“Bunyi lesung batu, ‘perempuan’ mencangkung tepi mesin basuh”. Johor Bahru, ‘Terkena’ ketika bermalam di homestay

Orang yang berkeluarga ni biasanya lebih prefer homestay berbanding hotel sebab kelengkapan semua cukup dan selesa.

Tapi.. Pernah tak terfikir kenapa tuan rumah tu jadikan rumah tu sebagai homestay?

Kenapa tak tinggal sendiri?

Mungkin… Ada kisah disebalik homestay tu?

Mungkinlah ada yang kata owner homestay jadikan rumah tu homestay berbanding duduk sendiri untuk pendapatan sampingan. Dalam konteks kisah ni owner tak jujur sebab dia sendiri pun tak sanggup nak duduk rumah tu.

Tapi sebab dah terbeli rumah yang harga beratus ribu, nak tak nak kenalah bayar juga rumah tu walaupun macam menyesal. Nak jual balik masih belum laku.

Homestay di Johor Bahru

Kisah bermula pada waktu cuti sekolah di salah sebuah homestay yang berada di tengah bandaraya Johor Bahru. Ya, homestay tengah bandar. Jangan ingat kat tengah bandar tak ada gangguan ya.

Kakak aku plan untuk bawa anak anak dia duduk kat homestay tengah bandar ni sebab nak beriadah. Tambah pulak homestay lengkap dengan fasiliti macam ada swimming pool. Kira macam short staycation la.

Kakak aku booking homestay tu untuk dua hari. Dia dapat listing homestay tu dari Google je sebenarnya. Jadi lepas dah tengok gambar dan fasiliti yang ada semua, dia pun decide untuk bawa anak-anak dia pergi situ.

Waktu mula-mula masuk homestay tu, tak ada apa yang pelik pun berlaku. Homestay tu ada tiga bilik. Terletak dekat tingkat tujuh. Boleh kata besar jugalah. Jadi setiap bilik tu pun fully occupied dengan enam orang anak kakak aku dan husband.

Ni gambaran rumah tu supaya lebih clear.

Malam tu, tak ada apa aktiviti sangat pun cuma masing-masing buat hal sendiri je main game kat ruangtamu.

12 tengah malam, terdengar batu lesung di tumbuk

Tapi pukul 12.00 tengah malam, waktu semua dah nak tidur. Anak buah aku yang lelaki dengar bunyi orang tumbuk batu lesung. Bunyi yang sangat kuat sampai macam nak tidur pun rasa terganggu.

Anak buah aku keluar bilik nak pergi tengok kat dapur dan lalu ruangtamu. Tapi bila pergi dapur je, dapur gelap. Jadi dia anggap mungkin orang atas kot yang masak?

Anak buah aku masuk semula ke bilik. Tapi sebelum nak masuk bilik tu, dia dengar macam ada orang flush dari bilik air sharing diikuti dengan bunyi humming. Suara lelaki garau. Boleh bayang tak suara lelaki garau humming?

Sebab fikir mungkin salah seorang adik dia yang ada dalam bilik air tu. Anak buah aku masuk bilik. Tapi.. Masuk bilik dia tengok adik dia tengah tidur. Takkan ayah dia yang tidur dalam bilik master guna bilik air sharing tu padahal dalam tu dah ada bilik air?

Anak buah aku rasa seram sejuk. Dia tarik selimut dan paksa mata tidur. Malam tu memang dia tak boleh nak lelap sebab selain bunyi tumbuk lesung tu, dekat ruang tamu rumah ada bunyi orang main guli diikuti bunyi ketip kuku. Pukul 3 pagi macam tu barulah dia dapat lelap.

Anak buah terkena ‘gangguan’

Esoknya dia langsung tak cerita apa apa kat kakak aku sebab diorang masih ada satu malam lagi dekat homestay tu. Pagi tu, anak buah aku yang perempuan pulak terkena gangguan.

Dia nak masuk bilik dia tapi dia nampak macam ada kelibat budak kecik berlari dari balkoni ke dapur. Sekali imbas macam tu.

Jadi anak buah aku pergi panggil kakak aku sebab ingatkan adik dia yang kecik berlari. Tapi dia baru teringat yang satu family dia dah turun pergi swimming pool. Dia plan nak turun lambat sikit sebab nak kemas dapur.

Jadi.. Budak mana yang berlari tadi?

Tak cerita banyak, anak buah aku terus siap siap nak turun pergi swimming pool kat bawah jugak. Tapi sebelum dia turun tu, dia perasan macam ada budak mengintai waktu dia nak tutup pintu rumah. Apa lagi, makin meremang jadinya dia.

Turun bawah je, anak buah lelaki aku yang kena kacau semalam tiba tiba panggil kakak dia yang baru je nampak kelibat budak tu. Jadi dia cerita yang semalam dia tak boleh tidur lena sangat sebab kena kacau.

Tapi anak buah aku yang perempuan ni kunci mulut pasal dia nampak kelibat budak berlari tu sebab tak nak adik adik dia makin takut. Nak cerita kat kakak aku takut kena marah pulak.

Kakak pula ‘terkena’

Siang berganti malam. Malam tu gangguan yang seterusnya jadi pulak dekat kakak aku sendiri. Waktu dia dah kemas-kemas dapur dengan anak perempuan dia lepas makan malam, kakak aku pergi bilik satu lagi.

Dalam bilik tu anak lelaki dia macam tengah main telefon. Lampu bilik pun dah tutup. Tapi.. Melalui cahaya samar samar dari tingkap, kakak aku nampak ‘sorang’ lagi kelibat yang duduk sebelah anak dia dan berambut panjang.

Foto hiasan

Padahal, anak sulung dia masih kat dapur. Kakak aku mengucap panjang, terus dia buka lampu. Bila buka lampu je, tak ada apa apa. Kakak aku dah rasa lain macam. Macam ada yang tak kena dengan rumah ni.

Masa masuk semalam pun dia dah rasa macam panas tapi alhamdullilah tidur tak kena gangguan apa-apa. Kakak aku masih tak tahu yang anak dia kena kacau semalam dan pagi tadi.

Anak sulung tiba tiba menjerit

Kakak aku keluar pergi ruangtamu dan join husband dia tengok tv. Tengah tengok tv je tak pasal pasal anak sulung perempuan kakak aku yang tengah basuh pinggan menjerit.

Kakak aku pun marahlah kenapa menjerit malam malam. Anak buah aku cakap dia nampak dari tingkap ada perempuan rambut panjang mencangkung sebelah mesin basuh.

Terus kakak aku terbayang kelibat perempuan yang ada dalam bilik anak lelaki dia tadi. Dia suruh abaikan dan panggil anak anak dia semua duduk kat ruangtamu. Malam tu satu keluarga kakak aku tidur kat ruang tamu.

2 pagi, tombol pintu ‘dimain-main’

Dan tepat jam 2.00 pagi, tombol pintu tiga tiga bilik macam ada benda pusingkan. Lepas tu pintu tu macam dimain main bukak tutup.

Kakak aku suruh anak anak dia jangan layan. Baca ayat apa-apa yang patut sebab benda macam ni kalau dilayan makin dia suka. Malam tu kakak aku satu keluarga tidur sambil ditemani dengan bacaan Al-Baqarah dari telefon.

Tapi still juga tak boleh tidur sebab bunyi orang tumbuk lesung batu tu makin nak ke pagi makin kuat.

Bunyi tu sekejap hilang lepas tu dalam sepuluh minit datang balik. Sama juga dengan bunyi orang pusing tombol pintu bilik tu. Akhirnya suami kakak aku tak tahan dia pun macam jerkah. Barulah senyap.

Tapi tu pun tak lama. Dalam setengah jam macam tu, bunyi tu datang balik. Last last satu family tak boleh tidur sampai ke subuh.

Lepas subuh barulah semua dapat tidur lena. Tapi dapat tidur dalam berapa jam je la sebab dah nak check out kan. Pukul 11 semua dah bangun nak keluar balik. Kakak aku perasan macam ada angin lalu depan muka dia masa nak tutup pintu keluar dari homestay.

Masing masing buka cerita

Bila dah keluar homestay tu, dalam kereta masing masing anak buah aku baru buka cerita yang dia kena ganggu waktu malam pertama tu. Anak buah aku yang perempuan pun buka cerita juga. Tapi semua lega sebab akhirnya dah keluar dari homestay tu.

Rupanya bukan sampai situ je. Sampai je kat rumah masing masing tidur keletihan sebab penat kena ganggu termasuk kakak aku. Tapi. Kakak aku terjaga lepas dengar bunyi perempuan menangis. Dia ingatkan anak sulung dia yang menangis. Kakak aku pun bangun dan pergi bilik anak dia.

Bila masuk bilik anak dia, eh.. Elok je anak dia lena tengah tidur. Kakak aku rasa tak sedap hati. Takkan ‘benda’ dari homestay tu ikut balik rumah kot? Tapi boleh jadi juga.

Malam tu lepas Maghrib, suami kakak aku ajak jiran minta buat bacaan Yassin kat rumah sebab risau kalau datang gangguan kat rumah dia pulak. Lepas tu barulah tak ada lagi gangguan pelik yang datang.

Dua bulan lepas tu, kakak aku dapat tahu yang homestay dia duduk tu sebenarnya memang dah lama pun tak ada orang stay lepas owner dia sendiri keluar dari rumah.

Itu pun lepas dengar cerita dari kawan dia yang kerja sebagai agent property. Maksudnya, owner rumah tu tak bercadang pun nak jadikan rumah tu sebagai homestay. Tapi mungkin sebab dia sendiri kena kacau, jadi dia pun tak tahan terus keluar.

Untuk yang nak tahu homestay mana kat tengah bandar JB tu, aku dah bagi hint yang dia terletak tengah bandar. Aku rasa sekarang homestay tu masih lagi belum bertukar owner, kot?

Peringatan je la, kalau korang ada terfikir nak duduk homestay pastikan baca apa yang patut dulu sebab takut rumah tu dah lama ditinggalkan dan ada penghuni lain.

Lepas kena gangguan kat homestay yang ni, dia takdelah serik pun nak pergi mana-mana lagi homestay. Well, benda tak boleh nampak kan? Nak buat macam mana kalau terkena.

Tapi sebenarnya bagus kalau sebelum masuk homestay baca ni dulu ;

Doa ni bagus baca kalau nak masuk mana mana tempat baru atau nak keluar rumah ke. Boleh amalkan. Makhluk halus ni memang kita tak boleh nak elak. Takkan bila homestay berhantu kita nak ban semua homestay, bila hospital berhantu, nak ban hospital. Susahlah macam tu.

Lagi bagus kalau kita berserah diri dan tawakal je pada Allah SWT.

Sumber: Twitter LeAlterEgo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *