Anak demam, merengek tgh mlm suami halau aku keluar bilik. Dgn aku tiada senyum, dgn kawan boleh gelak besar

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Nama aku Liz. Syukur Alhamdulillah aku dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel. Namun bukan itu ceritaku.

Kisah ini bermula tahun 2006, ketika aku berkenalan dengan suamiku sekarang.

Perwatakannya menarik tetapi nampak sombong. Kami hanya kawan. 2007 kami putus hubungan. Aku menukar nombor telefonku. Lantas dia tidak dapat menghubungi aku.

2009, aku berjinak jinak dengan FB. Di situlah aku mula menghubungi dia semula. Kami berhubung secara atas talian sahaja kerana jarak yang jauh memisahkan kami. Dia melamarku.

Aku memaklumkan kepada keluarga di kampung. Ibu dan ayah tidak merestui hubungan kami kerana lelaki itu sombong. Kami masih berhubung. 2010 aku memberi kata dua kepada ibu. Jika tidak setuju, aku tidak mahu pulang ke kampung sampai bila bila. Begitulah nekadku.

Akhirnya, ibu bapaku mengalah. Mereka bersetuju dengan lelaki pilihanku. Awal awal lagi ibuku memberi amaran jika berlaku apa apa, jangan merungut kerana aku yang memilih jalan ini.

Kami pun berkahwin. Awal perkahwinan sahaja bahagia. Masuk tahun kedua kami selalu bergaduh. Kadang kadang sampai kain bajuku dibuang keluar rumah. Aku pun membawa diri ke hotel murah beberapa hari.

Bila dia rasa tercabar semasa bertikam lidah, dia mula naik tangan. Ada masa aku ditumbuk, ditampar atau ditendang di tempat yang tersorok. Perut, kaki, bahu, kepala. Sedih tu aku rawat sendiri. Aku tak pernah mengadu kepada sesiapa. Aku jadi pendiam. Aku jadi penakut.

Bila di tempat kerja, aku jadi ceria. Bila balik, aku sedih. Balik kampung pun setahun 2 kali sahaja. Raya Aidilfitri dan bulan 12. Itupun seminggu sahaja.

Bila bergaduh, kami tak bercakap lama. Dari hari ke minggu ke bulan. Selalunya dialah yang memulakan pertengkaran. Ada sahaja yang tak kena. Tak pernah dia cuba mengambil hati aku.

Bila dah terlampau lama menyendiri, aku yang beralah. Memujuk dia semula. Begitulah rutin hidup. Gaduh, senyap, baik (tapi hubungan makin renggang). Kalau suami minta untuk mengadakan hubungan intim, baru aku memberi.

Selama 5 tahun perkahwinan, tiada zuriat. Kemudian, kami berpindah ke Sabah. Cabarannya lagi besar di sini. Aku bangun seawal 4 pagi menyediakan sarapan pagi dan tengah hari.

Kemudian baru aku pergi kerja yang jaraknya lebih 90km dan pastinya bukan jalan raya yang baik ya. Penatnya tak terkira. Rumah sewa yang berdekatan tempat kerja tiada. Kalau ada pun harga Yahudi. Bayangkan sewa 1 bilik harga rm700.

Setelah 2 bulan, aku kemlangan. Itulah sahaja kereta yang kami ada. Kereta rosak teruk. Aku hanya cedera ringan.

Kerana tak sanggup hidup susah, menumpang orang, mengikut ragam orang, aku membeli kereta. Ya, kereta baru terus. Pastinya kereta mahal. Aku membawa kereta pulang ke kuaters kami. Oh ya, selepas kemlangan, aku dapat rumah sewa berdekatan tempat kerja.

Aku membeli makanan kegemarannya. Sampai sahaja aku di porch, aku disoal siasat tentang kereta. Aku berterus terang. Niatku satu, untuk memudahkan ulang alik balik jumpa suami, beli barang dapur dan keperluan. Boleh pula dia hempas makanan tu, habis terburai dari plastik.

Aku? Aku ditolak ke lantai, pintu rumah dikunci dari dalam. Akibatnya, aku pulang ke rumah sewa. Raya haji, bersendirian di rumah sewa. Sedih sangat.

Setelah 3 bulan, dia datang mencari aku. Kami pun berbaik, buang yang keruh, katanya.

Tahun 2017, aku ditukarkan ke tempat yang dekat sikit dari kuartes suami dalam 25 km jalan gravel. Aku ditakdirkan mengandung.

Semasa mengandung pun masih lagi dia panas baran. Kalau ada masalah di tempat kerja, aku pun turut jadi mngsa marahnya. Bila ada anak, aku ingat ok dah. Rupanya, perangai tak berubah. Suka marah marah.

Anak merengek demam, tak nak tidur malam, semua aku. Sampai aku dihalau keluar bilik sebab anak bising. Kacau tidurnya. Anak tidur elok, dicium, dikejut bangun. Bila bangun, mainnya 5-10 minit sahaja.

Aku memasak sambil berdukung anak. Aku bawa stroller ke dapur. Letak baby dalam stroller. Bila nangis, dukung lagi. Ada bapanya ke tiada ke sama sahaja. Rumah tangga yang tak pernah bahagia.

Tak lama lepas tu aku mengandung lagi. Padahal anakku baru setahun. Masa ni lagi berat dugaannya. Aku disepak terajang. Kadang sampai aku terfikir, hina sangat aku ni. Dengan aku tiada senyum, tiada gurau. Dengan kawan, sembang 2-3 jam. Gelak besar, makan besar.

Aku selalu berdoa agar Allah lembutkan hatinya. Buang panas barannya. Mudahkan urusanku.

Sebelum lahir anak kedua, aku dapat bertukar ke kampung. Aku yang minta tukar. Sekali minta sahaja, terus dapat. Ramai orang hairan. Suami tinggallah di Sabah.

Aku pun meninggalkan bumi Borneo balik kampung. Tinggal dengan ibu bapaku. Di sini aku lebih bahagia. Ada orang tolong tengokkan anak anak. Main, gurau dan sayang anak anak selain aku.

Kami belum bercerrai. Bila gaduh tu, 6 bulan sepi tiada khabar. Telefon ke whatsapp ke semua tiada. Kadang tu aku rasa tenang.

Tapi anak sulungku ini menjadi seorang yang penyedih. Dia selalu menangis atau termenung. Ada juga aku call tapi dia tak angkat. Mesej baca tapi sekadar blue tick sahaja.

Semalam aku terfikir, semua ni jadi sebab aku kahwin tanpa redha ibu bapa. Tapi aku bahagia begini, tanpa suami. Hanya dengan anak-anak dan ibu bapa. Sampai sayangku dah tiada buat suami. Anak kedua dah setahun setengah, sulung tu dah 3 tahun 2 bulan.

Tolonglah saya. Apa yang patut saya buat. Kuatkah saya menempuh hidup ni?

Sekian…

Reaksi warganet

Dzarul Azfan Dasuki –
Nakk jadi beg tinju suami lagi ke apa kak oi? pikir pikir lah. Bila part perempuan kne pukul sepak terajang dengan suami ni, saya tak rasa kena bertahan kot.

Memang la ramai orang luar cakap tu mudah, tapi fikirkan kesannya pada mental dan fizikal anak anak dan diri sendiri. Try minta maaf dengan mak ayah sebab lukakan hati mereka, kot mereka redho dan doa akak untuk suami jadi baik tu Allah makbulkan.. Tapi kalau dia still camtu, angkat tangan babai jela.

Addawiyah Sharani –
Cerrai jelah, selalunya lelaki macam ni ended up anak anak pun buang dia dah tua nanti. Tapi Takpelah dia pun Cikgu ada pencen duit boleh bela dia nanti. Anggap je dia tak rugi walau satu sen pun bila cerrai dengan awak, dan awak tak rugi satu benda pun bercerrai dengan dia. Duduk pun dah jauh kan.

On your side, anak pun dah ada dua orang. Dapat duduk dengan mak ayah. Kerjaya pun stabil. So no worry and do not turning back..

Puan Zuera –
“Semalam aku terfikir, semua ni jadi sebab aku kahwin tanpa redha ibu bapa. Tapi aku bahagia begini, tanpa suami. Hanya dengan anak anak dan ibu bapa. Sampai sayangku dah tiada buat suami. Anak kedua dah setahun setengah, sulung tu dah 3 tahun 2 bulan”.

Puan dah tahu apa yang puan inginkan. Sayangi diri sendiri. Takkan nak jadi kain buruk yang disepak terajang je. Jangan jadi bdoh. Semoga dipermudahkan urusan.

Wan Asmah –
Terus je ke mahkamah syariah buka fail, minta bantuan biro guaman, bayaran berdasarkan gaji puan, buat surat sumpah sebagai sokongan.

Dalam surat sumpah tu kena ceritakan semua perilaku buruk suami yang suka memukul dan mendera mental puan. Bukan setahun, dah bertahun masih tiada perubahan.

Orang macam ni memang tak akan berubah sampai bila bila. Fikirkan pembesaran anak anak puan. Kalau ada ayah yang panas baran bukan boleh membantu pon untuk pembesaran dorang, makin terseksa lagi ada,.

Pilihan di tangan puan. Nasib baik puan ada mak ayah lagi. Kalau puan berterus terang dengan mak ayah, pasti dorang akan membantu.

Sekarang dorang hanya tunggu lisan dari mulut puan sahaja untuk meminta bantuan dan nasihat, percayalah.

Nurhayati Osman –
Yang ketawakan confessor ni, kamu semua kena ingat. Kamu bakal ada zuriat. Belum tentu lagi nasib zuriat kamu tu semua macam mana.

Sekarang kita ketawakan orang, 10 tahun atau 20 tahun lagi bila terjadi pada ahli keluarga sendiri, waktu tu, tengoklah samada kamu sanggup ke tak, nak ketawakan ahli keluarga sendiri.

Sama samalah beringat.

Qalilah Karina –
Isteri perlu pertahankan hak dia sebagai seorang isteri. Mengalah itu pasti bila bergaduh hal kecik. Tapi kaki pukul tu bukan perkara kecik, apatah lagi depan anak. Nanti anak membesar dapat lelaki kaki pukul dia pun ikut redha, macam apa mak dia buat.

Penulis kena ingat, cara awak bawa diri awak sekarang adalah cara anak anak awak bawa diri mereka nanti. Anak akan nampak apa ibu buat semua betul. Kalau awak biar diri awak dipijak dan ditolak sana sini, anak akan ikut sebab awak satu satunya role model mereka dari kecil.

Jika awak tak mampu kuat untuk diri sendiri, kuat untuk anak anak awak. Tengok muka anak anak dan bayangkan kalau diorang yang kena pukul dengan suami sendiri. Apa yang awak nak diorang buat?

Aisyah Hizam –
Jangan lah marah confessor. Bila dia bertanya, dia dah tahu jawapan. Dia cuma perlu sedikit sokongan dan dorongan atas jawapan nya. Keluarlah dari tempat yang tak bahagia. Hidup terlalu singkat untuk derita. Semoga yang baik baik saja untuk confessor.

Sumber – Liz (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *