“Jgn dibongkar cerita ni kpd anak cucu cicit nanti”. Aku sruh suami cerraikan aku, tp dia pilih utk hadap

Foto sekadar hiasan.

Untuk part 1, tekan link dibawah.

Suami doc. Psg nurse, cashier, kerani andartu jd ‘sparepart’. Aku nekad, mlm tu jugak bawa jumpa imam

“Kalau hukum hudud ni, awak ni dah tak wujud dah kat dunia ni tau tak? Awak mungkin takkan rasa dugaan ni sehebat yang isteri awak rasa, sebab awak yang buat, bukan dia. Jadi awak takkan dapat rasa siksanya tu macam mana”.

“Cuba awak fikir, walaupun dah beberapa kali awak ulang kesalahan yang sama, tapi Allah masih tak kantoikan awak. Contohnya ada orang datang tangkap khalwat ke apa ke, jadi anggap la Allah masih nak bagi peluang kepada awak. Kalau tak, dah lama aib awak terbukak dan kena hukum la.

Fahaman aku kat sini, mungkin ustaz ni nak cakap, Allah lebih Mengetahui bila Dia kehendaki seseorang tu dah tiba masanya untuk dihukum hudud, maka dibongkar la kesalahan dia.

Bila mana benda tu masih dilindungi, anggap la Allah masih beri peluang. Macam tu la kot. Apa pendapat korang?

Kepada aku pulak, ustaz tu cakap,

“Kalau awak pilih untuk beri peluang, maknanya awak kena beri peluang yang sebenar benar beri peluang”.

“Jangan dibongkar cerita ni kepada anak cucu cicit awak nanti. Kena simpan kemas kemas walaupun saya tau tak mungkin awak boleh lupakan sampai bila bila”.

Lepas tu kami sambung bersembang lagi, tapi lebih kepada mengadu la kat ustaz tu. Aku mengadu, laki aku defend diri, aku balas balik, laki aku balas balik. Last last ustaz tu cakap, “Haihh pening la saya dengan awak berdua ni”. Lol.

Aku dah hilang no telefon ustaz ni. Dia ada bagi satu ayat untuk aku amalkan tapi aku dah hilangkan ayat tu. Still ingat ingat lupa, kalau aku jumpak dalam Al Quran tu in shaa Allah aku boleh cam.

Sekarang ni dah 6 tahun berlalu, korang tau tak hidup kitorang macam mana?

Nampak normal macam orang lain. Bercuti ke sana sini. Post gambar gambar bahagia kat media sosial. Dah bertambah tambah dah anak. Dan dah takde kes baru.

Tapi perbualan kitorang (actually ayat aku) tak pernah clean daripada mengungkit kesalahan suami. Macam orang yang patah hati tapi nak share resipi buat kek tu.

Pecahkan 2 biji telur, macam mana awak pecahkan hati saya dulu. Kacau kacau hingga sebati, macam mana awak kacau ketenangan hati saya dulu. Haa mcm tu la gayanya. Pantang ada peluang, mesti nak selit.

Kadang tu aku nampak pompuan mana mana je kat shopping mall, aku akan panggil husband pastu tunjuk kat dia.

“Haa tengok tu macam girlfriend abang dulu tu yang tak lawo tapi gatal tu kan muka dia”. Suami aku pulak balas,

“Ishh geli la sudah la abang taknak ingat dah. Bluwek”

Ada masa masa bila gila aku datang, aku akan cari pasal dengan suami. Ada masa masa out of nothing, aku akan ajak suami aku bercerrai.

Aku cakap kita boleh kekalkan hubungan baik kita tapi not stay married like this. Sebab aku tak tengok dia the same way as before dah. Dia sentuh orang lain selain aku kot. How heartbreaking is that..

Kadang kadang aku merempan meroyan panjang panjang kat whatsapp dia sampai dia bergegas balik dari hospital untuk mintak maaf lagi dekat aku untuk kesalahan 6 tahun lepas. Dia cakap takde perempuan lain yang dia sayang selain aku.

Dia cakap dia rasa rendah diri jadi flirting ni somehow boost confidence level dia la as a man. Aku pun taktau aku patut percaya ke tak. Tapi selalunya aku akan balas,

“Yela, ayang dengar je tapi ayang tak percaya punnnnn”.

Dia takut aku akan kawen lain kalau dia cerraikan aku. Dia tak sanggup hadapi tu. Aku cakap, aku dah tak teringin nak kawen dah. Hidup single lagi best.

Setiap kali aku jadi gila, setiap kali tu suami aku akan extra effort buat kerja rumah, extra effort layan anak anak bermain, beli macam macam makanan untuk aku. Kadang sampai ke tengah malam dia still mengemas dapur lagi.

Aku tau dia buat tu untuk sejukkan hati aku, bukan sebab dia minat sangat, tapi aku nampak lah dia memang takut kehilangan aku. Kadang kadang aku tengok muka dia yang keletihan time tido, aku rasa bersalah sangat.

Aku simpati tengok dia keletihan demi sebuah kemaafan. Aku suruh dia surrender dan cerraikan je aku. Aku bukan tak sayang dia, tapi aku memang tak boleh lupa. Tapi suami pilih untuk hadapi semua ni.

Kalau dulu antenna aku ni akan bergerak gerak setiap kali dia curang (mind you isteri memang ada naluri luar biasa yang boleh terasa sebu semacam je setiap kali suami buat perangai), tapi sekarang ni antenna aku macam antenna tinggal yang dah berpuluh puluh tahun tak digunakan.

Aku memang tak boleh detect apa apa dah. Jauh di sudut hati aku, aku yakin dia dah berubah. Tapi aku tak pernah cakap kat dia, sebab aku takut over confidence tu boleh drive away the blessing yang aku tengah nikmati sekarang.

Orang luar akan cakap aku beruntung ada suami yang sayang aku, manjakan aku dengan macam macam, kachak, penyabar dan family man. Tapi aku jer yang tau kisah di sebalik semua ni.

Bila aku terjumpa dengan rakan rakan sekerja suami macam PPK, MA, beberapa kali jugak la diorang puji suami aku depan aku. Diorang cakap,

“Mem jangan risau, suami mem sayang mem”.

Aku pun taktau ni benar benar kejadian ataupun suami aku dah pakat pakat dengan diorang dah. Tapi macam aku cakap naluri aku kuat mengatakan dia memang dah berubah.

Pernah seorang sahabat mendekati aku, dan bagitau aku yang dia selalu nampak suami aku di masjid pagi pagi. Jadi aku tanya kat suami aku, dia mengaku yang dia sebenarnya singgah untuk bersedekah setiap pagi.

Hati aku terusik sebab aku yang perasan sempurna ni pun tak pernah buat macam tu. Masa ni aku rasa macam hina jugak la judge dia macam lahh aku bagus sangat.

Kami berpeluang menunaikan umrah bersama sama tahun lepas. Dan aku boleh katakan yang sepanjang di sana, kami seperti bercinta semula. Aku rindu jejakkan kaki lagi ke sana.

Kadang kadang bila aku bersembang dengan mak aku, mak aku nasihatkan aku supaya berenti layan suami macam sampah.

“Mama boleh nampak dia sayangkan ** (nama aku). Mama rasa dia cukup penyabaq dah tu”

Dan ini aku setuju. Aku rasa kalau ex2 bf aku tengok macam mana suami aku layan perangai aku, diorang mesti tak sangka sebab baran aku ni lain macam. Hadir tanpa diduga.

Jadi aku pujuk hati aku, kesilapan suami aku dulu mungkin berpunca daripada diri dia yang tak matang dan pengaruh beberapa rakan terdekat dia jugak.

Baru nak kenal dunia, sebelum tu zaman belajar dia memang antisosial, cuma menghadap buku dan game je. Jadi aku rasa mungkin aku patut bagi peluang untuk dia.

Lagipun bila aku tengok balik kehidupan aku, serba serbi cukup. Anak anak yang sihat dan gembira, kasih sayang yang cukup. Yang tak bahagianya cuma hati aku.

Untuk nikmat kesihatan anak yang Allah dah bagi pada keluarga aku, aku rela kalau galang gantinya adalah cinta aku pada suami tergadai. Aku rela dan aku redha Ya Allah.

Kalau nak diceritakan sikap suami pada aku, dari mula kahwin sampai la sekarang ni, aku dilayan macam queen. Mintak lah apa pun, tak pernah tak dapat. Yang tak mintak pun dapat. Apa yang aku cakap, dia setuju je. Tak pernah angkat tangan kat aku.

Sentiasa pastikan makan minum aku dari breakfast sampai ke late night supper terjaga. Dia yang jaga anak anak bila aku penat, dia yang mengemas rumah, masak, uruskan baju baju. Aku cuma buat bila aku rasa nak buat jer.

Dari segi kewangan pulak, kami berdua ada group whatsapp sendiri. Aku tau berapa gaji dia, berapa OT claim dia, dan kami bahagi komitmen masing masing. Dan gaji kami pun sama banyak sekarang ni.

Lupa aku nak cerita, suami aku sebenarnya salah sorang HO yang kecundang akibat tekanan dari HOD yang penah viral sebelum ni pasal S3x predat0r dulu. Adjustment disorder, plus tekanan di tempat kerja, aku kira, dia jadikan hobi flirting sebagai cara untuk paksa diri dia terus hadir di hospital.

Jadi kesan daripada tekanan tu, dia penah hilangkan diri selama beberapa bulan daripada tempat kerja. a.k.a MIA. Lepas tu gaji terus kena stop.

Dan bila dia datang balik, took few months jugak untuk gaji berjalan balik. Gaji masih gred 41. 3 tahun berlalu, dengan kesibukan yang sama, suami harungi jugak sebab dia nak cuba lawan dan buktikan dia boleh lalui semua tu.

Dingdong2 surat menyurat jawatankuasa disiplin tatatertib makan masa selama 3 tahun jugak dan dalam tempoh tu suami aku teruskan rutin harian seorang doktor dengan gaji paling basic. Setelah 3 tahun barulah keputusan dikeluarkan.

Suami dihukum takde pergerakan gaji selama 3 tahun bermula dari tarikh surat tu diterima. 3 tahun dah berlalu dengan penuh cabaran, sekarang ni kena tunggu lagi 3 tahun..

6 tahun tanggung hukuman gaji tak naik walaupun kesalahan cuma beberapa bulan. Sigh.

Aku taktau kisah curang suami betul betul dah berakhir ataupun tak. Boleh jadi selepas 10 tahun, akan timbul pulak kes baru. Tapi setakat ni takde la. Harap harap jangan ada dah la.

Sahabat aku pernah cakap, ada orang suami dia senyap tak menguit, tapi sekali jatuh cinta, sampai ke akad nikah dia punya pergi. Suami aku pulak, mengorat sana sini tapi priority tetap isteri dan anak anak.

Kalau tengok cerita The World of Married tu,suami aku ni macam si Jaehyuk jiran Dr Ji ni la. Banyak buat perangai tapi semua stok geli geli.

Dalam cerita tu last skali wife dia tetap tinggalkan dia kan, sebab tak sanggup lagi hidup dalam keadaan penuh syak wasangka dekat suami sendiri. Well, aku pun taktau suatu hari nanti mungkin pengakhiran aku sama jugak ataupun tak. Kita just go with the flow jela.

Kadang kadang aku terpikir, kalau aku dapat suami baru pun, sejauh mana sangat lah bahagia tu boleh pergi. Suami baru tu pun manusia yang bersifat manusia.

Hidup kat dunia ni pun memang penuh duka lara. Tak datang dari kerja, mungkin keluarga, mungkin kewangan. Macam macam. Jadi aku just go with the flow je.

Untuk confessor, renung renungkan lah, 6 tahun dah berlalu tapi aku masih tak boleh lupa. Malam malam aku akan termenung susah nak tido. Kadang kadang aku termimpi suami aku curang, bila bangun aku terus tendang dia bertalu talu sampai jatuh katil.

Sampai bila aku nak hidup sebagai isteri kurang ajar pun aku tak tau. Kalau confessor lebih kuat untuk harungi, teruskan la. Tapi benda ni takkan hilang dengan mudah unless kita tiba tiba hilang ingatan. Huhu.

Aku selalu cakap kat suami aku, aku jadi jahat sebab dia. Dengan orang lain aku baik je, pendiam je. Dia cakap semua berpunca daripada salah dia jugak. In shaa Allah, kalau ditakdir ayang meninggal pun, redha abang sentiasa mengiringi ayang.

Untuk para suami pulak, doh doh la berlakon bodonya tu. Pikir balik kenapa korang kawen dengan wife korang. Kalau korang nak main main, baik korang teruskan je membujang, nak kawen kenapa? Apa yang korang bayangkan bila kami perempuan cakap kami ada naluri yang sangat kuat?

Korang ingat kami main main? Korang ingat kekantoian tu mungkin terjadi dekat orang lain tapi bukan korang? Hello, kita ni kahwin dengan akad. Bukan main sain atas kertas je.

Di luh mahfuz pun tertulis nama kita sebagai suami isteri. Allah tau (ofkos la Allah tau) yang kita ni suami isteri. Jadi setiap kali korang buat curang, agak agak korang, kat mana notification tu akan sampai? Mesti la tepatttt mendarattt dekat isteri korang. Takkan makcik kiah sebelah rumah pulak.

Aku dulu, suami aku balik keja (lah konon) pastu mandi malam malam sebelum tido, Allah tu nak guide aku si isteri naif ni agaknya, bunyi pergerakan air dia mandi yang berulang rythm 3 kali, 3 kali tu aku dapat tau dia mandi wajib.

Aku tanya dia, “abang mandi wajib ke”, sambil gelak gelak, pastu ofkos la dia tak mengaku. It’s a sign. Sehalus halus tu, Allah takdirkan tiba tiba aku boleh detect. Tapi time tu aku bersangka baik tak mungkin suami aku berani pegi sejauh tu.

Sebelum tu aku jumpak k0ndom dalam beg keja dia. Aku still bersangka baik, sebab tak mungkin suami aku pegi sejauh tu. Pernah jugak aku tengok ada love bite kat dada suami aku, aku tanya dia siapa gigit ni, sambil gelak gelak.

Suami cakap binatang gigit kot. Aku still tak terpikir lagi sebab aku tak rasa suami berani pergi sejauh tu. See, Allah sentiasa bagi signs dekat para isteri. Tinggal nak cepat pickup ataupun lampi je.

Dalam kes aku, aku agak lampi la. Selagi mana tertulis aku masih isteri yang sah di sisi agama aku rasa aku still boleh sense perubahan suami. Kalau dah bercerrai nanti, patutnya tak berfungsi dah la kot six sense ni semua kan?

Ok la, aku tak berniat pun nak tulis panjang panjangni. Tapi sebab aku paham dan simpati dengan perasaan confuse yang para isteri kepada suami curang terpaksa lalui tu, jadi aku kuatkan diri la berkongsi cerita.

Maaf kalau ayat aku berterabur. Harap harapnya nya adalah manfaat. Kalau takde, maafkan aku.

Sumber– Angin yang Kencang Laut yang Bergelora (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *