(Video) Pasangan Sugu Pavithra Terharu Terima Kejutan Hadiah Istimewa Dari Perdana Menteri

Kisah mengenai Sugu Pavithra telah viral setelah wanita berbangsa India berjaya menarik perhatian orang ramai.

Pelbagai resepi dan tips membersihkan dapur dikongsikan

Bermula dengan membuat video masakan secara suka-suka dan memuat naik di Youtube, pasangan Sugu Pavithra kini mampu berbangga dengan pencapaian itu.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana secara tiba-tiba begitu ramai pengguna melanggan saluran Youtube kami sedangkan kami sangat baru, masih banyak kekurangan dalam kandungan video yang perlu kami perbaiki,” kata S Pavithra, 28.

Selain video masakan, pelbagai video mengenai cara membersihkan dapur turut dikongsikan olehnya.

Fasih berbahasa melayu

Apa yang menarik mengenai pasangan Sugu Pavithra yang fasih berbahasa melayu dan video yang dihasilkan juga mudah untuk diikuti dan difahami.

Disamping itu, kekemasan dan kebersihan Youtuber ini menjadi salah satu penarik lebih ramai orang mula mengikuti videonya di Youtube.

“Saya dan suami memang gemar memasak jadi kami tiada idea yang lebih baik untuk dijadikan kandungan utama saluran YouTube kami selain berkongsi resipi dan tutorial masakan.

“Pada peringkat awal, rakan baik saya turut mempromosikan saluran kami di salurannya jadi mungkin juga itu antara faktor video kami ditonton lebih ramai pelayar sehingga jumlah pelanggan juga naik mendadak.

“Walaupun saya berbangsa India, saya ambil inisiatif untuk hasilkan video dalam bahasa Melayu berbanding Tamil supaya ia dapat difahami lebih ramai penonton di negara ini,” katanya.

Bukan Orang Senang

“Sejujurnya, kami bukanlah orang senang. Saya hanya suri rumah sepenuh masa manakala suami pekerja ladang kelapa sawit dan kami tinggal di kuarters yang disediakan majikan suami.

“Sebab itu, perkakasan yang digunakan untuk kandungan video hanyalah periuk, kuali dan sudip biasa, barang sedia ada di rumah yang kami gunakan setiap hari, tiada pun peralatan canggih.

“Kami juga tiada tripod (kaki tiga) jadi untuk menstabilkan telefon ketika rakaman, kami hanya letakkan telefon di atas cawan di tempat yang kukuh.

“Memandangkan suami agak pemalu, saya lebih banyak bercakap khususnya ketika kenalkan bahan-bahan dan cara-cara namun proses suntingan klip video dilakukan bersama selepas makan,” katanya.

Pasangan Sugu Pavithra dapat hadiah dari Perdana Menteri

Menerusi satu perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Rajasekaran Thiyagarajan yang berkongsi satu video dimana pasangan Sugu Pavithra mendapat hadiah dari Perdana Menteri.

Video tersebut memaparkan pasangan Sugu pavithra ini mendapat hadiah berbentuk bingkai gambar dengan kata-kata semangat di dalamnya.

Ikhlas dari Tan Sri Muhyiddin Yasin

“Dengan ingatan tulus ikhlas dari Tan Sri Muhyiddin Yasin, keep up the good work and just stay at home” ujar Sugu.

Jelas terpancar kegembiraan di wajah gembira mereka dengan hadiah istimewa dari Perdana Menteri ini.

Komen positif dari netizen

Sementara itu, menerusi ruang komen video berkenaan pelbagai reaksi positif dari orang ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Semoga dengan pemberian itu mampu memberikan mereka semangat untuk menghasilkan lebih banyak resepi selepas ini.

Tips Bersihkan Kuali Macam Sugu Pavithra, Berkilat!

Youtuber yang sedang meningkat naik, Sugu Pavithra meraih perhatian ramai apabila menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ketika memasak. Cara masakan yang mudah dan kebersihan dapur turut mendapat pujian. Apa yang paling mengagumkan adalah kuali yang digunakan berkilat seperti baru!

Bagi ibu-ibu yang nak kualinya berkilat, apa kata cuba tips daripada Kila Aurora ini. Hasilnya memang puas hati.

Since ramai yang dm pm tanya apa yang Kila buat semalam.

Semalam punya projek sental bontot kuali. Gambar sebelum tak ada sebab tak sanggup nak snap. Geram punya pasal tengok periuk kuali youtuber Sugu tu berkilat bagai so acik pun nak la jugaaa. Dua ni je selalu guna jadi memang ada kuali yang lagi besar, Kila guna untuk rendam.

Rendam guna bahan yang ada je lemon + baking soda. Ikutkan sekali asam keping tapi dah habis so guna dua ni. Kuantiti ikut suka hati. Ikut tahap kritikal kerak kuali tu. Mine was stage 4 makin geram makin banyak letak. Me, 2 biji lemon, half botol baking soda.

Panaskan dulu air tu sebelum rendam. Dah rendam kuali tu pun Kila biar je sampai didih. Geram punya pasal. Mendidih.. tutup api biarkan berendam..

Tempoh rendam adalah 2 jam. Lagi lama lagi boek bergantung tahap ketebalan kerak. Angkat pastu kikis pakai pisau mana yang tebal tu.. mudah je dia tanggal.

Agak-agak dah boleh gosok, gosok pakai berus dawai guna sabun mandi fruitale. Katanya elok guna sabun kuning kedai eco. Tapi Kila tak ada. Sama je boleh kilatkan juga. GOSOK TANPA AIR.

Dengan kemahuan yang memuncak dan kudrat yang tinggi.. insyallah jadi. Sikit-sikit tu buat kemudian takpa sebab anak-anak dah tak boleh bagi kerjasama.

Tangan bahu memang sakit ya. Malam tadi pun tak boleh tidur. Bangun sahur ok dah. Kuku jari takyah cakap la.. haha. Tapi harini dah elok balik kuku saya. Tak kisah janji puas hati! Sebelum ada irfan lagi kuali-kuali ni. Dari beli baru baik buat nampak baru.

Sumber 1 : Yoy Network
Sumber 2 : Kila Aurora

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *