“Suamiku, suami kakak iparku”. Kalau kakak ipar, bodek sikit terus dpt. Tp aku, semuanya sendiri

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum, terima kasih kerana terima confession aku. Aku L bukan nama sebenar. Berusia awal 30an dan baru sahaja berumah tangga serta belum memiliki anak.

Apa yang akan aku ceritakan ini mungkin juga berlaku pada pasangan lain di luar sana. Untuk pengetahuan, aku bekerja di sektor swasta begitu juga dengan suami aku.

Setelah berkahwin aku diajak tinggal di rumah mertua. Dari awal aku agak tidak selesa bukan kerana rumah yang kecil (aku juga pernah tinggal diperumahan sebelum ni) tetapi akan kerana tinggal sebumbung dengan adik adik ipar lelaki.

Batasan aurat sangat perlu dijaga sebab mak mertua ku agak alim orangnya. Pernah aku di tegur hanya kerana memakai baju pendek ketika bermain badminton di luar rumah. Tapi mak sangat baik dan sayangkan aku. Eh, bukan ini yang aku nak ceritakan sebenarnya.

Yang ingin aku ceritakan sebenarnya adalah melibatkan suamiku dan kakaknya iaitu kakak ipar ku. Suamiku kerjanya biasa biasa aja. Dia disayangi oleh seluruh keluarga besar mertuaku. Ibarat orang kuat dalam keluarga.

Sebelum berkahwin kerjanya agak bagus tetapi di suruh semua orang pulang dan berbakti di kampung. Baliklah dia dari merantau di negeri orang.

Masalah yang aku hadapi sekarang adalah semua benda di rumah suami aku yang buat, kalau ada yang rosak dia yang baikikan kalau tak cukup kipas dia belikan, tak cukup itu ini suami aku juga yang akan keluarkan modal.

Sedangkan ramai lagi yang tinggal sebumbung dan berkemampuan. Beli barang dapur, bil letrik, bil air dia bayarkan tu aku tak kisah sebab aku juga menumpang dan itu juga tugas dia sebagai seorang anak.

Bila keluarga mertua ajak makan besar diluar suamiku juga yang akan bayar untuk semua orang (walaupun adik beradik yang lain kerja gajinya lebih besar).

Bukan aku nak berkira tapi setiap kali makan di luar begitu lah kejadian nya takde langsung yang ringan tangan hulur untuk tolong bayarkan sekali.

Malah setiap kali ingin keluar makan aku seakan tidak mahu menurut serta kerana kesiankan suamiku. Apakan daya kalau tak ikut dikatanya sombong tak mahu bercampur dengan keluarga. Aku sungguh tersepit.

Ni aku ceritakan pula pasal kakak iparku. Oh dia belum berkahwin ya. Dialah yang control suami aku dalam semua perkara oleh kerana suamiku tersangat rapat dengannya.

Segala perihal suami akan bercerita terlebih dahulu kepadanya termasuklah hal peribadi kami berdua kemudian barulah kepada aku.

Kekadang akulah orang last yang dapat tahu akan sesuatu perkara. Kesiankan aku ni. Suami aku dah macam suami kakak iparku.

Di turutnya bagai permaisuri. Yang paling aku nak marah ‘barang peribadi kakak’, keperluan, kadang kereta juga ada suami yang tolong bayarkan. Ala senang cerita bodek sikit terus dapat, walhal kakaknya mempunyai pendapatan sendiri.

Aku sebagai isteri semua keperluan aku beli sendiri, kereta pun aku yang bayar. Ye aku dengki! Aku dengki sebab aku tak di layan sepatutnya dan tidak adil bagi aku.

Bab di dapur juga tidak kurang hebatnya (aku jarang masak kecuali hari minggu sebab bekerja).

Bila aku masuk dapur ada saja yang tak kena itu la ini lah tak sedap la tak cukup masin la tak reti masak la macam macam kritikan yang aku terima dari kakak iparku. Aku give up untuk masuk dapur.

Dah jadi rutin aku untuk makan dahulu di tempat kerja sebelum balik nanti tak payah nak hadap dah kakak ipar dengan muka mencuka dia.

Hidup aku awal pagi sampai petang hanya di tempat kerja. Malam akan terperuk dalam bilik. Weekend lebih gemar untuk pulang ke kampung family aku walaupun kekadang balik seorang diri.

Setelah beberapa bulan aku menetap dirumah mertua, pernah beberapa kali aku ajak suamiku untuk berpindah dan menyewa di tempat lain.

Tapi suamiku bangkang sekeras kerasnya dengan alasan nanti mak pindah bolehlah kita duduk bilik depan. (Mak akan berpindah balik ke kampung tetapi tahun bila belum tahu lagi).

Untuk pengetahuan semua aku dan suami duduk di bilik paling kecil dalam rumah sedangkan kakak iparku yang belum berkahwin duduk di bilik tengah yang dua kali besarnya berbanding bilik ku dengan segala kelengkapan bilik adalah titik peluh suami ku.

Apabila aku menyuarakan mahu berpindah sebab nak merasa duduk sendiri padahal tak tahan dengan kakak iparku.

Dia sangat tidak bersetuju dan marah marah. Mana tidaknya sumber pendapatan akan hilang bila suami aku tiada. Tiada lagi orang yang boleh melayan dia seperti permaisuri.

Kes pindah tiada kesudahan. Setiap kali aku menyuarakan untuk berpindah akan berlaku pergaduhan dengan suami.

Begitulah kehidupan aku di rumah mertua, dengan kakak ipar lagak gaya seperti permaisuri dari hujung rambut sampai hujung kaki ditaja suamiku. Tu belum masuk bab adik beradik balik bercuti lagi.

Banyak sangat yang terbuku di hati. Moga aku terus kuat. Doakan ya.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan aku.

Isteri yang tak macam isteri…

Reaksi warganet

Rafi Phoenix –
Kes macam ni aku nampak depan mata kot, saudara mara aku ramai. Jadi macam macam kes aku tengok. Sebab tu kat mahsyar, anak bini tuntut macam macam. Nasib la, kuliah maghrib tak nak join….

Asyikin Aziz –
Carikan jodoh untuk kakak ipar tu. Kenenkan dengan lelaki yang jenis bertanggungjawab dan tegas. Jodohnya tu pulak biar yang duk jauh dari negeri tu. Lagi jauh, lagi bagus. Haha.

Lynn Minami –
Tempat isteri memang disisi suami. Tapi si suami kena cakna la. Tempat tinggal yang disediakan untuk isteri dan anak. Aurat tu paling penting, selesa ke isteri tu, tenang je jiwa dia. Kalau ko tu anak tunggal, takpela. Takde batas aurat ipar duai ni.

Perkahwinan ni skopnya luas. Bukan urusan ‘atas katil’ je. Batin dan jiwa isteri tersiksa. Takut kau mengutip dosa je. Pindah je duduk umah lain. Adik beradik ko ramai lagi. Biar dieorang yang duduk umah tu.

Nada Syahmi –
Kalau suami sendiri tak sedar tanggungjawab dia sebagai suami, tapi nakkan isteri jalankan tanggungjawab sebagai isteri, tak jadi isteri pun takpelahh. Lebih baik hidup sendiri hati tenang bebas buat keputusan daripada hadap sinetron bawang merah bawang putih beratus episod.

Rosli Wakli –
Berfikir dulu sebelom minta cerrai. Ada jalan pnyelesaian nye tu. Ajak suami berbincang elok elok. Terangkan tanggongjawab dia sebagai suami.

Tapi sebelom tu mohon lah kepada Allah swt semoga suami terbuka hati nye dan ingat sewaktu berjabat tangan dengan imam waktu nak nikah dulu APA kata imam tentang hak istri. Cuba lah insyaallah suami adek akan lembut hati nye. TEMAN2 FB mari kita doakan sama sama semoga rumah tngga adek ini selamat dan mereka berbahagia amin.

Ariana Zarissa –
Sis. Better la cari rumah sendiri, atas name sendiri. Sis ade kerjaya, belum lagi dikurniakan zuriat. Sis masih bebas untuk bergerak, tak ade terikat.

Kalau sekarang sis ade suami tapi semua perbelanjaan ats sis sendiri, better alone.. Ape guna rumah kalau kite rase terkongkong, tak bergerak bebas.

Bile dah ade anak, lain pulak hal nye. Mesti pikirkan hal anak lagi, mertua mesti tak bagi lepas lagi, takot jugakla kakak ipar amik anak buat anak sendiri. Takot ade confession anakku anak kakak iparku lagi. Slow2 cari rumah sendiri, dah jumpa inform je pada suami sis nk pindah, terpulang pada suami nak ikut or tak..

Syafina Zul –
Bila berkahwin, jangan izin kan orang control kehidupan kita. Kita kena atur sendiri.

Mula, kita beralah terima pandangan orang, lastly orang nampak macam kita boleh Di pijak. Lelaki bila dah kawin, sebenarnya bersedia jadi ketua. Tunjuk kan sifat seorang ketua yang matang Dan berpendirian.

Saya dulu, masa mula mula kawin, beralah jugak. Konon hormat pandangan orang lebih tua. Sekarang hidup aku, aku yang corak, orang lain corak keluarga sendiri. Duit aku aku yang atur, nak atur duit Aku kirim Salam.

Nurul Fatiyyah –
Berkeras lah sikit dengan suami tu. Dalam turutan nafkah, isteri nombor 1. Dah kalau isteri beli semua sendiri, tanggung diri sendiri, apa fungsinya perkahwinan tu?

Jangan bagi muka, lama lama laki naik lemak. Dia akan rasa selesa dengan kehidupan tanpa menanggung ni. Nafkah batin (perasaan) isteri juga perlu di utamakan.

Pindah lah, tuntut hak anda sebagai seorang isteri. Tempat tinggal tu suatu hak. Kalau tak jalan juga cakap dengan suami, minta tolong orang yang suami hormat dan rasa segan. Biar dia reti sikit.

Cakap dengan ayah pun okey. Biar dia cakap dengan menantu tu. Kadang, orang laki ni segan juga dengan ayah mertua. Jadi kalau ayah mertua bunyi mulut, adalah sikit usaha dia nanti kan.

Sumber – L (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *