Sejak PKP, takde job. Duit kering. Bini doktor. Aku minta pinjam duit, tp aku catit. Tiba2 rezeki dtg tanpa diduga

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan Hai semua. Nama aku Abey, bukan nama sebenar.

Sehari dua ni beberapa kali aku terbaca kisah kisah tentang para suami yang mempergunakan status isteri yang kerja government untuk apply loan sana sini.

Sedih sebenarnya bila baca kisah kisah macam ni. Sebab aku pun isteri kerja kerajaan jugak.

Isteri aku kerja doktor di hospital kerajaan. Gaji dia alhamdulillah lebih dari cukup, manakala aku pulak kerja sendiri. Ada la 2,3 kerja aku buat. Buat pakej melancong, jual produk dan dulu buat e-hailing sekejap.

Aku nak cerita kisah aku dan bini aku.

Aku ni pendapatan cukup cukup makan je, dan bukan secara bulanan. Kadang kadang ada bulan hasil kurang seribu. Ada bulan ada job travel, boleh la lebih sikit.

Isteri aku pula, tiap tiap akhir bulan masuk gaji alhamdulillah. Orang kata untung lah wife kerja doktor, senang la hidup.

Kalau orang tanya aku, aku akan tanya balik “betul ke senang?”. Pada aku konsep tu dah salah.

Dari aku kahwin dulu 2016, hingga lah sekarang dah anak seorang. Satu sen belanja aku, aku tak harapkan duit wife aku.

Ada duit aku, ada lah untuk belanja. Kadang kadang takda duit (sebenarnya selalu), aku pinjam dengan wife. Setiap apa yang aku pinjam, aku catat dalam phone.

Belanja makan kami sekeluarga, sewa dan sebagainya, alhamdulillah isteri aku sendiri offer untuk sama sama bayar. Sebab dari mula kahwin dulu dah, kami dah sepakat sama sama bayar.

Selalu kalau ada duit masuk, aku bagi duit belanja kat dia untuk beli apa apa atau aku bawa dia belanja dia barang atau makan.

Walaupun dia ada duit, aku tahu, tapi dia tetap isteri. Aku tak mampu nak beri kesenangan pada dia sebab dia sendiri pendapatan lebih dari aku. Tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab, nafkah tetap wajib.

Kami dulu belajar luar negara, timur tengah, dan aku habis awal dari bini aku sebab bidang aku bidang berbeza. Lepas habis belajar, aku sambung tinggal kat sana teman wife aku.

Susah juga mula mula sebab aku dah kahwin, aku kena cari duit untuk survive. Dia pula dah ada scholarship dia. Jadi sepanjang kat sana teman dia, aku kerja. Aku buat pakej melancong dengan orang tempatan kat sana.

Alhamdulillah, walaupun penat tapi aku survive. Dari situ wife aku decide,

“Abang, apa apa kita sama sama bayar. Sewa, belanja dan sebagainya. Abang sanggup duduk sini teman baby pun dah cukup baik dah, struggle buat kerja sana sini cari duit. Baby ada duit, takpa kita sama sama bayar”.

Selesai habis belajar, balik Malaysia. Selama tunggu dapat posting dia, 8 bulan aku tanggung keluarga. Tak lama pun, betul. Tapi 8 bulan tu lah aku struggle la juga untuk cukupkan belanja kami.

Lagi sekali, wife aku appreciate sangat sangat keringat aku.

Sebab tu sekarang, bila waktu aku takda duit takda income, wife aku selalu offer nak bagi duit, nak belanja itu ini. Tapi tiap kali aku tolak.

Kadang kadang aku tak cukup duit, wife aku bayarkan dulu apa apa. Dia cakap nak belanja, tapi aku tulis juga dalam phone aku. Aku tulis di bahagian, “aku hutang baby”.

Bukan tak boleh nak bergantung harap pada dia dengan gaji bulan bulan dia, tapi sebab aku berpegang pada prinsip aku suami, dia isteri. Aku tak boleh nak susahkan dia.

Setiap kali aku tolak apa apa yang dia nk tolong, aku cakap kat dia “Baby, baby makan duit abang takpa. Sebab baby isteri abang, baby tanggungjawab abang.

“Tapi abang tak boleh nak makan (baca:guna suka hati) duit baby, sebab abang ni suami. Abang bukan tanggungjawab baby. Nanti Tuhan tanya abang nak jawab apa?”…

Sebab tu bila baca kisah kisah suami pergunakan isteri kerja kerajaan untuk berhutang sana sini, beli kereta beli itu, aku rasa sedih. Apa yang sebenarnya dalam hati mereka.

Nak guna nama wife boleh, bukan tak boleh. Tapi pastikan kita bayar bahagian kita, laksanakan apa yang kita janji. Jangan ambil kesempatan letak semua beban atas kepala dia, kita pula senang lenang lepas tangan.

Senang lenang atas dunia je wahai saudara saudaraku, kat Akhirat nanti merangkak tergagap kita nak jawab bila Tuhan tanya nanti.

Sebaik kita bergelar suami, bermakna kita dah setuju untuk menerima amanah tanggungjawab menjaga manusia lain untuk sehidup semati dengan kita.

Mak aku selalu pesan, “Ingat, sekarang yang hidup dengan awak anak orang. Macam mana mak ayah dia jaga dia dulu, awak kena buat sama atau lebih baik. Itu amanah yang awak dah terima”.

InshaAllah, kalau kita pelihara tanggungjawab kita, biarlah susah sikit pun, inshaAllah ada rezeki bahagian kita.

Sepanjang PKP, 3 bulan aku takda job, duit kering langsung. Job yang sepatutnya berjalan bulan 6 (trip travel) semuanya melepas. Belas belas ribu juga lah.

Perancangan business travel sepanjang tahun ni semua terpaksa dibatalkan. Sebab pakej aku pakej travel luar negara.

Aku short bahagian belanja, aku apply BPN, tapi tak lepas sebab ada SSM. Menangis sorang sorang diri kt rumah. Ada waktu termenung sorang sorang.

Duit takde, poket kering. Aku minta pinjam sikit dengan wife aku untuk cover bahagian sewa rumah aku.

Tup tup, selang beberapa minggu. Jualan produk aku naik lepas PKPB dilaksanakan, alhamdulillah ada untung. Dapat cover balik, selang lagi beberapa minggu, result GKP keluar, dapat lagi rezeki.

Rezeki tak pernah salah alamat, asalkan kita di jalan yang betul. Kalau kita menyimpang, sampailah kita di destinasi lain.

Semoga kita semua para suami terus berjuang untuk berada dilandasan yang betul.

Dan doakan kami suami isteri terus berbahagia dan dimurahkan rezeki.

Reaksi warganet

Syida Zahra –
Sebenarya ramai yang macam tuan, dan tuan adalah salah seorangnya yang amanah pada tangunggjawab. Semoga di murah kan rezeki tuan sekeluarga.

Wan Salina –
Alhamdulillah awak antara suami yang sedar diri. Betullah awak cakap tu kalau awak meyimpang memang akan sampai ke tempat lain. Sebab awak jujur dengan isteri, rezeki awak walaupun sikit tapi berkat.

Cik Ros –
Ni baru betul suami yang ada ilmu dan beramal. Belajar timur tengah mesti ada basic agama. Tau hukum hakam.

Tak macam kebanyakan ularmak (ular dalam semak) jadian. Suka paw duit bini atas alasan ke jalan Allah. Sedangkan dia pemalas kerja.

Yaya oh Yaya –
Jadi seorang suami/isteri tanggungjawab hadir bersama rasa kasih sayang. Isteri sebenarnya tak kisah berkongsi susah senang dengan suami, asalkan tak kongsi kasih. Yang faham, fahamlah. Hehe.

Suzanna Salleh –
Alhamdulillah…!! Yang ni baru sesuai sangat panggil isteri “baby” sebab awak sayang dia, awak jalankan tanggungjawab awak seperti yang diamanahkan Allah dan paling penting awak “tak pergunakan” dia.

Tapi kalau isteri yang dipanggil “sayang” , “manja” sedangkan hakikatnya dia dianiaya dari sudut fizikal, mental dan kewangan, memang makcik tak leh brain…😅😅😅.

Sumber – Abey (Bukan nama sebenar) via IIUMC

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *