Haritu aku penat. Order makanan berbuka. Suami tinggikan suara tanya knp xmasak. Suami tak faham, aku sedih

Foto sekadar hiasan.

ISTERI YANG PENAT.

Aku seorang isteri yang dah ada anak comel dua orang umur 2 tahun dan 9 bulan. Masalah aku ialah aku dah penat. Penat sangat jadi isteri yang tak dihargai.

Pada masa PKP ni aku kena buat keje dari rumah, suami dah boleh pergi keje, aku pula gilir gilir perlu ke ofis. Jadi bila aku ke ofis, memang suami akan hantar anak.

Jika aku WFH (work from home) suami tak benarkan aku hantar anak atas alasan ingin kurangkan belanja untuk bayar pengasuh. Bila WFH aku akan letih dan kerja pon tak dapat capai target. Memang aku stress.

Urusan rumah semua aku yang buat. Masak, basuh pinggan lepas makan, basuh baju, sidai kain, kemas rumah, kemas mainan anak. Suami buat ape? Lepas balik keje terus main handphone.

Tahun ni baju raya kami anak beranak pun aku yang beli. Duit barang basah pun aku yang bagi. Dia cakap dia dah tiada duit sebab rolling modal nak bayar pekerja. Setiap gaji kerja yang dia buat dia tak pernah bagi aku atas tangan.

Aku pernah baca artikel walaupun isteri bekerja suami perlu bagi duit nafkah walaupun sepuluh ringgit. Tapi suami aku tak pernah bagi. Bil letrik dan air memang aku yang bayar, duit pengasuh kami bahagi separuh, kalu dia bayar 400, aku bayar 350. Sebab bayar pengasuh 750.

Memang lah tak dinafikan semua barang dapur, susu , pampers anak dan duit makan semua dia tanggung, tapi bab tolong tu kurang. Semua nak kena bersuruh. Kalau tak, tak jalan.

Aku pun tak berapa kisah pasal hal duit tu sebab aku pun ada gaji tetap setiap bulan. Tetapi bila aku buat tak endah dan diam mengenai nafkah ni, janganlah suami buat sambil lewa hal hal begini.

Walaupun aku tak pernah mengungkit, tapi dalam hati tetap juga terasa, aku ni ada suami ke. Kalau macam ni, semua aku boleh tanggung sendiri buat ape aku ada suami. Aku dah lah penat nak uruskan rumahtangga, nak fikir hal kerja lagi, memang aku STRESS.

Kadang aku terfikir nak lari je dari rumah, aku nak tido puas puas. Aku penat jadi isteri yang macam bibik ni.

Ada masa aku cemburu dengan layanan UEL (ustaz ebit lew) terhadap isterinya. Kenapa aku tak dapat suami macam dia? Kenapa aku salah pilih? Kenapa aku kawen? Kadang aku menyesal.

Ada satu hari aku penat sangat dan tak sempat nak masak. Aku buat pilihan untuk oder sahaja di kedai yang biasa kami oder. Suami dengan nada tinggi bercakap dengan aku,

“Buat apa duduk rumah satu hari sampai tak sempat masak?”.

Aku jawab aku banyak kerja tak sempat masak, nak layan anak lagi. Dia takde pun nak belai aku, urut badan aku yang penat ni. Aku sedih dengan layanan suami aku. Aku banyak pendam rasa sebab malas gaduh. Aku fikir sebab ni bulan puasa je, bulan yang menduga dan perlu kesabaran.

Tak pe aku masih boleh sabar. Kadang aku rasa macam aku ni diperlukan bila saat penting sahaja, bila dah tak perlu dicampak sesuka hati.

Aku tulis kisah ni sambil menangis, tak tahu kenapa. Otak aku letih. Bila aku duduk sorang sorang aku mesti menangis kenapa Allah uji aku begini. Dan aku masih lagi fikir kenapa aku kawen dengan dia. Dah lama aku nak cerita isi hati aku ni tapi baru berkesempatan.

Mohon rakan rakan bagi aku semangat dan komen yang positif sahaja. Mungkin aku terlalu penat, dan mungkin semua isteri macam tu? Tak mudah jadi isteri dan ibu kan?

Sekian luahan isteri @ bibik.

Antara komen warganet

Nursyareena Hanapiah –
Luahkan pada suami. Bagi dia awak boleh tanggung semua. Sebab tu die lepas tangan. Laki ni bendul die tahap maximum, tak boleh bawa bincang. Kene straigt forward. Ayat nk cakap dengan dorang ni pun kene bendul macam kepala otak dorang juga. Jangan pendam

Nur Ain –
Saya simpati membaca luahan hatimu.

Maaf, suami sebegini tak patut ada anak ramai dan rapat2.

Sayangilah dirimu. Rancang kehamilan. Semoga bahagia.

Mastura Razali –
Aku cuma nak cakap. Wahai lelaki yang bergelar SUAMI sekalian.

Kalau korang rasa tak dapat nak jalankan tanggungjawab lepas kahwin korang pendam kan lah hasrat nak kahwin tu. Sebab apa, kahwin ni bukan senang.

Kau jangan ingat bila dah sah jadi suami kau raja dalam rumahtangga. Tapi kau salah, tanggungjawab kau makin banyak. Tolong lah kalau nak kahwin tolong pergi kursus kahwin dulu.

Tari Pensel –
Suratan ke kebetulan ni. Lebih kurang je jalan cerita PKP kita..😂 Saba laa sis, nanti dah boleh naik keje fully dah ok laa tu.

Kita ni dah terbiasa keje, ada social networking. Tetiba jadi instant maid, memang letih. Saya harap sis kuat ya. Allah tak uji kalau kita tak kuat..🥰

Siti Fadzilah –
Ramai laki spesis macam gini. Sebab terdidik dari awal. Sebab kebanyakan mak mak dulu dulu, x berkerja.

Jadi semua keja rumah, mak kita buat. Ayah blik keja, goyang kaki. Kalau boleh di suap atas katil, lagi hora horey. Jadi anak nampak hari hari. Terikut sampai dah tua bangka. Berbeza mak mak yang berkerja. Dia akan didik anak berdikari..

Norsiah Siah –
Kalau saya dekat tempat puan, saya akan memberontak. Kalau dia sayang kita, dia akan berubah. Ubah perangai dia yang macam gaya hidup bujang tu.

Dalam rumahtangga mustahil tak ada masalah. Puan kena tegas, bukan nak jadi queen control. Tapi untuk kebaikan bersama, puan pandai2 lah tegur suami puan. Semoga dia berubah untuk puan dan anak anak nanti.

Siti Atie –
Hampir semua cerita pasal rumah tangga ni kebanyakkannya pasal laki yang perangai begini. Aiyooo you sudah kahwin mah. Ada anak dua lagi mau main hp ka?

Lepastu biarkan isteri buat semua keja tanpa fikir penat lelah isteri you. You kena ingat ya, isteri ni bukan hamba abdi, bukan orang gaji , bibik atau apa2lah.

Semua kerja takkan serah 100% dekat you punya isteri. Habis you buat apa saja dekat rumah? goyang biji? aiyoo kamon lah.

Sedangkan robot pun perlukan rehat juga tau ka? Inikan pulak manusia.. Eeeeee geram aku laki begini.

Sazreena Amin –
Saya yang baca pun terasa penatnya. Sis jangan pendam sorang takut nanti leh jadi kemurungan atau psych0logical dis0rder.

Ramai yang amik mudah kesihatan mental terutama suami yang gagal memahami agama. Ingat keje dari umah ni relax ke. Lagi sibuk sebenarnya.

Cakap dekat suami, kalau dia nak awak terus bekerja maka dia kena bekerjasama. Kalau awak tak perform, sure bos tau sapa untuk dibuang. Bertegas dalam urusan rumahtangga. Kalau suami tanya buat apa, awak suh dia uruskan sendiri anak anak sabtu dan ahad. Awak kena keraskan hati. Soheh dia yang mati keras.

Sumber : FIKA via Kisah RumahTangga Fans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *