“Krn Abdullah OKU, ayah ambil kesempatan”. Masa call ayah, aku cuak. Dengar je ayah ckp, aku terduduk. Terdiam

Foto sekadar hiasan.

Assalammualaikum semua. Hari ni aku nak cerita sedikit pasal ayah aku.

Yang baik kita ikut. Yang mana tak baik aku harap kita jadikan sempadan. Aku tak pernah mengarang sepanjang ini. Aku just nak share je cerita tentang ayah aku ni.

Ok aku ada adik bongsu lelaki. Namanya Abdullah. Jarak umur aku dengan Abdullah ialah 19 tahun.

To make short… Aku perasan Abdullah ni lain dari kanak kanak yang lain bila mana guru tadika Abdullah ada bagi tau Abdullah lambat dari kawan kawan yang lain. Nak hafal ABC pun ambil masa setahun.

Selain tu, yang aku perasan, masa Abdullah berumur 4 ke 5 tahun Abdullah masih lagi pelat. Tak pandai menggunakan lebih dari pada 3 patah perkataan.

Aku juga ada perasan, Abdullah lebih meniru gaya kartun yang dia suka. Kalau dia marah.. dia akan ikut gaya kartun tu. Macam tu juga bila dia nak berkomunikasi dengan orang lain.

So, sebagai kakak sulung yang ada kereta aku ada minta izin ayah untuk bawa Abdullah ke hospital untuk berjumpa doktor pakar. Tapi ayah aku tentang. Ayah perlekehkan aku.

Ayah cakap,

“Eleh… nanti dia dah besar dia tau la cakap betul betul..”

Aku berkeras. Bagi aku benda tu abnormal sebab umur Abdullah dah 5 tahun. Aku pun bawalah Abdullah jumpa pakar.

Macam macam pakar aku jumpa. Speech therapy, pakar ENT dan macam macam lagi lah. Aku ikut setiap temujanji yang telah diberi.

Untuk pengetahuan semua, aku jumpa pakar daripada hospital kerajaan. Ada pakar yang tiada di hospital berhampiran dengan rumah, jadi aku perlu ke hospital besar. Yang jauhnya lebih kurang 50km perjalanan sehala.

Yang paling mencabar, jika waktu appointment clash dengan waktu kerja. Nak tak nak aku kena ambil CRK. Tapi tak pe, masa tu aku belum berkahwin. Dan yang lagi penting aku masih tinggal serumah dengan mak dan ayah..

Setiap kali aku dan Abdullah bersiap siap nak ke hospital, ayah akan perli. Tapi aku sabar. Aku pekakkan telinga. So, akhirnya pakar sahkan Abdullah sebagai OKU (masalah pembelajaran).

Bila Abdullah dah naik sekolah. Abdullah kena masuk aliran khas, iaitu PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi).

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan Abdullah sepanjang berada dalam program tu. Abdullah dapat elaun EMK berjumlah RM1800 setahun. Syukur.

Aku memang pesan pada mak duit elaun tu guna masa masa kecemasan untuk pendidikan Abdullah. Mak aku jer yang tahu Abdullah ada elaun. Ayah aku tak tau, sebab semua berkaitan persekolahan Abdullah aku yang uruskan. Aku tak nak Abdullah rasa susah sama masa aku nak sambung belajar (ayah aku buat hal.. kalau nak aku cerita)

Ayah aku ni takde sumber pendapatan tetap. Kebun ada. Tapi harga getah tak menentu. Kalau dulu ayah masih ada kudrat untuk menoreh getah. Tapi sekarang, ayah tak larat.

Anak anak memang hulurkan ayah duit setiap bulan. Bil bil ayah tak pernah bayar sejak kami adik beradik ada kerja sambilan semasa habis SPM. Perbelanjaan rumah semua adik beradik sediakan.

Masa awal tahun aritu, aku ada berbincang dengan mak, aku nak keluarkan duit elaun Abdullah. Aku nak masukan dalam tabung haji. Bila aku suarakan tentang duit tu, mak aku senyap je. Diam jer. Aku tak syak apa apa lagi..

So aku pun wasap guru kelas Abdullah untuk ambil buku biasiswa untuk buat pengeluaran. Masa dapat reply dari guru kelas aku dah berdebar debar. Adrenalin aku bergetar kencang. Aku rasa cemas. Guru kelas Abdullah reply macam ni,

“Kami tidak menyimpan buku bank Abdullah. Buku bank adalah bawah simpanan ibu bapa”

Aku terus call emak. Mak aku cakap dia tak pegang buku bank Abdullah. Ok tak pe..

Aku terus call ayah. Masa call tu aku rilek rilek jer (walhal aku dah cuak). Aku tak nak ayah nampak sangat yang aku syak benda tak best pasal duit elaun Abdullah, aku borak borak macam biasa.

Kemudian, aku tanya aku nak buku bank Abdullah. Aku bagi tau la, sekarang Abdullah dah tingkatan 2. Kalau dari Darjah 1 sampai Tingkatan 2 duit elaun ada lebih kurang RM10000. Baik masuk dalam TH. Boleh simpan untuk tabung pendidikan Abdullah. Aku bagi bagi pendapat la..

Ayah aku cakap…

“Buat apa keluarkan duit tu.. duit bank Abdullah pun tak banyak.. ada dalam RM500 lebih jer..”

Aku terduduk. Aku terdiam.

Aku tanya…

“Ayah buat apa dengan duit tu. Kalau ayah keluarkan duit elaun untuk bayar duit buku dan PIBG setiap tahun, tak kan baki tinggal RM500 lebih”.

Walhal… segala persiapan masuk sekolah setiap tahun aku dan adik beradik lain yang sediakan.

Ayah aku cakap, dia guna duit tu untuk berubat. Bukan jumpa doktor tau. Dia jumpa bomoh bomoh untuk berubat. Kadang kadang dia batuk tak henti henti dia jumpa bomoh.

Apa apalah semua bomoh. Dia bergaduh dengan mak aku pun dia jumpa bomoh. Adik beradik aku selalu bergaduh pun dia jumpa bomoh. Semua bomoh.

Entah mana silap ayah, bomoh yang dia jumpa semua nak kan duit. Ayah percaya.

Yang aku sedih duit pendidikan Abdullah, habis hangus. Ayah guna untuk tujuan dia sendiri. Aku tak tau nak cakap apa dah.

Lepas dari hari aku call ayah, ayah ada call aku balik. Ayah cakap aku tak de hak untuk tanya mana duit Abdullah. Dia ada cakap Abdullah anak dia. Duit Abdullah duit dia. Ayah cakap dia boleh bawa la Abdullah jumpa doktor sendiri.

Ayah cakap lagi, aku yang memandai mandai bawa Abdullah jumpa doktor sedangkan dia boleh bawa Abdullah sendiri jumpa doktor.

Lepas insiden itu, mak aku ada bagi tau mata Abdullah juling.

Aku bagi tau mak, sekarang ni aku tak boleh uruskan macam dulu. Aku kerja lain negeri. Aku ada komitmen pada keluarga aku juga, tambah pula aku ada baby.

Aku minta ayah bawa pergi hospital dekat dengan rumah untuk dapatkan rawatan awal.

Masa boleh rentas negeri aku balik kampung. Ayah masih tidak buat apa apa. Ayah tak bawa pun Abdullah ke hospital atau klinik pun. Sedangkan setiap bulan dia kena ke hospital untuk ambil ubat kencing manis dia.

Aku sedih dengan sikap ayah acuh tak acuh dia.

Doakan mata Abdullah kembali normal ya kawan kawan. InsyaaAllah aku akan cuba fikirkan cara untuk dapatkan rawatan Abdullah.

Reaksi warganet

Cik Ida –
Adik saya pon OKU pembelajaran. Masa sekolah dulu, cikgu cikgu selalu bawak depa ni jalan jalan. Tapi tambang guna duit elaun depa la. Tak mahal pon kalau compare pergi sendiri.

Tapi sayangnya, Ramai ibu bapak yang salah guna duit elaun tu. Sampai habis langsung duit anak anak. Kadang kadang kesian tengok yang tak boleh join aktiviti tu sebab duit dah habis mak ayah guna.

Kudeon Honey –
Puncanya bila tiada sumber pendapatan tetap. Tu yang apa ada sekeliling dia sebat. Awak kena buat buku lain dan update kat cikgu dia. In shaa allah alasan awak kukuh sebabkan terpaksa tukar buku no akaun lain. Buku tu simpan kat awak supaya selamat smpi adik abis belajar.

Ruzita Mohd Salleh –
Kenapalah mak dia bagitau pasal elaun tu. Tak bertanggungjawab langsung bapak macam ni. Tak baik guna hak orang walaupun anak sendiri. Minta izin dulu. Tanggungjawab tu bapa yang kena galas bukan anak.

Fadzilah Musa –
Allahuakbar. Kejamnya bapak. Mintak tolong sangat sangat confessor, teruskan jaga dan ambil berat pasal adik awak tu.

Dia saham akhirat awak, menyantuni anak istimewa Pasti rezeki awak akan melimpah ruah dan semua urusan awak dipermudahkan nanti aminn.

Nurhayati A Ghani –
Anak saya OKU dapat elaun tu RM1800 setahun. Nak bawa keluar duit tu kena isi borang di sekolah dengan ditandatangani guru dan cop sekolah, baru boleh pergi bank keluarkan duit.

Boleh bawa keluar duit pun ada had, dalam 2 atau 3 kali setahun je tak silap. Maksimum untuk setiap pengeluaran duit ialah RM300. Itu kali terakhir dalam 4 tahun lepas. Sekarang peraturannya tak tahu macam mana.

Doktor pakar anak pesan simpan duit tu untuk masa depan anak selagi ibu bapa mampu guna duit sendiri.

Kalau tak mampu keluarkan lah no problem tapi ingat hanya untuk kegunaan anak OKU tu sahaja. Ini amanah.

Aripah Mas –
Tu sebab la masa saya mula keje banyak orang tua tua baik pempuan baik lelaki selalu pesan dengan saya kita kalau ada duit jangan cerita dengan orang lelaki. Bila depa tau memang akan habis duit tu.

Pengajaran pada saya jugak untuk lebih berhati hati pasal duit. Hanya 1 je sis boleh buat, pergi bank cakap buku adik hilang. Nanti bank keluarkan buku baru sis pegang. Jangan cerita dengan mak atau ayah sis. Time urusan bayaran sek adik bru sis hulur dekat mak sis. Moga di permudahkan urusan sis.

Rose Mahiyuddin –
Allahuakbar, jahatnya bapak kau. Sorry auntie kasar. Auntie ibu pada anak special, Autistic. Alhamdulillah, duit EMK dia memang auntie guna 100% adalah untuk dia.

Dah 14 tahun usia dia. Masa umur dia 11 tahun, guru PPKI dia ada bagitau auntie untuk guna duit tu sebab sejak dia PRA PPKI auntie tak pernah guna duit tu. Masa auntie update buku dia for the first time terus auntie transfer ke TH dia.

Bagi pendapat auntie la, mungkin awak boleh terus urus pasal persekolahan adik. Memang kebanyakan sekolah menengah, buku akaun akan diserahkan kembali pada parents. Tambahan pula sekarang tak pakai buku lagi dah.

Cuba berbincang dgn pihak bank untuk tukar buku akaun itu kepada akaun perseorangan. Rasenya bila melebihi 13 tahun dah boleh tukar ke akaun persendirian.

Adik terpaksa berkeras, bapak adik mungkin menganggap dia berhak kerana akaun bank itu ada namanya, sebab akaun itu akaun bersama. Ingat Abdulullah itu adalah satu amanah.

Hish, berapi pulak auntie rase ngen bapak kau ni. Kalau berjiran buleh je auntie tenggokkan Abdullah tu. Sumpah Auntie tak boleh mendengar about the special kids negligence by guiders.

Sumber – Lily (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *