“Nasib si yatim piatu”. Dari kecil dduk menumpang rumah atok nenek. Tergamak mereka layan aku begini

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua…

Aku harap admin post la cerita aku ni. Sebelum aku start, aku mintak korang semua untuk ambil iktibar dan tauladan disebalik cerita aku ni.

Aku dulu masa kecik kecik duduk dengan nenek aku. Senang cakap nenek aku jaga la. So, aku duduk dengan nenek, atok, makcik aku. Makcik aku ni dah sekolah menengah dah masa aku masih darjah 1. Kira kami ni membesar sama sama. Buruk baik aku dan buruk baik dia masing masing tahu.

Aku nak cerita pasal makcik aku yang jahat ni. Aku ni anak buah dia (Mak aku kakak makcik) tapi aku tak tahu kenapa dia dera aku sampai macam tu sekali masa kecik kecik dulu.

Masa aku sekolah rendah, aku memang dah diasuh kena buat semua kerja rumah. Bangun awal pagi dalam pukul 7, kena pergi kedai beli sarapan, buat air atok nenek ngan makcik aku yang jahat tu nak minum (tapi makcik aku bangun pukul 10/11 pagi… biasala rumah mak pak dia kan)

Setelah breakfast, basuh dan sidai baju. Siap yang tu, kena sapu dalam dan luar rumah pulak. Setel yang tu, makcik aku akan suruh aku siapkan rencah untuk dia masak. Aku pun siapkan semua based on order dia tu.

Ingatkan dah siapkan rencah, boleh relaks rupanya tidak. Aku kena duduk sekali dengan dia kat dapur, hulur sudip, periuk, sudu yang dia mintak. Dia ni memang pemalas ya rabbi. Periuk tu sebelah dia pun, dia akan panggil aku untuk ambil.

Dah siap masak, aku kena basuh sumer perkakas masak dan lap dapur.

Dah tu makan kena berangkat berhidang semua. Tu semua aku la yang kena buat. Dieorang anak beranak, lepas makan tinggal jer. Lepas makan kena basuh siap siap, tak nak singki nampak penuh dengan pinggan mangkuk kotor.

Minum petang pun kena buat benda yang sama. Tengah syok syok tidur tengah hari, kena kejut masak air buat minum petang. Kalau nenek aku request nak mee goreng, aku kena siapkan rencah nanti senang makcik aku nak masak.

Makcik aku ni tak suka aku bangkang arahan dia. Kalau aku bangkang, dia takkan marah aku time tu. Dia akan pukul aku dengan tali pinggang masa atok nenek aku pergi masjid. Pernah sekali tu, aku tak nak belikan dia maggi je pun, dia tolak aku kat dalam bilik air dan siram aku dengan air dalam keadaan dah terlentang macam tu.

Bila aku dok asrama, aku harap benda ni dah takdela. Rupanya lagi dasyat aku kena. Dari pagi ke malam aku kena buat semua kerja dengan alasan aku dah banyak rileks kat asrama, takyah buat kerja rumah.

Jangan harap la nak pegang buku ni weii… kadang kadang, baju kerja laki dia pun aku yang iron. Pernah sekali tu sebelum balik asrama, dia dah longgokkan baju kerja laki dia untuk dipakai seminggu suruh aku iron. Kalau tak buat kena maki, so nak tak nak buat jela. Fyi, dieorang ni laki bini pemalas!

Kalau aku ada beli baju baru ke, tudung baru ker, dia akan ambil takpun koyak dan kotorkan. Takpun dia tanya aku depan depan nenek, mana aku ambil duit beli barang barang ni… Lepas tu tuduh aku mencuri semua.

1 hari tu aku bergaduh besar dengan dia. Aku tengah study waktu 2,3 pagi masa balik weekend. Tetiba aku dengar anak dia melalak. Nampak je aku, dia suruh aku buatkan susu anak dia. Aku cakapla aku tak nak, dia terus start naik angin. Mengamuk maki maki aku semua depan depan nenek aku.

Dia ni memang jenis drama queen tau. Benda sikit jer, tapi dia punya melalak buat drama air mata, macam kena rgol jer. Pastu tambah tambah cerita.

Nenek atok aku memang percaya jer cakap anak dia tu. Langsung tak back up aku. Masa tu aku menengah lagi, apelah kederat aku nak melawan dia. Lepas dah bergaduh tu, dia memang hasut nenek aku kaw kaw punya. Dan aku nampak, atok nenek aku percaya cakap dia.

Aku dah tak boleh makan dengan dieorang lagi. Lepas dieorang habis makan baru aku boleh makan.

Pernah waktu bulan puasa time nak berbuka, dieorang tak bagi aku makan sekali. Aku makan kat dapur. Lauk pun dieorang tak tinggalkan aku. Bila ambil yang dah hidang kat depan, mak cik aku akan maki aku. Nenek aku pun bising nanti dieorang nak makan tak cukupla apela.

So, aku ambil jela kuah dalam periuk tu makan ngan telur goreng. Kalau takde telur, aku goreng ikan bilis. Aku memang tak reti masak masa tu.

Dari form 1 sampaila umur aku 18 tahun, aku takde baju raya. Nenek atok aku memang tak kisahkan aku. Bagi dieorang, dieorang dah bagi makan pun da cukup. Baju dalam seluar dalam pun pakai yang makcik aku punya lelama tu.

Baju sekolah semua jangan cakapla, Semua aku mintak kat orang. Aku akan tanya kawan kawan aku kalau ada baju, tudung dan kasut sekolah yang elok lagi, bagi kat aku.

Dan Alhamdulillah, kawan kawan aku memang baik. Banyak jugakla keperluan sekolah yang masih elok dieorang bagi kat aku. Bab buku dan yuran sekolah, of coursela atok aku bagi kan. Tapi dia punyer mengungkit, Allah jer yang tahu.

Pernah makcik aku halau aku dari rumah dalam keadaan hujan lebat. Kain baju aku semua dia dah campak kat tanah time tu. Alasan dia halau? Dia tak suka aku duduk situ sebab menyusahkan makpak dia kena bagi aku makan.

Dieorang selalu remind aku yang aku ni menumpang, anak pungut, takde mak pak (mak pak aku dah meninggal dan aku anak tunggal), menyusahkan sebab kena bagi makan semua tapi tak kenang budi. Aku sabar jer sebab aku takde tempat nak pergi.

Aku belajar rajin rajin dan result PMR, SPM aku straight A. Dieorang tak bangga pun dengan aku, mengata lagi adalah. Siap cakap lagi, dah berjaya nanti, jangan tak kenang budi pulak.

Time nak sambung belajar, lagilah teruk aku kena.

“Kau nak sambung belajar, cari duit sendiri. Jangan nak susahkan mak pak aku. Takpun,kau pergi mintak sedekah atau rayuan sebab mak pak kau tak tinggalkan 1 sen pun”.

Sedih??? Time tu jela. Hehehe.. Alhamdulillah, sekarang aku dah berjaya. Mak cik aku pulak, sampai sekarang tak boleh nak angkat muka bila selisih dengan aku. Atok nenek aku dah meninggal sebelum dapat rasa hasil titik peluh aku tapi nampakla hari tua dieorang macam menyesal dengan apa yang dia buat pada aku.

Pada makcik aku kalau kau baca confession aku ni, sampai mati pun aku takkan lupa apa kau laki bini buat pada aku. Buat laki kau yang pernah cuba rgol aku dulu, semoga Allah bagi kau pertunjuk.

Harini kau buat orang, 1 day Allah akan balas balik setiap perbuatan kau. Jangan buat kat anak orang kalau kau taknak orang buat kat anak kau sendiri.

Buat yang pernah didera dan dianaya, ingat 1 benda jer. Allah tak pernah tidur. Dan tak selamanya hidup kita akan derita. Sebab Allah dah janji, setiap kesusahan, ada kesenangan.

Reaksi warganet

Noraziah Hamdan –
Barangsiapa berbuat baik kepada anak yatim piatu, besar ganjaran pahalanya. Syaitan goda manusia yg jaga anak yatim piatu agar membenci mereka sbb syaitan tahu Allah kasih pd hamba2Nya yg berbuat baik kepada anak2 yatim piatu. Sayang mak saudara kamu tewas pd pujukan syaitan. Dia x sedar apa yg dia terlepas.

Norlida Abdil Latif –
Pernah terbaca seorang makcik sanggup menjaga 4 orang anak saudara yatim piatu dengan hanya kerja kilang..makcik tu sampai tak kahwin sebab takut masa depan anak2 saudara tu terabai…kesudahannya semua anak2 saudara dia berjaya dan takde sorang pun yg lupakan dia yg dipanggil ‘ibu’

Fizan Ishak –
Pelik org yg xreti sayang ank buah sendiri..aku even masih belajar klo ada duit lebih skit dri ptptn mesti beli apa2 tuk ank buah sblom blek umah…sabaq la kak..ada hikmah dri apa berlaku n mesti arwah mak ayah akak dh bangga skrg sbb akk dah berjaya btw jgn baik sgt ngan mak cik akak tu nnti die amik kesempatan..hehe

Hanim Rozali –
kisah lebih kurang dgn sy.. duk dgn nenek jgk… n alhamdulillah berjaya lah utk diri sendiri… tp 1 jer bile dah jd camni mase kecik mcm sy lah kan hati keras yg teramat dan susah nk memaafkan org… mase kecik dah biase hidup dgn air mata dan geram yg xlps tp sekarang susah nau nk kuar air mata… sy mcm jd pedendam, sy fhm perasaan awk tu… kite same dan percaya x kite kuat bile dah biase dr kecik mcm ni…

Syasya Nadia –
Okay I know how you feel because I grew up in my grandparents’ house bersama aunty sorg. Dia anak bongsu and the only perempuan. Cerita kita tak jauh beza. But aku melawan. Dalam adik beradik aku sorg je yg reti voice out. Dia melebih2, mmg bergaduh besar. But aku selalu diam. Bila teruk baru aku gaduh besar (agak ganas) and voice out. Sampai atuk tak boleh nak backup anak dia tu sendiri. A year and a half aku tak bercakap dgn makcik aku since Ramadhan 2015. Baru2 ni borak dgn dia sikit2. Sbb kitorg tak jauh pun umur. Raya tahun lepas pun ada gaduh jugak. Dkt meja makan. Kitorg selalu bergaduh cara perli. Sekali dia campak makanan dkt muka aku. Ha, aku bangun je dari kerusi, nenek aku terus genggam tangan aku sampai luka, sbb dia taknak aku gaduh bertumbuk. (Yes aku kasar a bit) Anyways, i hope you are strong enough. Mentally and physically.

Sumber – Anak takda makpak via IIUMC

Perkongsian diatas disiarkan dilaman IIUMC pada tahun 2017 (January).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *