagiaan bila bersama dia.

Dia lelaki yang membuatku sentiasa angau, yang saya rindukan dan saya tunggu kepulangannya setiap hari. Setiap patah kata dari bibirnya hanya membuatku senyum dan ketawa. Saya hanya menangis bila terkenangkan betapa sengsaranya hidup ibu bersuamikan ayah.

Hingga saat ini saya dapat segala yang tak pernah saya imagine dapat pun saya dapat. Dulu fikir Secret Recipe mahalnya tapi sekarang banyak kali merasa fine dining di 5 star hotels, dulu rasa bag Sembonia mahal dah tapi sekarang ada collection LV, merasa berjalan selesa padahal dulu saya fikir pakai saga pun best dah.

Berkat pemurah pada isteri dan ibunya (mertua aku) rezeki suami mencurah curah. Kerjaya saya pun stabil tapi segala yang membaluti badanku adalah pemberian suami. Bagi dia satu kepuasan melihat isteri yang bergaya dengan hasil titik peluhnya Suamiku, anak yang amat baik pada ibunya, ayahnya, isterinya dan keluarganya.

Hasil didikan ibu ayah mertusaya menjadikan suamiku lelaki yang hebat. Bawalah dia kemana pun mesti dia dapat kawan baharu. Pak guard sekolah aku, tokey kedai makan kat maktab jadi member dia, pensyarah saya sampai jadi bapak angkat dia. Cemana tu, hahaha. Bawa kenduri disebut tuan rumah, bawa balik kampung dipuji saudara mara.

Kawan aku, kawan dia, kawan dia kawan aku. Sahabat yang baik, pantang dengar kawan susah, sedaya upaya pasti ditolong. Tak pandai mengungkit, ini paling ketara.

Siapapun berhutang tak bayar tak pernah diburukkan, kadang saya pun tak tahu, padahal rakan lain. Siap up kat facebook orang tu tak bayar hutang dia RM100 walhal orang tu berhutang beribu dengan suami aku. Minta elok elok tak dapat takpe, “maybe dia ada masalah, kalau dia tak bayar bukan rezeki i tapi lepasni i tak kasi pinjam dah” macamtu je dia.

Suami sangat jaga aib rakan rakan dia, walaupun yang lain dah kecoh dalam group suami buat rileks je. Dia tak pandai buruk sangka, tak reti membawang, jujur dan tak mudah ambil hati, sangat pemaaf.

Kehadirannya disenangi siapa saja, malah ibu bapa sahabat dia. Entah berapa ramai parents sahabat dia yang official jadi adopted parents dia. Saya juga yang puas kena hafal mana satu kena panggil mak, abah, mama, ayah ehhh Memiliki dia adalah kebanggaanku.

Adik saya semua sangat menghormati suami kerana dia pandai ambil hati mereka. Di wajah adik lelakiku terserlah rasa hormat yang tinggi bila berbual dengan suamiku, bila dengan adik adik perempuanku saya dapat lihat betapa gembiranya mereka punya abang yang caring. Bila ada masalah suami akan segera bantu.

Bila lapang suami bawa ibu dan adik adik berjalan, makan sedap sedap dan shopping. Suami akan sentiasa ingatkan saya tentang keperluan ibu dan tak pernah lupa hulur belanja. Ayah masih dengan egonya, bukan tak pernah mencuba pulihkan keadaan.

Pernah masa awal kahwin dulu, pada hari itu tanganku digenggam erat suami menarikku keluar rumah itu meninggalkan ayah kerana tak sanggup dengar isterinya dimaki lagi. Masih saya ingat ketegasan kata kata suamiku pada ayah, waktu itu saya benar benar yakin menjadi isterinya adalah keputusan paling tepat dalam hidupku.

Allah kurniakan kami sepasang anak, yang manis, manja, bijak dan sihat. Alhamdulillah, Allahuakbar. Saya pregnant lepas 3 tahun kahwin, saya takut mulanya saya suruh ibu rahsiakan sebab ayah selalu doakan saya dapat anak cacat dan hodoh. Sedih saya tapi suami pandai distract aku, bagi saya happy je.

Dengan izinNya kedua dua anak saya lahir sihat sempurna bonus muka comel boleh jadi model baby masuk magazine tapi suami tak kasi daaa. Berangan je lah, hahaha.

Ibu excited tak boleh tahan tahan sebab ni kan cucu sendiri akhirnya lama kelamaan ayah dapat tahu. Egonya dia ibu cerita dia curi curi tengok gambar cucu cucu dia sambil comparekan dengan cucu cucu dari anak kesayangan dia tu lah. Ya Allah, bukankah anak itu amanah dari Dia, sempurna walau apapun rupanya.

Biarlah dia dengan egonya, saya masih lagi skeptikal. Saya tak boleh terima jika anakku pula dihina. Apatah lagi suamiku, boleh bertukar hijau dia Suami, father figure idaman aku. Dia pengalaman pertamsaya melihat seorang ayah yang sebenar. He is the best dad ever.

Tumpah air mata kegembiraan saya tiap kali melihat keakraban anak anak dengan daddynya. The kids are happier when daddy’s around. Tak kisah betapa penatnya suami, baru sampai rumah after long hours of driving, tak cukup rehat he doesnt care.

Reach home, hugs the kids, roll up the sleeves dan here we go daddy will serve u today. Bila daddy outstation anak anak boleh demam rindu. Unlike me, Imma fierce mommy, kurang sabar, oh well thats me, susah nak ubah.

Suami sentiasa ajar saya control anger pada anak anak. Bila saya naik angin dia pujuk saya “mommy is tired let mommy rest ok” or “u guys tak behave ya, kesian mommy penat tau buat kerja rumah”. Bab parenting saya banyak rely on him sebab dia rational.

Dia takkan marah saya depan anak walaupun saya tengking dorang (panas baran kan) dia akan control the situation wisely, pujuk anak give explaination, belakang baru dia tegur saya elok elok. Apart from being a daddy, he is my daughter’s boyfriend dan my son’s best friend.

Ok, at last! This has come to the end. Apa yang saya cuba sampaikan adalah,

1. Percaya pada aturan Allah. He is the best planner. When u feel its impossible, turn to Him. Dia beri ujian yang mampu kamu hadapi, minta jalannya saja.

2. Tanggungjawab, jangan sikit pun lari. Tak sikit pun Allah lupa, takkan sesekali kamu terlepas.

3. Begitu juga hak isteri, nafkah khususnya. Kedekut dengan isteri? Allah ambil semua tak tinggal sikit pun.

4. Doa adalah senjata orang Islam. Doa ibu adalah mukjizat buat anak, doa yang tak elok takkan diangkat Allah tanpa izinNya.

5. Ambil kisah ini sebagai pengajaran. Pentingnya peranan seorang lelaki dalam mengemudi rumah tangga, ke mana arahnya? Selamat tibakah atau hanyut tenggelam dalam badai.

6. Bahagiakan isteri dan ibu, kunci semua pintu rezeki. Yakin dan percaya pada rezeki Allah ada dimana mana

Ya Allah, kurniakan keluarga ini, keluarga kami keberkatan di dunia dan akhirat. Himpunkanlah kami bersama sama di syurgamu kelak. Hidup dan matikanlah kami dan keturunan kami dalam agamaMu.

Amin ya rabbal alamin…

Sumber – NUR (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *