Suami doc. Psg nurse, cashier, kerani andartu jd ‘sparepart’. Aku nekad, mlm tu jugak bawa jumpa imam

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Aku terdetik untuk berkongsi cerita lepas aku terbaca confession bertajuk PKP menyelamatkan perkahwinanku, (link dibawah).

Suami ‘check in’ dgn pelajar aku . Tp x ngaku. 2 soalan aku buat pelajar itu tertunduk menangis

Ok straight to the point. Aku sebenarnya adalah isteri yang mengalami situasi yang hampir sama dengan penulis confession tu. Cuma bezanya aku dah hidup dalam dunia post-kecurangan tu selama 6 tahun sekarang ni.

In case korang tertanya tanya macam mana kehidupan selepas kita pilih untuk beri peluang kepada suami, so here I am to share what it looks like in the future if korang pilih untuk bagi peluang kedua. So hyee aku datang dari masa depan *waving*

Sebenarnya aku dengan suami aku kahwin atas dasar suka sama suka. Dia seorang doktor manakala aku seorang engineer. Tempoh percintaan kami tak lama sebab kami memang pasti yang kami sangat sangat dilamun cinta dan duit pun dah ada, apa lagi kahwin saja la kan.

Jadi dunia bercinta kami ni tak banyak ranjau sangat la. Except sepanjang pertunangan kami bekerja berbeza negeri jadi susah nak ambik tahu aktiviti masing masing.

Di awal tempoh bekerja, suami aku ada sedikit masalah asjustment dengan tempat kerja. Jadi ada masa masa dia menunjukkan disiplin kerja ke laut.

Mak mertua aku pulak beranggapan kalau dia percepatkan perkahwinan kami, mudah la aku nak memantau si suami. Entah pergi kerja ke tidak dia tu. Makan ke tidak.

Alhamdulillah aku dapat offer kerja dekat dengan suami jadi lepas kahwin memang kami terus duduk sekali. Selesai semua masalah.

Sehingga la satu hari aku ternampak ada mesej masuk time dia tengah solat. Something like perempuan tu ucapkan terima kasih for a wonderful day camtu la lebih kurang. Itu first time aku hadapi situasi macam tu. Gigil memang takyah cakap la first experience kan. Dan itu pergaduhan dahsyat kitorang yang pertama.

Tapi sebab aku dikelilingi kawan kawan perempuan yang suami masing masing pun buat hal, jadi aku anggap semua ni lumrah dalam rumahtangga. Aku maafkan dia, tapi ofkos aku tak lupakan.

Aku busy, dia busy, jadi kami tak banyak masa bersama. Jadi suami aku ni pasang la sparepart kat tempat kerja di kalangan nurse nurse untuk fill in the gap.

Aku pun banyak kawan kawan lelaki sesama engineer yang hensem hensem belaka di tempat kerja tapi aku tak pernah over over dengan diorang. Sebab aku fikir kalau aku menggelenyar mesti diorang akan tertanya tanya siapa suami aku yang malang sangat dapat isteri terhegeh hegeh ni?

Jadi aku tunjukkan peribadi yang mulia supaya kawan kawan sekeliling ni terfikir betapa beruntungnya suami aku dapat isteri yang sedar di mana bumi dipijak.

Indirectly aku sebenarnya nak menjaga maruah suami aku jugak la. Ok done puji diri. Jadi, itu la bezanya tahap kesetian lelaki dengan perempuan yer tuan2 dan puan2.

Fast forward, masuk tahun ke 4 perkahwinan, aku dah semakin lali dengan kes kes suami aku terkantoi mesej perempuan lain. Kantoi simpan second phone dalam bonet, kantoi fb mesenger dengan kerani kat tempat kerja dia, macam macam lagi la.

Tipu la kalau kata aku tak bergaduh besar. Memang aku maki maki kan dia je. Siap kerusi meja makan pun aku angkat sebab nak pkul dia. Jiran jiran dengar ke tak ke aku memang tak ambik pusing.

Bagi aku, kau pandai buat taik, kau kena berani hadap aku punya giila. Dengan imej luaran aku, korang takkan sangka seganas mana aku punya mengamuk.

Setiap kali kantoi, setiap kali tu la handphone suami akan berderai dekat dinding. Aku tak peduli iphone ke nokia ke semua aku baling.

Aku tak heran dalam tu ada nota nota penting ke, info info berkaitan kerja dia kat hospital ke, group whtsapp ke apa ke, itu dia kena tanggung sendiri. Berani buat berani lah tanggung.

Maka tergedik gedik la suami cari phone baru murah murah malam tu jugak sebab group group whatsapp tempat kerja terlalu aktif. Dia tak boleh hilangkan diri sikit pun.

Komitmen kami pun dikongsi 50-50. Jadi setiap kali dia terkantoi mengorat perempuan lain, aku akan pass satu komitmen aku ke dalam senarai komitmen dia. Dia buat lagi, aku pass lagi. Lama lama dia makin misekin, aku makin kahaya hahaha.

Okay.

Tapi suatu hari, aku terima mesej dari sorang lelaki mengadu yang suami aku bermain cinta dengan wife dia. Aku ingat lagi aku ucap terima kasih kat dia sebab bagitau aku sebab aku kenal sangat sangat perangai suami aku. First time dengar dia mengadu aku dah terus percaya dah.

Tak perlu susah payah nak sertakan bukti untuk convince aku. Dia bagi no phone suami aku yang digunakan untuk bercintan cintun dengan wife dia. Aku call, suami aku terus matikan. Suami aku mengaku kat aku, time aku call dia tu sebenarnya dia dah start menggigil.

Pencabar aku kali ni bukan kaleng kaleng yer. Dia sangat cantik, kerja engineer jugak, anak orang kaya, tapi ada masalah rumahtangga dengan suami.

Jujur aku cakap, berpuluh puluh kes curang suami aku sebelum ni, aku takde rasa tercabar sangat sebab perempuan perempuan yang dia mengorat tu semuanya kategori asal boleh je. Asal nama kau perempuan, tak cantik pun takpe, in shaa Allah suami aku akan mengorat. Haha.

Dari kes ni membawa kepada penemuan satu handphone rahsia yang suami aku guna. As usual, aku rampas phone tu dan kami bergaduh besar lagi.

Tapi kali ni suami aku tersilap cara. Dia uninstalled whatsapp tanpa delete dulu semua conversation. Jadi bila aku install balik whatsapp tu, semua conversation2 dia restored balik. Beribu ribu message.

Dari situ terpapar semua aktiviti aktiviti dia dengan beberapa perempuan. Yang janda, andartu, cashier noob, kerani kilang, semua ada. Dan ada antara beberapa daripada diorang tu ada perbualan yang jijik dan meloyakan.

Aku masih berbaik sangka, mungkin diorang cuma berimaginasi, until.. aku terjumpa gambar gambar selfie diorang dalam bilik hotel.

Aku ingat lagi background music kat rumah aku time ni adalah lagu Lets Go Pocoyo yang anak aku selalu tengok. Sampai sekarang bila aku dengar lagu pocoyo ni aku akan menggigil sebab seolah olah aku berada dalam situasi ni balik.

Bayangkan, aku dah lali dengan kes dia mengorat setakat bermesej mesej. Aku ingat lelaki ni paling paling pun mesti akan ada kegatalan jugak yang perlu disalurkan every now and then so aku setakat bergaduh gaduh jela dengan dia.

Tapi bila dia dah pandai check in hotel, bagi aku, ni dah another level. Serious aku tak boleh terima.

Aku ambik cuti seminggu untuk tenangkan diri. Keesokannya aku pergi ke pejabat agama. Aku call suami aku untuk datang sekali. Masa ni aku nak failkan percerraian dah tapi ofis takde orang.

Jadi aku panggil suami aku masuk dalam kereta aku, tapi aku suruh dia duduk kat belakang, while aku remain dekat driver seat. Aku suruh dia mengaku semua sekali dekat aku. Bila, dengan siapa, berapa lama. Semua semua la.

Muka dia masa ni monyok macam budak kecik kena siasat dengan mak. Dia mengaku dia check in dengan beberapa perempuan yang berbeza, dan setiap seorang daripada diorang tu pun berulang beberapa kali.

Jangan terkejut yer nurse yang bertudung litup pun boleh mengikut dengan sekali ajak je. Makcik kerani MRSM yang andartu pun selamba jer serah diri dekat lelaki yang dikenali di chatting apps. Tu la betapa dahsyatnya dunia diorang bagi aku.

Hubungan suami dengan wife orang tu tak ke mana la lepas tu. Just relationship diorang jadi asbab untuk big catch yang tu la.

In fact dengan siapa siapa pun sebelum tu setiap kali dia terkantoi mengorat siapa siapa pun lepas tu suami aku akan terus tinggalkan diorang di tengah jalan macam tu je. Ada yang suruh suami aku tinggalkan aku and kawen dengan diorang pun. Tapi suami aku taknak la.

Bila aku tanya kenapa, dia cakap, nak jaga satu rumahtangga pun jenuh, apatah lagi dua tiga. Dari situ aku tau suami aku type yang not really into p0ligami. Tapi type yang suka flirt around. Sekarang ni aku dah berkawan dengan si wife tu.

The reason being is aku agak berterima kasih sebab kerana diorang suami isteri, aku dapat kantoikan suami aku besar besaran and aku boleh bambu suami aku cukup cukup.

Satu lagi sebab aku bersyukur dia jenis yang jaga diri jugak. Suami aku penah mintak nak pegang tangan dia tapi dia taknak sebab dia tak bdoh.

Ye, aku mengaku dia tak sebdoh perempuan perempuan lain yang desperate nak berlaki tu. And for that, i thanked her, and should be her friend, instead of her enemy.

Plus, dia layan suami aku pun sebab nak retaliate suami dia pun perangai sama jugak. So aku tak patut salahkan dia. Aku doakan rumahtangga diorang aman bahagia selamanya. Yang lain lain sampai tergadai body tu, yang tu aku memang kecam bersungguh sungguh la.

Sebenarnya time terbongkar semua aktiviti diorg tu, jujur time ni aku seconfuse perempuan2 lain jugak. Aku memang takde kekuatan untuk buat keputusan dan aku pun tak tahu kalau aku buat keputusan, keputusan tu akan jadi keputusan yang bijak ataupun tak.

Aktiviti check in tu pun dah habis dah even before dia mengorat wife orang tu lagi. Jadi aku agak terlambat la. Tapi Allah mudahkan urusan aku menjejaki pompuan pompuan tu dengan cara yang aku tak sangka sangka.

Jadi setiap daripada diorang pun sempat la dapat semburan berbisa daripada aku sebelum betul betul hilang selama lamanya dari hidup aku.

Sebenarnya malam terkantoi d0sa suami berlatarbelakangkan lagu Lets Go Pocoyo tu, aku terus jumpa ayah aku. Terbayang lagi wajah sugul ayah aku time ni. Penuh dengan riak kesal dengan apa yang menimpa rumahtangga aku. Ayah aku cakap beri peluang kedua demi anak.

Bear in mind, aku masa ni sangat sangat kosong. Aku memang bersandarkan kepada keputusan orang yang lebih tua dari aku, lebih berpengalaman dari aku, dan yang paling penting, yang aku sayang dan aku hormati.

Ok berbalik kepada situasi di pejabat agama. Aku terus terang kat suami aku aku rasa macam nak bnvh dia jer. Benci betul aku tengok muka dia masa tu. Bdoh terlajak lajak.

Jadi aku pun drive kereta, bawak suami aku keluar daripada pekan yang kami duduk ni. Aku nak seek advise daripada orang yang aku percaya. Suami aku pun pasrah jela ikut aku. Yang aku terbayang time ni someone like AJK masjid or something.

Tapi taknak masjid dekat dekat dengan kitorang sebab aku risau diorang member member dengan ayah aku je. Tak feel la nak bukak aib semua kan demi secebis nasihat.

So aku melajak sejauh jauhnya, and berenti kat satu masjid kubah hijau ni. Kami berdua time ni macam orang blur yang taktau arah tuju. Kami mintak nak bersembang jap dengan imam masjid. Aku still ingat nama ustaz ni tapi aku keep this to myself la.

Ustaz ni dengar cerita kami dengan penuh teliti. Kemudian dia cakap kat suami aku..

Sambungan part 2 (tekan link dibawah)

“Jgn dibongkar cerita ni kpd anak cucu cicit nanti”. Aku sruh suami cerraikan aku, tp dia pilih utk hadap

“Jangan dibongkar cerita ni kepada anak cucu cicit awak nanti. Kena simpan kemas kemas walaupun saya tau tak mungkin awak boleh lupakan sampai bila bila”.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *