Makwe adik kahwin lain. Diam2 housematenya hantar gambar amoi. Tak lama lpstu, ibu meninggal. Adik brubah

Foto sekadar hiasan.

Tika menanti mata lelap, aku terbayangkan kisah adik lelakiku yang sorang ni.

Untuk makluman pembaca, aku merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik perempuan, yang dipanggil sebagai Angah dan juga adik lelaki bongsu, kami panggil dia Adik.

Sejak dari kecil lagi Adik memang tak pandai nak express apa yang dia rasa. Banyak menyendiri dan buat hal sendiri, jadi tak hairan langsung kalau aku katakan yang aku hanya rapat dengan angah je. Paling teruk bila Adik belajar di salah sebuah universiti di selatan tanah air.

Maknanya, memang sampai kesudah jarang jarang dengar khabar berita dia kecuali masa raya atau cuti semester. Tipula kalau ibubapa tak rindu. Dan aku jugakla pendengar setia mereka dan memujuk barangkali adikku sibuk sangat tu.

Ketika tahun kedua pengajian, Adik memperkenalkan teman wanitanya kepada ibubapa kami. Dan kebetulan rupanya teman wanitanya ini yang kupanggil B ini adalah merupakan anak kawan sekerja ibu.

Memang menjadi asbab untuk mereka menjadi rapat dan Adik banyak berkongsi cerita dengan ibu dan percayalah ibu dan Ibu si H memang dah berkira kira untuk berbesan selepas habis belajar kelak.

Tapi Angah punyai instinct yang kuat dan memang tak pernah berkenan dengan H ni. Aku macam biasa, more to neutral. Asal adik adik dan paling penting ibubapa happy. Tapi, pada tahun akhir pengajian, aku mula rasa tak sedap hati ketika mereka tengah menjalani latihan industri.

Adik beradik H kontrol my brother. Nak dia praktikal sekali dengan H, senang ambil itu ini.. Erk? hello, dia masih ada mak bapak okay.. Nampak ibu makan hati tapi pendamkan sebab alasannya asal anak anak bahagia.

Bayangkan la macamana tak terbakar bila tengah malam pun call my brother tolong beli makanan2, bla2 semua tu. I can sense of queen control here. Aku tak kisah kalau Adik aku boleh hadap tapi aku kisah kalau kalau esok ibubapa aku makan hati kena beralah demi menantu.

Kemuncak nya adalah waktu konvo mereka. Nak nampak batang hidung si H punya la susah sampai Adik kena call yang nenek dan ibubapa aku nak jumpa dia.

Memang nampak reluctant dan teragak agak nak jumpa. Frust kot nenek dengan ibu aku. Tak respect langsung kat orang tua. Adik try cover very hard there. I know something was wrong here.

Lepas konvo, Adik heart to heart dengan aku. Selama ni dia senyap sepanjang pengajian, sebab dia tak nak susahkan hati keluarga kami terutama ibubapa. How he struggle everyday. Macam macam kerja sampingan dia buat sebab taknak minta sesen dengan ibubapa kami.

Tapi, bisnes kecilan dia rugi teruk jadi dia decide nak mencari peluang pekerjaan di luar negara. Asbab paling utama dia cakap nak cepat cepat boleh bagi duit kat ibubapa dan kumpul duit kawin. Susah untuk keluarga lepaskan tapi bila tengok Adik tekad. Dengan berat hatinya, kami lepaskan.

Sepertimana ketika Adik di universiti, samalah ketika diluar negara kami semacam lost contact dengan dia. Tapi, tak seteruk dulu. Still reply dan update keadaan semasa beliau disana. Ketika dia senyap lama, aku tau dia tengah struggle.

Kali ini, aku lah yang menjadi penenang kepada ibubapaku dan menerangkan keadaan sebenar adik aku supaya mereka faham dan mendoakan kesejahteraan dia disana.

Mujurlah aku dapat contact no housemate dia disana. Jadi, dapatlah aku update keadaan adik aku disana secara konsisten kepada ibubapa kami.

Masih aku ingat tersenyum senyum mereka setiap kali aku buka cerita mengenai Adik. Namun, satu hari ibu call cakap H dah kawin dengan orang lain walhal orang tu memang Adik kenal. Aku terus mengucap panjang dan contact housemate Adik aku.

And my prediction was correct, my little brother was totally mental breakdown dan berkurung dalam bilik berhari hari.

Dear H, sekiranya anda baca kisah ini, Terima kasih sebab hancurkan hati Adik saya tapi saya bersyukur kerana dia dijauhkan t0xic people seperti anda.

Hari terus berlalu seperti biasa. Kelam dan lama kelamaan pulih seperti biasa walapun da hampir berbulan bulan lamanya. Tapi dalam hati takde dia takde sape yang tau. Hinggalah pada suatu hari, housemate Adik hantar sekeping photo seorang gadis bermata sepet kepada aku. Cantik bertudung.

Dia minta aku merahsiakan dari Adik cuma minta aku bagitahu kat orang tua kami yang semangat Adik perlahan lahan pulih disebabkan ‘amoi’ ni. Aku masa tu tak faham lagi maksud housemate Adik aku ni.

Tapi, bahagia tu terus menyelinap didalam hati aku sampai terus share gamba ‘amoi’ tu kat ibu aku. Tersenyum la ibu melihat ‘bakal menantu’ dia. Dan aku bersyukur sebab sempat tunjukkan gambar itu, kalau tak jujur memang aku akan ralat sampai kem4ti.

Rahsia yang kami dah tahu pasal buah hati dia ini kami pegang ketat ketat dari Adik sebab taknak hati dia terganggu lagi. Mungkin pada masa yang sesuai, dia akan umumkan.

Namun, kami semua rasa tak sedap hati. Tak tahu kenapa tapi pendamkan saja sebab masing masing tengah layan perasaan gembira selepas hampir 4 tahun, bila Adik cakap nak balik Malaysia bulan Sept ni for good. Orang tua kami hari hari senyum je dan duk kira hari bila Adik nak balik.

Tapi, perancangan Allah S.W.T tu maha besar. Ibu tiba tiba meninggalkan kami secara mengejut. Bayangkan macamana tengah berborak happy happy tengah hari tu dalam whatsap keluarga. Petang tu Ibu dah takde. Allah je tau macamana aku ngan Angah struggle nak drive balik dari KL ke pantai timur tu. Kat perhentian kami rebah hinggalah sampai didepan pintu rumah kami dipapah oleh makcik makcik.

Bapa bila melihat kami 2 beradik, terus menangis. Itu la kali pertama aku tengok bapa menangis dan kali kedua bila memandikan jenazah ibu.

Selepas subuh, aku mencari kekuatan bertanyakan kepada Bapa yang Adik kami dah tahu ker belum?

Dia hanya kelu tak boleh nak bercakap da dan minta aku wakilkan dia untuk bagitahu kat Adik. Walaupun dah hampir 2 tahun, percayalah aku masih ingat tangan aku terketar ketar menaip mesej kepada Adik. Ketika jenazah ibu dimasukkan keliang lahad, aku mendapat call dari Adik.

Aku jawab call dengan penuh rasa sebak tapi atas dasar kakak yang sulung, aku keraskan hati pujuk Adik. Hanya terdengar esakan hiba dari dia. Itu je yang aku dengar. Dia cakap nak balik… takpela Dik, ibu kita faham dan dia dah halalkan dan redha kat kita. Makcik2 semua cakap macam tu. Sabar dik.

Malam pertama pemergian Ibu, Adik cakap lepas solat jenazah ghaib dia tertidur dan bermimpi aruwah datang melawat dia dan memeluk dia. Alhamdulilah, terubat rindu dua beranak ini walaupun menjadi rindu yang tak berpenghujung akhirnya.

Sebulan selepas itu, Adik balik for good selepas settle down semua hal hal di sana. Aku masih terbayang riak wajahnya ketika mula mula nampak aku kat airport. Sebak, hiba semua bercampur gaul. Berapa kali dia memohon ampun sebab tak balik awal, risau bapa kami marah dia balik lambat.

Dia cakap dia nak balik jaga bapa kami, tak nak menyesal lagi dah. Aku bawa dia balik ke kampung. Allah s.w.t je tahu betapa sakitnya hati aku melihat wajah wajah kesayangan aku sebak dan menangis bila melihat kelibat Adik akhirnya.

Bapa kami tunggu Adik balik, itu saja kekuatan dia katanya sekarang. Kami bawa Adik ke kubur ibu, disitu terhambur segala perasaan kami selepas akhirnya ‘completed’ keluarga kami berkumpul bersama sama.

Beberapa bulan selepas itu, Adik menghabiskan masa dikampung bersama sama bapa. Angah yang takde semangat dah nak meneruskan perkerjaan terus decide balik kg nak jaga Abah dan menjaga rumah ibubapa kami. Dia meneruskan bisnes kedai runcit aruwah ibu kami.

Aku? Masih di KL demi kerja hakiki.

Aku masih berhubungan dengan ‘amoi’ yang berkawan rapat dengan Adik aku tu dibelakang beliau secara senyap senyap demi menjaga hati adikku yang tidak mahu lagi memberi harapan kepada ‘amoi’ ini. Kenapa aku panggil dia ‘amoi’?

Sebenarnya dia adalah Chinese yang berasal dari Hong Kong yang beragama Buddha. Dia ingin mengetahui mengenai keadaan semasa Adikku sementelah adik telah memutuskan segala contact dengan dia.

Dia cakap dia tahu hati budi Adik aku ni macamana. She know him really well and she know he’s not okay and he need her during this difficult time. Tapi, aku minta dia lupa kan Adik dan meneruskan kehidupan baru.

Dia betul betul tak putus asa, dan aku cuba menasihatinya supaya tidak memeluk Islam kelak kerana cinta tapi sebab diri dia sendiri dan kena redha sekiranya tiada jodoh dengan Adikku.

Kebetulan ada seorang ustaz cina mualaf yang tersohor di Malaysia berada di Hong Kong ketika itu. Aku private mesej ustaz tersebut dan minta tolong beliau bertemu dengan dia. Alhamdulilah, ustaz bersetuju dan urusan kami semua dipermudahkan untuk mereka berjumpa untuk sesi bersoal jawab.

Aku masih ingat masa tu lepas Asar, sehari sebelum Aidilfitri pertama kami tanpa ibu… Aku dapat mesej dari ustaz yang memberitahu bahawa dia sudah memeluk Islam.

ALLAHUAKBAR. Aku merahsiakan hal ini dari semua orang demi menjaga amanah yang dia masih belum bersedia untuk mengumumkan lagi pengislamannya. Disini, dia sudah punya nama islam baru iaitu ‘F’.

Selang beberapa bulan kemudian, F datang seorang diri ke KL tanpa pengetahuan aku. Sungguh, aku ralat. Demi menjaga hubungan aku adik beradik dia sanggup merahsiakan kedatangan dia ke KL sebab tak nak tengok kitaorang bermasam muka.

Dari KL, dia ke pantai timur mencari Adik aku. Adik aku betul betul speechless. Tak dapat bayangkan perasaan dia pada masa itu, selepas Adik aku post gamba dia kat whatsapp keluarga.

Barulah F mesej aku personally. Berapa kali ntah aku minta maaf kat dia sebab biarkan dia sorang sorang kat KL dan pergi ke kampung halaman kami seorang diri. Aku masih ingat kata kata F pada masa itu,

“Its okay sister. Dont worry. Im safe, i just want to got proper ending for both of us but i want to hear from his mouth infront of me because i know he cannot telling white lies…”

Ya Allah, bersalahnya aku kat dirimu dik. Dia bercerita ketika pertama kali Adik nampak dia Adik terus menangis semahu2nya.. Ibarat melepaskan segala beban yang dia pikul. Perasaan bersalah dia kepada aruwah ibu dan bapa…

Dia sengaja menjauhkan diri sebab takut tak boleh bagi harapan untuk ke peringkat yang lebih jauh dan sebab utama adalah dia mahu redeem all his past mistake to family. F sangatlah memahami dan percayalah itulah kali pertama aku rasa Adik kembali tersenyum selepas permergian ibu kami.

Maka, bermulalah perhubungan jarak jauh diantara mereka berdua sebelum ibubapa F meminta supaya Adik cepat cepat berkahwin dengan F supaya akidah dia terus terjaga. Di Hong Kong ibu F risau sekiranya takde orang yang bimbing F kelak. Betapa memahami ibubapa F kepada agama baru si anak.

Pada masa inilah, Adik aku wat keje gile lagi. Seminggu sebelum fly ke Hong Kong dia baru bagitahu kat bapa kami dan ahli keluarga yang lain dia nak nikah kat Hong Kong. Majlis kawin ditangguhkan ke hari lain, punyalah banyak fikir tak nak susahkan keluarga. Rela dia nak pergi sorang sorang kat Hong Kong tu..

Bapa amatlah memahami dan izinkan demi kebahagiaan anak anak dan bagi green light, dan sehari selepas Adik berlepas pergi kesana…. Aku langsung tak boleh wat kerja, waktu lunch terus call bapa nak minta izin nak pi Hong Kong juga jadi wakil family.

Bapa terus izinkan dan memang itulah yang dia harapkan sementelah lagi sempena hari bersejarah Adik. Last minute Angah also coming on the board. Maka, selepas selesai urusan dan preparation kami dua beradik berlepas ke Hong Kong.

Terkejut si Adik tengok kami pulak wat ‘surprise’… Eleh, Adik nangis kan… Kami beruntung keluarga F amatlah meraikan kami. Ibu F asyik peluk kami usap kepala kami, dan cakap anggapla dia sebagai pengganti aruwah ibu kami.

ALLAHUAKBAR 3X… Sungguh, kami sebak masa ni. Syukur Adik bakal mempunyai keluarga baru yang penyayang.

Keesokkannya, memang hari yang sangat sangat busy dan mujurlah kami sebagai wonderpet bersedia nak tolong bakal mempelai ni. Adik sangat nervous dan tak berenggang dengan aku dan Angah pulak sibuk mempersiapkan F dengan busana putih yang amat cantik.

Ibu, percayalah kalau ibu tengok ni. Lawa sangat menantu ibu berbusana putih dan bertudung litup. Adik pun segak berbaju melayu jahitan aruwah ibu dan memakai samping bapa. Keputusan aku ngan Angah datang sebagai wakil ibubapa kami amatlah tepat. Syukur Alhamdulilah.

Kami berlari lari kejar tren takut terlepas appointment dengan Iman Besar untuk majlis akad nikah. Disepanjang perjalanan banyak mata mata yang memerhatikan kami penuh curious. Kitorang tak kisah pun malah we are proud to display our national clothes to crowd.

Mujurlah kami sampai tepat pada masanya. Hanya Adik dan F, aku, Angah dan kawan baik F sebagai peneman. Tak ramai tapi penuh bermakna.

Saat aku merakamkan suasana detik penuh makna ketika F melafazkan kalimah syahadah secara official dan saat Adik aku melafazkan akad nikah. Terketar ketar tangan aku dan hanya sebak yang menguasai hati dan jiwa ini.

Alhamdulilah sekali lafaz. Syukur. Bapa kami di Malaysia hanya mampu balas mesej mengucapkan Tahniah dan syukur semua dipermudahkan.

Rupa2nya disebalik tabir makcikku cakap bapaku menangis semasa call dan dia boleh merasakan aruwah ibu berbahagia sangat disana, meremang bulu roma masa bapa cakap.

1) Pahala dari anak yang soleh yang berjaya menarik seorang saudara baru.

2) Mendirikan masjid… Terima kasih Adik…

Selepas beberapa hari kami disana, aku dengan Angah balik ke Malaysia sementara Adik tingal disana untuk berkenalan dan menghabiskan masa dengan keluarga Mertua. Sementara aku dalam perjalanan ke airport, aku tertdo sekejap didalam bas.

Aku bermimpikan aruwah ibu datang duduk sebelah aku didalam bas itu tersenyum dan seakan ingin mengucapkan terima kasih kerana menjalankan tanggujawab aku sebagai kakak sulung untuk adik adik. Hanya sekilas, dan aku terjaga. Berpeluh peluh aku tika itu.

Alhamdulilah, terima kasih ibu walaupun hadir cuma seketika. Terubat rindu. Along janji akan jaga keluarga kita sebaik2nya. InsyaAllah…

Ibu, Adik dah ketemui kebahagiaan dia. Perjalanan dia dan wife dia masih panjang tapi Allah s.w.t akan bimbing dan jaga mereka ibu. Aamiin2. Al_Fatihah untuk ibu dan ahli keluarga yang telah pergi…

Disclaimers : Disebabkan C0vid19, majlis kawin Adik belum boleh dilaksanakan lagi, dan masih ditangguh sehingga kini. Manakala keluarga F di Hong Kong juga masih dalam recovery mode after massive attck of C0vid19…

Adik dan F sekarang settle down di KL for time being. PLEASE PRAY FOR OUR SAFETY AND NATION RECOVERY, Aamiin.

Reaksi Warganet

Cik Putih –
Sedih baca cerita ni. Semoga confessor bahagia di sisi keluarga.

MashaaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan confessor dan family.

Alfatihah tuk ibu along, angah dann adik semoga ditmpatkan di kalangan orang yang beriman

Dyana Md Noor –
Aku nangis. Tahniah pada adik. Selamat pengantin baru. Selamat membimbing sahabat baru dalm Islam yer. Smoga Allah permudahkan segalanya.

Khairul Auzanie Abidin –
Happy ending. Saya gembira dengan adik confessor yang berjaya move on. Semoga bahagia selamanya. Aamiin.

Untuk ibu confessor, saya sedekahkan al-fatihah (dibaca).

Saya doakan semoga aruwah ibu confessor dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Aamin x3, ya rabbal ‘alamin.

Kak Ti Comel –
Kahwin dengan mualaf ni ujian berat. Kalau tak dari pasangan, tapi dari orang sekeliling seperti penerimaan keluarga. Fitnah dalam masyarakat yang belum islam ni kena kuat.

Saya bercakap pengalaman sendiri, suami mualaf dan keluarganya belum islam. Doakan semoga kami dipermudahkan untuk berdakwah kepada keluarganya.

Sumber – Along (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *