Aku mula pasang jerat. Jannah serba salah. Ptg tu di pantai, Jannah meraung menangis mcm kene sampuk

Foto sekadar hiasan.

Sambungan dari part 1 (Link dibawah).

“Buntu isteri curang”. Di lorong gelap, tiba2 aku ditegur ‘kupu2 mlm’. Aku terkedu, kata2 nya membuka mataku

Pagi itu, sesudah aku berbual panjang dengan Kak Mira aku terus balik kampung, niat untuk menjemput isteri dan anak anak. Aku ingin membetulkan segalanya dan memulakan hidup baru. Sebelum pergi ke rumah mertua, memandangkan kami sekampung, aku singgah di rumah orang tuaku dahulu.

“Tak guna kau kutip betina tu, kalau dah anjing makan bangkai, bawa masuk istana sekalipun tetap bangkai yang di carinya.”

Ibuku mula hilang kepercayaan terhadap isteriku. Aku hanya membisu. Tidak berdaya untuk aku menerangkan situasi yang sebenar bahawa semuanya berpunca dari silapku. Aku yang gagal membentuk keluarga ku sendiri. Benar kata Kak Mira. Kita hanya mampu buka pekung di dada bila hanya bersama orang yang kita tidak kenali. Masih ego kah aku.

“Pergilah ambil dia, pergi jemput dia. Dia Amanah untuk kau jaga. Berdosa besar kalau kau tinggalkan dia macamtu sahaja. Kalau kau masih sayang dia kau ambil dia, jaga dia, ampuni dan maafi dia. Kita ni manusia tak lepas dari melakukan kesilapan. Kalau dah tak sayang, lepaskan sahaja. Ajak berbincang”.

“Aku kenal dia macamna orangnya. Masa aku sakit, anak menantu lain pandang pandang je aku ni. Dia…? Satu badan aku diurutnya. Tiap kali salam, dipeluk ciumnya aku ni. Aku sayang menantu aku tu. Ada silapnya dalam rumah tangga kau ni. Tuhan ketuk kau bagi kau ingat, bagi kau sedar, jangan kau alpa lagi.”

Ayah aku mencelah, muncul dari pintu depan. Baru balik surau barangkali. Ibu mencebik.

30 minit aku duduk depan simpang rumah isteriku itu. Mencari kekuatan dan keihklasan. Masa tu pelbagai bisikkan aku dengar. Ada yang suruh aku patah balik.

“Gntung jer tanpa tali, padan muka dia..”

Ada yang suruh aku teruskan…

“Alang alang celup pekasam biar sampai ke pangkal lengan”

Ada pula yang suruh aku cerraikan dia dan cari perempuan lain.

“Buat apa kau nk hadap lagi perempuan tu, bersepah perempuan lagi elok, lagi cantik, lagi bagus dari dia”

Akhirnya aku menjerit sekuat hati bagi menghalang kata kata dan bisikkan hati dari terus mengganggu. Nasib baik dalam kereta dan semua tertutup, tiada orang yang dapat mendengar. Aku laungkan azan sekuat hati. Aku teruskan niat ku, apa nak jadi, jadi lah.

Setibanya aku di muka pintu rumah, aku lihat Jannah sedang menyuapkan anak sulungku makan. Ya aku namakan isteriku Jannah. Memang aku suka panggil dia Jannah sejak zaman sekolah lagi walaupun jauh dari nama dia sebenar. Dia bangun, ada sedikit kehairanan dari raut wajahnya. Aku salami dia walaupun dia agak kaku. Rindu betul aku kepadanya dan anak anak. Anak anak menerpa kearahku dan memeluk aku.

“Mari balik sayang, abang nak jemput Jannah balik”

Aku mengusap ubun2nya dengan lembut.

”Eh eh… Kau ingat anak aku ni apa. Senang senang nak buang, senang senang nak kutip”

Asudah, mertua aku pulak melarang.

“Mak. Saya tak buang dia. Saya cuma tinggalkan dia untuk saya berfikir. Cari dimana silapnya.”

“Ewah ewah senang jer kau cakap kan. 2 minggu kau tinggal anak bini, telefon takda, tanya khabar takda. Cari silap konon, dah jumpa silap sendiri, datang la ambil. Kalau anak aku yang salah, mesti kau campak macamtu jer kan.”

Mertua mencelah sebelum sempat aku habis berkata kata. Suara mertua aku semakin tinggi. Aku lihat Jannah hanya tunduk membisu. Ada kemerah2an di raut wajahnya menandakan dia sedang menahan tangis. Aku melutut di kakinya. Aku minta ampun, minta maaf di atas segala dosa dosa aku. Mertua aku pandang dengan hanya hujung hujung mata. Biarlah jiran jiran tengok. Aku tak kisah lagi. Aku nak Jannah ikut aku balik.

“Kau nak bawa, kau bawa anak anak kau balik. Anak aku jangan berani kau sentuh.”

Marah benar mertua aku. Aku dah hilang arah. Jannah still membisu. Aku tak faham kenapa tiada kata kata keluar dari bibir kecil itu. Adakah Jannah juga mahu aku mencerraikan dia. Tidakkah ada lagi perasaan sayang Jannah terhadap aku.

“Saya nak tinggal di sini lagi. Saya masih belum bersedia untuk balik lagi ikut abang.”

Akhirnya dia bersuara. Kering air mata aku tunggu dia bercakap. Kerasnya hati isteriku ini. Setitis air mata aku tak nampak mengalir dipipinya. Aku buntu, aku yakin jika dia masih stay di sini, pasti aku akan kehilangan dia. Aku mesti berusaha memujuk isteriku balik bersamaku. Aku kenal isteriku, dia tidak suka dipaksa.

“Tak apa lah kalau itu keputusan sayang. Cuma abang nak bawa anak anak jalan jalan sekejap. Kalau sayang nak ikut, jom lah”.

Aku mula memasang jerat. Jannah dah serba salah kerana dia terlalu sayangkan anak anak. Akhirnya dia bersetuju untuk mengikut aku membawa anak anak keluar berjalan2.

Sepanjang dalam kereta, aku menggenggam tangannya erat walaupun dia hanya membatu. Aku cium tangannya bertubi tubi. Letak didada dan mengatakan aku sayangkan dia. Aku bawa dia dan anak anak ketempat tempat kenangan.

Aku tunjukkan anak anak sekolah kami dulu dulu. Tempat mulanya kami kenal, berkawan dan akhirnya bercinta walaupun anak2ku itu masih belum mengerti apa apa. Aku nak bangkitkan kembali rasa kasih dan sayang Jannah terhadapku.

Last sekali, aku bawa Jannah ke tepi pantai. Tempat aku melamar dia jadi isteri aku. Waktu tu matahari dah nak tenggelam. Ikhtiar aku kali terakhir bila Jannah still juga membisu. Suasana petang tu memang romatik gila.

“……… binti ……. sudikah awak jadi isteri saya sekali lagi dan saya berjanji jika diberi perluang ke 2. Saya akan bahagiakan hidup awak dan mengubah setiap kekurangan menjadi satu kesempurnaan…”

Tiba tiba Jannah meraung, menangis dan menjerit sekuat hati ibarat orang terkena sampuk. Anak anak yang sedang leka mengorek tanah berlari mendapatkan kami. Aku cuak lalu memeluk Jannah yang sedang meronta ronta itu seeratnya kerana aku tidak pernah lihat dia dalam keadaan bergini.

Jannah menangis. Meraung sekuat hati. Ada juga mata memandang. Ada yang datang bertanya. Ada yang hulurkan air minuman yang dijampi supaya Jannah tenang. Akhirnya Jannah layu kelesuan dalam dakapanku. Aku bawa Jannah dan anak anak menginap di hotel.

Mertua dan ibu ayah aku call berkali kali. Aku biarkan aje. Malam tu aku tidur dengan Jannah berpelukan. Sesaat pun aku tak lepas. Ibarat pengantin baru. Betul betul aku lepaskan rindu kesumat 2 minggu terpisah.

Hasilnya…hehehe… Kami menerima kehadiran cahaya mata yang ke 4… Doakan kami yer… Tentang mertua dan ibu ayah aku… Nanti lah aku ceritakan yang penting, kalian tahu kelurga kami kembali bersatu. Nanti panjang2 ada yang kata novel pulak…

Part 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku… Segala komen positif aku ambil sebagai motivasi diri manakala yang negatif tu aku terima dengan hati yang terbuka.

Mungkin para pembaca fikir proses aku dan Jannah bersatu kembali semudah ABC. Sebenarnya kalian silap. Dari awal lagi aku terangkan Jannah seorang yang keras hati. Mungkin kerana itu juga kami bersama sehingga ke hari ini.

Pada malam kami bermalam di hotel bersama anak ank itu, sebenarnya tidaklah seperti yang kalian gambarkan. 1 round…? 2 round…? 3 round…? Tak mungkin. Aku bukanlah bernfsukan binatang sehingga sanggup mengambil kesempatan keatas insan yang aku cintai dalam keadaan dia yang tidak bermaya. Tak pasal pasak aku dituduh mergol isteri sendiri.

Aku tahu, Jannah menjerit, meronta, meraung dan menangis sehingga lesu itu bukannya kerana dirasuk atau sebagainya. Dia ingin melepaskan amarahnya, geram dan sakit hati di atas apa yang berlaku.

3 hari aku bersama Jannah, mertuaku tidak henti henti menghubungiku dan meminta aku pulangkan Jannah kepada mereka. Manakala ibuku pula menghubungiku kerana bimbang jika aku melakukan sesuatu yang tidak baik.

Tambahan pula mertuaku menghubungi ibuku mengatakan bahawa aku telah ‘kidnap’ anak perempuan mereka. Lucu kan. Bila masing masing berfikir diluar kotak fikiran.

Ok. Berbalik pada keadaan kami. Pada hari pertama Jannah bersamaku. Keadaan agak sukar. Dia terus mendiamkan diri sehingga aku mula hilang kesabaran. Namun aku cuba kawal kemarahan aku. Aku ingin kotakan janji ku pada Jannah bahawa aku akan berubah.

Tiada lagi caci maki untuk dia dan aku tidak akan mengasari dia lagi seperti waktu waktu dulu. Pada dalam waktu yang sama, aku dapat rasakan yang dia berasa hairan bila melihat aku menunaikan solat 5 waktu tanpa meninggalkannya walaupun 1 waktu. Aku tidak memaksa dia menunaikan solat mungkin dia belum bersedia.

”Saya dan anak anak takda baju untuk dipakai”

Tiba tiba pada subuh hari itu dia bersuara. Aku tersenyum. Aku membawa dia dan anak anak shopping keperluan mereka. Aku lihat ada senyuman diwajah Jannah bila aku menghulurkan telekung pink kepadanya.

“Bila sayang dah bersedia….”

Aku mengusap lembut pipi gebunya itu. Dia mengangguk. Tidak lagi hanya membatu seperti sebelumnya. Aku menceritakan padanya betapa tersiksanya aku lalui hari hari tanpa dia dan anak disisi. Aku menangis seperti anak anak kecil kehilangan mainan. Teresak esak dan dalam masa yang sama Jannah turut menangis…!! Jannah memohon ampun dari aku.

Sebenarnya dia sengaja menyimpang kepada lelaki itu supaya aku melepaskannya. Dia tekad, jika aku mengamuk dan memukulnya dia akan report polis dan dari itu dia akan bawa kes ini ke mahkamah. Dia tahu jika dia minta secara elok, aku tak akan lepaskan dia dan sebaliknya akan pukul dia bertubi tubi.

Allahurobbi. Kejamnya aku pada dia. Jannah mengatakan pada aku bahawa hatinya sudah tawar terhadapku sebelum dia mengenali lelaki itu lagi.

Dia serik bila tiap kali dia balik kerja, jemput anak anak dari rumah pengasuh, tertidur keletihan kerana mengadap jem lalu tak sempat masak, dan bila aku balik kerja, rumah bersepah, makanan belum tersedia, aku akan mengamuk seolah olah dia melakukan dosa yang amat besar. Dia juga malu jika jiran jirab dengar tiap kali aku maki hamun dia dengan panggilan panggilan tidak sepatutnya.

Jannah juga mengatakan dia tidak mahu ikut aku balik kerana malu setelah aku gelarkan dia sebagai ‘perempuan jalang’ pada hari aku bergaduh dengan dia 2 minggu yang lalu dihadapan jiran jiran yang turut mendengar pergaduhan kami pada hari itu.

Demi membuktikan kesungguhan aku ingin membina hidup baru bersamanya dan anak anak, aku berjanji akan membawa dia pindah ke tempat lain. Aku juga bersetuju dengan kehendak dia untuk berhenti kerja. Sebenarnya aku lagi suka… Hehehe…

Pada hari ke 3 kami membuat keputusan untuk bersemuka dengan keluarga kami. Malangnya ibu dan kakak ku tidak bersetuju kerana bagi mereka Jannah telah menderhaka kepadaku.

Ayah pula seakan redha dengan setiap keputusanku asalkan ianya memberi kebaikkan. Mereka juga menuduh Jannah telah menggunakan bomoh supaya aku tergila2kan dia.

Dengan berat hati aku menceritakan segalanya tentang setiap apa yang telah aku lakukan pada Jannah disepanjang perkahwinan kami kepada keluargaku tanpa satu pun tertinggal. Bagaimana kejamnya aku menyiksa perasaan Jannah dengan panas baranku. Sesungguhnya membuka pekung di dada adalah sesuatu yang amat perit.

Bergitu juga dengan keluarga Jannah. Mereka tidak merestui hubungan kami. Mati matian mereka minta kami bercerrai. Jika Jannah ingkar, mereka tidak izinkan Jannah balik ke rumah mereka. Dengan berat hati dan tangisan Jannah menjinjing beg pakaiannya dan dia memilih untuk hidup bersama aku. Betapa kasih dan sayangnya Jannah terhadapku.

Maka bermulalah hidup kami tanpa restu keluarga. Aku minta cuti tanpa gaji dengan majikan aku selama sebulan. Aku membawa Jannah dan anak anak berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Aku cuba untuk mencari kerja lain. Bergitu juga dengan Jannah. Namun gagal. Tiada pekerjaan yang sesuai untuk kami.

Akhirnya kami berhijrah ke negeri lain. Kawasan baru dan kejiranan yang baru dimana mereka tidak mengenali kami dan sejarah perkahwinan kami. Tiba tiba Jannah hamil. Gembiranya hatiku tidak terkata.

Dalam pada waktu yang sama, mertua aku menghubungi aku dan meminta maaf. Mereka sedar, selaku orang tua, mereka sepatutnya membimbing kami yang muda. Bukan memberi contoh yang tidak baik untuk kami ikut. Bergitu juga dengan keluarga ku. Aku bersyukur dengan kehadiran ‘orang baru’ di dalam rahim isteriku semuanya kembali normal.

Dengan berbekalkan kemahiran engineering yang ada, Jannah pula seorang pelukis plan (draughtman) dan bermodalkan sedikit simpanan yang ada, kami membuat keputusan untuk berniaga kecil2an dengan mengambil upah memasang pagar dan kabinet kabinet dapur.

Aku berhenti kerja, bekas majikanku memberi sokongan yang padu dengan keputusanku. Alhamdulillah bermula daripada kecil kini kami berjaya membuka sebuah kedai engineering.

Perjalanan hidupku juga telah berubah, daripada panas baran kini lebih banyak mengalah. Sambil mengejar dunia, bekalan akhirat juga turut dikumpul.

In sha Allah, panjang umur kami akan ketanah suci hujung tahun ini. Jannah pula, Masya Allah. Semakin berumur semakin cantik pula dia dan semakin kuat membebel. Biasalah. Sifat mak2 kan. Tambahan pula anak anak yang semakin membesar.

Rumahtangga kami semakin aman, gaduh2 kecil tu biasalah kan. Tapi bergaduh tu kenalah berhemah. Sedangkan gigi dan lidah akan tergigit, inikan pula suami isteri, rajuk dan cemburu perlu ada di dalam setiap perkahwinan barulah ada kasih dan sayang.

Sekian lah kisah aku bersama Jannah. Terima kasih kerana sudi membaca walaupun agak panjang berjela.

Penulisan : Cik Puan Ammy

Perkongsian di atas sebelum ini disiarkan di laman IIUMC pada NOV 2018. Tidak dapat kami pastikan ianya adalah berdasarkan kisah benar ataupun rekaan semata mata.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *