“Syg anak tak bertempat”. Lps disuruh tlg nenek, kakak bentak. Tiba2 ayahnya dtg, marah2. Dah mcm lembu diccuk hidung

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Nama aku Lily masih bujang berumur 27 tahun. Aku sudah bekerja. Aku mempunyai ramai adik beradik dan semua sudah berkahwin. Aku anak bongsu.

Semenjak PKP ni aku dah lama tak balik ke kampung. So lepas je da dapat green light dari PM aku terus bertolak balik malam tu jugak. Happy dapat jumpa mak ayah aku. Macam biasa sebagai anak bujang aku memang keje nya dekat dapur jela.

Aku memang ada anak buah yang sangat ramai dari yang kecik cenonet sampai lah yang dah sekolah menengah.

Masa aku tengah tolong mak aku kat dapur berdua je. Mak aku mula buka cerita yang mak aku memang penat dan letih sebab kerja mak aku memang kat dapur saje. Letih melayan anak cucu.

Untuk pengetahuan korang mak aku ni memang sangat baik tak pernah umpat pasal anak menantu apatah lagi nak merewang membawang. Mak aku jenis diam dan penyabar.

Bila mak aku bersuara bercerita macam tu aku memang boleh bayang betapa mak aku dah sangat letih dan kecewa.

So apa yang mak aku cerita adalah mengenai abang aku yang nombor 3 masa kejadian ni aku tak balik kampung sebab PKP. Aku nama kan Abang S, anak dia dah ada 3 orang sorang sekolah menengah tingkatan 1 dan dua lagi sek rendah 10 dan 9 tahun.

Rumah abang S dekat sahaja dengan rumah mak aku tapi anak anak abang S memang selalu duduk kat rumak mak aku je manjang sampai tak balik ke rumah diaorang dah macam mak aku pulak yang urus diaorang.

Ada satu pagi tu tengah nak masak sarapan ayah aku cakap dengan anak sulung abang S tu aku nama kan Kakak untuk tolong mak aku kat dapur tengok tengok kan apa tugas dapur yang dia boleh tolong, then tolong lah.

Kemudian si kakak ni membentak ayah aku then cakap dia tak makan lagi dah suruh buat kerja pastu dia terus balik rumah mak dia dan mengadu.

Abang S datang marah mak aku sebab suruh suruh anak dia buat kerja. Abang S cakap pada mak aku, ayah aku suka suruh suruh anak dia buat macam macam kerja walhal kalau suruh pon kakak tu memang berat tulang nak buat.

Pada aku parents sekarang manja kan anak tak bertempat. Kalau tak diajar dari sekarang, kelak anak anak tak dapat berdikari, pemalas dan tak dapat bantu ibu bapa sendiri bila sudah tua. Parents macam ni memang real trash pemusnah anak sendiri.

Sebenarnya aku dari dulu lagi memang tak suka cara abang aku didik anak. Bukan anak yang mendengar kata Abang S tapi Abang S yang macam lembu dicucuk hidung menurut kehendak anak.

Ayah aku sudah tegur cara Abang S masa kakak masih kecik lagi tapi Abang S masih sikap nya sama ikut telunjuk anak dengan alasan sayang anak.

Pernah kakak masa umur nya 5 ke 6 tahun baling spanar terkena muka ayah kakak ipar sampai berdrah sebab tak dapat apa yang dia nak.

Masa tu lah ayah aku mula tegur Abang S aku supaya jangan manjakan dan menurut semua kehendak anak. Mungkin umur 5 ke 6 tahun tu nampak masih kecil tapi sebenarnya kita sudah boleh usaha disiplinkan anak anak.

Abang S gajinya tak besar tapi apa sahaja yang kakak nak akan dibeli sampai hujung bulan selalu berhutang dengan ayah ku. Abang S tiada komitmen sebab tiada kereta dan rumah untuk dibayar.

Malahan motor juga dibeli oleh ayah aku. Abang S selalu marah mak aku kata mak aku membeza kan kasih sayang pada cucu. Katanya mak aku lebih kan cucu yang lain dari anak dia.

Banyak lagi sikap kakak yang negatif disebab kan abang S manja kan dia dan yang paling aku kecewa ialah Abang S tak pernah marah kakak bila dia tak solat. Abang S tak pernah disiplin kan anak dia untuk belajar dan sebagai nya.

Aku dulu adik beradik time Maghrib tak boleh menonton tv. Kena belajar kami semua cemerlang dalam pelajaran berkat ketegasan ayah. Anak saudara aku sekarang tiada yang dapat result cemerlang dan tiada pula yang mempunyai adab sopan.

Sekarang sudah terlambat untuk selamatkan kakak. Dia sudah meningkat remaja dan sudah kebal dari nasihat. Apa sahaja yang cuba dibentuk sekarang sudah tidak menjadi. Anak sudah menjadi degil.

Aku sungguh tak faham adakah Abang S suka melihat anak nya hanya melepak sahaja sambil menghadap phone dan tidak pandai membuat apa apa kerja rumah, tidak boleh disuruh ditatang bagaikan tuan puteri.

Sungguh aku kasihan pada kakak. Nasib mu malang mendapat ibu bapa yang kurang prihatin.

Kau dulu ibarat kain putih banyak warna positif yang dapat dilukis tapi sayang si pelukis si pencorak ibu bapa mu lalai, kurang ilmu dan tidak mahu menerima teguran dalam mendidik anak anak tiada ketegasan tiada disiplin yang dipupuk.

Hasil dari didikan abang S si kakak menjadi pemalas, kurang ajar dan pembentak. Jika aku meminta tolong dari kakak pelbagai alasan keluar dari mulut dia yang buat aku naik drah.

Mulut nya hanya tahu menjawab sahaja maklum lah dari kecik samapai besar dilayan seperti permaisuri segala benda dibuat kan dan disuap kan.

Kepada semua ibu bapa di luar sana anak amanah Allah. Aku juga berusaha menasihati anak saudara ku tapi aku juga tidak selalu di kampung tak dapat aku bantu terap kan nilai positif dalam diri mereka.

Aku bersyukur mak ayah ku dulu memang tegas dari darjah tiga aku sudah diajar pelbagai tugas urus diri. Darjah enam aku sudah pandai pelbagai tugas dapur. Sekolah menengah aku sudah pandai memasak walaupun aku anak bongsu.

Kakak sekarang lipat baju pon dia tidak pandai urus diri dia pon tidak pandai bila tidak diajar dari kecil sampai bila dia mahu bergantung pada ibu bapa. Jangan lah rosakkan anak sendiri dan sayang tidak bertempat.

Reaksi warganet

Norsyahmila Rahmat –
Aku ade anak sedara kecik2 4 orang, anak aku sendiri sorang. Nak kata hari2 kitaorang semua balik rumah mak aku sebab memang dekat.

Tapi 1 benda kitaorang tegas. Didik anak sama sama. Anak akak aku buat hal, aku rotan. Anak aku buat hal, akak aku rotan. Kadang2 tu, semua kena. Lepas main kemas. Tak kemas, pasni tak payah datang rumah. Aku harap diorang ingat lah sampai besar.

Neuro Syazwani –
Kalau aku pulak, mak aku suka manjakan cucu. Aku? Memang takler. Contoh semalam pergi kedai spek (takde orang). Dia letak je botol air kultur atas display rack. Anak aku umur nak masuk 5 tahun.

Aku suruh dia buang. Mak aku pulak yang capai. Aku memang dah panas sebab anak aku tak menyahut. Aku rampas aku letak balik aku jerit sikit panggil anak aku. Peduli apa depan orang ramai ke tak. Kalau apa2 orang akan kata mak bapak tak ajar ke. Bukan nye atuk nenek yang ajar. Huiiuuu

DeeDee Nas –
Umur 13 tahun bukan budak lagi. Tu dah remaja, dah peri0d. Mampu mengandung pula tu. Kalau tak di ajar apa itu tanggungjawab, tau nak menangkan anak je sampai ke tua la anak tu menyusahkan, makbapa jadi hamba, rumah macam sampah, miskin adab, ikut jantan sana sini, kuat melawan, tau tidur makan dekat rumah ja, tak reti cari rezeki. Patut didik anak dari kecil, tak kira la anak perempuan ka lelaki..

Fazidah Abdul Kadir –
Pernah ada kes di sekolah dah lama beberapa tahun sudah, anak perempuan tu curi masuk ke sekolah asrama malam2 tanpa bertudung bersama kawan2 nak buat apa?.

Blok akademik tu ada jugak pelajar lelaki bukan perempuan sahaja, dah lepas waktu prep, dia nak buat apa? Entah lah tapi mencurigakan, bersikap agak buruk walaupun dah di tangkap, dan ayah nya sendiri mengaku anaknya itu tak pernah di jentik apalagi disuruh buat kerja, hanya dibiarkan belajar dalam bilik dan di beri apa yg dimahukan..

Sedih, masih boleh diajar kalau baru berusia 13 tahun jangan sampai terlambat, nanti menconteng arang ke muka.

Tim –
Setuju didik anak dari kecik. Laki atau perempuan. Bab kemas mainan sendiri memang dari kecik dah ajar. Even nenek nak kemaskan pun kata tak payah. Kalau banyak sangat mainan kene kemas, kita tolong amik sikit2. Jangan lupa selitkan pujian.

Bab letak pinggan cawan dalam sink pun sama. Dah pndai basuh pinggan, kena basuh. Sidai baju juga. Asingkan baju anak, dan minta sidai sendiri. Selalu buat time hari minggu. Make sure apa yang mak ayah cakap kene buat. Jangan cakap je tapi tak buat. Selalunya bab denda lah.

Dan yang terbaru, cakap kat anak, “Umi nampak akqk buka tudung, buat tiktok free hair ke, umi botakkn kepala”.

Ajar anak untuk terima kesan dari tindakan dia. Rotan memang dah kenal dari kecik. Biar kita menangis sekarang dari menangis akan datang. Apapun dalam mendidik, banyakkan doa dan solat hajat. Sebut nama anak.

Peringatan untuk diri sendiri.

Fadhila Adriana –
Sebagai makcik bongsu yang ramai anak sedara jugak, paham la jugak perasaan ni..
Tapi dalam masa yang sama, jangan pernah rasa terlambat nak didik, nak ubah.

Kita tak boleh nak patah balik ke masa lalu, nak betulkan benda yang dah lepas. Dan jangan rasa macam anak saudara je, bukan tanggungjawab kita nak didik.

Kita buat apa yang termampu, sebab nanti bila kita ada anak, sikit sebanyak akan terpengaruh dengan sepupu sepupu yang lebih besar.

Since kakak dah remaja, cuba jadi kawan dengan dia. Budak budak remaja ni, perempuan pulak tu, selalunya suka nak jadikan perempuan lain yang dia nampak berjaya sebagai idola, sebagai ikutan dia.

Sekali sekala keluar berjalan sama sama, biar dia boleh bercerita, kita boleh selit2 nasihat.

Biar kakak nampak, owh nak jadi macam ni, kena ubah sikap. Tapi jangan expect sekali buat, dia terus berubah. Jadi makcik ni la yang kena sabar lebih lagi.

Sumber – Lily (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *