Tiba2 bersalin tak cukup bulan lps suami bawa balik ikan pelik. Mengucap panjang ayah mertua lps merenung mata ikan itu

Foto sekadar hiasan.

Masa mengandung 7 bulan ngidam udang galah yang suami pancing. Tapi 1 udang galah pun tak dapat. Sebelum balik suami terpancing ikan cantik dan pelik. Lepas tu tiba tiba perut aku sakit dan terpaksa bersalin. Rupanya ada ‘kaitan’ ikan tu dengan anak yang aku lahirkan ni sampai kene pakai bantuan pernafasan dalam NICU selama 2 bulan sampai lah aku dapat mimpi buat aku percaya sesuatu..

Masyarakat Melayu memang kaya dengan pantang larang dalam segala hal, termasuk juga pantang larang yang melibatkan wanita hamil. Kita pasti biasa mendengar orang tua berkata sekiranya ibu yang sedang hamil mengidam sesuatu namun tidak mendapatnya, bayinya nanti akan menjejes air liur.

Ada pantang larang yang boleh diterima akal, namun banyak juga yang membuat kita tertanya tanya di manakah logiknya. Ada juga kepercayaan jika kita sedang hamil dan ingin melakukan perjalanan jauh ketempat tempat yang kita tidak biasa pergi.

Terpaksa melalui kawasan hutan atau perjalan pada larut malam kita digalakkan membawa bekal paku atau jarum supaya syaiitan yang suka berdamping dengan wanita hamil tidak berani dekat. Wallahualam.

Kita juga biasa dengar dimana seorang suami yang gemar memancing, memikat burung terpaksa berpada pada dengan hobinya kerana bimbang anak yang bakal dilahirkan akan mendapat ‘kenan’ atau ‘badi’.

13 tahun dahulu, saya juga kurang percaya dengan pantang larang ini. Saya menganggap ianya ‘kuno’, mengarut dan kolot sehinggalah ianya terjadi pada saya sendiri.

Sewaktu hamilkan anak lelaki pertama saya, saya terlalu idamkan makan udang galah. Berpuluh puluh ekor mertua dan ibu saya masak dengan pelbagai resepi namun ianya tidak dapat memuaskan hati saya.

Saya hanya menjamahnya sedikit, tidak mampu menelannya kerana alahan yang teruk, bakinya dihabiskan oleh adik beradik yang lain.

Sehinggalah pada satu masa itu saya benar benar ingin memakannya dan ianya mesti dipancing oleh suami saya sendiri. Mungkin yang belum pernah merasai perasaan ini akan berkata,

” Mengada ngada jer kan.” atau ” Meluat aku. Manja sangat.”.

Alhamdulillah suami saya menurut setiap kemahuan saya. Hari pertama, suami berjaya beroleh 2 ekor udang galah walaupun bukan musim. Saya makan dengan selera sekali walaupun hanya digoreng dengan kunyit.

Bila suami saya melihat saya berjaya habiskan tanpa muntah kerana alahan, dia bercadang untuk memancing sekali lagi. Alang alang masih berada di kampung kerana cuti masih berbaki. Keesokannya dia pergi lagi memancing walaupun ditegah oleh ayah. (Al Fatihah. Semoga ayah tenang disana. amin.)

Kata ayah, cukup la dah dapat sekali lepaskan hajat. Namun suami berdegil bila melihat saya tarik muka masam. Ayah berpesan, kalau nak pergi juga, sebelum baling pancing, minta kebenaran daripada ‘penduduk’ disitu untuk melepaskan hajat isteri.

Suami saya hanya ketawa. Kali ini saya juga ikut sekali kerana menurut suami tempat dia memancing tu redup dan cantik. Ada pokok buluh, rumput rumput yang lembut dan ianya seolah olah macam taman. Saya teringin untuk mengikutnya.

Setibanya disitu (Pulau Keladi, Pekan Pahang), memang benar kata suami saya, kawasan itu sungguh cantik ada pokok sena dan bau bunga kenanga menambahkan lagi ketenangan disitu. Lama kami tunggu, tiada seekor udang galah pun yang ‘naik’.

Maghrib hampir tiba suami menarik pancing dan ada seekor ikan yang kami tidak kenal namanya terlekat di mata pancing. Oleh kerana masih hidup, suami membawanya pulang untuk disimpan di dalam akaurium ayah. Sisiknya cantik berwana warni dan berkilauan jika terkena cahaya.

Kami meletakkannya di dalam akurium hiasan di kedai ayah. Sewaktu dalam perjalanan pulang, tiba di satu simpang Sagil Gunung Ledang, suami mengelak daripada terkena sebuah 4×4 sehingga kami terbabas ketepi hutan. Jauh di seberang sana kelihatan lelaki cina keluar daripada 4×4 dia dan berlari kearah kami. Dia bertanyakan keadaan kami.

Dia juga bertanya pada suami, adakah suami saya nampak sesuatu terbang kearah kereta dan ‘landing’ di bumbung kereta kami. Suami hanya ketawa dan menganggap lelaki itu mungkin terlebih alk0hol.

Setibanya di rumah, tiba tiba perut saya sakit.

Memandangkan kandungan saya baru sahaja mencecah 7 bulan, maka saya biarkan sahaja kerana sakit itu datang sekejap sekejap. Keesokkan pagi, sakit belum reda, suami mengajak ke hospital untuk mengambil ‘MC’.

Setibanya di kecemasan saya terus ditolak ke bahagian bersalin dan setelah diperiksa, doktor mengesahkan saya akan bersalin.

Alhamdulillah saya selamat melahirkan bayi lelaki. Oleh kerana pra matang, bayi saya dimasukan ke NICU. Bayi saya ada masalah pernafasan kerana paru paru tidak bekembang dan doktor mengesahan hanya 30% sahaja mampu bertahan. Waktu itu luluhnya hati saya.

Bayi yang aktif begerak semasa di dalam rahim, terbujur kaku dihadapan mata dengan wayar pelbagai warna berselirat dan pelbagai saiz jarum dicucuk ke badan.

Bayi saya hanya hidup dengan bantuan pernafasan. Hampir 2 bulan bayi saya terbujur kaku tanpa ada sebarang perubahan.

Saya berulang alik ke hospital dari hari pertama saya berpantang. Tanpa saya perdulikan kesakitan. Tiap tiap malam saya akan terdengar suara bayi ketawa dan kadangkala menangis. Saya jadi takut bila keseorangan.

Sehinggalah satu malam saya bermimpi didatangi orang tua berjanggut putih meminta saya lepaskan ikan yang suami saya tangkap dahulu.

Suami segara menghubungi mertua saya dan menyatakan tentang mimpi itu. Mertua saya segera ke kedai tempat letaknya akuarium itu dan merenung ikan itu lama lama. Masya Allah. Mengucap panjang Ayah bila mendapati mata ikan itu berkedip seperti mata manusia sedangkan mata ikan sememangnya tidak berkedip.

Bila Ayah merenung ikan mata ikan itu, ikan tersebut turut merenung mata Ayah dan waktu itu Ayah membayangkan persamaan cucunya (anak saya) yang hanya mampu hidup dengan bantuan pernafasan sama seperti ikan itu yang hidup bergantung pada bekalan oksigen.

Jam 2 pagi Ayah mengambil ikan itu dan segera melepaskannya ke Sungai Pahang sambil membaca al fatihah dan meminta maaf di atas ketelanjuran kami.

Alhamdulillah, semenjak hari itu peratus anak saya meningkat dan seminggu selepas itu anak saya dibenarkan keluar daripada hospital.

Ajaibkan. Kuasa tuhan. Dengan izinNya.

Semenjak daripada itu, segala pantang larang orang tua tua saya akan ikut kecuali ianya membawa kearah syirik.

Contohnya saya akan berpesan pada anak anak saya jika hendak membuang air di kawasan hutan atau semak, terlebih dahulu minta kebenaran contohnya. ” Saya tumpang kencing.” Kita tidak tahu apa yang ada di sekeliling kita. Sesungguh alam ghaib itu wujud.

Sumber : Kisah Rakyat

Kisah diatas pernah tular beberapa tahun lepas. Tidak dapat kami pastikan samada ianya adalah berdasarkan kisah benar ataupun hanyalah rekaan semata mata. Sekadar berkongsi cerita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *