“Isteri tgh operate, suami ‘mkn luar’. Aku paksa suami sumpah pgg perut, ats nama anak. Subuh esoknya, aku terdiam

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Tolong hide nama saya. Saya hanya ingin meluah dan berkongsi. Saya ingin isteri isteri diluar sana untuk beringat dan amiklah pengajaran dari kisah saya.

Saya dan suami kenal sejak dari zaman persekolahan lagi. Kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah. Siapa yang tak bahagia kan jika jodoh perkenalan kekal hingga ke jinjang pelamin.

Dikurniakan rezeki awal, saya bunting pelamin. Makin bertambahlah seri bahagia kami.

Pada usia kandungan 5 bulan, Allah turunkan dugaan. Saya menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan. Suami menemani saya selepas pembedahan.

Semasa cuti sakit, saya sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami saya. Cepat marah, kurang sabar, ambil tak endah tentang saya. Suami dulunya saya seorang yang baik sebenarnya. Solat tak tinggal, imamkan saya, beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah.

Tapi dia lupa, Allah itu ada. Tak disangka sangka, Allah tunjuk petanda.

Di FB suami, ada wanita yang tidak saya kenali. Saya stalk FB wanita tersebut. Terkejutnya saya, status nya semua mengenai rindu dendam pada suami saya. Hati isteri mana yang tak hancur luluh.

Suami menafikan semua dan kata ada orang ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami. Dia kata mungkin salah seorang bekas kekasihnya. Sebagaig isteri, saya percaya kata katanya. Tapi dia lupa, Allah itu ada.

Ketika itu kandungan saya 7 bulan, lebih mengharukan suami saya sampai bersumpah itu ini. Dan secara tiba tiba dia kembali romantik seperti dulu.

Tapi dia lupa, Allah itu ada. Satu malam, saya terbuka hati untuk check hp suami.

Inbox-clear. Sent item-clear. Draft – ……1 msg untuk seseorang. Yang membuktikan mereka ada hubungan. Lagi sekali, hancur luluh hati saya. Saat itu jugak saya tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat. Saya paksa dia mengaku. Pada mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya. Dan pernah keluar bersama.

Ya Allah. Terduduk saya semasa mendengar pengakuan. Menangis, mengongoi, macam org gila. Ya, macam org gila.. Tapi dia lupa, Allah itu ada.

Dia ingat saya keluar untuk pergi kerja pada malam itu. Tapi tidak, saya terus ke rumah rakan. Tanpa ditahan hati saya meluah segalanya. Saya rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua. Dan kami kembali ke rumah saya untuk ambil pakaian.

Sampai disana, kereta suami tiada. Tahulah saya dia keluar berjumpa perempuan tersebut. Malam itu juga saya balik ke rumah mertua. Saya cerita kan semuanya. (suami belum pulang ketika itu tapi tahu saya di rumah mertua).

Suami call saya dan cakap dia jumpa perempuan tu sebab nak settlekan hal mereka. Saya dah tak ambil pusing. Mertua pula pujuk saya supaya tak cerita pada ibu bapa saya. saya akur.

Suami pulang pada hampir jam 11 malam. Saya dan rakan tunggu di dalam kereta. Suami sampai je terus masuk kereta saya dan terangkan bahawa perempuan tu yang gilakan dia. Dia mengaku berkawan dengan perempuan tu, keluar karaoke, dan mula mengaku bahawa perempuan tu bukan lah bekas kekasihnya. Tapi janda anak 4!

Ya Allah, kami baru saja 25 tahun!! Dan katanya, hubungan mereka hanya sekadar kawan. Katanya, dia cuba tinggalkan perempuan tu, tapi tak boleh sebab perempuan tu akan ugut dia untuk beritahu saya rahsia mereka.

Bila saya tanya kenapa tak terus terang, dia bagi alasan sebab takut saya marah. Ya Allah, macamlah saya tak marah ketika ini.. Saya tak puas ati, saya suruh dia bersumpah sambil pegang perut saya atas nama anak.

Suami pada mulanya tak setuju. Tapi tetap buat dalam keadaan terpaksa. Kemudian, kami pulang dan saya mendiamkan diri. Saya masih terasa ada sesuatu yang suami sembunyikan. Betul, suami saya lupa.. Allah itu ada..

Pada subuh hari, saya kejut suami. Saya tanya elok elok. Saya suruh dia terus terang dan ceritakan segala galanyanya pada saya supaya perempuan itu tak tambah cerita, tak buat fitnah, tak ugut dia lagi.

Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali, sudah 3 kali.

Allah, berat sungguh dugaanMu. Bayangkanlah, saya sedang mengandungkn anaknya 7 bulan!!

Ketika itu, saya diam. Setitik air mata pon tiada. Saya pandang kosong suami saya. Saya rasa cinta saya yang 8 tahun itu telah terkubur. Saya diam sejenak. Suami pula menanti jawapan. Dia menangis, saya biarkan.

Baru menyesal mungkin? saya peluk suami saya, saya bisik di telinganya..

“Abang bertaubatlah, solat taubat banyak banyak. Saya maafkan abang. Dan saya tiada dendam dalam hati”.

Suami pandang saya sambil menangis teresak esak dan bertanya adakah saya masih terima dia lagi. Dan saya hanya mengangguk.

Dia menangis sambil memeluk saya, cium saya. Saya terus bangun dan berwuduk. Ketika solat lah baru air mata saya jatuh. Pada Allah saya mengadu betapa hancur berkecainya hati saya ketika mendengar pengakuan itu.

Hati saya tak tenang. Saya baca surah Ar Rahman. Tersedu sedu, sebak yang tak tahu nak dicakapkan. Suami yang melihat turut menangis. Dia tak sanggup tengok keadaan saya. Dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta untuk bercakap dan saya.

Saya tak mampu untuk berkata kata ketika itu. Saya hanya menangis dan menangis. Suami cerita, dia tak tahu kenapa dia boleh berubah sebegitu sekali.

Saya tanya apa yang kurang pada saya, dia kata tiada apa yang kurang. Saya ada rupa, 1000 kali lebih cantik pada janda tersebut. Saya solat, saya taat pada suami. Saya bekerja, saya dah bagi dia anak. Saya tutup aurat. Ape lagi??

Suami kata dia macam lupa diri. Dia tak tahu kenapa dia bodoh macam tu. Dia menyesal dan ingin lari dari perempuan itu tapi perempuan itu ugut untuk beritahu dosa mereka pada saya. Sebab tu dia terpaksa stay berhubung untuk tutup mulut perempuan tersebut.

Memang sakitnya ya Allahhh. Dia saja yang tahu. Saya hanya bertahan untuk sekejap. Kemudian saya tak boleh lupa dan mula rasa ingin marah. Saya minta cerrai pada suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.

Tapi suami tak nak. Dia kata mati hidup balik pun dia tetap tak kan cerraikan saya. Pada saat itu saya kerap menangis. Tambahan pula perempuan tu mengamuk ngamuk pada suami dan saya. Habis dia cerita semua yang saya tak tahu. Yang amat menyakitkan.

Perempuan tu hantar msg pada saya dan menyuruh suami saya hubungi dia. (Suami dah patahkan simcard). Saya balas msg dia dan nyatakan tiada apa yang belum selesai. Saya dan suami saya baik bain saja.

Pastu, dia balas dan kata tahniah kepada saya kerana bersuamikan dia. Perempuan tu kata lagi, pastikan suami saya tak cari dia seperti mana suami saya mencari dia ketika saya melakukan operation dulu.

Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit, suamiku curang. Sedih dan pilu hati ni taktahu nak khabarkan macam mana..

Tapi Allah kan ada. Siapa la yang tak marah. Memang saya marah. Tapi saya belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya minta suami untuk menghargai pengorbanan saya. Saya minta untuk dia tak lupa Allah tu ada. Macam macam suami tipu, tapi Allah bantu saya beri petunjuk.

Alhamdulillah, kami kekal sampai sekarang. Anak saya pun telah selamat lahir. Kami cuba untuk lupakan segalanya. Kami buka buku baru. Suami pun dah berubah. Sebab dia tahu, tiada lagi peluang jika sejarah berulang. jika berulang lagi, sememangnya tiada maaf bagimu. Saya ada gaji sendiri, saya ada rupa, saya ada anak dah dan saya ada Allah. apa ade hal?

Mungkin ramai yang kata saya bodoh sebab saya bagi peluang. Tapi bagi saya, lagi bodoh jika saya meruntuhkan masjid sendiri. Saya yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa saya diduga sebegitu rupa, mungkin isteri isteri di luar sana akan ambil jalan cerai. Mungkin, ada yang balas dendam..

Sabar sahabat sahabatku, Allah itu ada. Kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah, bangkitlah, tunjuk pada dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia. Yakinlah ALLAH ITU ADA~

Tamat.

Perkongsian di atas pernah tular beberapa tahun lepas di laman sosial. Moga memberi pengajaran dan tauladan buat kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *