Bini Yusuf ajak jumpa. Mendengar kata2 Yusuf, dpn isterinya aku terdiam. Gugurnya maruah aku masa tu

Foto sekadar hiasan.

Terbaca tentang kisah Hanis yang tak boleh move on bercinta dengan suami orang selama 2 tahun. Aku faham. Sebab aku sedang alaminya. Tapi aku lagi kelakar. Sempat 2 bulan sahaja, tapi susahnya nak melupakan.

Oh, aku Ida. Pertengahan 30an. Jalan cerita yang sama. Aku jadi orang ketiga dalam rumahtangga Yusuf dan Zulaikha, Januari hingga Februari 2019. Masih tak boleh move on. Sampai sekarang. Allahu.

Memang cuma 2 bulan. Tapi aku dah suka Yusuf dari tahun 2012.

Pertama kali kami berjumpa dalam majlis sekolah peringkat daerah. Redup mata Yusuf tu memang buat aku teringat ingat. Sejenis mata layu macam mengantuk 24 jam.

Punyalah ramai umat manusia di majlis tu, tapi mata aku tertumpu pada Yusuf dan sungguh aku tak boleh lupakan wajah dia.

Tapi dengan status seorang perempuan bergelar guru, berpenampilan Islamik pula, aku rasa malu nak menegur. Takkan aku nak mulakan dulu? Takkan aku nak minta nombor telefon? Akhirnya semua berlalu hinggalah akhir tahun 2018.

2018 – Disember, permulaan segala penantian. Aku bertemu semula dengan Yusuf. Sama sama bertugas sebagai pengawas SPM. Berbunganya hati aku masa tu, Tuhan sahaja yang tahu. Tapi aku cuba profesional. Aku jalankan tugas sebagai pengawas SPM dengan berdedikasi.

Aku nak tunjuk pada Yusuf yang aku seorang yang bagus dalam bekerja. Aku seorang guru yang berkaliber. Sebab aku nampak Yusuf pun orangnya begitu.

Bila buat kerja, memang serius. Tak ada masa nak bergurau atau berbual mesra. Semua kena ikut SOP, tak boleh main main. Walaupun dah 6 tahun berlalu sejak pertemuan pertama, aku masih ingat wajah ini. Masih sama. Masih jadi wajah kegemaran aku.

Setelah tamat tugas sebagai pengawas SPM, masing masing bawa haluan. Tak ada contact apa-apa. Aku beranikan diri ‘add’ Yusuf di Facebook dan Instagram.

Yusuf ‘approved’. Waaa.. makin berbunga hati aku. Aku scroll satu persatu gambar Yusuf di Instagram. Dia sudah beristeri dan anak 1. Isteri Yusuf cantik dan bergaya kalau nak dibanding dengan aku.

Aku ‘stalk’ pula Instagram Zulaikha (isteri Yusuf) sebab dia set ‘public’. Bila aku scroll gambar gambar mereka, aku dapat rasakan yang mereka bahagia sangat sangat. Keluarga sederhana tapi sempurna.

Entah kenapa, aku berharap akulah wanita yang berada di sisi Yusuf sekarang. Aku nak bahagia sebegitu. Aku nak jadi isteri Yusuf. Aku nak jadi ibu untuk anak anak dia. ‘Desperate’nya aku.

Aku tak tahu apa yang merasuk aku. Tapi hati aku fikir, kenapa aku jumpa Yusuf semula selepas 6 tahun? Adakah ini jodoh yang tertangguh? Adakah kali ni aku kena buat sesuatu agar aku tak jadi bdoh seperti 6 tahun yang lalu?

Yusuf suami orang, tapi hati aku kata apa salahnya mencuba.

Jadi kawan pun jadilah. Bermulalah episod aku memberi ‘reaction’ di setiap Instagram ‘story’ Yusuf dengan harapan dia perasan kewujudan aku.

Mula mula Yusuf hanya ‘seen’ kan ‘reaction’ aku. Hinggalah 1 hari aku dapat mesej di WhatsApp dari Yusuf. Gembiranya aku! Bermula dengan urusan tuntutan pembayaran elaun pengawas SPM, meleret leret ke cerita peribadi.

Aku lebih tua dari Yusuf. Jadi dia selalu bertanya kenapa aku masih belum berkahwin di kala usiaku dah menginjak 35 tahun.

Entah kenapa, aku senang berkongsi segala kisah pahit cinta tak kesampaian yang aku lalui. Aku jadi selesa berbual dengan Yusuf. Hinggakan bila aku sedih, dia akan ‘call’ aku bertanyakan keadaan aku.

Adakah aku ‘okay’ atau tidak. Semuanya berjalan bahagia seperti biasa hingga Januari 2019. Yusuf seolah sedar yang kami tak sepatutnya ada hubungan sebegini.

Dia bagi kami 3 hari untuk tak ‘contact’ satu sama lain dan cuba melupakan. Sumpah aku tak mampu! Aku mesej Yusuf bagitahu yang aku tak mampu tanpa dia. Aku nak Yusuf dalam hidup aku.

Bila berbicara tentang perkahwinan, Yusuf sedari awal bagitau aku yang dia sayangkan Zulaikha dan anaknya sangat sangat. Mereka bahagia. Tak ada apa yang boleh jadi alasan untuk Yusuf tinggalkan Zulaikha. Dia takkan sekali kali mencerraikan isterinya.

Yusuf kata kalau aku ingin jadi isteri ke2, dia minta aku berjumpa sendiri dengan Zulaikha dan bagitahu hasrat aku.

Mampu ke aku? Melukakan hati wanita sebaik Zulaikha? Yang setia, sedangkan suaminya punya aku di belakangnya. Memalukan diri sendiri dengan menawarkan diri sebagai madu? Sedangkan keluarga mereka dah cukup bahagia dan sempurna tanpa aku.

Akal aku mengajak aku tinggalkan jalan ini, tapi hati aku tidak. Setiap kali Yusuf suarakan hasrat untuk tamatkan, aku akan pujuk dia.

Aku percaya, tak salah untuk mencuba. Sekurang kurangnya aku tahu aku dah cuba, tapi jodoh kami tiada. Sekurang kurangnya aku bertindak walaupun dah dikira sebagai terlewat.

Bermula awal bulan Februari 2019, Yusuf dah mula menjauhkan diri. Kalau biasanya dia akan cuba untuk ‘call’ aku setiap petang semasa dia keluar ‘jogging’, sekarang tak lagi.

Aku dah serupa orang m4ti laki. Meroyan sebab aku tak mampu kehilangan Yusuf. Macam mana aku nak memiliki orang yang tak mampu aku miliki?

Sepanjang cuti sekolah di bulan Februari, Yusuf sepi. Hanya post di Instagram isterinya yang jadi petunjuk untuk aku tahu ke mana jejaknya.

Oh, pergi bercuti sekeluarga. Bahagianya tengok post Zulaikha. Aku tengok Yusuf pun senyum memanjang dalam gambar mereka. Sedangkan hati aku dirobek robek. Aku pun mulalah ‘post’ ayat ayat patah hati di Instagram ‘story’.

Aku hanya nak Yusuf tengok. Bila aku tengok Yusuf ‘seen’, aku padam IGstory tu. Aku post ayat lain pulak. Aku nak tarik perhatian Yusuf. Aku nak Yusuf ingat aku walaupun dia sedang gembira dengan Zulaikha. Giila ke aku?

Hingga akhirnya aku post satu ayat tersirat sepertinya aku redha jika kehilangannya. Tak lama kemudian, Yusuf ‘call’ untuk penjelasan. Yes! Dia masih ingat pada aku. Yes! Aku berjaya tarik perhatian dia.

Setelah sesi drama tarik tali ke sana ke sini, kami berbaik semula. Aku bagai dapat kembali semangat aku. Memulakan hari persekolahan selepas cuti sekolah dengan lebih bersemangat tanpa menyangka ada perkara besar akan berlaku.

14 Februari – kosong. Kosong hati dan fikiran bila Zulaikha menghubungi aku dan ajak kami bertemu 4 mata untuk berbincang. Pada mulanya hanya kami berdua, tapi aku minta Yusuf ikut sekali untuk dengar sendiri penjelasan dari mulutnya.

Zulaikha tanya aku nak kahwin dengan Yusuf ke? Aku diam. Aku cakap, kalau ada jodoh. Zulaikha bersungguh tak nak bermadu. Jika aku nak Yusuf, Zulaikha minta Yusuf lepaskan dia.

Aku diam. Yusuf bersungguh tak nak. Yusuf kata, aku adalah perkara paling bdoh yang pernah jadi dalam hidup dia. Dia pilih Zulaikha, bukan aku.

BEDEBUK! Aku diam. Aku perkara paling bdoh? Terasa gugur maruah seorang aku. Wanita yang dipandang tinggi oleh masyarakat sebagai pendidik tapi rupanya perosak rumahtangga orang. Wanita yang dipandang mulia kerana berhijab labuh tapi rupanya berniat merampas suami orang.

Bdohnya seorang aku. Patutlah aku jadi perkara paling bdoh dalam hidup Yusuf. Dari seawal perhubungan aku yang berusaha untuk Yusuf merasai kewujudan aku. Aku yang berusaha mencipta keadaan agar dia simpati dengan cerita hidupku.

Ya, semua aku. Bdohnya aku. Cuma aku yang bertahan dan bertahan. Sedangkan Yusuf dah lama cuba nak melupakan. Aku yang tak mampu terima kenyataan.

Petang itu kami bertiga berpisah dengan janji aku takkan ganggu Yusuf lagi. Dan aku berjanji kalau Yusuf ganggu aku, aku akan bagitahu Zulaikha.

Kini mengertilah aku, Yusuf memang bukan untuk aku. 2012 hingga 2019, masih tak mampu memadam segalanya.

Disember 2018 hingga 14 Februari 2019 selalu menghantui aku. Demi Tuhan, aku tak mampu lupakan Yusuf. Dia ‘block’ aku di semua ‘socmed’. Zulaikha set ‘private’ Instagram dia. Aku dah tak boleh tengok gambar Yusuf.

Aku merintih setiap hari meminta jawapan dari Tuhan. Kenapa mesti aku bertemu orang yang salah? Kenapa mesti aku jatuh cinta pada orang yang salah? Kenapa bukan aku jodoh Yusuf? Kenapa? Kenapa?

Allahu. Sebahagian diri aku rasa malu dengan kelaku sendiri yang tak mencerminkan akhlak seorang pendidik. Tapi sebahagian diri aku sangat rindukan momen aku dan Yusuf. Dia lelaki lengkap. Ada rupa. Baik. Hormat wanita. Pandai berbual apa jua topik. Pendengar yang bagus.

Suka bagi semangat. Tak ambil kesempatan. Semua Yusuf ada. Kecuali dia bukan bujang. Dia suami orang! Terkadang aku rasa puas, kerana sekurang kurangnya aku telah mencuba. Tapi nampaknya Tuhan tak izinkan.

Terkadang aku rasa seperti ‘loser’. Lagi lagi bila Zulaikha dah kembali set IG ke ‘public’. Dia dah ‘block’ Instagram peribadi aku, tapi aku ada 1 lagi Instagram untuk ‘business’ jualan ‘handsock’ muslimah. Jadi aku guna untuk aku stalk mereka. Giila kan?

Mereka makin bahagia. Aku juga yang makin giila. Walhal dulu Yusuf dah bagitahu yang hubungan kami takkan ke mana. Aku juga yang berdegil nak teruskan. Kononnya aku akan akur dengan apa jua takdir yang tertulis untuk kami.

Nah, bila jadi macam ni, aku juga yang meroyan sendiri sedangkan mereka akan menimang cahaya mata ke2 tak lama lagi. Apa ni? Mana bahagia milik aku? Bila aku boleh ‘move on’ sedangkan dah lebih setahun berlalu?

Aku rasa Yusuf dan Zulaikha dah lupakan aku. Aku juga yang terkapai kapai menahan rindu. Dan aku tak boleh tipu diri sendiri yang rasa dalam hati ni pada Yusuf tak pernah berubah sejak 2012. Bdoh ke aku?

Aku masih berharap akulah wanita di sisi Yusuf bila aku ‘scroll’ Instagram Zulaikha. Giila ke aku? Aku mohon pendapat untuk aku mengatasi rasa ini dari semua pembaca. Terima kasih.

Reaksi warganet

Hazirah Hj Hamzah –
Ini la kot apa yang dirasai oleh perosak rumah tangga previous married aku dulu. Tapi yang lelaki pun sama melayan jugak. Suka tergedik gedik, bila kita suruh kawin dengan perempuan tu kemudian lepaskan kita. Hairan jugak la bila yang islamik tudung labuh pun tak dapat bezakan mana betul mana salah.

Intan Mazura Zaid –
Moga rumahtangga kita dijauhkan dari gangguan wanita macam ni. Dan sebagai wanita, saya harap kita tak ikut sikap macam confessor. Bila kurang rasa empati dalam diri, ginilah jadi nya.

Sis, fikirkanlah. Kesan buruk mungkin akan jadi lebih besar lepas ni. Maaf cakap, tak moleklah duk kejar bahagia atas penderitaan orang lain. Huhu.

Mira Arif –
Orang orang macam kau ni lah kami yang tak bertudung labuh, tak berniqab, hilang hormat dekat golongan2 so called ‘muslimah’.

Dah banyak kali aku tengok geng geng acah muslimah ni dengan pakai niqab tapi ketawa mengilai ngila. Yang pakai tudung labuh senyum manis meleret2, suara yang sengaja dilunak2kan usya laki orang kemain lagi.

Memang bukan semua yang macam ni. Tapi aku dah jumpa banyak yang macam ni. Kau move on jela cikgu. Simpan sikit maruah tu. Jangan kuat berangan. Buat keje berfaedah siket. Aku doakan kau jumpa jodoh yang baik baik dan bukan dengan laki orang.

Zee Ekyn –
Saya pun umur 35 tahun. Masih bujang dan single. Tapi takde la desperate macam ni.

Yusof tu dah banyak kali bagi hint kot. Awak yang tak faham. Awak sndiri yang salah ertikan suka dan sayang awak tu. Biasela kalo kite ade crush tapi toksahla sampai macam tu sekali. Mungkin awak lonely. Dgn beban keje, takde member. Jadi ingatan awak hanya tertumpu pada bende yang takkan jadi kenyataan.

Sudahlah kite perempuan. Kalao tak kawen pon bukan lah satu pengakhiran yang hina pon untuk kite. Banyak lagi bende dalam dunia ni nak explore. Keluarlah dari kepompong. Sekali sekala jelajah bumi tuhan yang sangat besar ni. Saya pasti confessor pon ade banyak lagi tanggungjawab yang tak tertunai. Buat ape nak dikejar bnde yang buka milik kite.

Capa Corp –
UJIAN.

Buat Ucop – diuji dengan ada yang menanti walau dah ada yang disisi.

Zulaika – dikhianati, diduakan, you name it.

Awak – diuji dengan perasaan sendiri. jatuh sayang pada yang milik orang.

Awak maki je Ucop tu puas2, sampai awak rasa boleh move on dari dia.

Buat social media baru dan jangan cari anything bout mereka at all. Lantak la diorang bahagia atau derita. Fokus at yourself, heal your heart.

Semoga dipermudahkan, semoga bertemu dengan yang lebih baik. Kalau tidak di dunia, insyaAllah ada di syurga. Semoga yang baik baik untuk awak dan Ucop dan Zulaika.

Norizan Mamat –
Salam Ida. Makcik dulu ada pengalaman dengan orang ke tiga. Sebenarnya bukan orang ketiga sangat.

Dia gini.

Perempuan tu berusia. Lebih tua dari makcik. Hapa pulak somi nak kawin lain nak rasa yg baru tapi lama? Kalau lelaki nak berbaloi, baiklah ambil yang muda yang lebih baik dari isteri yang ada, kan ?

Sebenarnya ada sejenis lelaki bergurau atau bercakap dengan perempuan, tanpa niat nak goda. Kita yang perasan kut.

Untuk kes makcik, kakak tu janda.

Dia dok hubungi suami makcik. Bukanlah rasa tercabar sangat. Cuma rasa tak suka jer. Hehehe… Normal.

Last makcik cakap dengan somi, nak ker dengan kakak tu? Dia gelak. Memang tak ada niat nak dengan kakak tu (masa jumpa makcik, kakak tu cakap, somi makcik suka kat dia bla bla bla)

Makcik ambil keputusan untuk percaya suami dan abaikan kata kakak tu. Malas layan.

Dah bertahun berlalu, kami pun dah bahagia beranak pinak, kakak tu kawin semula, masih tiada anak, tapi tiada masalah, dia punya suami kayaaa ada kereta besar, bahagia kut.

Makcik tumpang bahagia untuk dia. 😍😍😍

Pernah ada aktiviti kami bertemu bertiga. Makcik tengok jer gelagat mereka berdua. Somi makcik buat bodo jer, tak ada langsung nampak kekok itu ini. Hehehe…

Apa makcik nak cakap, move on.

Orang tak rasa pun kita ni satu ancaman pada kebahagiaan mereka, hanya ada rasa gangguan sedikit. Macam nyamuk, kena tampar mati.

So, jangan sedih lama lama. Cari bahagia lain. Jangan cari suami orang. Duda ramai. Kan?

Sumber – Ida (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *