Ujian tuhan. Bila dh kerja, gaji aku tinggi dr suami. Antara kedekut atau pemurah, ini aku pilih

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya seorang mak bekerjaya profesional dengan 5 orang anak. Anak sulung masih bersekolah rendah dan anak bongsu masih menyusu badan. Tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur dengan saiz famili 7 orang memang menelan belanja yang besar.

Suami kerja kilang sebagai seorang jurutera. Jangan ingat gaji jurutera Malaysia besar ya. Silap silap gaji bangla jual karpet lagi besar dari gaji jurutera kat Malaysia ni. Berapa ramai dah jurutera Malaysia yang tukar bidang.

Banyak program kejuruteraan kat Malaysia ni pun dah dihentikan sebab graduan kejuruteraan takde pasaran dan digajikan rendah dari kelayakan. Tapi bukan nak cerita pasal tu. Nak cerita pasal ‘1001 Kebaikan Apabila Ibu Bekerja’.

Dulu masa baru dapat anak, saya pernah la terfikir nak berhenti kerja untuk bagi sepenuh perhatian pada anak. Tambahan pula anak lahir dengan masalah kesihatan. Masa tu saya rasa mak adalah yang terbaik untuk jaga anak, jadi mak kena ada 24 jam dengan anak.

Bagi didikan, keperluan dan pelajaran pada anak. Tapi masa tu keadaan kewangan keluarga tak mengizinkan saya berhenti kerja. Saya perlu terus bekerja sebab nak kan surat jaminan majikan untuk rawatan perubatan anak.

Syarikat saya bekerja sahaja yang boleh bagi surat jaminan, syarikat suami saya takde keistimewaan tu. Kalau saya berhenti kerja, siapa nak bayar rawatan perubatan anak saya?

Saya tak nak jadi orang yang meminta meminta. Padahal ada cara lain untuk elak dari meminta minta. Malu la minta minta kat orang. Kan malu tu sebahagian dari iman.

Suami nak keluarkan duit KWSP untuk rawatan anak tapi saya larang. Saya kata surat jaminan dah ada. Duit KWSP tu simpan dulu untuk benda lain. Lagipun berapa sangat duit KWSP tu, baru 2 tahun kerja.

Jadi, kena la kerja sebab nak tanggung kos rawatan anak. Saya pun simpan je lah niat nak berhenti kerja tu. Tamat cuti bersalin, masuk lah kerja balik dengan hati yang amat berat untuk tinggalkan anak yang tak berapa sihat lagi masa tu.

Masa tu mak ada lagi. Mak tinggal dengan saya beberapa bulan. Mak nak jaga sendiri cucu sulung dia. Risau katanya. Terima kasih mak. Sokongan keluarga jadi penguat semangat saya masa tu.

Beberapa bulan lepas tu, anak pun makin sihat, mak balik kampung semula. Dan anak saya tinggalkan di taska semasa saya keluar bekerja.

Setiap kali saya lahirkan anak, dari anak pertama sampai kelima, saya tetap rasa macam nak berhenti kerja untuk jaga sendiri anak anak. Tambah pula anak masih menyusu badan. Lagilah rasa tak boleh berenggang. Itu naluri seorang ibu.

Kalau boleh nak menyusu badan secara eksklusif selama 6 bulan. Ada cuti tanpa gaji menyusu anak yang bersambung dengan cuti bersalin tapi tak boleh nak ambik sebab keadaan kewangan tak mengizinkan. Kena lah masuk kerja balik setelah tamat cuti bersalin.

Gaji suami pula tak naik naik sejak anak kedua lahir. Katanya gaji dah besar, sebab tu gaji tak naik naik lagi. Tapi bonus tiap tahun dapat pula. Takde la bonus berbulan bulan gaji tapi ade la dari takde langsung. Saya dah check slip gaji dia. Memang statik.

Haih ntah lah, tak faham, jadi no komen. Sebab tak boleh nak ubah gaji suami, saya fokus pada gaji saya je lah. Fokus pada benda yang kita boleh ubah. Yang kita tak boleh ubah, abaikan.

Saya fikir, kalau saya berhenti kerja, memang boleh, tapi kena balik kampung tanam jagung. Tumpang rumah mak ayah mertua. Rumah di KL kena jual sebab tak mampu nak bayar bulan bulan. Kereta pun kena jual sebuah sebab tak mampu nak bayar bulan bulan.

Pakai lah kereta kancil yang dah habis bayar yang nak roboh tu je. 7 orang naik kereta tu rasanya memang terus roboh la kereta tu. Huhu. Suami pun kena cari kerja lain di kampung takpun usahakan tanah keluarga. Back to zero.

Macam tu boleh la saya jadi surirumah sepenuh masa. 24 jam dengan anak. Masalahnya sanggup ke back to zero disaat dah ada hampir semuanya sekarang ni?

Dah ada rumah sendiri, kereta sendiri, kehidupan sendiri. Islam pun suruh duduk asing dari ibubapa lepas kahwin. Dah elok duduk asing, nak duduk sama pula.

Dari kecil ibubapa dah susah besarkan kita, sekarang dah besar pun nak susahkan diorang lagi untuk fikirkan hal kita dan anak anak kita. Malulah. Jangan cari susahlah. Ikut je la apa yang agama dah bagi panduan untuk selamat dunia akhirat. Duduk asing.

Alhamdulillah Allah beri gaji saya naik tiap tahun, pangkat pun naik. Niat saya nak berhenti kerja dan jaga anak sendiri pun makin pudar dan hilang. Sekarang saya mampu beli rumah sendiri, beli segala kelengkapan rumah, ada motor, ada kereta, semua hasil titik peluh saya sendiri.

Semua aset ni atas nama saya. Niat saya beli semua tu adalah untuk beri kehidupan yang selesa pada keluarga saya. Suami saya tak mampu, saya yang mampu. Jadi saya tolong dia sediakan semua keperluan keluarga.

Allah sedang menguji saya dan suami. Allah bagi gaji saya lebih dari suami saya. Jadi saya ada pilihan untuk jadi kedekut atau pemurah. Dalam masa yang sama saya pastikan suami saya jalankan tanggungjawab dia sebagai suami dan tak ambil kesempatan.

Saya suruh dia bayar dan beli apa yang dia mampu mengikut gaji dia. Mana yang tak cukup saya tampung, perbelanjaan kehendak dan bukan keperluan selalunya saya yang keluarkan.

Baru baru ni saya pasang penghawa dingin kat rumah sebab nak bagi suami dan anak anak saya lebih selesa. Suami selalu mengadu panas berkuap dalam rumah bila malam. Berpeluh peluh sampai gatal badan badan. Anak anak pun sama. Semua ada masalah ekzema.

Saya boleh pilih untuk tak beli penghawa dingin dan beli barang kemas untuk diri sendiri. Tapi saya tak pilih tu. Sebab saya beli bukan untuk diri saya tapi untuk keluarga saya kerana Allah.

Lagipun saya ni suka cuai, pernah hilang barang kemas, jadi lupakan je la nak pakai emas. Saya boleh pilih untuk simpan duit saya sampai berkepuk kepuk dalam Tabung Haji tapi saya fikir duit tu tak boleh bawa m4ti. Nak pergi haji cepat belum tentu lagi sempat.

Duit yang kita sedekahkan tu la milik kita, bukan yang kita simpan. Semua duit yang saya belanjakan untuk suami dan anak anak, saya niatkan sedekah dan hadiah. Hanya pahala dariNya yang saya harapkan. Belanja, belanja juga, simpanan kecemasan dan jangka panjang kena ada juga ya!

Itu baru cakap pasal pahala berkhidmat pada keluarga. Pahala berkhidmat pada masyarakat sebab bekerja pada masyarakat belum kira lagi. Allah Maha Adil. Mesti Allah kira. Sangka baik pada Allah.

Setiap langkah dan detik saya keluar bekerja untuk berkhidmat pada masyarakat pasti ada nilai disisi Allah. Allah yang pilih dan beri saya ilmu pengetahuan dan kemahiran ni, saya gunakan segala pemberikan Allah ni untuk manfaat masyarakat pula.

Pahala saya akan terus mengalir selagi mana pengetahuan dan kemahiran yang saya curahkan tu disampaikan orang dari generasi ke generasi. Sejenis pelaburan yang tak kan rugi selama lamanya!

Selain daripada tu, ibu yang bekerja juga boleh bantu tingkatkan ekonomi orang lain. Macam mana caranya?

Bila ibu bekerja, ibu hantar anak pada pengasuh, ibu bagi pengasuh gaji, pengasuh dapat sumber pendapatan, boleh bantu pengasuh sara keluarga.

Bila ibu bekerja, ibu upah orang hantar dan ambik anak dari sekolah, pemandu van dapat sumber pendapatan, bantu pemandu van mencari sesuap nasi untuk keluarga dia.

Bila ibu bekerja, mak shopping segala food delivery dari kawasan kejiranan tak termasuk di shopee dan lazada, ini semua boleh membantu ekonomi jiran jiran dan orang lain.

Niatkan beli dengan jiran tu sebab nak bantu dia dapat sumber pendapatan, walaupun sebenarnya jimat RM4 kalau beli kat pasaraya.

Bila ibu bekerja, ibu hantar anak ke sekolah untuk dapat didikan dan pelajaran dari orang yang ahli dan pakar. Cikgu cikgu pakar mengajar. Kalau ibu ajar sendiri, belum tentu ibu boleh ajar dengan baik subjek sains siap dengan eksperimennya sekali. Belum subjek lain lain lagi.

Jadi serahkan pada yang pakar untuk ajar anak, ibu cari duit bayarkan gaji cikgu/ustaz/ustazah lagi baik. Kena pantau juga pelajaran anak. Jangan lepas tangan pula.

Makanya, secara kesimpulan, terdapat 1001 kebaikan apabila ibu bekerja jika diniatkan dengan betul kerana Allah. Bukan niat kerana nak jadi kaya, nak kejar cita cita, takut kena cerrai, takut suami buat hal, atau sebab bosan duduk rumah.

Ibu ibu bekerja lah dengan niat kerana Allah dan tak langgar syariat. Kerja yang halal, suami izikan, jaga aurat, jaga percampuran lelaki perempuan di tempat kerja, jaga pancaindera dari buat maksiiat dan paling penting jaga hati dan jaga iman.

Lagi satu kesimpulannya jangan kedekut. Rajinlah bersedekah. Gaji yang kita dapat tu Allah yang beri. Isteri tak perlu keluar nafkah. Oleh itu, berbelanja lah untuk diri dan keluarga dengan niat sedekah pada semua orang. Moga-moga Allah sayang.

Reaksi warganet

Madre De Zaref –
Lega sikit bila baca confession ni. Dilemma seorang ibu berkerja macam saya. Setiap kali lepas bersalin akan timbul rasa bersalah pada anak anak kerana terpaksa tinggalkan mereka di taska. Tapi apakan daya. Sentiasa berdoa semoga Allah menjaga keselamatan anak anak saya.

Fiza Awal –
Tahniah puan. Bagi isteri yang tak berkerjaya jangan rasa down dengan perkara ni. Masalah setiap orang tak sama dan jalan mengatasi pun tak sama.

Ada orang nak berkerja tapi kesihatan tak mengizinkan terpaksa berhenti kerja. Ada orang pasangan buat perangai, terpaksa berhenti kerja dan duduk dengan fmly sendiri dulu dan back to zero. Ada orang taknak kerja tapi ekonomi keluarga memang tak boleh ditanggung kalau tak kerja.. Yang penting jangan buat perbandingan.

Makcik Bawang –
Alhamdulillah. Jalan cerita kita lebih kurang sama. Dalam gaji kita ada rezeki untuk orang lain terutamanya untuk anak anak. Ibu bapa dan orang sekeliling kita. Semoga keberkatan gaji kita dapat mendatangkan perkara yang baik baik sahaja dalam kehidupan.

Nadiah Abu Bakar –
Betul. Niat kerja tak lain tak bukan, bantu keluarga. Walaupun gaji isteri lebih kepada membeli kehendak berbanding keperluan, tapi dari situlah kita lihat senyuman dari insan insan yang kita sayang.

Dan paling penting, gaji kita boleh bagi pada mak ayah kita banyak mana kita mahu tanpa rasa kita bebankan suami.

Alia Sanudin –
Rasa dapat motivasi bila baca. Tq sister. Selalu ibu2 suri rumah je suarakan isu kena bash sebab suri rumah. Selalu viral suri rumah kerja tanpa rehat, tanpa gaji.

Tapi kami yang kerja ni pulak rasa, bila suri rumah cakap, “gamak eh korang hantar anak korang kat somebody ntah sapa2 jaga. Korg confident ke hantar anak pergi taska”.

Takpon, bila ada kes kes berkaitan aniaya bayi ke budak kat pengasuh tempat kerja, suri rumah akan cakap, sebab tu la aku bhenti kerja. Jaga anak dengan tangan sendiri. Aku rela xde duit hidup biasyer2 janji aku jaga anak sendiri.

Apa agaknya perasaan kami yang kerja ni. Terluka tau. Kami ni niat bantu suami, bantu mak bapak. Bantu masyarakat.

Anita Alfian –
Saya sokong tulisan dan pendapat puan ni. Saya sangat setuju bahawa seorang wanita seorg perempuan seorg isteri perlu ada kerjaya. Tak kisahlah apa sekali pun kerjaya itu asalkan halal.

Kita perlu bersedia untuk hari hujan kerana kita ada keluarga yakni anak anak yang perlu kita bersama sama suami jaga dan beri didikan sempurna. Saya sokong pendapat puan kita bekerja kerana kita mahu keluarga kita bahagia. Bahagia itu subjektif.

Menerusi pandangan pengalaman melihat keadaan sekitar saya sangat bersetuju ISTERI PERLU ADA PENDAPATAN SENDIRI DEMI KEBAHAGIAAN SEMUA.

Sekali lagi saya tegaskan, bahagia itu subjektif – tidak sama untuk semua orang. Duit orang tak sama dengan duit kita sendiri kerana itu hak kita atas usaha kita. Kerjaya ni juga subjektif, berusaha mencari rezeki halal itu kata kuncinya.

Sumber – Atinadeen (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *