Lps ibu meninggal, time uruskan akaun tabung haji aruwah, aku terkjut. Rupanya ini status diriku yg sbenar

Foto sekadar hiasan.

Tujuan aku menulis kisah kawan ku ini bukan nak membuka aib yang telah ditutup. Tetapi untuk memberikan kesedaran muda mudi Islam supaya menjaga batas pergaulan. Jangan sampai terlanjur sehingga melakukan perkara yang dilarang Allah dan memalukan keluarga.

Dalam Islam dah mengingatkan jangan menghampiri ziina apa tah lagi berziina. Selalu kawan aku ingatkan anak anak muridnya tentang perkara tersebut.

Dan pernah juga dia menyentuh perkara tersebut dalam ucapannya kepada ibu bapa yang hadir dalam program MUS disekolah. Siap dia bagi satu amalan kepada ibubapa untuk elakkan anak anak dari melakukan ziina.

Kawan aku ni hidup dalam keluarga yang sederhana. Dia merasa beruntung kerana bapanya memberi peluang dia menerima pendidikan agama sehingga dia berjaya menjadi seorang guru agama setelah tamat belajar.

Kehidupan hariannya bersama keluarganya berjalan seperti biasa. Akhirnya dia berkawin dan mempunyai 3 orang anak.

Sebagai anak yang baik dia telah membuat potongan gajinya kepada ibubapanya setiap bulan dalam akaun tabung haji. Niatnya agar dia dapat terus menghulurkan bantuan kepada ibubapanya sekali pun dia sudah berumah tangga nanti.

Masa terus berlalu sehingga tiba masa ditakdirkan Allah.. ibunya jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Tibalah masanya dia menguruskan duit aruwah ibunya ditabung haji.

Oleh kerana aruwah tidak meletakkan penama dalam akaunnya jadi urusannya agak sulit. Tujuan dia keluarkan semua duit aruwah dalam tabung haji adalah untuk membuat amal jariah atas nama aruwah. Tidak sesen pun diambil nya duit arwah. Walaupun duit aruwah adalah dari sumbangannya setiap bulan.

Masa menguruskan akaun tabung haji ibunya ni lah baru dia tahu keadaan dirinya yang sebenar.

Apabila dia melihat surat nikah ibubapanya, alangkah terperanjatnya dia. Status dirinya setelah dia melihat tarikh nikah ibubapanya.

Mereka bernikah pada bulan Oktober tahun 1963. Sedangkan dia lahir bulan januari 1964. Menangis dia mengenangkan dirinya.

Rupanya selama ini dia salah saorang anak yang tidak bernasib baik. Anak tidak sah taraf.

Dalam kesedihan itu dia tetap teruskan niatnya. Dan akhirnya berjaya juga dia mengeluarkan duit aruwah ibunya.

Dia pergi juga bersemuka dengan ayahnya bertanyakan keadaan dirinya. Ayahnya, bersungguh sungguh mengatakan nikahnya sah. dan dia adalah anak yang sah.

Ayahnya mohon maaf sungguh sungguh pada dirinya. Katanya dia terpaksa sembunyikan cerita tersebut supaya dia tidak merasa rendah diri dengan adik beradiknya.

Mulalah dia risau tentang pernikahanya dengan suaminya. Adakah sah atau tidak sah di sisi agama. Kalau tidak sah, bagaimana status anak anaknya pula.

Mujurlah masa nikah, dulu ayahnya mewalikan jurunikah menjadi wakil wali menikahkan dirinya. Apa yang jadi kalau bapanya yang jadi wali semasa itu.

Bayangkanlah saudara pembaca sekalian. Dah bertahun nikah, sampai dah dapat anak.. baru tahu nikah tak sah… Allahhuakbar.. tak tahulah apa nak cakap. Tak pasal pasal kena nikah semula. Malunya masa tu.

Selepas mengetahui keaadan dirinya yang sebenar hatinya jadi tawar. Nak bersalam dengan bapanya dia rasa ragu. Sebab dari segi hukum dia tiada hubungan drah dengan bapanya. Dengan adik beradik tak lah jadi masalah, masih dikira adik beradik seibu.

Apa yang pembaca buat jika berhadapan dengan situasi ini.

Saya harap kisah ini dapat disiarkan untuk menyedarkan muda mudi kita zaman ini yang pergaulan mereka terlalu bebas.

*Perkongsian di atas adalah perkongsian kisah benar dari seorang wanita di ruangan Message Jom Kongsi.

Sumber : Kiriman pembaca Jom Kongsi

Jangan lupa kongsikan pendapat dan pandangan anda di ruangan komen ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *