Lps isteri bersalin anak kembar, kami hambar. 2 tahun xbersama, isteri hamil lagi. Ingatkan segalanya berubah, rupanya tidak

Foto sekadar hiasan.

Aku Imran (bukan nama sebenar) seorang lelaki berusia 34 tahun merupakan seorang pelajar sarjana dalam bidang professional dan masih bekerja di bawah kerajaan. Seorang suami dan bapa kepada 4 anak, 3 perempuan dan seorang lelaki.

Sebelum apa apa, aku mohon maaf jika penulisan aku ada banyak kesalahan tatabahasa ataupun sukar difahami. Merujuk kepada confession “Diam si isteri” (link dibawah) kebanyakan kisah itu berkaitan dengan aku.

“Tawarnya hati dgn isteri”. Bila nak hamil lagi, bersungguh2 isteri minta. Bila dah ‘lekat’, dia berubah semula

Alhamdullillah syukur diatas kurnian rezeki Allah. Melihat apa tajuk mesti ramai tertanya tanya apalah mamat ni rindu sangat dengan isteri dia.

Sewaktu aku menulis confession ini aku mengakui saya sangat rindukan isteriku dan kemanisan dalam rumah tangga. Senda gurau dan rasa cinta yang pernah ada sewaktu ketika dahulu. Dah bertahun aku rasa perkara ini membarah dalam rumahtangga.

Nak dijadikan cerita aku anak sulung yang semuanya lelaki dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Mempunyai seorang ayah yang sangat ego dan ibu yang sangat sabar dan tabah.

Disebabkan semua adik beradik aku semua lelaki aku dididik oleh ibu aku ntuk menghormati wanita dan menyayangi wanita sejak kecil. Memang mak aku selalu sebut jangan jadi macam ayah ego tak bertempat lepaskan hal hal rumahtangga kepada emak.

Emak yang uruskan anak, cari nafkah dan macam macam lagi. So membesarlah aku dengan pemikiran yang aku perlu hargai bakal isteriku nanti. Itu janji yang pernah saya buat ketika saya masih bujang.

Dipendekkan cerita setelah sampai waktunya aku berkahwin dengan wanita pilihan ibu aku kira kira tujuh tahun lepas.

Aku bukan buta buta bernikah, memang proses taaruf dengan wanita itu yang kini isteri aku untuk tempoh yang agak lama dalam 4 tahun juga sebelum berkahwin. Disebabkan isteri aku ni datang dari golongn agama so memang dia sangat tegas sepanjang perkenalan kami.

Yes perkahwinan kami memang sangat manis pada mulanya. Aku rasa inilah wanita yang saya sangat sayangi, yang saya sangat cintai. Lepas kahwin dia memang sangat lemah lembut, cakap sentiasa berlapik dengan aku sampai aku sendiri pun tak dapat kesan dia tengah merajuk atau marah.

Memang kami in love untuk dua tahun pertama perkahwinan saya. Isteri aku seorang surirumah dan aku pula bekerja dalam bidang yang memang sibuk tapi aku akan pastikan kiteorang akan dating dan keluar sama sama untuk spend time together.

Aku sendiri tak tahu mana silapnya. Betul aku sangat rindukan isteriku. Dua tahun perkahwinan kami tiada rezeki anak. Anak sulung aku seorang perempuan lahir dengan mudah tanpa k0mplikasi pada tahun ketiga perkahwinan kami. Seorang anak yang sangat mudah dijaga.

Kami decide untuk ada anak anak yang ramai untuk memeriahkan rumahtangga kami. Saya mula merasakan hambarnya perkahwinan kami selepas kelahiran anak kedua kami sepasang kembar perempuan pada tahun keempat perkahwinan kami.

Isteri mengalami k0mplikasi bersalin, anak lahir pramatang, seorang anak ada masalah buah pinggang dengan bersalin pembedahan. Waktu tu aku memang mengaku aku salahkan diri sendiri sebab semua ini berlaku. Kami sampai sangat takut untuk ada hubungan suami isteri.

Isteri ku mengambil masa yang lama dalam setengah tahun untuk pulih dari segi em0si dan fizikal. Dia memilih untuk tinggal bersama mertua selama 6 bulan di selatan tanah air dan aku bekerja di utara tanah air. Kadang kadang disebabkan oncall bagai aku memang susah nak berjumpa dengan isteri dan anak anak waktu itu.

Aku ingat bagaimana hambarnya kami selepas kelahiran anak anak kembar kami. Jadual kami berubah, aku kerap bercuti, dengan temujanji anak anak lagi. Pelbagai jenis temujanji sampai kami sendiri alpa tentang hubungan kami.

Kehidupan waktu itu hanya untuk anak anak. Rutin kami sangat berubah kalau berbual mesti pasal anak anak, pasal kerja rumah, pasal kerja aku sampai kami lupa tentang kami. Lupa sangat sangat. Aku sendiri trauma tengok betapa teruknya isteri aku menderita bersalin.

Pelukan dan ciuman dari seorang isteri sudah tiada lagi sebab kami masing masing berjaga malam dan aku selalunya memang tak tergamak nak kejutkan isteri seperti selalu bila aku pergi ke tempat kerja. Baju baju aku, sarapan benda basic yang aku rasa aku boleh buat tanpa perlu susahkan isteri aku.

Kami nampak sangat bahagia di mata orang lain. Kawan kawan ku dan kawan kawan isteri semua mengatakan kami ni vloving couple’ dan ada banyak persefahaman tetapi hakikatnya Allah je yang tahu.

Berbalik pada cerita aku, kehidupan kami hari hari memang semakin hambar. Kami hanya berkomunikasi kerana anak dan kerja kerja rumah. Aku rasa tak keterlaluan untuk katakan bahawa hidup kami seperti housemate. Aku sendiri buntu dah tak tahu kenapa jadi begini.

Yes, aku cuba untuk betulkan semula hubungan rumahtangga kami. Contohnya dengan lebih banyak uruskan hal rumah, aku cuba jaga bonding dengan anak anak. Aku juga sentiasa memenuhi keinginan isteri aku. Apa sahaja yang isteriku sebut yang dia teringin aku akan cuba untuk cepat cari dan tunaikan.

Setiap hari dah menjadi kebiasaan aku, balik kerja aku akan pastikan diri aku sentiasa melapangkan masa untuk anak anak. Urus kan anak anak. Aku memang akan tanya isteri aku ada apa apa lagi untuk aku tolong habiskan.

Pinggan mangkuk, sidai baju, gosok baju semua aku yang uruskan. Dan kami ada membela empat ekor kucing (kucing dibela sebelum kami ada anak lagi ) dan bercucuk tanam, itupun aku yang uruskan sebab aku tahu siksanya jadi seorang suri rumah tangga.

Aku akan bawa isteri dan anak anak aku berjalan dikala hujung minggu sekurang kurangnya window shopping sebab aku tahu sakitnya kepala dan em0si memerap di dalam rumah. Aku walaupun sibuk teruk pun aku still dapat hirup udara segar ditempat kerja.

Aku faham semua itu dan aku sendiri memang tahu betapa parahnya rumahtangga aku setelah kelahiran anak kembar aku pada tahun 2015, yes aku cuba betulkan semuanya.

Aku cuba selitkan kemesraan dengan mesej mesj Wasal dengan panggilan sayang and i really Miss u dan balasannya isteri aku hanya akan balas yelah atau ok. Hati aku memang luka tapi aku tak pernah berputus asa.

Aku pernah baca bahawa hubungan suami isteri dan solat jemaah juga adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Yes aku cuba untuk wujudkan semua benda tu kembali tetapi isteri aku memang akan tidur awal, pura pura sibuk dengan anak2 (sedangkan aku dan selesaikan).

Dan bila part solat jemaah dia minta kami gilir sebab dia paran0id takut anak2 jatuh atau cedera ketika kami sibuk solat. Okay aku faham dan aku turutkan. End up aku sendiri yang rasa semakin membarah rumahtangga sendiri.

Mesti ada yang tertanya macam mana kami ada seorang anak lagi setelah hambarnya rumahtangga kami. Anak bongsu aku lelaki lahir pada 2018. Bulan ni dah genap dua tahun.

Waktu nak dapatkan anak keempat kami ni, isteri aku sendiri yang meminta untuk serikan kehidupan kami dengan anak itupun setelah hampir dua tahun kami tiada hubungan suami isteri. Waktu aku ingatkan alhamdullillah hubungan kami mungkin akan berseri. Tetiba je lepas mengandung dan isteri aku alami pendrahan, the cycle came again.

Isteri aku minta aku bersabar dan berikan masa untuk kandungannya stabil. Kandungan keempat pun memang dia mengalami masalah sembelit yang teruk dan gastrik yang sangat dasyat. Aku hanya mampu bagi kata kata semangat, sokongan dan bawanya untuk berubat.

Dan selepas kelahiran anak keempat aku seorang lelaki, aku diberikan tawaran untuk sambung pengajian sarjana. Aku anggap sebagai rezeki dan aku seperti biasa berbincang dengan isteriku.

Alhamdullillah isteriku memang sangat memberi sokongan. Sementelah aku menyambung sarjana untuk semester pertama. Isteri aku meminta izin untuk tinggal di rumah mertua.

Lagi satu memang sudah menjadi kelaziman dalam setiap tahun sekurang kurangnya tiga bulan isteri aku akan tinggal di rumah mertua (tak termasuk raya atau puasa). Aku sentiasa bersetuju yang penting em0si isteri aku sentiasa terjaga.

Sepanjang perjalanan aku dalam bidang sarjana. Segalanya berjalan lancar, tekanan sebagai pelajar dan pekerja itu semua masih ada tetapi masih dalam kawalan. Tetapi aku rasa kosong. Aku rasa macam aku kurang sesuatu, aku rasa macam aku perlukan adalah kasih sayang.

Aku rasa rumahtangga aku semakin hambar. Kehidupan aku hanya untuk anak anak, kerja dan pelajaran. Hidup aku terlalu fokus pada anak anak sampai aku lupa sekali lagi untuk memeriahkan hubungan rumahtangga.

Aku mula tersedar kembali tahun lepas apabila kawan karib aku yang dikenali sebagai pasangan bahagia bercerrai. Aku macam terkejut, kawan karib aku memgatakan hubungan rumahtangga dorang sangat hambar, sibuk kerja dan anak sampai perasaan cinta itu tak ada langsung. Aku tetiba terasa ‘air macam terpercik ke muka sendiri’.

Aku baru sedar yang sebenarnya aku sangat rindukan isteri aku. Aku sangat rindukan dia dan aku mengaku aku beberapa kali tewas dan menangis bila mengenangkan rumahtangga aku. Aku dah cuba bermacam kaedah sejak rumahtangga kami bermasalah pada tahun 2015 dan kembali bermasalah ketika isteriku hamil anak lelaki kami.

Macam macam cara aku buat, aku hanyalah hamba Allah yang berdosa, tipulah aku katakan aku tak pernah bosan. Bayangkan mesej sweet dengan isteri hanya dibalas ‘ok’, ‘yelah’. Allah je tahu betapa rasa pedihnya hati aku.

Aku tak tahu macam mana lagi nak baiki hubungan suci kami. Aku dah cuba membantu sedaya upaya aku dalam urusan rumah, aku cuba untuk menjadi romantis, aku cuba tidak melukakan hati isteri aku dan macam macam lagi tetapi balasannya still hambar.

Dan aku pernah copy paste apa apa confession yang berkaitan dengan kisah kami. Aku sendiri mengaku kepadanya yang aku rindu dia. Aku sendiri tak tahu apa dosa dan salah aku sehingga perasaan aku seolah olah diketepikan.

Aku juga pernah cuba meluahkan perasaan aku tetapi aku akan dipersalahkan kembali dan isteriku melabelkan aku sebagai sensitif. Dan aku pernah juga menghilangkan diri seharian sebab nak tengok sama ada dia masih sayangkan aku atau tak.

Cuba teka apa aku dapat? Isteri aku tak cari aku langsung. Menangis aku waktu tu. End up aku balik semula ke rumah sebab perasaan kesian dan rindu pada isteri dan anak anak itu masih ada.

Aku sangat sangat cemburu dengan isteri yang sentiasa memeriksa handphone suami dan memeriksa tindak tanduk suami sekurang kurangnya isteri cemburu dan sayang suami tetapi isteri aku status whatsappnya pun disembunyikan daripada aku.

Akhir kata, aku perlukan komen komen positif daripada anda semua. Aku minta maaf kalau ada kekurangan dan penulisan yang mengguris hati anda. Tetapi sesungguhnya aku sangat rindukan belaian dan pelukan seorang isteri. Doakan aku kuat. Assalamualaikum.

Reaksi warganet

Nur A’in –
Rata2 komen dalam ni sume cakap mungkin isteri die penat la.. Ape la.. Tapi kalu betul2 faham hukum memuliakan suami di sisi islam.. Tu semua bukan isu rasanya.

Lagipun tt dah cube macam2 cara untuk pikat isteri dia. Tak pernah komen. Tapi cite ni memang rasa nak komen. Sebab ape kes pun bukan alasan isteri untuk membelakangkan suami camni..

Yusrina Yusof –
Macam ni laa, tunggu aje anak2 tu besar, mesti sweet semula. Manusia ni hatinye berbolak balik. Yang penting jangan tambah anak2 lagi. huhu.

Saya pun pernah merasa situasi yang sama.. memang melayan kerenah anak2, very stressful. H0rmone changing etc. Keje nak ngamuk aje. Lagi2 surirumah, tunggu anak da besar ye. Sweet la balik nanti. Yang penting sabar.

Emma Sabki –
Ee seram aku kalau kes suami sendu sedih begini lelama. Bimbang tak kuat iman cari betina lain.

Mohon Allah jagakan suami yang baik ini dan Allah lembutkan hati isteri dia.

Haish yang si isteri jangan lah sendu lama2. Kesian wei buat laki macam tu. Laki pun ada hati perasaan jugak yang harus dijaga. Kau jaga hati dia, dia jaga hati kau.

Untuk confessor, teruskan berdoa. Sabau la wei. Perempuan memang begini. Kalau sentap makan masa nak twist jiwa. Kau sabau eh? Banyakkan doa untuk isteri kau itu. Paling penting jangan cuba2 cari betina lainnnnnnnnnnn! Setia pada yang satu!

Shasha Ahmad –
Kenapa kebanyakan perempuan dalam ni bagi solution yang lebih menyebelahi isteri confessor ? Isteri penat lah trauma la apa la. Kan confessor dah cakap dia dah bantu isteri dia dalam urusan rumah dan anak2.

Cuba kalau si isteri yg mengadu suami dia macam isteri confessor ni, confirm semua nak back up. Suruh tinggalkan la apa la.

Suami pun macam isteri ada perasaan. Dah kalau isteri buat dek je kat suami bertahun2 siapa tahan oit. Mampu ke nak pertahankan rumah tangga kalau orang buat kita macam tunggul?.

Jangan meroyan kalau satu hari suami kawen lain kalau tak pandai nak jaga hati dia, buat dia macam tunggul bila mana dia dah cuba nak jadi suami yang baik.

Apa ingat lelaki je ke boleh buat salah ? Perempuan semua baik la ? So typical.

To confessor, saya tak tau apa nak cakap. Selagi dapat bertahan, bertahanlah. Semoga semuanya dipermudahkan

Sumber – Imran (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *