“Buntu isteri curang”. Di lorong gelap, tiba2 aku ditegur ‘kupu2 mlm’. Aku terkedu, kata2 nya membuka mataku

Foto sekadar hiasan.

Bagai dihempas dengan batu yang besar, sakit dan tenggelamnya aku di dada bumi, lemas dan tidak mampu bernafas bila isteri aku mengaku bahawa dia telah mencurangi aku.

Aku cuba untuk menjadi sewaras warasnya manusia supaya dapat mengawal api kemarahan yang semakin membuak buak. Jika ku turutkan nafsu amarah dan sifat baranku ingin aku pijak pijak dia yakni isteriku disitu juga.

Aku memaksa dia untuk memberi padaku segala detail lelaki itu supaya senang aku bersemuka dengan lelaki itu, namun isteriku tetap membisu. Aku merenung wajah polos isteriku, dia cantik dan manis orangnya walaupun tanpa secalit make up maka tidak mustahil jika ada lelaki lain yang cuba memikatnya.

Aku mencari dimana silapku sehingga dia sanggup curang padaku. Adakah sebab aku tidak berharta dan hanya bekerja biasa biasa sahaja maka dia memilih untuk menduakan aku.

Jauh benar untuk di bandingkan dengan lelaki itu, dia merupakan bos dan pemilik kepada sebuah syarikat pembinaan. Lelaki itu juga akui dia memang sayangkan isteri aku ini dan sudi mengambil dia menjadi isteri jika aku sudi melepaskannya.

Aku hairan kenapa dalam ramai ramai wanita single di luar sana, isteri aku juga menjadi pilihan dia. Dia kata isteri aku seorang yang penyabar dan tidak memandang harta.

Memang aku akui sepanjang 7 tahun kami menjadi suami isteri, dia telah banyak bersabar dengan tingkah laku ku dan sifat baran ku. Aku hairan kenapa bila berdepan dengan lelaki tersebut aku tiba tiba menjadi lelaki yang penyabar.

Dari awal nak jer aku pijak pijak muka dia kelantai tetapi bila sahaja aku lihat dia, aku menjadi tenang dan kami berbincang dengan cara lelaki. Mungkin kerana lelaki itu halus budi bahasa dan raut wajahnya menandakan dia seorang yang ikhlas.

Dari asalnya mereka hanya berkawan biasa. Berurusan hanya atas dasar kerja. Kadang kala kalau ada masa terluang dia akan membelikan isteri aku sarapan pagi.

Memandangkan kadang kadang dia melihat isteri aku menelan pil tahan sakit di sebabkan gastrik kerana tidak sempat minum pagi, jadi sebagai seorang kawan dia patut menghulurkan bantuan dengan membelikan sarapan pagi pada tiap tiap hari.

Kadang kala aku tidak sempat menjemput isteriku untuk makan tengahari jika aku di tugaskan kerja luar, maka dia dengan rela hati membelikan isteriku makanan tengah hari memandangkan isteriku menolak jika dia mengajak untuk sama sama keluar makan.

Maka dari asalnya kasihan maka hadirlah sayang. Namun bagi aku itu adalah satu alasan bodoh mereka untuk menutup kesalahan mereka. Semua itu kerana masing masing gagal mengawal nfsu.

Hampir dua minggu aku dan isteri tidak tinggal sebumbung. Aku hantar isteriku dan anak anak ke rumah orang tuanya. Aku minta diberi ruang untuk berfikir dan membuat keputusan samada untuk meneruskan ikatan perkahwinan kami atau untuk memilih jalan pencerraian.

Dia akur tanpa sepatah kata dan bersumpah selama menunggu kata putusku dia tidak akan menghubungi lelaki tersebut. Bergitu juga dengan lelaki itu, berjanji tidak akan menghubungi isteri aku lagi.

Isteri ku sedikit pun tidak mendesak aku mencerraikannya atau merayu aku untuk menerimanya kembali. Apa keputusan aku dia akan terima kerana dia tahu itu kesilapan dia. Cuma sampai sekarang dia masih membatu diam seribu bahasa tidak menyatakan padaku mana silapnya dan apa salah aku sehingga dia sanggup menduakan aku.

Mungkin dia menyuruh aku mencari sendiri dimana silapnya. Aku bersyukur kerana hubungan mereka baru 1 bulan dan masih lagi menjaga perbatasan masing masing.

Sepanjang dua minggu ini aku menjadi hilang arah. Semua masjid dan surau aku masuk untuk mencari ketenangan. Aku tidak mahu kehilangan dia namun aku tidak mampu untuk memaafkan dia.

Melihat gambar gambar kenangan kami dan anak anak cukup membuat aku berhujankan air mata. Tujuh tahun usia perkahwinan bukanlah satu jangkamasa yang pendek. Pelbagai ujian dan rintangan kami lalui bersama. Suka duka di kongsi berdua. Kenapa dia sanggup menduakan aku. Ya Allah… Berat ujianmu kali ini tuhan. Keluarga aku mendesak supaya aku tinggalkan isteriku. Namun aku minta diberikan masa, bukan senang untuk membuat keputusan.

Seorang demi seorang yang bijak pandai aku temui. Namun masih aku tidak temui jalan penyelesaian. Pelbagai hadis dan tauladan mereka bacakan padaku. Aku masih buntu sehinggalah satu malam tu aku merayau rayau di tengah kota, aku disapa oleh seorang wanita yang sebaya dengan kakak aku.

“Akuu tengok kau macam tak terurus jer. Kenapa..? Bini kau lari dengan jantan lain ke..?”

Aku melihat wanita tu dari atas sampai kebawah.

“Ala kalau kau nak enjoy dengan aku pun boleh. 1 round RM 50. Kalau ‘ringan2’ RM 20. Aku ada port…”

Aku menelan pahit air liurku, wuduk masih basah di ubun ubun. Aku bangun dan membuka pintu kereta.

“Eh kau. Tak kan nak blah camtu jer. Ok la. Aku tak kenal kau. Kau pun tak kenal aku. So aku ada banyak masa terluang ni. Kau ada nak cerita apa apa ke…?”

Aku terdiam.

“Kalau ada kau nak cerita. Ada nak luahkan aku boleh jer dengar…”

Patut kah aku berkongsi kisah duka aku ini dengan wanita ini.

“Isteri aku curang dengan aku…”

Aku mulakan cerita. Dia merenung aku.

“Sebelum kau cerita tentang isteri kau. Aku nak tanya kau. Kau sayang lagi tak isteri kau.”

Dia mencelah.

“Sebab aku sayang dia lah aku jadi macam orang bangang ni. Kehulu kehilir takda tujuan. Aku sayang sangat dia sampai aku tak dapat buat keputusan. Nak aku terima dia aku marah sangat pada dia, nak aku lepas kan dia mampukah aku hidup tanpa dia…”

Mata aku mula hangat.

“Kau cakap kau masih sayang isteri kau, jadi bila dah sayang kau kena terima buruk dan baik dia. Kenapa dia curang dengan kau. Kau tak cukup bagi ke..?”

Dia ketawa besar. Mungkin dia geli hati dengan percakapan dia sendiri. Aku senyum sinis.

“Kalau tak cukup anak dah 3 kak oiii.”

Aku mula menyeloroh.

“Kau dera dia kot. Mental dia. Fizikal dia. Nafkah batin mungkin cukup. Nafkah zahir? Ada kau bagi? Sakit pening di ada kau ambil tau? Penat lelah dia ada kau perduli? Ok…satu hari berapa kali kau tanya dia dah makan ke belum?”

Aku menelan air liur yang mula memekat.

“Kau pernah curang dengan dia tak…”

Sekali lagi aku lemas diatas daratan, nafasku tersekat umpama tenggelam kedasar laut yang dalam. Allahu sesungguhnya itu lah jawapan untuk segala kebuntuan yang aku cari selama ini. Egonya aku sehingga aku tidak nampak mana salah aku. Aku hanya mencari mana silapnya dia.

“Aku pernah curang pada dia kak. Berkali kali sehingga dia sendiri minta aku menikahi wanita itu. Mujur lah Allah itu ada, Dia membuka aib wanita itu di hadapan mata aku dan isteri. Namun dia memaafi aku tanpa menghukum aku. Dia biarkan kesalahan aku berlalu ibarat sungai yang mengalir. Aku baran kak. Setiap kata kata aku kesat sekali bila aku memarahi dia kak”.

“Kadang kadang salah kecil pun aku pukul bantai dia kak. Tetapi selepas itu aku pujuk balik. Ajak makan makan. Shopping beli apa dia mahu. Memang aku tidak pernah membelikan dia sarapan pagi, tetapi aku bagi dia belanja yang cukup kak.”

Aku mula berterus terang, walaupun pahit.

“Haaaa… Disitu salahnya kau. Kau fikir perempuan ni apa, suka suka kau marah, suka suka kau maki hamun lepas tu kau ajak berdamai dengan wang ringgit. Ada kau minta maaf dengan dia? Sebenarnya aku tahu bini kau tu takda apa pun dengan jantan tu.”

“Sekadar jadikan tempat berteduh jer bila mana rumah tangga kau di landa ribut taufan. Kalau kau tak percaya, cuba kau cerrai kan isteri kau! Kerat jari aku la kalau dia pergi ke jantan tu, kau salah dia maafkan, dia salah takkan kau tam boleh terima…!”

“Sekali hati tercalar ni dik. Sejuta ringgit pun tak mampu menutupinya. Kesan dia amat dalam. Maki hamun tu ibarat vi rus yang membiak dalam hati dia dik. 1 kali kau buat seribu tahun dia akan ingat. Dia cuma nak perhatian kau jer. Dia nak kau hargai dia jer.”

“Aku ni perempuan, aku tahu apa yang perempuan mahu. Suami aku dulu pun ada harta jugak. Tapi siang malam asyik makan kaki jer. Hidup tak serupa orang. Anak anak jadi mngsa. Baik aku bawa diri. Kerja macam ni pun tak apa. Halal haram biar tuhan jer yang tentukan yang penting anak anak aku kenyang. Bersekolah macam anak orang lain. Ada bapak kaki pukul sebelum aku dengan anak anak jadi myat baik aku berambus. Cuma rezeki aku belajar tak pandai. Camni lah kerjanya…”

Aku termenung panjang. Aku biarkan wanita yang aku kenali dengan nama Mira itu melambai lambai setiap lelaki yang lalu lalang disitu dan tidak kurang juga ada mata menjeling tajam kearah aku.

Patut la isteriku tenang jer bila aku minta dia tinggal di kampung. Rupa rupanya itu yang dia mahu berpisah dengan aku dan lelaki itu hanyalah asbab nya semata mata. Allahu kenapa aku tidak terfikir semua ni. Dia amanah Allah kepada aku. Sepatutnya aku jaga dan lindungi dia. Bukan sakiti tubuh badan dan hatinya.

“Dia jugak bersalah kerana curang terhadap kau. Aku tidak kata tindakkan dia mencari lelaki lain untuk meluahkan perasaan sedihnya itu betul. Ramai lagi wanita di keliling dia yang sudi mendengar”.

“Jantan ni pantang tengok rumah tangga orang bergoyang, mula lah nak kacau daun. Kononnya akulah hero. Nasib baik la dia dengan bini kau belum terlanjur. Mungkin bini kau tu selesa becerita pada orang luar yang bukan keluarga dia atau kau. Mungkin dia masih nak jaga air muka kau.”

Sambung Kak Mira lagi sambil menghidupkan sebatang r0kok. Aku menyambut sebatang r0kok yang dihulurkan. Perbualan aku dengan Kak Mira semakin menarik.

“Macam kau dengan aku sekarang ni laa. Aku yakin kalau dengan orang yang kau kenal. Nak ke kau mengaku salah kau. Memang tidak la kan. Ibarat membuka pekung didada. Kalau tiap tiap malam jumpa, tidak mustahil kau boleh jatuh cinta dengan aku”.

Tersedak asap rokok aku mendengar kata kata Kak Mira. Dia sambung ketawanya kali ini lebih kuat daripada yang tadi.

Kak Mira berhenti sebentar, aku tidak pasti samada dia menikmati tembakau Suria ataupun sedang mencari idea untuk berkata kata.

“Perempuan ni dik, berfikir menggunakan em0si. Lelaki pulak berfikir menggunakan akal. Kau pernah dengar tak perempuan dilahirkan dengan 1 akal dan 9 nfsu manakala lelaki pulak 1 nfsu dan 9 akal. Sebab tu talaq di letak ke tangan lelaki sebab lelaki ni fikiran dia lebih rasional berbanding perempuan. Sebab tu kau dengan bini kau masih bersama sehingga ke hari ini. Cuba kalau talaq di tangan perempuan. Aku rasa dah banyak kali dah kau jadi duda”

Dia ketawa lagi. Aku turut ketawa bila mendengar perkataan ‘banyak kali dah kau jadi duda’. Betul lah tu, tiap kali ada pertelingkahan antara aku dengan isteriku, dia pasti akan minta aku cerraikan dia dan waktu itu pasti tangan akan naik ke muka dia.

Allahu. Kasarnya aku melayan isteriku. Satu satunya wanita yang sanggup bekorban nyawa melahirkan zuriatku. Wanita yang sentiasa ada di sisi waktu aku sakit. Menemani aku di saat aku sedih. Sepatutnya aku pimpin dia ke jalan Allah. Bukan biarkan sama sama hanyut mengejar dunia.

“Malam ni aku cutiiiii… Aku lepak dengan adik ni…”

Tiba tiba dia menjerit bila ada kereta berhenti di tepi jalan. Kemudian terus berlalu. Aku lepak dengan Kak Mira sehingga subuh. Macam macam cerita keluar daripada dia bujang hinggalah ke lorong gelap ini.

Aku ajak dia minum di mamak. Haru kalau kalau ada kenalan yang nampak aku lepak di tepi lorong itu.

“Lepas kau solat, kau pergi ambil dia dengan anak anak. Mulakan hidup baru. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Sebelum terlewat. Macam aku ni nasi dah jadi bubur. Dah tak boleh buat apa lagi dah”

“Terima kasih kak atas nasihat akak dan saya akan cuba bina hidup baru bersama isteri dan anak anak saya kak..”

Aku menyalami Kak Mira dan menyelitkan note 100 untuk dia dan anak anak dia belanja. Maklumlah malam tu dia kan cuti jadi tak adalah gaji masuk. Aku ikhlas.

Part 2 (Tekan link dibawah).

Aku mula pasang jerat. Jannah serba salah. Ptg tu di pantai, Jannah meraung menangis mcm kene sampuk

“Tak guna kau kutip betina tu, kalau dah anjing makan bangkai, bawa masuk istana sekalipun tetap bangkai yang di carinya.”

Ibuku mula hilang kepercayaan terhadap isteriku.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *