Umur 16, dipaksa kahwini prgol. Hamil anak ke3, prutku dipijak. Tgh berpantang, 6 jam dibantai. Aku nekad

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Nama aku Safiya berusia 29 tahun merupakan ibu kepada tiga cahaya mata. Aku menulis disini kerana ingin bertanyakan pendapat pembaca semua. Aku kini hanya tinggal 29 hari (semasa menulis kisah ini) sebelum hari perbicaraan.

Sebelum aku mulakan kisah dengan lebih lanjut. Mari aku ceritakan latar belakang aku. Aku semasa bersekolah dulu merupakan pelajar cemerlang, top debater peringkat daerah, public speaker yang mewakili daerah ke peringkat negeri, wakil daerah bola jaring.

Namakan apa apa aktiviti ko kurikulum dan akademik. Mesti aku yang jadi wakil sekolah. Namun begitu, ketika aku berumur 16 tahun sesuatu terjadi hingga merubah segalanya.

Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang menjadi suami aku ketika berumur 16 tahun. Kami hanya bercakap, message dalam phone sahaja. Tidak pernah berjumpa sehinggalah cuti sekolah pada bulan Disember. Kami berjumpa.

Pada mulanya aku hanya ingat dia mahu berjumpa macam orang lain. Keluar makan, tengok wayang tapi sebaliknya yang terjadi.

Dia telah membawa aku melakukan perkara terkutuk itu walaupun aku tak nak. Dia memaksa aku. Dan ketika itu aku sedar yang aku nie hanya untuk dimain mainkan dan aku berjanji takkan jumpa dia lagi.

Setelah sebulan, akhirnya aku perasan yang aku tak peri0d, kerap sakit kepala, makan muntah. Aku tahu aku mengandung tapi aku sembunyikan dari pengetahuan semua orang. Aku pergi sekolah macam biasa, buat macam biasa. Ketika itu aku tidak lagi berhubungan dengan suami.

Sehinggalah ketika aku mengandung 20 minggu, mak aku perasan perut aku dan ketika itu aku terpaksa berterus terang dengan mak aku apa yang jadi. Keluarga aku mengambil keputusan untuk nikahkan aku. Aku hanya mengikut walaupun aku tak nak bernikah dengan dia.

Sebab setelah check, suami aku ketika itu memang ade berhubungan dengan perempuan lain. Aku akur dengan keputusan keluarga sebab aku tahu memang aku yang salah. Kalau aku tak ambil keputusan untuk jumpa lelaki tu mungkin aku takkan mengandung.

Setelah bernikah, aku tetap meneruskan pelajaran aku. Aku mengambil SPM ketika mempunyai seorang anak. Aku memperoleh 6A tapi hanya melanjutkan pengajian di kolej swasta kerana tidak dapat tawaran ke IPTA. Mungkin sebab status aku yang dah berkahwin.

Banyak perkara yang bercanggah selepas aku kahwin. Sebagai contoh asal usul suami, dia cakap dia dari negeri P. Setelah tengok surat beranak dia. Mak bapak dia orang negara jiran dan dia tidak pernah bersekolah sepanjang hidup dia. Dia dibesarkan oleh jiran jiran dan bekerja sejak umur 8 tahun.

Aku ada bertanya tentang keluarga suami namun suami aku nampak tidak berminat dengan pertanyaan aku. Suami aku merupakan salesman used car yang bergaji RM400, walaupun sikit tapi Alhamdulillah cukup untuk kami sekeluarga.

Walaupun pada mulanya susah, namun suami aku seorang yang bijak mengambil peluang. Dia banyak buat kerja tambahan untuk menampung keluarga.

Pada awal perkahwinan, memang kami kerap bergaduh. Mungkin sebab aku cemburu. Dia juga tetap berhubungan dengan kekasih dia. Pernah jugak aku terbaca mesej dia. Dia cakap walau macam mana pun dia tetap sayangkan perempuan tu.

Perkara tu buat aku rasa sedih, rendah diri. Aku rasa dia hanya terpaksa mengahwini aku. Dia pernah cakap kat aku, anak tu bukan anak dia.

Mungkin anak orang lain sampai dia terpaksa kahwin dengan aku. Tapi aku yakin dan pasti sebab tiada lelaki lain yang pernah sentuh aku kecuali dia.

Akhirnya, bila anak keluar dan muka sama macam dia baru dia mengaku. Kami kerap bergaduh ada sekali dia pukul guna kasut sampai lebam ditangan namun setakat itu je yang dia buat. Selebihnya banyak perkataan yang menyakitkan apabila bergaduh.

Sehingga tahun keenam perkahwinan, suami mula berubah. Banyak duduk didalam bilik. Sebabkan aku boleh access account dia, banyak transaksi pindahan wang yang mencurigakan.

Akhirnya aku dapat tahu dia aktif berjudi online. Setiap kali aku tanya setiap kali itulah aku dipukul sehingga lebam, tak boleh bangun. Selepas judi, aku jumpa ddah pula. Dalam beg dia tapi dia cakap kawan dia punya.

Bdoh2 aku percaya. Sejak jumpa ddah, dia tak menjalankan tanggungjawab dia. Duit tak pernah bagi. Kerap minta duit kat aku. Aku tetap bertahan.

Ketika aku mengandung anak yang ketiga, perut aku pernah dipijak ketika sarat. Alhamdulillah takde apa yang teruk terjadi. Cuma ketika itu aku hanya mampu berdoa kalau aku teraniaya, aku harap Allah tunjukkan jalan untuk aku.

Setelah bersalin, aku buat keputusan untuk berpantang dirumah mak aku. Setelah 2 minggu berpantang, aku ambil keputusan pulang kerumah. Sampai je dirumah, keadaan rumah berselerak.

Apabila aku tengok atas katil, aku tahu suami aku ada bawa perempuan lain dan perkara itu betul. Jiran jiran nampak suami aku bawak perempuan lain. Itupun jiran bagitahu selepas suami aku ditangkap polis.

Ada satu hari ketika anak aku main telefon suami, aku tergerak hati untuk buka whatsapp suami. Aku nampak banyak screenshot transfer duit kat acc nama perempuan dan suami aku panggil perempuan tu baby.

Aku tanya suami aku perihal itu, akhirnya aku dipkul teruk. Bibir pecah, kedua dua mata aku lebam. Tangan, kaki lebam.

Aku dipukul selama 6 jam. Suami aku bawa aku ke satu tempat dan dia cakap dia akan pastikan aku mti hari tu juga. Anak anak ada dirumah pada masa tu termasuk baby berusia 40 hari.

Setelah aku teruk dipkul, akhirnya suami hantar aku pulang kerumah dan dia terus keluar rumah. Aku buat keputusan untuk laporkan kepada polis. Polis suruh aku pergi hospital untuk check up.

Setelah beberapa hari suami aku ditangkap. Aku buat keputusan untuk berpindah dan mulakan hidup baru.

Alhamdulillah kehidupan ditempat baru okay, cuma aku sembunyikan status aku daripada pengetahuan kawan kawan sekerja. Suami aku ditahan reman disebuah penjara kerana tidak mampu membayar wang ikat jamin.

Aku ada melawat suami dipenjara. Nampak keadaan dia makin okay. Sebelum suami masuk penjara, aku ada failkan cerrai. Suami ada bagitahu yang dia tak nak bagi kerjasama.

Dia akan buat hidup aku tersiksa. Disebabkan aku berpindah ketempat lain, aku pun jadi malas nak teruskan kes pencerraian. Atas faktor kos perjalanan dan cuti. Aku baru berkerja dan aku tak nak orang terbeban aku cuti.

Semasa melawat suami aku, dia cakap dia akan cerraikan aku kalau aku tarik balik kes. Semasa sebutan kes cerrai yang pertama, bila hakim cakap setuju atau tak dia nak cerraikan aku.

Dia cakap dia sayangkan aku lagi. Aku bersetuju untuk tarik kes. Aku dah tarik balik laporan polis yang aku dah buat.

Jujur aku cakap time tu pun aku masih sayangkan dia, nak dia ada bersama besarkan anak anak. Lagi lagi bila tengok baby aku nie. Kesian. Langsung tak pernah rasa kasih sayang seorang bapa.

Cuma masa PKP nie aku tak kerja. Banyak masa terluang, aku banyak membaca sebab aku pun ada major dpr3ssion dan anxiety selepas apa yang jadi nie.

Akhirnya aku dah sedar, aku tak perlukan dia lagi dalam hidup. Anak anak dah boleh terima apa yang jadi nie. Sehingga ke hari nie, walaupun penjara dah boleh melawat. Aku memang dah tak nak jumpa dia.

Khamis lepas sebutan kes di mahkamah sesyen. Peguam minta kes diteruskan dan dibicarakan. Bulan depan aku kena datang sebab diminta angkat sumpah jika tak nak teruskan kes.

Kalau orang tanya apa yang aku nak ketika ini, aku hanya nak diri aku bebas dari seorang lelaki yang bernama suami. Bagi aku kalau dia dibebaskan lagi senang aku nak bercerrai ataupun keputusan yang aku buat ni salah.

Aku mohon pandangan semua tentang apa yang jadi dan aku minta komen pembaca semua tentang apa kaedah pencerraian yang boleh aku mohon.

Terima kasih semua.

Reaksi warganet

Puan Zuera –
Masa mengandung di pukul, suami bawa perempuan lain ke katil kelamin, dipkul selama 6 jam masih lawat suami kat penjara… Aduh…

Jangan nanti puan dipukul sehingga jadi myat udah la. Nauzubillah, mintak di jauhkan.. Andai terjadi perkara tu, anak sapa nak jaga? Suami ke?? Mustahil. Silap silap dijual anak tu….

Fikir masa depan anak, kalau dia tak boleh jadi ayah yang terbaik untuk anak puan, masih ada lelaki lain yang boleh ganti tempat dia. Semoga dipermudahkan urusan.

Nuranis Hidayah –
Bila berdepan dengan suami pengih ni, cara terbaik ialah tuntut fasakh. Kumpul semua report polis termasuk report perubatan puan, then cari peguam untuk bawa kes ke mahkamah.

Puan pun kenalah kuatkan hati, jangan terpedaya dengan kata kata suami. Biarkan je dia kat dalam tu, tak perlu susah payah keluarkan dia. Nanti hidup puan pula yang susah. Apa apa pun semoga dipermudahkan.

P/s: Duit peguam agak mahal. Minta family bantu kalau kos tak mencukupi. In Shaa Allah mereka akan faham.

Eyza Abu –
Relakan diri disiksa depan anak anak tu bukan cerdik. Anak nampak bapak pkul mak, esok anak dah besar kawin pun buat kat isteri yang sama, silap anak pun pukul mak sendiri nnti.

Jangan bodohkan diri dipijak pijak. Islam tak zalim, dalam bab munakahat isteri boleh bubarkan perkahwinan dengan sebab sebab yang jelas.

Kalau suami tak datang mahkamah, lagi mudah nak urus. Jumpa la peguam Suzana, bayaran murah.

Kalau sendiri sayang dan cari derita terserah. Tak payah ngadu dengan orang.
Ramai je ibu tunggal lagi success besar kan anak.

Islam tak ajar kita zalimi diri. Allah tak zalim tapi diri anda sendiri yang SANGAT zalim.

Kursus kahwin 2 hari tu tak cukup lengkap untuk belajar bab munakahat. Terlalu banyak tajuk2 yg wajib dipelajari yang tidak diajar waktu kursus.

Norziah Othman –
Adik, teruskan berjuang untuk berpisah. Tak ada gunanya lelaki ynag bergelar suami seperti itu. Adik masih muda, perjalanan masih jauh, besarkan anak anak..

Jauhkan diri daripada syaiitan bertopeng manusia tu. Saya doakan moga adik sentiasa dilindungi dan dimurahkan rezeki. Amiin

Nadia Syauqi –
Tak faham sungguh dengan cara sis ni. Kata cerdik, tapi boleh masuk perangkap biawak.

Dah buat report polis, terkene pujuk dah tarik balik. Dah selalu dipukul, masih sanggup lawat laki tu dalam penjara. Tu bukan pukul biasa sis. Itu bantai namanya.

Apa apa pun keputusan terpulang sis. Jika rasa sis masih ingin bahagia dalam hidup bertegaslah dengan jantan tersebut. Bila masih sanggup tadah untuk dibantai.

Ya, itupun pilihan sis. Orang lain hanya mampu bagi nasihat. Selebihnya fikirlah jalan hidup macam mana sis inginkan..

Bani Kamarulzaman –
Momen hidup Puan sebenar nye telah pun musnah saat Puan disuruh paksa berkahwin dengan Lelaki itu oleh family Puan.

Simpati Saya dengan nasib Puan. Tapi Saya pasti, 6+ tahun hidup tersiksa bersama si syaiiton itu, tak mustahil Puan boleh survive hidup tanpa nya…

Andaikata lepas nih jadi ibu tunggal, Saya benar berharap Puan dapat didik anak anak Puan sebaik baiknya kerana memori memori dan momen momen yang berlaku depan mata mereka telah pun terpahat macam kesan kotoran, susah nak ilang.

Dah banyak dah ibu tunggal yang berkata dalam hidup tanpa langsung kehadiran seoran insan bernama suami. Jadikan itu sebagi contoh Dan semangat buat Puan Dan anak2.

Smoga Puan berjaya dalam hidup selepas ini.. Insyaallah.

Sumber – Penyembuh kesayanganku (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *