3 Hari Cucu Perempuan Hilang. Tiba2 Atuk Tersembam, Ada Yg Tarik Atuk Masuk Dalam Timbunan Kain Tu

Foto sekadar hiasan.

Terikat dengan kerjaya dan kekangan masa antara faktor setiap wanita tidak dapat melaksanakan tugasan rumah dengan sebaik mungkin apatah lagi jika mempunyai bilangan anak yang ramai.

Kerja kerja di dapur, di dalam rumah mengambil masa untuk disiapkan dan kerja yang paling mencabar bagi setiap wanita adalah melipat kain! Ini lah dilema yang pasti dilalui oleh setiap wanita.

Nampak seperti biasa dan boleh diuruskan jika punyai masa terluang, tetapi jika dibiarkan lama lama berkemungkinan jin menumpang di sebalik timbunan kain kain itu.

Percaya atau tidak, satu perkongsian oleh seorang lelaki ini telah mengejutkan netizen. Dimana, pada satu hari datuknya dipanggil untuk mengesan kehilangan seorang kanak-kanak yang tiba tiba hilang.

Apa yang mengejutkan kanak-kanak tersebut tersembunyi di sebalik timbunan kain dan badan kanak-kanak tersebut telah lebam kerana drahnya dipercayai telah pun dihisap oleh jin!

Seram bukan. Ikuti perkongsian nya dibawah.

Cucu hilang sudah 3 hari

Aku tahu, ramai budak budak perempuan kat sini yang pemalas nak lipat kain. Selalu la aku baca pos dia orang pasal nak upah orang lah, suami bagi upah baru dia orang nak lipat kain lah, nak beli mesin yang boleh lipat kain tak payah korang buat lah.

Orang tua tua zaman dulu cakap, kain jangan dibiarkan bertimbun. Katil tempat tidur jangan dibiarkan berselerak dan tak dikemaskan.

Korang tahu tak, jin sangat suka duduk kat dalam kain kain yang korang malas nak lipat tu. Haaa… korang dah sediakan tempat tidur dia, tu pasal lah korang asyik dengar bunyi guli dan orang main tarik perabot malam malam tu.

Ni cerita masa aruwah atuk aku hidup lagi. Bapak aku cerita tadi, aku kongsikan dengan korang. Ada sorang pak cik ni datang cari atuk aku. Cucu dia hilang. Dah tiga hari katanya. Jadi, atuk aku pon pergilah nak tengok apa yang boleh ditolong.

Macam biasalah, atuk aku bawak Quran dia. Dah selalu ada kat tangan dia kan. Atuk aku sampai je ke rumah tu, dia terus mintak izin nak masuk ke dalam bilik.

Bilik ni bukan bilik tidur tapi ada katil. Bilik ni dia orang guna untuk letak baju baju yang dah diangkat dari ampaian. Malas lipat, timbunkan kat situ.

Atuk aku berdiri kat tepi katil tu. Dia baca doa lepas tu dia seluk tangan dia ke dalam timbunan kain dekat atas katil tu.

Actually, tak banyak pun timbunan kain tu sebab dia orang dah melipat sejak budak tu hilang. Nak melayan risau agaknya, lipat kain. Kiranya busut kain tu tak tinggi mana. Tak banyak mana.

Atuk aku seluk tangan dia ke dalam kain tu. Entah apa yang dia cari tapi masa dia menggagau tu, tangan dia kena tarik dengan kuat. Tersembam muka atuk aku dekat kain kain yang bertimbun tu sampai dia dah macam nak masuk ke dalam kain tu.

Atuk aku melawan. Dia baca ayat ayat suci. Keluar bunyi meracau. Benda tu melawan. Katil tu bergegar kuat. Tapi kain yang bertimbun tu tak jatuh pulak. Macam dah kena gam.

Macam macam bunyilah keluar. Entah apa yang atuk aku baca, tiba tiba keluar api kat timbunan baju tu. Pastu berasap. Bau dia, hangit!

Atuk aku baca Yasin Mubin sebab maksud ‘Mubin’ tu sendiri ialah tunjuk. Nyata. Serlahkan. Dalam surah yasin tu ada tujuh mubin. Sampai kat setiap mubin, atuk aku berdoa.

Pelan pelan dia tarik tangan dia. Tak lama lepas tu, nampak tangan budak kecik tu. Lepas tu badan dia pulak sampai habis atuk aku tarik dia keluar dari timbunan kain yang tak tinggi tu.

Longlai, satu badan lebam

Budak tu dah longlai. Satu badan dia lebam. Drah dia kena hisap.

“Hari hari kami lipat kain…” kata nenek budak tu. Muka tak percaya habis.

“Jangan biar kain bertimbun. Jin suka duduk kat dalam kain bertimbun. Katil kena kemas selalu. Bila nak baring kat atas katil, pukul pukul dulu serata tilam tu dengan kain sambil baca ayat Kursi. Jin suka tidur kat atas katil kita. Tak halau, dia tidur dengan kita lah…” kata atuk aku.

Tak seram sangat la tapi pengajaran la pada yang malas nak lipat kain.

Satu lagi tips yang berguna, korang jangan lah kumpulkan terlalu banyak baju untuk dibasuh, sebab nanti memang akan rasa malas nak lipat baju bila tengok terlampau banyak. Sekian, terima kasih.

Antara komen warganet

Mariam Binti Atan –
Nenek saya dan ustazah pun ada cerita pasal jin yang suka duduk dalam rumah yang tak terurus ni. Sebelum tidur dan bangun pagi katil perlu dikemas dan dikebas. Jin suka tidur atas katil. Apetah lagi rumah yang ditinggalkn lame ketika bercuti. Rumah yang bersawang pun jin suka duduk. Beringatlah

Saniah Syarif –
Budak budak sekarang tak percaya kata kata orang tua. Suka biar kain baju bersepah. Sudah basuh pun tak mahu lipat. Nak tunggu apa pun tak tahu.

Azmi Azami –
Keluar dari mesin basuh, jemur pakai hanger, dah kering ambil dan terus simpan di almari dengan hanger yang sama, tak payah lipat. Mudah dan cepat.

Rahmah Mat Jamil –
Kena ajar anak-anak dan cucu 2 ni. Supaya rajin buat kerja rumah. Katil pun kena latih dari kecil suruh kemaskan sendiri. Tarik cadar bagi tegang heee. Bantal tidor tu selalu jemur kat panas supaya tiada ada kuman dan debu.

Qalilah Nur –
Lipat kain sambil zikir selawat banyak banyak jadi laju kita buat apa pun. Allahuma salli Ala saidina Muhammad wa ala ali saidina Muhammad wasohbhiajmaaiinn. Terbaik.

Sumber : Tajul Zulkarnain

Perkongsian Tajul sebelum ini tular pada tahun 2018 (September). Moga menjadi pengajaran dan peringatan buat kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *