Kecoh satu kg, kelibat pocong melompat2 tanpa malu. Mlm tu, pintu rumah diketuk. Aku buka luas2

Foto sekadar hiasan.

Hai dan Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin jika menyiarkan kisah ini. Kali ni, aku nak cerita kat korang pasal Hantu gula-gula.

P/s : Bukan cerita aku.

Abah aku ni suka bercerita dengan aku. Cerita hikayat, cerita legenda, cerita dongeng, cerita tipu dan macam macam lagilah. Pasal cerita tipu tu, manalah aku tahu kalau kena tipu pun. Masa tu kecil lagi kot.

Pada suatu hari, aku dan adik adik lepak kat bilik mak dan abah. Mak lipat baju kat tepi katil. Abah pula atas katil, baring dengan anakanak sambil bercerita dan berteka teki.

Kadangkala teka teki yang diberikan mengarut, tapi abah tetap layankan je kerenah anak anaknya. We love you Abah!

Nak dijadikan cerita, masa kitorang tengah syok merapu dengan abah dan adik adik, aku mula baring menghadap tingkap. Kaki pula aku letakkan kat dinding bawah tingkap tu sambil berjoget riang.

Sebenarnya tingkap bilik mak abah ni jenis sliding, tapi cerminnya tak lut sinar, jenis legap. Tak boleh nampak luar, luar juga tak boleh nampak dalam. Cuma boleh nampak bayang dan warna je.

Bayangkan jelah masa tu tiba tiba aku ternampak bayang berwana putih.

Bayang tu melompat lompat melintasi tingkap bilik. Bilik mak abah aku ada dua set tingkap. Setiap set ada dua tingkap sliding. Saiz satu sliding tingkap tu je dah sedepa dewasa saiznya.

Jadi jumlah saiz tingkap bilik tu empat depa dewasa saiznya. Besar tau. Panjang dua set tingkap tu pun bersebelahan je.

Aku sendiri pun tak tahu macam mana nak terangkan. Aku perhatikan je bayang tu. Dari penjuri tingkap sini sampai ke penjuru tingkap sana, ‘ benda’ tu cuma buat 3 kali lompatan. Kalah atlet lompat jauh Olimpik.

Memang aku perhatikan je sampailah benda tu habis melompat.

Lepas tu, baru aku tersedar.

“Apa bendanya tu?” Aku terus melompat bangun nak buka tingkap. Aku nak jugalah tengok apa yang tengah melompat tu. Tapi abah halang.

“Kak long nak buat apa tu?”

“Kak long nak buka tingkap, tengok kejap. ”

“Tak payah. Tak elok buka tingkap malam malam ni,” tegas abah.

Terbantut niat aku. Tapi aku tengok muka mak dan abah dah berubah. Macam sembunyikan sesuatu.

“Dah, pergi sambung main kat ruang tamu, ” ujar mak. Dengan kecewanya, kitorang pun keluar dari bilik tidur tu.

Lepas tu, keesokan harinya, heboh satu kampung tentang apa jadi malam tadi. Rupanya ramai yang nampak.

‘Hantu gula-gula’ tu atau dengan erti kata lain, hantu pocong melompat lompat tanpa segan silu dari rumah ke rumah. Ramai yang nampak rupanya.

Hantu gula-gula tu tawaf dari rumah ke rumah. Semua orang pun tak pasti apa sebenarnya dia nak cari. Semua orang dah tak nak bagi anak anak diorang keluar rumah bermain kat rumah lepas maghrib, takut benda tu kacau.

“Kak long, boleh tolong mak cuci pinggan mangkuk kat dapur?” ujar mak yang sedang asyik menonton televisyen bersama adik adik. Aku pun segera memyahut dan terus ke dapur.

Singki kat rumah aku dekat dengan pintu belakang dan menghadap tingkap. Dari sudut tingkap tu, ternampaklah cahaya samar samar hasil pancaran lampu neon rumah sebelah.

Suasana masa tu memang boleh meremangkan bulu roma. Aku pun tak tahu kenapa aku tiba tiba rajin sangat nak cuci pinggan. Selama ni mesti banyak alasan aku bagi kat mak.

“Aik? Dari tadi aku basuh pinggan ni, tak habis habis pun. Banyak sangat ke? Tadi nampak macam sikit je.”

“Ah lantaklah. Perasaan aku je kot. Mungkin tadi ada yang tambah pinggan tak basuh dari meja makan.” Segala persoalan aku abaikan. Aku terus menyambung mencuci pinggan sambil menyanyi lagu.

Sedang asyik menyanyi, tiba tiba pintu belakang rumah aku diketuk. Ketukan itu lansung aku tak endahkan.

Aku cuma fikir nak cepat cepat cuci, lepas tu terus tidur. Takkanlah ada orang nak datang malam malam ni. Kucing kot. Tapi ketukan pintu masih berbunyi berselang-seli.

“Hish, siapalah pula ni? Kacau je. Masuk lalu pintu depan kan boleh.”

Lama kelamaan aku ambil keputusan buka pintu walaupun jauh dalam lubuk hati mengatakan jangan dibuka pintu tu. Hanya beberapa langkah yang aku ambil untuk menuju ke arah pintu.

Entah kenapa aku rasa tak sedap hati. Tapi manalah tau yang kat luar tu abah, aku tetap juga terus memulas tombol pintu dan buka pintu seluas luasnya.

Alangkah terkejutnya aku apabila apa yang terlihat kat depan mata aku adalah susuk tubuh memakai baju seragam putih lusuh berikat-ikat. Wajahnya pula hitam tak jelas.

Aku tergamam melihat susuk tubuh itu. Sah. Memang inilah bayang berwarna putih yang aku nampak kat tingkap kelmarin. Inilah ‘hantu gula-gula’ yang dikhabarkan satu kampung. Lalu terpacullah kata kata dari mulut aku.

“Kau nak apa datang sini?”. Gertak aku dengan lantang. Aku sendiri pun tak tahu mana munculnya keberanian aku. Tiba tiba je aku rasa berani.

“Aku ke sini ada tujuan. Tujuan aku nak jumpa kau. Tuan aku dah m4ti 10 tahun lepas. Sekarang ni aku tak bertuan. Aku kesini nak kau jadi tuan aku. Tolonglah jadi tuan aku. Aku merayu.”

Lantas aku baca ayat kursi. Aku baca dengan sepenuh hati supaya dapat menghalau pocong tu. Masa tengah khusyuk baca kalimah Allah, tiba tiba badan aku rasa seperti digoncang-goncang.

“Kak long? Kak long! Bangun, kak long!” Aku buka mataku dan mak tengah menggoncang badanku.

“Mak? Kak long kat mana ni?”

“Dah setengah jam mak cuba kejut kamu. Kak long mimpi apa ni sampai mengigau, meracau racau tadi,” ujar mak sambil berkerut melihat aku yang masih terpinga pinga.

“Tadi kak long basuh pinggan, lepas tu… takde apa apalah, mak. Esok kak long cerita,” kataku sambil beristighfar.

Aku terjaga dari mimpi itu sebelum pukul 3:00 pagi. Keesokannya aku bertanya kat mak. Aku ceritakan segala galanya kat mak.

“Mak, sebenarnya apa maksud mimpi tu?”

“Biasalah tu, mainan tidur. Takde apa apalah. Lain kali solat isyak dulu baru tidur,” seloroh mak.

Tapi lain pula apabila aku bertanya kepada atuk. Atuk cakap mimpi tu sebenarnya kenyataan dan bukannya mimpi.

Hantu pocong tu memang tak bertuan dan sedang berkeliaran mencari tuan baru. Nasib baik aku tak nak jadi tuan dia dalam mimpi tu. Kalau tak, masak aku.

Sejak tu, kejadian hantu gula-gula tu tak lagi kelihatan melompat lompat dari rumah ke rumah. Apa yang dah jadi dengan benda tu, sama ada dah bertuan atau tidak masih lagi menjadi misteri sehingga kini.

Sumber – Mat Kool (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *