Org tgk kami bahagia. Hakikatnya, aku je tahu. Nak cerita dgn fmly, aku malu. Nak cerrai aku takut

Foto sekadar hiasan.

Hi, assalamualaikum. Saya tak tahu mana nak start cerita saya. Tapi betul lah ada pepatah yang mengatakan bahawa wanita malang ialah wanita yang tersilap pilih suami.

Saya ringkaskan sahaja ya. Saya mempunyai dua puteri. Masih berkahwin, di mana saya rasakan lebih baik jika saya hidup sendiri.

Masa saya berpantang anak pertama dan kedua suami ada buat account chatting, tinder, wechat dan omi. Walhal duit hospital dan confinement lady saya yang bayar. Suami langsung tak bertanggungjawab.

Jangan cakap nak message tapi mandikan anak time pantang langsung tak pernah. Saya pernah berkali dapat DM dan PM di Facebook dan Instagram tentang kecurangan dia.

Semua perempuan yang dia pernah chat DM dan PM saya cakap kenapa suami mengaku single. Bertapa hancur nya hati saya ketika itu.

Time pantang saya hampir meroyan mengenangkan nasib. Tapi saya kuatkan diri demi anak anak.

Itu cerita semasa saya pantang. Time saya mengandung hari hari kerja sehingga ke malam saya deliver. Suami langsung tak pernah hirau apatah lagi urut. Saya cakap nak minum air kelapa dia buat tak tau je.

Demi anak anak sudah hampir 5 tahun kami berkahwin. Hadiah apa pon tak pernah beli untuk saya. Time dia nak pinjam duit baru dia akan buat dan cakap baik baik.

Kalau saya tak bagi dia akan melenting. Memang celaka. Duit nafkah, rumah, kereta jangan cakap la memang tak pernah nak bayar. Saya yang bayar semua. Dia cuma tahu komen sahaja.

Sudah hampir 30k dia pinjam tapi time nak suruh bayar banyak alasan nya. Oleh kerana itu saya rasa hidup sendiri lebih bahagia.

Saya malu untuk ceritakan apa yang saya lalui kepada keluarga kerana mereka melihat kami seperti keluarga yang bahagia.

Saya tak mahu ibu bapa saya sedih kerana saya berkahwin atas pilihan saya sendiri. Dimana dulu ayah saya tidak suka kepada suami saya kerana tiada pekerjaan tetap. Sekarang baru saya tahu kenapa.

Saya sangat menyesal. Ibu saya pula sering amuk amukkan fikiran saya bahawa berkahwin kali 2 bukan yang terbaik. Kerana lelaki sekarang banyak yang jahat. Takut 2 orang cucu perempuan nya di apa apa kan.

Saya buntu. Seperti tiada penyelesaian terhadap masalah saya. Suami langsung tak berubah. Seminggu sebelum PKP kawan saya terserempak suami dan perempuan s3xy.

Saya tanya suami di mana. Dia cakap di tempat kerja bila suruh share location baru la cakap sebenarnya dia di Times Square lunch dengan kawan.

Hati saya sudah lama hancur langsung tak ada rasa sedih. Cuma saya kesal suami tak nak cerraikan saya tapi makan luar.

Saya pernah cerita kepada ibu mertua tentang perlakuan anak nya. Dia hanya menangkan anak nya sahaja. So cerita drama tv3 is real ok! It’s so sickening.

Saya pernah nak pergi ke mahkamah syariah untuk menuntut cerrai. Tetapi saya takut saya tidak dapat hak penjaan anak dan anak anak akan sedih jika tiada bapa.

Saya tak tahu jika ada yang pernah alami apa yang saya alami. Adakah dugaan saya sangat berat? Atau saya je yang tak bersyukur? Atau saya ni pengecut? Atau saya tak kuat hadapi title janda?

Saya harap satu hari Allah dengar keluhan saya dan bantu saya walaupon saya bukan lah hambanya yang baik dan taat.

Yang buntu dan perlukan bantuan.

Reaksi warganet

Fatin –
Kumpul bukti. Tangkap gambar. Screensh0t dan Simpan semua perbualan whatsapp. Dalam masa 3 bulan hantar whatsapp mintak nafkah. Pastu reply dia tu pun screensh0t. Bawak pegi mahkamah syariah buat tuntutan nafkah tertunggak. Mintak cerrai. Jangan bagi chance. Manusia jenis macam ni kena ajar..

Farhad Simard –
Kalau tak nak bercerrai sebab takut itu ini. So terima kenyataan ajelah itu perangai laki you.

Dan jangan doa dia berubah perangai, you doa ajelah dia cepat meninggal..

Atleast jadi janda kematian suami, tak da sapa nak rebut anak.

Rahaya Yahya –
Kalau bertahan demi anak2, Anak2 akan bertambah dan makin hari hang yang giila.

Kenapa fikir tentang perkahwinan ke 2?Sedangkan jadi janda tu tak berdosa pun. Saya dah setahun lebih hidup dengan anak anak, dan sampai harini tak penah menyesal dan happy je. Kalau orang tanya, saya cuma jawab. Saya sedang enjoy dengan status single. Alhamdulillah peace of mind..

Hasryna Mohd –
Memang le tak nak cerrai. Udah senang, nak duit mintak. Fikir yang terbaik untuk diri dan anak anak.

Dalam hadapi dugaan, rasionalnya berfikir terletak atas diri sendiri sebab kita yang hadap masalah yang ada, bukan orang luar. Manusia sekeliling hanya boleh bagi pandangan berdasarkan penceritaan. Jadi fikirlah yang terbaik.

Hak jagaan anak anak, lazimnya akan berpihak pada si ibu. Lebih lagi jika ibu mmpunyai pendapatan sendiri.

Shaheera Balkish –
Ada macam tiada. Kenapa awak nak takut hilang hak anak sedangkan dia pun tak contribute satu hapeeee pun dalam;

-penjagaan anak
-nafkah zahir batin reti pulak kasi tapi part tut je perasaan awak tak jaga langsung
-menyusahkan awak menghabiskan duit , kumpul2 jd 30k elok masuk tabung pendidikan anak anak lagi bagus . Dah tua nnti larat ke cari duit untuk anak belajar?

-berpasangan sana sini andaikata ada penyakit kelamin ke, awak dah kena baru nak pikir
-anak takkan hilang ayah pun pusing balik ayah tetap ayah kandung. Tapi tak tau la jenis dah cerrai tak peduli anak tu salah bapa diorang lah.

Nurul Ain Hanis –
Sedih baca. Kalau nak bertahan dalam rumah tangga ni kena lah ada strong point even 1 je. Ni semua segi teruk apa lagi reason nak bersabar.

Kalau duit tak berapa ada, tapi penyayang, rajin tolong kerja rumah, rajin jaga anak. Picit badan isteri masa mengandung. Yang ni ok untuk bertahan.

Atau pon, perangai tak semenggah mana. Memang langsung tak kisah kan bini tapi duit banyak. Tiap bulan bagi duit. Eh, lantak lah nak buat apa pon. Janji tak susahkan hidup kita dan anak, boleh lagi dengar kalau nak stay dalam perkahwinan tu.

Tapi kes awak ni, suami tu dah lah tak berduit. Dengan bini tak amik kisah. Rasanya anak pon tak bape peduli tu. Lepas tu, curang pulak? Apa reason lagi nak stay? Ada laki curang tapi layan bini baik sangat untuk tutup kecurangan tu.itupon bini tak sanggup n angkat kaki. Patut kes awak ni mudah saja untuk awak decide.

Mungkin ada halangan lain. Saya doakan Allah hilangkan segala halangan untuk awak berpisah dengan suami yang tak menghargai isteri macam ni. Lelaki kadang tak sedar. Selain doa ibu, doa isteri juga kuat. Nanti bila dah berpisah dan satu persatu hidup dia ranap baru dia tahu apa erti doa seorang isteri.

Baharuddin Nicky –
Tak boleh nak tahan dah. Sakit hati sangat baca confession macam ni. Jelas lagi bersuluh, laki takda guna still buntu, still tak tau nak buat apa. Tolonglah.

Mmglah dia tanak cerai, dah kalau awak sumber duit dia. Lagi sadis dia guna duit Puan untuk main dengan perempuan lain. Bertuah sangatlah laki tt ni ada bini macam Puan.

Untuk pengetahuan Puan, hak penjagaan anak pertama sekali akan jatuh pada ibu kandung. Tapi kalau ibu kandung tak layak akan jatuh pada Atok Nenek belah ibu kandung.

Tapi dalam kes Puan, Puan layak dapat hak penjagaan sebab Puan bekerja, lagi2 kalau Puan dapat bagi bukti kat mahkamah yang suami Puan ni khinzir perangai tak bermoral.

So, Puan pegi mahkamah esok pagi juga tuntut cerrai dengan fasakh.

Saya bagi warning awal awal jangan pulak nanti cair dengan pujuk rayu suami tu. Jangan pulak nanti tetiba “suami saya insaf merayu menangis tak boleh hidup tanpa saya”.
Ni semua lakonan khinzir ni.

Kalau tanak tuntut cerrai juga, takyah hantar confession kat sini, buat sakit hati orang je baca

Sumber – Nur (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *