Masa sahur, isteri cuma sediakan ns goreng semalam, trus aku sepak meja. Dia tahu aku mkn hnya yg bru masak je

Foto sekadar hiasan.

Salam min, harini aku berbuka sorang sorang. Aku tapau kat luar je, aku pening rumah aku bersepah, singki berantakan, baju aku dah bertimbun. Rumah aku berulat. Aku down sangat. Ceritanya begini min, aku jenis memang tak makan lauk bermalam, aku nak lauk yang baru dimasak.

Sebelum semua ni terjadi, masa tu dipagi subuh, masa sahur, isteri aku terlewat bangun sebab anak kami yang sebulan lebih meragam teruk. Jadi aku tidur bilik sebelah. Pukul 5 aku terbangun isteri aku tengah tidur sedangkan alarm dah bunyi.

Aku kejutkan isteri aku cepat untuk masak menu yang aku nak iaitu patin masak tempoyak, dia pun cepat cepat bangun untuk siapkan tapi malangnya ikan masih beku jadi memang tak sempat masak.

Ceritanya pagi tu Lepas aku siap siap belek whatsap ig fb, aku dah bersedia nak sahur tapi kau bayangkan min dia hanya masak nasi goreng dan lauk kari ayam sedangkan kalau lauk bermalam dia je yang makan, kalau aku memang tak lah.

Aku cakap baik masak megi je kalau macam ni. Jadi isteri aku tergesa gesa masak air untuk rebus megi, bila dah nak dimasak. Rupa rupanya megi dah habis pulak. Ko bayangkan lah aku nak makan benda yang tak ada.

Sebab terlalu marah tanpa sedar aku sedar, aku tendang meja makan sampai terbalik dan lauk pauk yang isteri aku masak bersepah atas lantai. Dia tak tahu kalau dia derhaka sebab tidak menyediakan makanan sahur untuk suami, bertapa besar pahala jika dia layan suami dengan baik.

Tapi kenapa dia taknak manfaatkan semua tu di bulan ramadhan yang mulia ini? Lepas tu isteri aku menangis sekuat kuatnya. Dia cakap aku tak hargai dia, aku marah sangat masa tu, aku masuk bilik sebelah dan tidur.

Aku puasa tanpa sahur. Saat aku masih marah, dia hitunglah dosanya pada aku, bila aku bangun tidur, rumah masih bersepah dengan kari ayam, nasi goreng, kuali, semua tak basuh, lantai kotor kesan tumpah makana sedangkan isteri aku seorang yang pembersih, habuk sikit pun tak ada, baju pinggan mangkuk semua bersih bersih belaka.

Kenapa tiba2 jadi macam ni?

Dalam keadaan aku masih marah. Aku cari dia dan anak dalam bilik, tapi mereka dah tak ada, aku cari kemana mana tak ada.

Lepastu aku tejumpa satu nota dia atas meja yang berbunyi begini,

“Abang ayang dah cukup sabar dengan abang, selama ni abang tak hargai ayang, ayang dah cuba terbaik untuk rumah tangga kita, sejak ayang mengandung dan lahirkan anak, abang dah taknak tidur sama sama, abang taknak sentuh ayang, tapi ayang sedar dan faham”.

“Mungkin ayang dah gemuk, dah tak cantik. Jadi ayang tak layak dengan abang. Ayang minta maaf, sebab ayang lupa keluarkan ikan tu awal awal untuk di cairkan kerana masa ayang nak keluarkan tiba tiba anak menangis dan lepastu ayang terus terlupa. Terima kasih sebab sebab selama ni abang sudi bersama sama dengan ayang walaupun dalam masa yang singkat sebab abang dah janji akan bersama ayang seumur hidup”.

“Tapi ayang sedar kalau ayang tak layak untuk abang. Tentang perempuan yang abang kenal tu, ayang dah tahu dah lama, walaupun abang sembuyikan tapi naluri seorang isteri tak pernah salah, ayang dah siasat. Dari pregnent lagi ayang dah tahu abang ada bersama dengan janda anak satu tu”.

“Tak apalah bang. Abang jandakan lah ayang demi janda. Tak guna dah ayang cuba yang terbaik sebab ayang tetap salah tetap jijik dimata abang. Semoga perempuan tu dapat bahagiakan abang, jaga makan minum abang, potong kuku abang, urut badan abang, hidang semua makanan kesukaan abang. Dan ayang akan besarkan anak kita”.

“Lepas habis pantang, ayang akan ke makamah tuntut cerrai. Ayang nak abang bahagia. Ayang dah tak nak menyusahkan abang. selamat tinggal abang. Ayang pergi dulu.”

Lepas baca nota isteri aku lagi aku down sangat min. Pasal janda tu, ya memang betul aku ada berkenalan dengan janda masa bini aku awal awal pregnen tapi aku kenal buat sekadar main main je min.

Aku bukan serious nak janda tu. Aku nak isteri aku sampai akhir hayat kami. Aku bukan taknak sentuh dia, tapi sejak di pregnent badan dia mengelebar dan mengerutu. Aku suruh dia jaga badan tapi masih tetap macam tu. Aku memang nak bersama dia sampai akhir hayat aku.

Sejak dia tak ada rumah aku berantakan. Aku dah tak tahu nak buat apa. Call mak mertua tapi mereka kata isteri aku tak ada. Aku risau sangat sebab isteri aku masih berpantang. Aku call tak dapat. Whatsap chat semua tak dapat.

Apa perlu aku buat min, perlu ke buat report isteri aku hilang. Aku buntu nak cari dia kat mana lagi. Kawan kawan dia semua tak tahu. Aku risaukan anak kecil aku. Tolong aku min. Isteri aku ada dalam krt ni. Aku harap sangat dia baca dan balik lah kepangkuan aku. Aku down sangat.

Reaksi warganet

Noor Shuhada Fazda –
Nasihat saya kepada isteri lelaki nie. Kesian, anda kawin dengan lelaki yang tak pandai hargai anda. Anak baru sebulan pun anda dah disuruh buat macam macam.

Sepatutnya dia jaga makan minun orang sedang berpantang bukan dijadikan kuli. Teruskan menjauhi orang macam nie. Tetapkan pendirian. Anda layak hidup bahagia.

Noraziah Rahmad –
Elok lah isteri awak ada dalam ni. Nak kabo tak yah lah balik ke pangkuan suami. Hari ni dia buat dia minta maaf, dia senang hati, hati kita luka sikit.

Esok dia buat lagi, dia senang hati, hati kita luka lagi sikit. Lusa dia buat lagi minta maaf, kita maaf kan dia suka hati, hati kita lagi luka.

Lama lama kita sakit, jatuh, kecewa, sedih. Dia? pergilah cari kebahagian awak.

Noor Aishah Abdullah –
Dalam pantang isteri buat semua kerja, rezeki Allah dah tetap kari ayam tapi kau boleh tendang rezeki tu, betul betul tak bersyukur. Nak orang layan macam raja, konon kau syurga dia, pastikah hang masuk syurga? Rezeki Allah bagi pun hang tak reti hargai. Jenis melayu tipikal. Lelaki mesti dilayan macam raja tapi bini jadi hamba.

Aisya Anuar –
Bini kau tu dah la tengah pantang, anak sulung pulak. Sepatutnya bagi dia pantang umah mak dia. Kau bukan jaga dia pun. Kau kuli2kan dia ade la. Makan nak have2 jek.

Menyampah aku laki macam ni. Tak reti nak berdikari. Tak reti nak hargai. Orang nak kawin, dia pun nak kawin. Pastu buat pala tau semua. Buat naya anak orang je. Padan laa kena tinggal. Kau dengan ulat sampah tu sama je takde beza. Huhhhh

Rasyidah Rasid –
Kepada isteri pengadu ni, teruskan dengan tindakan anda. Kuatkan hati, kuatkan semangat demi anak. Janganlah patah balik dengan lelaki tak guna ni. Cukuplah selama ini dia layan anda seperti orang gaji,masa berpantang pun dikerah tenaga anda sehabisnya. Terlalu pentingkan diri. Semoga ada sinar bahagia buat sis dan anak lepas ni. Aamin

Sumber : Kisah Rumah Tangga via Fenomena Malaya

4 comments

  1. Betul tu…saya pun setuju sngt dgn saranan semua….xpyh nak hrpkan kebahagiaan dgn laki mcm ni…sekali buat…lps ni ulang lg…dlm pntng pun buleh buat perangai…carilah kebahagiaan…hidup utk d hargai & menghargai…usah berhrp dgn org yg xth menghargai

  2. Ada lagi jantan spesis kau ni yek..nak Advice skit Wife tu tak payah dh bagi peluang,lelaki klau dh curang tetap akan curang lagi,tak besok,Lusa,next year!! Istri tu bukan hamba,dlm islam tak ada pun ckp lpas kawin semua kerja istri yg buat,kerja2 suri rumah tu ada lah kerja suami,kerja istri hanya mengandung! Tapi oleh sebab prempuan ni lembut hati,sifat dia sukakan ketenangan,kekemasan so dia dgn rela hati akan kemas rmh,masak,untuk ringankan beban suami..sebab tu org ckp kawin ni lagi besar tanggunjawab! Harap berubah lah jantan tak guna mcm kau ni,belajar lagi psl ilmu agama,ni sbb kurang Knowledge!

  3. Untuk yg sang suami yg lebih durhaka ni, apa rasanya isteri dah move on? sedapkann. lsteri tgh berpantang jaga elok-ii, tak reti bersyukur, dpt isteri baik masih jugak nak gatal pi layan janda. takyah nk rayu sgt mnta perhatian bini, bagi lah bini kau hidup bahagia bro, berdosa besar hang kecewakan hati & buat isteri nangis. So pengajarannya, hargai org yg tersayang selagi mereka msh ada. Ubtuk sang isteri, takyah balik ke pangkuan lelaki tak guna camni, better move on rather than staying. Semoga hati tu tabah. Aamiin

  4. Dapat laki macam ni mmg ak cerai talak tiga! Xreti bersyukur. Klu isteri xcantik comfirm si jantan xpandai jaga isteri. Memang jenis laki xde moral xberaklak dan pemalas. Buat bini macam hamba abdi. Sakit hati baca ko punya cerita!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *