Bila Along kawin baru, pelik Adam hanya bermlm sehari di rumahnya. Dulu lps cerrai, Along bersungguh tuntut hak jaga Adam.

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri untuk para pembaca. Terima kasih pada admin kalau siarkan confession aku. Nama aku Faz, seorang perempuan berumur awal 20-an dan belum berkahwin.

Aku menulis di sini hanya sekadar untuk berkongsi cerita dan bukan untuk membuka aib sesiapa. Aku nak cerita pasal anak saudara aku yang menjadi ‘mngsa perceraian’ mak ayah dia.

Sebelum aku cerita lebih lanjut, aku perkenalkan serba sedikit mengenai latarbelakang anak saudara aku. Aku namakan anak saudara aku sebagai Adam.

Ayah Adam ialah abang sulung aku (Along) dan mak Adam iaitu bekas kakak ipar aku (Fasha). Adam mempunyai mak tiri (Shila) dan Adam juga mempunyai ayah tiri (Rizal). Maaflah kalau readers agak keliru dengan penjelasan aku. Hehe.

Alright aku mulakan cerita. Masa aku umur 7 tahun, Along kenalkan Fasha dekat family kitorang.

Pada mulanya mak ayah aku kurang berkenan dengan Fasha sebab dia jenis agak sedikit liar. Tapi sebab Along dan Fasha nampak sangat ‘mencintai’ antara satu sama lain so mak ayah aku ok jelah. So Along dan Fasha pun kahwin. Setahun lepas tu, lahirlah anak saudara aku, Adam.

Dipendekkan cerita, masa Adam baru berumur 9 bulan, Fasha kantoi ada lelaki lain. So bila dah kantoi, Fasha mintak Along cerraikan dia.

Pada mulanya Along tak nak cerraikan Fasha sebab katanya kesian dekat Adam yang kecik lagi masa tu. Tapi Fasha berkeras jugak nak dicerraikan.

Mak ayah aku pun puas nasihatkan Fasha supaya tak mintak cerrai tapi dia tetap dengan keputusan dia, nak cerrai! So Along letak syarat, nak cerrai boleh tapi hak penjagaan kena bagi dekat Along. Tanpa berfikir panjang, Fasha bersetuju.

So berpisahlah Along dan Fasha. Manakala hak penjagaan Adam dapat pada Along. Lepas je cerrai, Fasha terus tinggalkan Adam macam tu je dekat kitorang. Dua tahun lepas Along dan Fasha berpisah, Along amik keputusan untuk bernikah dengan seorang perempuan (Shila).

Pada tahun yang sama juga Fasha kahwin dengan Rizal. Maka dapatlah Adam mak dan ayah baru. Shila ni pula actually bekas kekasih Along masa zaman sekolah dulu.

Kitaorang adik beradik dan mak ayah pun kenal dengan Shila. Apa yang buat kitaorang teruja nak jadikan Shila ni kakak ipar adalah cara dia layan Adam. Memang nampaklah ciri ciri keibuan pada diri dia.

Masa Along kahwin dengan Shila, diorang sama sama kerja di ibu kota. So Adam tinggal dengan kitorang kat kampung. Sebulan sekali diorang akan balik kampung untuk melawat Adam. Memang nampak sangat keluarga bahagia.

Setahun kemudian, company tempat Along kerja ada problem so Along diberhentikan kerja. Along dan Shila pun baliklah ke kampung. Along dapat kerja kat kampung manakala Shila pula jadi surirumah.

Oh ya, kat kampung diorang duduk kat rumah mak ayah aku. Kat rumah hanya ada mak, ayah, aku (usu) and Alang. Angah pulak kerja kat bandar.

Berbalik pada cerita aku, apa yang aku nampak bila Along dah duduk kat kampung, menghadap Adam 24 jam, dia jadi dingin terhadap anak dia sendiri.

Setiap hari dia balik kerja, Adam dengan terujanya akan sambut dia di depan pintu. Tapi apa yang Adam dapat, hanyalah kena tengking.

Bermulalah episod kisah Adam sebagai anak yang kurang mendapat perhatian dari ayah dia. Jika di rumah, Along hanya akan menghabiskan masanya bermain permainan video di telefon.

Sekiranya Adam cuba cuba nak ajak berborak masa dia tengah layan game, Adam akan dimarah. Bayangkan masa tu Adam baru berumur 4 tahun dah kena tengking tengking. Bila Adam kurang mendapat perhatian Along, dia menjadi agak buas.

Bila kitaorang sebagai makcik makcik dia tegur, Along akan pukul Adam. Semakin lama kitaorang semakin faham yang Along tak suka anak dia ditegur. Apa yang buat kitaorang geram, Along tak suka anak dia ditegur orang lain tapi dia sendiri tak didik anak dia.

So bila Along di rumah, kitaorang memang takkan tegur Adam kalau dia buat perangai. Bukan sebab takut kat Along tapi sebab tak nak Adam jadi mngsa lepas geram.

Shila pula, jika dulu sebelum kahwin dengan Along dia sangat rapat dengan Adam tapi tidak lagi sekarang. Tambahan pula sekarang Shila dah ada anak sendiri (Faiz). Dia pun sama je seperti Along.. mengabaikan Adam.

Masa Adam nak daftar masuk pra sekolah dulu, sikit pun Along dan Shila tak urus. Urusan semua mak ayah aku yang buat. Sampailah sekarang Adam dah darjah 4.

Jika ada urusan di sekolah yang memerlukan ibu bapa untuk hadir, aku atau mak yang akan hadir. Along hanya sediakan duit belanja untuk Adam. Selebihnya hanya kami adik beradik dan mak ayah yang akan uruskan.

Ya aku faham Along sibuk bekerja tapi isteri dia? Tak boleh ke sekali sekala dia hadir ke sekolah untuk uruskan anak tiri dia. Tak boleh ke dia berikan perhatian pada Adam macam masa sebelum dia kahwin dengan Along.

Sekarang.. Umur Adam dah 10 tahun. Adam sekarang duduk dengan kami manakala Along dan Shila dah pindah duduk di rumah sewa diaorang yang jaraknya dari rumah kami hanya 3km. Sesekali hujung minggu Along akan ambil Adam untuk duduk dengan dia.

Adam tak duduk sepenuhnya bersama diaorang dengan alasan tak ada siapa nak hantar Adam ke sekolah. Tambahan pula anak angah yang duduk dengan kitaorang satu sekolah dengan Adam. So bolehlah aku atau tok abah hantar dan ambik diorang di sekolah.

Kalau masa cuti panjang pula, selalunya Adam hanya akan bermalam di rumah sewa Along 1 malam. Lepastu Along akan hantar Adam balik tempat kitaorang. Selang 2 3 hari macam tu baru Along akan ambik Adam lagi.

Aku musykil, kenapa setiap kali Adam bermalam kat sana, hanya 1 malam? Lepastu hantar balik sini. Selang beberapa hari baru ambik. Isteri Along tak sanggup ke nak jaga Adam? Entahlah.

Perangai Adam sekarang, memang agak buas. Degil dan melawan kata orang tua. Kitaorang sebagai makcik makcik dia pula dah buntu.

Bermacam cara kita buat nak didik Adam. Cara lembut (nasihat) dah, cara keras (rotan) pun dah, tapi Adam tetap dengan perangai dia. Pembelajaran Adam pula, agak slow.

Bayangkan dah darjah 4 Adam masih merangkak nak membaca. Kerja sekolah tak siap kalau tak kena pantau. Adam sampai menangis bila kena suruh belajar atau buat kerja sekolah.

Feedback yang aku dapat dari guru guru Adam, Adam sejenis tak buat kerja kalau tak ada orang perhatikan dia. So aku fikir Adam memang sangat dahagakan perhatian.

Bukan kami sebagai makcik makcik dia tak bagi perhatian. Tapi sangatlah jauh bezanya perhatian mak saudara jika dibanding perhatian dari mak ayah sendiri. Along juga tak ambik tahu pasal pembelajaran Adam.

Mak kandung Adam pula, seingat aku kali terakhir dia datang melawat Adam 2 tahun lepas. Dan kali terakhir dia menelefon Adam setahun yang lalu itupun sekadar memberi tahu yang dia dah ada anak baru (anak angkat).

Aku rasa sampai di sini sahaja dahulu. Jika confession aku ini disiarkan dan mendapat respon para pembaca, aku akan sambung.

So apa yang aku dapat simpulkan, mungkin Along nak hak penjagaan Adam hanyalah kerana eg0 dia. Yelah, untuk apa dia beria nakkan hak penjagaan Adam tapi sikit pun dia tak peduli pasal Adam.

Aku ingat lagi kali pertama Fasha datang melawat Adam selepas 6 tahun diorang berpisah, Along beritahu ayah yang dia tak suka Fasha datang melawat Adam.

Jujur aku katakan Along memang sangat eg0. Aku malas nak cerita panjang pasal Along. Next time je lah aku cerita pasal keeg0an Along ni. Haha. Sekian, assalamualaikum.

Reaksi warganet

Hiedayah Lee –
Sedihnya. Disebabkan pencerraian, anak yang jadi mngsa. Ibu bapa eg0. Masing masing cari bahagia lain. For confessor, sebagai ahli keluarga buatlah sesuatu. Semoga Adam diberikan didikan yang sebaliknya. Belum terlambat.

Ruzita Mohd Salleh –
Cuba bawa anak buah pergi diagn0sis kat hospital sebab dia ada masalah pembelajaran. Kurang perhatian dan kasih sayang dari mak ayah tu punca anak jadi nakal or buas. Dia nak cari perhatian.

Bapak si Adam tu pun patut di sekolahkan juga, ada tanggungjawab tolonglah bertanggungjawab lain kalau dah meninggal baru boleh serah tanggungjawab ke orang lain

Ika Atiqa –
Itulah bila orang tua kurang suka dengan calon tu lain kali tak payah lah gedik nak kawin. Hang dah lawan cakap mak ayah satu hal lepas tu menyusahkan orang tua Pulak nak kena jaga anak hang..

Adam tu didik lah bagi elok. Dah menginjak dewasa boleh hantar tahfiz. Bila kaca jadi permata masa tua nak mati nanti mula lah minta anak anak tolong doa bagai.

Puan Faizun Mustafa Pejon –
Kesian budak tu. Sebagai seorang guru, perkara begini dah memang lali bagi saya. Budak budak tahap umur macam ini memang sangat perlukan perhatian mak ayah.

Tapi kalau mak ayah masih tak kisah, penjaganya harus ambil tempat. Maybe confessor cuba slow talk dengaan si budak Adam tu. Eye to eye dengan dia. Ceritakan dan tanyakan apa masalah Adam tu. Sebagai makcik , bagitau dia semua orang sayangkan dia. Bagi dia semangat.

Risha Othman –
Ko ambik jelah Adam tu jadi anak angkat kau. Bahasakan diri ibu, lama lama mungkin dia boleh panggil kau ibu. Bila kau anggap diri kau ibu dia, automatic layanan kau akan berbeza, kasih sayang kau berbeza, perhatian kau berbeza, sentuhan kau berbeza melebihi anak saudara. Sebab semua dah maklum Adam tu perlukan perhatian ibu bapa Walaupun salah seorang.

Nur Zarith Azhar –
Betol cakao kamu dik, abang kamu tu memang eg0. Hakikatnya abang kamu dan ex wife die tu dua2 ekor tak heran kan Adam.

Apa kamu perlu buat, jaga Adam betol betol. Pasal perangai Adam, doa jelah baik baik, mungkin lelama okay.

Pada along ko dan ex wife die yang babun tu, dorang kene ingat, esok dorang dah tua nak mam, dorang akan perlukan Adam. Time tu entah entah Adam tak kenal dorang pun. Adam cuma kenal usu die yg baik, tok abah tok mama die yang baik dan makcik2 die je. Masa tu adam dah kaya raya dan senang dan jaga kebajikan atok nenek dan makcik2 je. Ish sedih pulak aku baca kisah Adam ni.

Sumber – Faz (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *