“Takpe doktor, anak boleh buat lagi”. Dah 34 minggu, buku merah xbuat. Akhirnya bayi tak dpt diselamatkan

Foto sekadar hiasan.

Hari ini aku bekerja di zon merah. Pagi2 tenang sahaja, sehingga lebih kurang pukul 11 pagi, kami didatangi pasukan ambulans St John.

2 orang abang ambulans menolak seorang wanita mengandung, kandungannya nampak agak besar, nampak seperti bayi sudah matang.

Di sisi wanita itu pula, seorang lelaki berbaju t-shirt kelabu, ku kira suaminya.

“Kenapa ni?” Aku bertanya.

“Kenapa tak bukak buku merah?”

“Kenapa semalam dah rasa baby tak gerak tapi baru harini nak datang hospital?”

“Tak sayang baby ke?”

“Awak tahu tak awak mengandung?”

“Kenapa tak check awal2? Kenapa tak pernah check pun?”

……..

Si ibu hanya diam tanpa bersuara. Sedikit perkataan pun tidak terkeluar dari mulutnya.

Tetapi, si ayah pula yang banyak bunyi..

“Tu laa.. saya dah cakap dulu pergi jumpa doktor, dia degil..”

“Kami sibuk berniaga, sebab tu tak jumpa doktor..”

“Dengan PKP lagi, mana boleh keluar pegi mana2..”

“Isteri saya ni memang tak dengar kata..”

Maka kami team di zon merah pun memulakan resuscitation terhadap pesakit. Alhamdulillah, vital signs stabil. Pendrahan masih berlaku tetapi dalam amount yang minimal dan si ibu mengadu sakit perut.

Kami mengambil drah untuk melakukan ujian makmal dan sekali lagi kami membuat scan baby.

Finding yang kami dapat ternyata sama seperti yang telah dilakukan di hospital G. Dan kami segera menghubungi pakar O&G untuk segera datang ke zon merah.

Si ayah kami minta tunggu di luar dahulu sementara kami melakukan pemeriksaan.

Sementara kami merawat si ibu di zon merah. Kedengaran suara si ayah di luar, memaki dan menengking security guard di depan pintu zon merah.

“Encik, di sini tak boleh parking.”

“Saya tengah tunggu isteri saya kat dalam ni, parking pulak susah nak cari. Takkan nak tunggu sekejap pun tak boleh.”

“Memang tak boleh encik, sebab ini bukan tempat parking. Nanti ambulans nak lalu hantar pesakit tak boleh nak lalu pulak”

“Eh, kau ni memang tak faham bahasa ke? Aku tunggu isteri aku sakit kat dalam tu tak boleh ke? Kau ni tak ada budi bicara ke?”

“Encik, tolong parking tempat lain..”

Lalu si suami pun memaki hamun si security guard.

Kami staf2 di zon merah hanya mendengar dari dalam.

Kesiann…

Kami hanya diam. Melihat si ibu yang memang dari awal hanya diam. Kami tidak lagi bertanya soalan kepadanya.

……

“Encik, masuk dulu. Pakar sakit puan mahu jumpa.”

Lalu si suami masuk..

“Saya Dr Lee, pakar sakit puan. Saya nak tanya. Kenapa tak pernah bawa jumpa doktor bila dah tahu mengandung?”

“Kami sibuk berniaga doktor, PKP lagi.. bla2..

Alasan yang sama diberikan..

“Kami buat scan lagi sekali, denyutan baby sudah tidak ada. Baby tak dapat diselamatkan.”

“Takpe doktor, anak boleh buat lagi. Isteri saya macam mana doktor?”

“Isteri encik buat masa sekarang stabil, tapi keadaan dia boleh menjadi kritikal bila2 masa, kerana pendrahan masih berlaku”

“Isteri encik perlu masuk wad, untuk kita monitor dan rawatan lanjut.”

“Baik doktor.”

…..

Si ayah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan kurang ajar pula kepada staf hospital. Bukan sahaja dia tidak membawa isterinya yang mengandung anak pertama ke hospital untuk check up.

Malah apabila diberitahu baby sudah tidak ada, jawapannya pula tidak memberansangkan. “Takpe, anak boleh buat lagi”. Mudahnya manusia ini bercakap. Yang menanggung bukan diri dia, tetapi isterinya.

Isterinya pula, hanyalah seorang suri rumah, tiada pendidikan tinggi, tiada lesen kenderaan, tinggal pula dengan suami yang panas baran, hanya akur dengan suaminya…

Kami doktor dan misi dan staf lain yang melihat, hanya mampu bersimpati terhadap si ibu.

…..

Duhai ibu, janganlah dikau bersedih. Ajal maut di tangan Tuhan.

Aku tahu,

Tiada ibu di dunia ini yang tidak gembira apabila mengetahui terdapat satu jiwa yang sedang membesar di rahimnya, yang menunggu cukup bulan untuk hadir sebagai penyeri di bumi ini.

Tiada ibu di dunia ini yang akan membiarkan anaknya cedera. Tiada ibu yang akan membiarkan anaknya terjadi apa apa.

Tiada ibu di dunia ini yang tidak akan bersedih apabila mengetahui anak yang dikandungnya sudah tidak ada lagi.

Aku tahu.. Kerana jika ada ibu seperti ini, dia bukan seorang ibu.

Reaksi warganet

Radin Arishah –
Ramai perempuan walaupun tahu lelaki bermasalah eg, penagih ke, baran ke etc, tetap nak kawin jugak dengan harapan dia boleh ubah lelaki tu jadi baik.

Jangan harap lah orang tu nak berubah, lama2 kita yang jadi mngsa. Mungkin ada sorang dua yang boleh berubah tapi kenapa nak ambik risiko.

Rahmah Halim –
Kalau sebelum kahwin ada tanda tanda dikesan seperti panas baran, suka memaki hamun, bercakap kasar, sila tinggalkan. Apatah lagi kalau hidup susah, lagi menderita. Sesal dahulu pendapatan…

Lina Aziz Muaa –
Entah2 si suami yang sibuk meniaga dan tak bagi isteri pi check up. Nampak macam tak sayang anak je.

Ladiesss, pls laa… educated or tak, at least belajar drive. Make sure ada own driving license. Tak perlu brgantung 100% kat suami especially yang perangai camni.

Savings pun kena ada sikit, kalau tak de jugak at least simpan lah barang2 kemas korang. Jangan kawen sehelai sepinggan without nothing. Walaupun lelaki tu baik camne pun, kite still kena ada precautions dan back up.

Parents dari sekarang make sure la anak2 pompuan korang jadi independent, paksa amek driving license walupun dieorang takot2 sebab ramai lagi perempuan yang takot nk drive.

Zie Sakura –
Ya Allah manusia jenis apakah? Yang kesian pada isterinya, lesen takde semestinya dia harap suaminya je yang hantar sana sini, pastu dapat pulak laki panas baran.

Betullah orang kata, anak2 yang bakal lahir tidak boleh memilih siapa ibu bapanya. Tapi kita yang mencari pasangan, pilihlah sebaiknya. Dan saya sangsi dan tak percaya bila suami dia beri alasan dah suruh pergi klinik tapi isterinya degil.

Entah2 dia yang baran, tak nak layan isteri buat buku dan pergi checkup. Padahal ketua pengarah kesihatan dah bagitahu checkup ibu mengandung boleh pergi klinik masa awal2 pkp aritu.

Setuju bila doktor cakap, tiada ibu yang tak rasa sedih bila dapat tahu bayi yang dikandung dah tiada lagi. Kesiannyaaaaa, entah isterinya makan vitamin2 ke tidak sepanjang trimester 1-3 tu. Alahan2?Mengidam? Sakit2 badan? Ada orang layan dia ke tak untuk semua tu?

P. Van Putih –
Tapi ikut jalan citer, suami dia cakap isteri dia degil. So mereka nih dah ada masalah rumahtangga.

1) aku percaya sangat mereka nih gagal dalam membina rumahtangga mengikut garis panduan agama. So suami jadi problem, isteri pun tak nak dengar cakap dan sebagainya.

Kalau dapat baby pun, kedepan nanti jadi macam macam masalah. 😔

Abai anak, ibu stress, ibu akan lepaskan tekanan kepada anak2

* untuk elak salah faham. si suami patut kne nasihat isteri baik2 pujuk baik2, salah satu tanggungjawab suami kena jaga isteri. Isteri pulak kena taat suami.

– Dr Aqila (Bukan nama sebenar) via IIUM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *