Wife jantan tu bawa Busyra ke pintu. Ayah tarik aku kebelakang. 4 hari lps tu, Busyra wasap. Kini aku mula tak keruan

Foto sekadar hiasan.

Untuk part 1 tekan link dibawah.

Krn aku, Busyra sunyi. Dia date dgn ex dia. Haritu bila Busyra buka mulut dpn semua org, aku cuak

Dia kata, dia ada guna computer aku sekali. Nak print boarding pass. Dia ternampak banyak tab kat chrome aku tak tutup. Semua website ‘dewasa’. Masa tu, dia kata, dia rasa insecured. Confused. Dia takut kalau kalau aku jadi gian tengok web ‘dewasa’.

Dia kata, dia pernah nak slow talk dengan aku tapi aku asyik suruh tunggu sampai dia tak ada ruang nak confront dengan aku.

Sampai satu hari, dia kata, dia perhatikan aku senyap senyap tengah tengah malam buta kat bilik pc, dia nampak aku tengah ‘puaskan diri’.

Ya. Betul yang dia tengok tu. Aku buat benda jijik tu masa tengok web ‘dewasa’. Aku ulang habits aku yang dulu. Main game, layan anime, buka web ‘dewasa’ sebelum tidur.

Aku terkejut bila dia confess pasal tu. Dia jadi insecured. So, dia minta pandangan kawan lelaki dulu which is jantan tu. Kenapa dah kahwin masih ada cenderungan dengan web ‘dewasa’.

Dan, dia kata dia terpaksa tanya lelaki tu sebab dia tak ada kawan lelaki lain yang dia percaya. Dan pula, dia tanya depan isteri lelaki tu juga, yang baik juga dengan dia sejak kenal.

Masa aku dengar tu aku dah cuak. Aku takut. Malu. Sebab aku memang layan web ‘dewasa’ sejak zaman sekolah. Uni. Tapi aku berhenti sebelum kahwin dengan Busyra. Aku start balik lepas kahwin bila members aku sibuk sembang benda ‘dewasa’ dalam wasap group. Aku jadi terjebak balik.

Mak ayah aku marah bila dengan penjelasan Busyra. Aku nak cover, aku kata memang aku tengok video ‘dewasa’ sebab aku tak ada hati nak tidur dengan Busyra. Aku kata depan semua orang yang ada kat situ. Bagi aku, bini orang lain, bini member aku lagi lawa lawa. Tapi aku punya tak. So aku layan web ‘dewasa’. Buat lepaskan nfsu aku.

Apa yang Busyra ada, tak puaskan aku. Aku cari benda lain. Padan muka dia la tak nak jaga aku elok elok. Masa aku cakap tu, aku perasan. Pandangan Busyra sayu kat aku. Aku jadi tersentuh, serba salah masa tu.

Tapi aku takut, aku malu dengan parents aku. Aku hina dia depan mereka. Depan lelaki tu. Aku kata lagi, orang lain keluar bergaya pakai lawa. Bini aku tak reti. Buat apa nak keluar rumah sama sama. Baik layan game.

Then, dia tanya aku.

“Kalau abang rasa macam tu, kenapa abang tak cakap kat saya?”.

Aku jawab. Tapi aku tipu. Aku kata,

“Memang aku tak bagitahu kau. Aku bagitahu kawan kawan aku. Kau ingat kau sorang je ada kawan?”.

Ayah aku terus marah bila aku jawab macam tu. Ditariknya aku ke tempat lain. Masa tu, aku nampak wife jantan tu bawa Busyra ke pintu. Nak keluar dari rumah aku. Aku pula, dimarah maki hamun ayah aku kat belakang.

Lepas pertemuan tu, aku stay rumah parents aku. Kebetulan dah MCO. Tak boleh nak balik rumah juga. Aku terperuk dalam bilik. Mak ayah aku jadi dingin dengan aku. Sudahnya, aku Main game kat laptop, kat phone. Layan Netflix. Aku tak contact Busyra.

Empat hari lepas kejadian tu, dia wasap aku. Dia kata, kalau dah boleh balik, balik je la rumah tu. Dia dah keluar. Aku masa tu rasa puas hati la. Memamg rumah tu bukan rumah yg aku dah beli. Tapi, rumah tu aku yang sewa sebelum kahwin dengan dia lagi.

Aku tak reply. Aku biarkan saja. Di IG, di Facebook. Aku unfollow dan block dia. Aku malas. Aku rasa menyesal kenal dan gila gila kan dia dulu.

Hari ni, 18 jun. Aku mula tulis balik story ni. Lama aku tangguh nak tulis. Banyak masa aku fikir, nak cari apa lagi masalah dan buruk bini aku untuk cerita kat sini.
Tapi, benda lain yang datang kat kepala aku.

Bila PM umum boleh rentas negeri, aku masih kat rumah parents aku. Bila KPM kata sekolah akan beroperasi, esok tu aku terus balik rumah. Pengetua pun dah panggil ke sekolah. Meeting. Taklimat. Aku pula mengajar ting 5. Aku start sibuk.

Sampai rumah, aku tengok keadaan tak macam dulu. Banyak barang dah tak ada. Bilik aku pun dah lain. Semua barang Busyra dah tak ada. Dia betul betul dah keluar. Semua ni salah aku.

Aku tak ingat bila kali terakhir aku masuk bilik, Busyra masih terjaga. Setiap kali aku masuk bilik, mesti dah pukul 3-4 pagi, lepas layan game. Lepas hadap anime. Busyra pun dah tidur.

Aku tak ingat bila last aku betul betul makan dengan dia. Aku selalu order MCD dengan grab food hantar sampai depan rumah. Masuk bilik makan. Busyra masak pun aku suruh dia makan dulu. Aku sibuk benda lain. Kalau tak maim game, tak layan anime ke apa, aku sibuk pasang barang pc. Tahu tahu aku makan sorang depan pc.

Aku tak ingat bila last aku betul betul spend masa dengan dia. Aku ingat, aku pernah je teman dia keluar pergi beli barang, shopping, kenduri kahwin. Tapi seingat aku, aku sibuk dengan phone. Layan game, wasap, FB. Aku tak cherish the moments betul betul.

Aku teringat balik, setiap kali Busyra balik kerja, dia mesti akan buka cerita. Kawan kerja la, itu ini. Aku selalu cakap, nanti sambung, lepas satu game je lagi. Tahu tahu aku masuk bilik dah pagi buta, isteri aku dah tidur.

Aku ingat lagi, dia selalu masuk bilik aku main game. Minta cuddle. Aku selalu cakap nanti. Nanti. Nanti aku masuk bilik. Tahu tahu, aku masuk bilik dia dah tidur dengan baju s3ksi dia.

Aku rasa confused. Sepanjang masa aku kat rumah parents aku dan masa aku kat rumah, aku tak ada semangat nak lalui hari aku. Aku nak contact Busyra pun tak boleh. No dia sama ada dah tukar atau dah block aku.

Aku nak tanya khabar dia. Aku rindu dia. Facebook dia aku dah block awal awal. Bila unblock aku dah unfren juga. Ig aku block. Acc dia private. Aku tak boleh nak tengok perkembangan dia.

Semalam, aku duduk depan pc aku. Aku tengok wasap group aku. Dalam 20+ orang gang aku, 21 orang dah kahwin. 11 orang dah ada anak sorang. Ada 4 orang je tak kahwin lagi. Dan yang aktif maim game team dengan aku pun 4 orang tu juga la. Yang lain tak tahu. Aku PM dorang kat wasap, mana mereka menghilang lama tak online sama.

Rata rata jawab kat aku dah tak aktif sebab ada family. Main jarang jarang je. Ada juga yang dah jual barang pc. Sibuk dengan anak.

Aku rasa macam, “Ehhh dulu aku kawen korang juga yang cakap takut hilang gang lah apa. Kenapa lani dorang pun lari.”

Tapi jawapan mereka buat aku rasa terkesan. Mereka cakap dulu lain la. Sekarang mereka dah pijak pada realiti. Ada tanggungjawab dan jadi dewasa. Jawapan tu sebiji apa yg Busyra marahkan aku tempoh hari.

Aku scroll FB aku, aku tengok balik gambar gambar kami dulu.

Sebelum kahwin, hari kahwin dan lepas kahwin. Semuanya indah. Ramai yg cemburukan kedudukan kami masa tu. Kerja elok. Gaji cantik. Kahwin awal.

Tapi apa silapnya? Kenapa sekarang aku pula yang terkebelakang? Aku yang kahwin dulu. Aku yang dapat kerja dulu dalam gang aku. Kenapa aku yang end up macam ni.

Sehari dua ni aku jadi tak keruan. Rasa rindu aku kat Busyra makin menjadi. Aku call mak ayah dia tak berjawab. Aku call adik lelaki dia, wasap semuanya tak ada respon. Aku dah tak ada akses lain nak contact demgan Busyra.

Selama ni mana mana fren request dari sedara mara dia aku tak pernah approve, aku tak boleh minta tolong dorang. Aku tak pernah pay attention kat kawan kawan Busyra. Kawan dia kat uni dulu pun aku tak pernah try nak approach. Tempat kerja dia, aku pergi pun tak guna. Aku tak boleh masuk dalam, apatah lagi nak cari dia kat situ.

Aku rindukan dia. Aku nak tanya khabar dia. Aku nak dia okay. Aku pasti dia mesti tengah terluka, sakit hati, sedih dengan perbuatan aku. Kata kata aku. Aku nak dia tahu aku tak pernah maksudkan semua tu. Aku tak pernah ada niat nak hina dia. Semua tu jadi sebab aku tak pandai kawal em0si aku.

Aku betul betul nak minta maaf dengan dia. Selama ni dia jaga pakai makan aku. Dia selalu supports aku bila aku ada masalah kat kerja atau sebagainya. Dia supports juga hobi aku. Belikan aku itu ini.

Tapi aku, aku yang masalah. Aku tak grow up! Aku tak matangkan diri. Aku sia sia kan dia. Aku hina dia. Aku biarkan dia keseorangan walaupun hakikatnya kami tinggal sebumbung.

Baru baru ni, lawyer aku ada call. Minta aku sedia, bulan depan mahkamah dah buka. Mungkin aku kena ke sana. Setelkan case aku dengan Busyra.

Ya, aku yang minta nak lafaz cerrai. Nak lafaz talak kat Busyra. Dua pupu aku peguam syariah. Dia yang bantu aku. Aku hubungi dia kurang seminggu lepas kejadian kat rumah mak aku.

Aku minta dia yang hubungi Busyra. Dia yang berurusan dengan Busyra. Tapi aku dapat tahu, Busyra minta dia tak dedahkan sebarang maklumat dia kat aku. Macam no phone dan alamat terkini.

Aku tak tahu apa nasib aku sekarang dan masa depan aku. Aku berdosa besar abaikan amanah aku. Aku takut. Aku takut Allah akan balas keburukan atas segala apa yang aku buat kat Busyra. Aku takut balasan tu akan binasakan hidup aku.

Rasa tanggung rindu kat Busyra sekarang pun buat aku nak pecah dada. Aku tak boleh bayang, sama ada aku boleh kerja macam biasa atau tak bila sekolah buka nanti.

Aku tak tahu apa akan jadi bila aku jumpa Busyra di mahkamah nanti. Semua benda ni buat aku tak boleh tidur. Aku rasa takut. Aku tak tahu apa akan jadi lepas ni.

Banyak dosa aku yang sedang beratur untuk beri balasan atas diri aku sendiri. Aku nak bercakap dan jumpa Busyra. Aku nak dengar suara dia. Dia sumber kekuatan aku selama ni. Apa aku perlu buat. Aku rindukan dia. Aku nekad tak akan sia sia kan dia lagi. Aku rindu dia.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *