“Buruknya aku di mata ibu”. Ibu pilih kasih. Paling aku takut nk sentuh ibu. Dlm 4 adik beradik, aku yg paling terkesan

Foto sekadar hiasan.

Apa yang aku ceritakan dan luahkan ini tidak lain dan tidak bukan hanya kerana aku tidak mampu melupakan setiap saat saya dibesarkan dan dididik dalam keadaan mental aku dibuli dan rasa ketidak adilan sebagai seorang anak.

Dah lama aku pendam, sampai detik-detik itu menghantui dan menganggu hidup aku. Harap ada pengajaran dari apa yang aku tulis ni.

Masa aku kecil, aku tak mampu nak memahami apa-apa. Bagi aku, orang yang ada ibu bapa itu bertuah dek kerana masa itu aku ada berkawan dengan beberapa orang anak yatim. Cikgu-cikgu di sekolah pun selalu bercerita tentang keluarga bahagia, cara teladani ibu bapa dll.

Perasaan itu buatkan aku hargai kedua ibu bapa aku tetapi, bebanan perasaan tetap buatkan aku berfikir banyak kali, sampai tahap macam mana rasa syukurnya aku ada ibu bapa?

Aku dibesarkan dengan keadaan keluarga yang ‘arahan ibu lebih veto dari arahan ayah. no choice. tiada rundingan.’ Ayah aku seorang yang lembut perwatakannya, lebih banyak berfikir dari bertindak.

Dalam diam kami adik beradik makan hati dengan sikap ibu, ayah akan datang bagi nasihat yang syurga di bawah tapak kaki ibu. Jadi anak yang baik, jangan melawan cakap itu dan ini. Tapi sayang, sesuatu dalam diri aku ini seakan rebel dengan semua tindakan itu.

Dalam keluarga, ayah tiada hak buat keputusan. Apa saja yang membangkang ibu, akan tercetusnya pertengkaran mulut, dan ungkit mengungkit.

Ibu pilih kasih. Dalam kami empat adik beradik, aku yang paling terkesan. Sebab nya?

Aku ni lembap, belajar slow, sukan pun tak aktif sangat, kerap sakit, takde apa yang ibu boleh buat bahan bercerita pada sepupu sepapat tentang ini melainkan mengeluh panjang, dan merungut aku tak macam adik beradik lain bila ditanya makcik dan sepupu-sepupu.

Mata ni menjadi saksi mimik muka ibu, dan telinga ini mendengar semua ayat yang ibu downgrade aku pada orang luar. Aku membesar dalam keadaan menyakitkan.

Aku persoalkan kenapa hidup aku perlu dilayan begitu rupa. Aku dah usaha, belajar sampai takde rehat, aku cuba penuhkan permintaan ibu, tapi keputusan aku tetap tak membanggakan ibu.

Aku bawa keputusan PMR, aku tunjuk pada ayah aku dapat 4A 4B, ayah ucap syukur dan puji aku, tapi bila aku tunjuk pada ibu, ibu cuma cakap “Ini je?” Kemudian aku dapat silent treatment dari ibu sebulan.

Masa tu aku malu sangat dengan semua orang dalam family aku.. Jadi aku berkurung dalam bilik dan buat hal sendiri..

Keputusan SPM aku decide tak nak tunjuk pada sesiapa. Aku balik, tengok result sendiri, aku simpan dalam fail diam-diam. Takde apa yang nak dibangga kan pun.

Kalau hari raya, abang dan kakak aku dipuji cantik, nampak sopan, anak yang baik. Tapi bila part aku, mak aku dengan jujur tak jaga hati aku langsung, akan cakap baju aku tak sesuai dengan aku. Nampak gemuk lah. Nampak gelap lah. Ada je yang tak kena.

Dan paling menyakitkan, dia tak cakap personal dengan aku, dia akan cakap benda tu depan adik beradik aku yang lain. Aku dengan adik beradik aku takde masalah.

Kitorang okey, bila ibu cakap macam tu diorang akan serba salah dengan aku. Mula lah pujuk aku dengan nak share tudung atau kasut, tapi aku tak nak. Aku tetap buruk di mata mak aku. Pakaian tu semua bukan ukuran, selagi aku tak pandai mak aku tak pandang aku. Aku sedar.

Bila aku dah besar, sambung belajar luar dari negeri, ibu tak pernah call aku tanya khabar ke apa. Selalu kalau aku call, dia akan cakap dia sibuk, nak memasak untuk makcik aku la itu ini. Jadi, perbualan tak pernah lama pun.

Ya. Aku sedar yang aku hidup ni bersyarat. Nak ibu sayang sanjung kau, kau ikut semua syarat dan kehendak dia.

Kemudian, bukan pujian sahaja kau dapat, siap bonus doa seorang ibu lagi… ku bet, macam tu lah. Sebab dari kecil aku dipertontonkan dengan gelagat dan tindakan ibu aku yang macam tu.

Pernah sekali abang kedua aku tak perform exam, dia pun dapat layanan yang sama macam aku. Apa yang aku faham, atas dunia ni semua ‘berbayar’ walaupun dengan mak bapak sendiri.

Aku tak denied yang aku kena balas jasa mak ayah, belajar bagus, kerja bagus, pakai kereta bagus, rumah bagus, bagi duit kat mak ayah setiap bulan dll.

Tapi aku tak boleh terima semua tu sebagai syarat jadi anak solehah, anak terbaik, anak harapan mak ayah. Bila ada semua tu baru mengaku hasil doa ibu, hasil didikan ibu, itu ini? Kalau takde semua tu, perlu ke dilayan teruk?

Ibu aku suka mengungkit. Kalau lah dengar dia ungkit sesuatu, dari kau satu minggu dalam perut lagi dia dah cerita susah nya nak jaga anak seorang. Dia suka membebel dengan mengangkat ‘kesusahan’ dia itu suatu yang semua orang perlu sacrifice dan hargai apa yang dia buat.

Kalau la aku soalkan pada dia yang aku tak mintak dilahir ke dunia, dia akan cakap aku tak faham kesusahan dia. Dia cakap aku tak mengenang budi.

Kemudian dia menangis tersesak-esak macam aku dah buat sesuatu pada dia. Aku cuma tanya dia je sebab aku dah tak tahan dengan ‘drama’ sebab asyik-asyik aku je kena.

Dia kata aku anak derhaka sebab dah guriskan hati dia, ibu cakap aku tak layak bau syurga sebab aku melawan cakap dia, dia cakap dia letih jaga aku siang malam duit habis banyak ribu nak bagi aku jadi manusia, dia cakap macam-macam lagi.

Sepanjang aku membesar, ibu selalu ungkit pasal duit. Kalau kena bayar yuran atau kena beli buku untuk kegunaan sekolah, dia akan mengeluh. “Beli buku banyak-banyak tak pandai pun.” itu yang dia cakap pada aku.

Jadi aku tak nak menyusahkan dia, aku kumpul duit makan, aku beli buku sendiri. Aku berhenti tuisyen berbayar, & hadir tuisyen sekolah je.

Masa aku umur 14 tahun, aku dah mula rasa perubahan. Tapi masa tu, aku tak tahu yang perubahan aku tu sebenarnya aku ada anxiety, dan depressi0n.

Bila setiap kali jadi macam tu, aku menangis dia cakap aku macam tu. Tapi itu lah, dia cakap pada aku, anak yang buat ibu menangis ni patut pujuk, belai ibu semula. Ini tak, aku pun menangis sekali seakan tak hirau perasaan dia langsung.

Aku penat. Aku penat nak puaskan hati seorang mak yang tak pernah bersyukur ada aku as anak dia. Benda ni dalam seminggu, mesti sekali dua aku kena hadap adegan air mata dan ungkit mengungkit dan dikata anak derhaka. Sampai lah aku dah besar, stay kat asrama, aku rasa tenang sangat.

Tapi aku jadi insecure dengan diri aku. Aku takut nak bersosial sebab aku tak pernah dihargai pun dari kecil. Aku ada satu tabiat, yang susah nak buang. Aku lagi pentingkan pandangan orang sekeliling aku dari diri aku sendiri, jadi aku senang dipergunakan orang.

Sikap aku ni kesan dari didikan mak aku, sepanjang aku membesar aku perlu fikir apa orang kata, apa reaksi ibu, apa, apa, apa, dan apa sampai aku lupa mental aku dah teruk.

Masa aku ada masalah, aku cuba nak jadikan ibu macam ibu orang lain. Yang boleh berkongsi cerita, minta nasihat itu ini. Tapi aku dah jangka reaksi dia, aku je bodoh masih nak tagih kasih sayang dia.

“Masalah ibu lagi besar tau, nak bayar bil api, bil air, makan minum bulan ni, duit entah cukup entah tak. Cuba fikir kalau kamu duduk tempat ibu, siapa lagi banyak masalah?”

Itu yang dia balas pada aku. Jadi dari kecil, kalau orang tampar aku ke, buli aku ke, aku kena backup diri aku sendiri, lap luka sendiri, menangis pujuk sendiri, sampai aku besar aku jadi seorang yang sangat secretive.

Aku masuk ward untuk 0peration pun aku tak rasa penting nya family aku tau. Aku kemlangan kat tempat belajar pun biar tinggal kesan, aku tak akan bercerita. Paling aku rasa ‘kagum’ dengan family aku, diorang nampak parut, dan diorang tak pernah BERTANYA. Sangat wow….

Aku dengan adik beradik aku rapat, dengan ayah pun, tapi aku jarang nak berkongsi moment yang nampak aku ni sebagai orang yang gagal depan diorang. Yelah. Life diorang bagus-bagus. Selalu nya aku happy je, follow the flow, aku tak suka rosak kan mood orang dengan cerita-cerita gagal aku.

Dengan ibu, lagilah aku tak akan tunjuk. Dari aku umur 12 tahun lagi aku dah berhenti jadi clingy dengan family aku. Kalau orang lain, peluk ayah, peluk ibu, salam apa semua mesti penuh rasa kasih kan?

Tapi aku tak, aku rasa awkward sangat, macam ada pemisah antara aku dengan family aku. Sampai sekrang aku masih ada rasa macam tu. Aku paling takut nak sentuh ibu aku. Sebab seumur hidup aku rasa memang boleh kira dengan jari ibu aku sentuh peluk cium aku.

Kadang-kadang aku langsung tak boleh recall pun moment-moment tu. Yang ada dalam kepala aku, ayat-ayat ibu yang menunjukkan aku ni loser, aku susahkan dia besarkan aku, anak derhaka, aku tak kenang jasa dia, itu ini… banyak lagi sampai kadang-kadang aku menangis sendiri ingat semua tu.

Aku nak tanya, apa rasa korang yang ada ibu supportive? Mesti seronok kan? Aku tak tahu lah ibu boleh faham atau tak perasaan anak-anak dia.

Kadang aku menung sendiri kenapa agama letak Ibu di tempat paling utama untuk dihormati. Ibu selalu cakap syurga bawah tapak kaki dia, dan dia suka derhaka kan aku setiap kali dia menangis.

Sebab agama letak Ibu paling utama, as kunci syurga jadi ibu-ibu sekalian alam boleh derhaka kan anak suka-suka hati ke? Rasa superior bila ada lesen agama? Kalau aku tanya ibu aku soalan ni, mesti bergaduh tak boleh bawak bincang langsung.

Aku didiagn0se childhood trauma & depressi0n 3 tahun yang lepas. Last aku menangis depan doktor sebabkan aku tak boleh move on dengan layanan ibu aku sepanjang aku membesar. Sebabkan doktor yang diagn0se aku tu macam ibu-ibu orangnya, aku tanya dia, dia pernah pukul anak-anak dia tak?

Dia cuma senyum, aku tunggu dia jawab soalan aku. Dia kata pernah, tapi dengan syarat kesalahan itu memang wajib dibetulkan, tapi pukul as pengajaran dan untuk peringatan.

Aku boleh terima jawapan dia sebab ye lah, dia doktor pakar. Aku cakap pada dia, aku bukan tak boleh maafkan ibu, aku dah maafkan pun, dan kedatangan aku ke unit psikiatri tu pun bukan kerana aku masih berdendam atau apa.

Tapi moment itu seakan melekat dalam kepala aku, dan diulangsiar beratus-ratus kali hingga membentuk personaliti aku sekarang. Aku tak boleh terima aku sakit kerana attitude ibu. Aku rasa ibu dah rosakkan hidup aku.

Masa aku kecil, aku tak bodoh. Kalau ibu tegur, aku dah boleh faham. Kalau ibu rendah-rendahkan aku depan orang lain, aku boleh rasa sedih. Bila ibu kata aku buruk, aku dah boleh nilai pandangan ibu pada aku.

Bila dalam diam ibu agungkan abang dan kakak kerana diorang pandai, aku dah boleh faham kenapa ibu layan aku macam tu.

Aku bukan anak patung, yang dibaling, ditoreh, dihenyak, masih tersenyum. Aku ada rasa semua tu. Tapi mungkin ibu lupa, anak-anak kecil pun ada perasaan bila diherdik, dimarah. Ibu buat muka pun anak-anak dah boleh terasa jauh hati. Ibu tu ibu. Ibu lupa ke ibu tu ibu?

Yang depan mata ibu dipanggil derhaka itu anak ibu. Yang ibu letak syarat untuk disayangi tu anak ibu? Ibu lupa… Ibu lupa yang anak tu pun dari syurga, halus ciptaan Allah, lebih halus lagi perasaan anak nak membesar.

Ibu tanam sesuatu dalam diri anak ibu yang dia kena hidup dengan semua rasa yang dia tak nak pun. Ibu tak sedar, ibu dera mental anak ibu sehingga dia rasa dunia ni bukan untuk dia pun.

Cakap pada aku, mana tempat yang sesuai untuk aku, bila semua yang aku cuba penuhi tetap dianggap tak berguna. Kalau layanan dari orang luar mungkin aku boleh terima, tapi ibu sendiri, aku tak mampu nak pujuk diri.

Mungkin ada orang lain yang lebih teruk dari situasi aku. Di klinik, aku dah jumpa ramai orang dari background family abuse. Ramai.

Kalau lah aku boleh bawak semua cerita manusia yang dibesarkan dalam keadaan mental and fizikal abuse, ketahuilah yang semua ibu dan bapa atas dunia ni tak layak lahirkan kami as anak. Siapa yang corakkan siapa? Siapa yang didik siapa?

Kalau soal soalan ni pada ibu bapa kami, mungkin dah makan penampar. Susahnya nak fahamkan manusia yang egonya tinggi, seakan dia saja yang tahu mendidik anak atas dunia ni.

Aku sampai sekarang tak mampu tengok cerita penderaan di tv, ke mana-mana socmed, sakit nya tu Allah yang tahu. Kalau la aku boleh putar balik masa, aku tak nak pun dilahirkan ke dunia ni.

Peranan ibu dalam keluarga ni besar. Bagi aku, walaupun ayah ketua keluarga, tapi ibu ni mood pada keluarga. Bayangkan mood tu menguasai semuanya dalam keadaan t0xic? Rumahku syurgaku terus jadi macam neraka.

Reaksi warganet

Tamar Thani –
Akak muhasabah diri baca cerita adik ni. Semoga bila adik ada keluarga sendiri nanti, adik boleh corakkan sendiri dan tak ulangi kesilapan ibu adik terhadap anak2 sendiri. Semoga bertemu kebahagiaan yang dicari.

Syuhada AJ –
I am in your shoes. Cuba one day kalau dia cari pasal lagi, kau jerit sekuat hati. Dia nak ungkit2 lantaklah. Yang penting you set boundaries. Just ignore her. I know bunyi macam kejam tapi it works.

Bila dia ignore, dia takkan suruh apa2, cakap apa2 yang boleh merosakkan mental. Selebihnya u just doa pd Allah. Nak ubah orang tak boleh. So just buat gap tu je esp bila dah keje. Distance paling penting. Untuk elak jadi derhaka juga. Saya harap awak faham maksud saya.

Nurain Razali –
Dik. Dengar ni. Nanti, bila awk dah bersedia, dah layak bekerja dan layak tanggung diri sendiri. Awk cepat2 keluar dari rumah tu tau. Jangan rosakkan mental awk okeh. Believe me. Jika awk stay, awak akan melarat sangat2. Dan benda tu bawa ke mati.

Sebelum benda tu makan awk dari dalam, awak keluar. Pergi jauh sikit pon tak apa. Percayalah, duduk jauh sikit, kurang dosa awk, lebih tenang hati awak. Banyak dah bukti depan mata haaaaa, tak tenang jiwa…

Jika umur dh 24 ke atas tu. Layak dah keluar. Ingat, jangan harap dia akan berubah. Dia takkan berubah, maka, awak lah kene cari bahagia awak sekarang. Jangan biarkan ianya melarat merosak jiwa.

Cumali Madeena –
I can feel u sis. But, at least kamu Ada ayah dan adik bradik yang sayangkn kamu.. bayangkan situasi macam ni, tapi plus lagi ayah dengan adik bradik sendiri pun layan cara yang sama..

Ini keadaan saya. Depress smpai pernah nak commit sui.cide. Tapi Alhamdulillah, Allah masih bagi saya peluang untuk berfikir.. even smpai sekarang masih sama. Cumanya saya bawa dari jauh2. Walau saya struggle untuk hidup, saya nekad x nak balik dh.

Sekali sekala saya balik jugak, tapi Tula, deorang sume masih tak berubah langsung. Saya tak pernah celebrate Raya sampai hari ni. Saya xde merasa zaman kanak2. Macam2 saya kena hadap dari kecik. Setakat sumpah seranah, kejian, bantaian tu dah jadi pkara biasa.

Harap sis byk bsabar. Bawa diri jauh2 kalo perlu..

Sumber– Es (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *