Krn aku kaki game bz layan kwn2, Busyra sunyi. Mlm2 rupanya dia intip aku dlm bilik. Dia adu dkt ex dia. Aku panas

Foto sekadar hiasan.

Tahun ni kali pertama aku berpuasa tanpa isteri. Nama isteri aku Busyra, nama panggilan manja dia yang aku guna “Buya”.

Kami kahwin tahun 2015 kurang setahun lepas kerja. Masa tu, masing masing masih di usia muda. 24 tahun, aku dah kemaruk angau suka kat Busyra sejak zaman belajar kat uni, terus kahwin lepas dapat kerja.

Aku kerja cikgu subjek aliran sains tulen, Busyra pula dalam bidang kimia, dia jadi pegawai kimia dan analisis kat satu company tayar dari luar negara, tapi ada kilang kat Malaysia.

Kitorang kenal dari tahun 1, mula rapat tahun 3, then sulam cinta tahun akhir, sampai masing masing ada kerjaya sendiri. Semuanya cantik. Cun. Kami disatukan.

Kawan kawan lain masa tu tengah struggle nak cari kerja, ada yang sibuk nak sambung masters, aku dengan Busyra dah stabil. Aku kerja kerajaan, Busyra kerja dengan gaji USD. Nemang cun dah semuanya, sebab tu, aku dengan dia yakin dan tak takut nak kahwin awal.

Lagipun masa tu, tempat aku mengajar dan tempat kerja dia di Shah Alam tak ada la jauh sangat. So kalau kami duduk bersama dan dia nak ulang alik kerja tak la jauh.

Wedding aku pun bukan cikai, semua indah. Aku pulun habis wedding tu. Aku rasa bahagia dengan wedding aku. Aku dapat miliki kekasih hati aku, yang aku idamkan. Aku rasa bangga bila ramai sedara mara dengan keluarga puji pasal Busyra. Ye lah, pilihan aku baik, mereka kata.

Lepas kahwin, kami stay sama kat Seri Kembangan. Dekat juga lah aku ulang ke sekolah, dia ke Shah Alam. Petang, lepas mengajar, aku balik, aku tidur. Petang sikit, aku tunggu Busyra balik. Pukul 6-6.30 pm dia dah sampai rumah.

Kami makan sama, tengok tv, kadang dia teman aku tengok bola malam malam minggu. Kadang kadang kitorang lepak uptown, tengok movie, teman dia shopping.

Sampai lah, satu tahap, aku mula rasa kawan kawan baik aku, gang aku dah jauhkan diri dari aku. Gang gang aku yang bertahun lamanya dengan aku main dota, online game sama sama, dah tak hiraukan aku.

Kebanyakan dorang ni sama baya dengan aku. Mostly baru keluar uni masa tu. Menganggur. Tak kerja. So banyak masa duk spend sama sama gang. Aku tengok mereka keluar lepak tak maklumkan aku dan tak lagi mahu online game dengan aku macam selalu. Pergi travel memana tak ajak aku. Semua tanpa aku.

Aku jadi pelik, aku ada buat salah ke? mereka ni ada terasa apa apa ke dengan aku? aku tanya dalam group whatsapp, mereka kata tak ada masalah pun. Cuma tak nak ganggu aku dengan kehidupan aku lepas kahwin. Jawapan diorang macam satu tamparan untuk aku.

Aku jadi terfikir, mereka dah tak mahu jadi gang aku lagi ke lepas aku kahwin? Ke mereka ingat aku ni berbeza lepas kahwin?. Sejak tu, aku mula beri lebih perhatian kat member member aku balik.

Aku aktif gila kat wasap, aku sentiasa depan PC main game dengan gang aku lepas waktu kerja sampai tengah pagi buta. Mula mula tu, seminggu 2-3 kali, lama lama tu, habits aku sebelum kahwin datang balik. Aku melekat depan monitor, ketuk ketuk keyboard main game, headphone kat kepala sepanjang masa.

Member member aku pun sama. Mereka tak kahwin lagi, ada yang belum dapat kerja masa tu. So, kebanyakkan masa memang main game.

Dan dalam aku tak sedar, aku mula abai Busyra. Dia selalu minta perhatian aku. Masa aku sibuk dengan game game aku tu, dia datang kat aku minta dibelai. Kalau korang dah kahwin, korang mungkin paham maksud aku. Kadang kadang dia datang dengan pakaian yang buat jantung aku ni berdegup kencang tapi sebab takut hilang kawan, aku teruskan juga.

Sampaikan pernah, dia datang kat aku, dia cakap,

“Jom la dengan sayang kat bilik, sambung la nanti.”

Aku dengar dia merintih sampai macam tu sekali. Aku pun tak tahu kenapa dengan hati aku, aku buat bdoh je.

Dia selalu ajak aku keluar makan sama sama, teman dia shopping, tengok wayang, picnic, semua aku tak layan. Aku sibuk dengan game game game game.

Lepas tu, aku sibuk habiskan duit aku dengan aksesori PC, gadjet, games yang beratus ratus ringgit. Semua pos alamat sekolah. Sampaikan pakcik guard pun bebel kat aku, semua barang aku je hampir setiap hari.

Dekat rumah, kerja aku main game, kadang tu aku sibuk setel semua barang barang PC aku kat bilik pc sorang sorang diri. Cuti ke, hari kerja ke, macam tu la. Aku tak lagi spend masa dengan Busyra, aku tak makan bersama dengan dia kat meja makan, aku ambil makanan, makan kat depan PC sambil main game, sambil borak borak dengan team aku.

Kadang kadang tu Busyra balik kerja, dia duk cakap la mengadu macam macam pasal kerja dia, pasal boss dia, member kat tempat kerja dia, aku pula sibuk dengan hal ehwal PC aku, aku kata kat dia nanti aku dengar, sambung nanti. Dia pun tak jadi nak story kat aku.

Lepas setel on game, aku masuk bilik, jam dah cecah 2-3 pagi, Busyra pun dah tidur. Begitu lah rutin aku hampir setiap hari, bangun pagi pergi kerja pun, duk sembang dengan wife pasal baju kerja, seluar kerja kat mana, tie kat mana.

Aku pagi pagi dah keluar nak mengajar. Kelam kabut kadang kadang sebab bangun lewat. Dia lah yang setia tunggu aku bersiap, masak untuk aku makan sarapan, tapi jarang sangat la aku makan. Sebab lambat. Dia masuk kerja pukul 9 pg, so memang dia tak kalut nak pergi kerja juga.

Balik kerja, aku tidur, bangun tidur aku solat makan mandi, main game, borak dengan member aku online sambil main game. Sampai pagi buta. Time budak budak exam je aku busy. Kadang kadang ada kursus, hari sukan ke, events kat sekolah je lah aku tak ada kat rumah. Kalau tak, macam tu lah hidup aku.

Busyra pula, selalu keluar beli barang dapur sendiri, aku bagi je duit belanja macam biasa. Aku fikir, dia tahu la nak manage sendiri hal rumah. Dia bukan bdoh pun. Dia selalu juga bagitahu dia nak keluar makan dengan kawan dia hujung minggu.

Aku kenal kawan kawan yang dia sebut tu, budak budak uni kami dulu juga. So, aku tak kisah, aku lagi suka duduk rumah, tak ada yg nak kacau aku. Macam tu la hidup aku bertahun juga lamanya.

23 Feb lepas, aku terima satu screensh0t dari member aku, screensh0t tu tunjuk Ig story bekas kekasih Busyra kat uni dulu. Dalam story tu, gambar mereka berdua kat satu cafe/restaurant dengan kapsyen “done bawang”.

Aku terkejut. Masa tu bercelaru kepala aku. aku rasa diri kena khianat, selama tu aku izin dia keluar tapi dia pecahkan kepercayaan aku. Aku total lost. Aku jadi marah semua ada. Aku called dia suruh balik rumah time tu juga.

Dia macam pelik, kenapa aku tergesa gesa minta dia balik. Kat rumah, aku memang dah menggigil satu badan, nak tunggu dia sampai tu aku dah tumbuk sepak macam macam benda dah. Aku rasa marah rasa bdoh kena khianat dengan isteri sendiri.

Lagi pula, si lelaki tu pernah ada hubungan dengan Busyra lama, sebelum dia dengan aku di uni dulu.

Sampai je Busyra kat rumah aku terus tanya dia dengan marah marag. Dia jadi pelik, kenapa aku tiba tiba mengamuk. Dia kata, dia dah beritahu aku sebelum dia keluar. And, dia kata aku dah sebut “okay”.

Terdiam aku, masa tu baru aku teringat. Aku tak tahu pun apa yang isteri aku cakap, sebab aku duk tengok anime depan PC. Aku tak tahu pun apa dia sebut, apa dia tanya. Aku jawab “okay” sahaja.

Sebelum aku lupa, selain layan game, gajet PC, aku pun kaki layan anime. Sampai berjam jam aku kat depan PC layan macam macam jenis anime series. Masa mula mula kawen aku dah slow layan anime, tapi bila member dalam group sembang pasal tu, aku rasa macam left out. Nak elak aku terus ketinggalan dalam gang aku sebab aku dah kahwin, aku layan balik.

Okay, balik pada story aku. Petang tu aku gaduh besar dengan wife aku. Aku tanya, apa maksud kapsyen kat IG story lelaki tu?

“Kau bawang apa dengan dia? Pasal aku ke?”

Aku tengking tengking dia. Habis semua ‘kau’ ‘aku’ keluar. Tak pernah aku ber-kau aku dengan dia, hari tu semua keluar.

Tapi, wife aku nampak nak elak jawab bila aku tanya, dia senyap je. Aku provok berkali kali. Sampai dia mengaku, memang dia ada ceritakan pasal aku kat lelaki tu.

Aku terus tak boleh terima jawapan dia. Baru je aku rasa dikhianati, now bertimpa lagi khianat yang aku rasa. Tak buang masa, aku terus masuk bilik, ambil barang barang barang aku. Aku keluar. Nekad, aku nak duduk rumah mak aku dulu. Nak pergi kerja pun dalam 40 min je.

Sebelum aku keluar, Busyra pujuk aku. Berkali kali dia panggil nama aku, jangan keluar rumah. Dia minta aku dengar dia jelaskan semua. Aku dengar la.

Okay korang, sebelum aku sambung, masa aku start sambung balik siapkan story aku ni, hari ni raya ke-4. Confession atas, aku buat masa 11 May. Aku tak sambung sebab aku beremosi.

Aku dengar la apa yang dia nak cakap sangat. Kata dia, dia selalu jumpa ex dia tu sebab nak berbual je. Aku tanya, kenapa tak boleh berbual dengan aku?

Lepas aku pressure dia, tengking dia, Dia menangis nangis la marahkan aku. Kata dia, macam mana nak borak dengan aku kalau aku asyik sibuk dengan game game aku. Geng2 aku kat dota semua.

Dia marah kan aku sungguh sungguh. Dia tanya, bila kali terakhir aku sebagai suami tanya, “how was ur day?”, “Kerja awak okay ke?” “Awak makan apa kerja tadi?”.

Dia kata, dia sunyi. Ramai kawan kawan dia dah kahwin dan ada keluarga. Dia pun sama. Dia harap aku jadi kawan dia lepas dia pilih untuk kahwin dengan aku. Dia sunyi. Dia nak teman. Tapi aku selalu tak ada untuk dia. Sibuk dengam game aku. Tak pedulikan dia lagi.

Dia ungkit semua yang dah lepas. Sampai satu saat dia buat aku rasa marah giila. Aku terus keluar rumah tu dengan hati aku yang bara. Aku boleh rasa muka aku panas sebab tahan marah.

Busyra kata kat aku, aku ni tak membesar. Tak reti nak matangkan diri. Sempat juga aku tanya dia, kenapa dia masih terima aku kalau dah tahu aku kaki game? Tapi dia kata, dia tak pernah kisah. Dia paham tu minat aku. Tapi bagi dia, tak lama lepas kahwin dia mula rasa aku makin jauh dari dia sebab tak kira masa dengan hobi aku tu.

Kata dia umur aku dah tak padan nak duduk depan game tak kira masa tak kira hari. Dia bebelkan aku sambil meraung menangis kata aku kena jadi adult. Be responsive dan pandai main peranan as ketua keluarga.

Kata dia, duduk serumah dengan aku tak ubah macam duduk dengan budak sekolah menengah. Balik sekolah, main game. Aku rasa baran gila masa tu.

Aku jawab, buat apa nak main peranan ketua keluarga kalau setakat hadap dia sorang je. Anak pun tak ada. Dia jawab balik, nak ada anak macam mana. Aku sibuk benda lagha, perangai tak nak berubah. Terus, aku keluar. Aku pergi rumah parents aku. Masa tu, seminggu sebelum PKP.

2 malam aku tak balik. Fon aku ni, Busyra duk sibuk call. Wasap lagi. Aku biar je. Mak ayah aku dah risau. Aku bagitahu mereka bini aku ada jantan lain. Mak aku marah, dia call Busyra. Datang la Busyra petang tu.

Sampai saja, duduk la kami semua kumpul. Aku, parents aku, Busyra dengan kakak aku. Mak ayah aku tanya la, apa jadi. Apa masalah. Dia pun cakap, dia tak ada apa apa pun, cuma rasa sunyi. Rasa macam kena biar dan diabaikan je dengan aku. Rasa seorang walaupun serumah, sebilik, sekatil.

Tengah kami duduk sembang kencang tu, ada kereta datang parking depan rumah. Ayah aku intai, dia kata tak kenal. Tak alih, si Busyra kata lelaki tu datang. Dia yang bagi location dan suruh datang.

Masa tu dah ketap bibir la aku nak tahan mengamuk. Masuk la si lelaki tu dengan seorang perempuan. Masa tu aku pikir kawan dia lah kot, rupanya bini dia.

Masuk masuk je rumah terus kena soal siasat dengan mak ayah aku. Aku diam je. Memang aku rasa nak maki tapi aku rasa malas. Dalam aku niat malas nak maki, aku tercakap juga. Aku kata,

“Kalau nak sangat, berkenan sangat, ambil la buat bini no 2 kau”.

Masa tu aku tengok Busyra dah tunduk. Aku tahu dia menangis. Biar dia rasa. Pasal aku maim game pun sampai nak burukkan aku kat ex dia. Ramai lagi perempuan kat luar dapat laki buruk perangai, aku duduk rumah je pun. Main game dah macam macam kata kat aku.

Lepas tu, si lelaki tu kata la kat parents aku. Aku paham dia explain tu untuk aku. Aku buat bdoh je. Dia kata, dorang jumpa selalu bertiga. Tak pernah berdua. And gambar yang aku tengok tu, wife dia yang ambil. Nothing happened kata dia.

Pastu, mak aku tanya la, kenapa Busyra boleh sampai jumpa dia kalau tak ada apa apa? Lelaki tu pun suruh Busyra yang jawab sendiri. Jawapan Busyra buat aku cuak.

Sambungan part 2 (tekan link dibawah)

Wife jantan tu bawa Busyra ke pintu. Ayah tarik aku kebelakang. 4 hari lps tu, Busyra wasap. Kini aku mula tak keruan

Wife jantan tu bawa Busyra ke pintu. Ayah tarik aku kebelakang. 4 hari lps tu, Busyra wasap. Kini aku mula tak keruan..

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *