Saat isteri hamil anak ke2, suami kantoi langgan ‘gadis peneman’. Xpayah ke club atau hotel, semuanya buat dirumah

Foto sekadar hiasan.

Salam min, tolong siarkan luahan saya. Fake profile, tq. Sedikit pengenalan diri saya, saya wanita bekerjaya yang sedang mengandung anak ke2, anak sulung dah berumur 4 tahun.

Fasa pertama perkahwinan diuji dengan PJJ selama 5 tahun atas tuntutan kerja. Tahun lepas kami dtakdirkan bersama bila suami berjaya posting dekat dengan saya.

Suami seorang yang baik, nafkah diberikan setiap bulan dan membantu saya dalam urusan rumahtangga. Tidak pernah menghalang saya untuk membeli apa jua yang saya nak dan tidak pernah juga menggunakan duit saya.

Sekiranya dia pinjam, akan dgantinya balik. Nafkah ibunya juga diberikan setiap bulan dan saya tidak pernah sesekali menghalangnya.

Memandangkan duit gaji saya sudah cukup untuk menampung hidup, duit nafkah tu saya simpan untuk membeli asset (tanah, kereta dan rumah) campur dengan duit gaji saya.

Pendek kata, sepanjang perkahwinan kami tak pernah ada masalah serius. Gaduh sikit sikit tu biasalah dalam rumahtangga.

Benarlah, langit tak selalunya cerah.

Baru baru ni suami kantoi melanggan service luar tapi tak sempat nak pergi sebab saya dah tau. Macamana saya tau?? Tergerak hati saya 2 3 hari sebelom tu untuk hack tepon suami walaupun saya dah tahu lama caranya.

Macam mana suami dapat no pela***? We chat, just shake search people nearby. Dan jangan heran, pela*** zaman sekarang just ada berdekatan kawasan perumahan, tak payah pergi club atau hotel murahan. Semuanya dibuat dirumah, dikawasan kejiranan yang semua orang tak kan jangka.

Sumpah, pada hari tu jika saya bnuh suami saya sekalipon takkan dapat menghapuskan rasa sakit hati dan pengkhianatan yang suami telah berikan.

Saya sekarang tengah menunggu jawapan untuk solat ishtakharah saya, samada untuk teruskan dengan pencerraian atau memaafkan suami.

Suami mengaku akan kesilapannya dan meminta maaf. Persoalannya, mampukah dengan kata kata maafnya mengembalikan kepercayaan yang telah hilang?

Untuk pembaca diluar sana yang ada pengalaman yang sama, boleh tak share dengan saya, sekiranya memaafkan, adakah lelaki akan kembali mengulangi perkara yang sama??

Jika bercerrai, apakah kehidupan anda lagi baik? Berape lama masa yang di ambil untuk melupakan? Apakah anak yang sekecil tu akan faham tindakan saya?

Doakan saya saya kuat menghadapi ujian ni.
Selamat hari raya.

Reaksi warganet

Najiha Tihani –
Kalau bercerrai, awak mampu hidup sendiri. Dari segi cerita awak, suami awak takkan lupa pasal nafkah anak anak.

Kalau terus bersama, kecurangan ni, akan jadi macam knser, merosak tanpa kite sedar sebab takkan ada lagi kepercayaan Di hati awak. Silap silap akan jadi ungkitan masa akan datang.

Tempoh masa untuk melupakan pun tak pasti, mungkin awak akan sentiasa ingat seumur hidup. Tak salah kalau awak nak bagi peluang, cuma awak yang kenal hati budi suami awak.

Noorilham Ahmad –
Sis, suami sis bersiko untuk dpt H1V sebab berhubungan bebas. Dan sis pun berisiko untuk dapat dari dia tanpa sedar.

Bukan nak hasut untuk bercerrai. Cuma nak sis beringat. Kalu masih nak terima dia, suruh dia buat ujian saringan H1V. Kalau negative baru boleh teruskan.

Kalau tak, baik berpisah demi kesihatan umum. Kita sayang suami. Tapi kena lebih sayang diri sendiri. Saya doakan yang terbaik untuk sis dan suami

Pn Linda Ho –
Sis lebih tahu siapa suami sis dan perasaan sis yang sebenarnya. Ikut amarah memang kita nak bercerrai.

Tapi bila kenangkan anak2, anak2 perlu kan ayah. Jika itu kesalahan pertama nya dan dia berjanji itu adalah kali yang terakhir, sis maafkan dia.

Betol, memaafkan itu boleh, tapi melupakan adalah amat payah. Mungkin sis akan mngalami f0bia atau ketidakkepercayaan kepada suami lagi. Ye smpai bila bila sis takkan percaya lagi pada suami. Tapi andai suami sis betol betol insaf dan mahu berubah, bagi peluang dulu ya sis.

Sarah Abdullah –
Kalau you cerrai pasti ke boleh dapat lagi seorang suami yang lebih baik? Adakah itu jalan penyelesaian ? Bukan ke dia suami awak dan seharusnya kamu harus juga bimbing dia ke jalan yang benar?

Kamu tahu dia sudah membuat dosa besar! Kahwin itu Ibadah, syaiitan akan hasut supaya kamu bercerrai, bincang dan tanya suami apa reason dia buat begitu?

Mungkin puncanya adalah sebab dia kurang bahagia dengan SESUATU yang kamu lakukan bersama dia, saya nak cakap direct nanti lain pulak. Ingat pencerraian bukan jalan penyelesaian work things out, solat bersama cari redha Allah bersama.

Sama2 usaha untuk jadi Ahli syurga kenapa kita makin lupa dunia akhirat, dunia ini hanya la sementara apa sahaja kamu buat sekarang fikirkan Hari Pembalasan

Sekut Merry –
Kisah ni macam terbalik. Dan laluinya.

Bagi saya kalau curang, memang tu satu pengkhiantan dalam rumahtangga. Ibarat barang peribadi disentuh orang. Diusik orang.

Bagi saya tak perlu diberi peluang. Sebab dah khianti kepercayaan yang diberi. Tak jujur. Tak setia. Saya pilih berpisah. Sebab saya susah nak percaya kalau bab curang ni. Sekali curang tak mustahil kekal berulang..

Bagi masalah awak. Saya faham perasaan tu macam mana. Bila tk jujur dalam hubungan. Kesian kan bila percaya akhirnya dikhianati. Awak fikir anak, awak fikir diri sendiri. Bahagia hidup ni kalau dah orang tipu kita, musnahlah percaya tu…

Awak fikir yang terbaik. Bab macam ni. Awak sendiri yang perlu buat keputusan. Pilihan tu dihati awak. Doakan yang baik2. Semoga awak temui jawapan tu. Bab macam ni hanya diri sendiri yang selesaikan sebab ia kebahagian hidup untuk masa akan datang…

Selamat berpuasa dan selamat hari raya.

Maaf sekadar pendapat…

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *