“Anak jiran atau anak jin”. Sampai tgh mlm, dgr mcm2 jenis bunyi . Nak ditegur, takut kata mcm2 pulak

Foto sekadar hiasan.

Hai semua aku nak cerita tentang anak jiran atas rumah aku. Aku tinggal di rumah bertingkat yang ada 3 tingkat. Aku tinggal di tingkat 2.

Aku betul betul geram dengan anak jiran aku ni. Dorang macam tak faham bahasa dan tak ada sensitiviti.

Ye lah salah kami sekeluarga lah sebab tak pernah tegur. Tapi biasalah melayu kan ada adab berjiran. Nanti kalah tegur, ada pulak yang bermasam muka nanti.

Tu satu hal, tapi aku pun tak yakin sangat sama ada yang buat bunyi ni anak jiran aku ataupun jin ke kan? Sebab tulah kami tak pernah tegur, tapi jin selalu buat bunyi tengah malam je kan? Betul kan?

Tapi lantaklah mungkin jin ke apa sebab aku nak cerita lebih kepada anak jiran aku ni. Aku rasa anak jiran aku yang buat bunyi ni sebab kalau jin bunyi dia selalunya selari tapi yang ni jelas bunyi orang berlari lari.

Tahukan budak budak memang suka lari tapi ni jalan pun menghentak hentak. Memang ada je orang yang suka jalan menghentak hentak ni, sampai dah tua pun jalan macam tu. Bising betul.

Kalau tinggal dekat rumah kampung yang bertiang tu mahu lendut papan tu tak pun patah.

Aku betul betul benci dengan orang jalan hentak hentak ni. Tak sakit ke tumit dengan lutut dia nanti? Takkan dari satu tempat ke satu tempat yang jarak dalam satu meter pun nak jalan hentak hentak dan berlari lari?

Anak jiran aku ni semua lelaki dan masih kecil kecil lagi. Paling tua pun mungkin masih sekolah rendah sebab tu aku syak bunyi ni dari anak jiran aku.

Aku ni tak kisah sangat kalau ada bunyi yang menjadi masalah bila bunyi tu mengganggu aku nak buat video atau masa aku nak baca buku atau masa aku nak jawab exam.

Sekarang ni kan musim online jadi exam pun online. Tapi berbalik kepada cerita tadi yang aku tak tahan kalau bunyi tu masa aku tengah fokus sesuatu kalau aku tengah tak buat apa apa atau tengah rehat, aku tak kisah langsung pun. Lantaklah nak bunyi ke apa kan.

Ni kadang kadang sampai pukul 12 malam berlari lari dengan gelak gelak, tak fikir ke orang nak tidur? Aku kadang kadang dah penat buat video tak jadi jadi atau baca buku ulang kaji tapi atas bising bising. Bila aku nak tidurnya ni?

Orang melayu kan biasa kalau kita tegur mulalah cakap, “alah, budak budak, biarlah dorang nak main main pun”.

Aku dulu pun budak juga tapi tak adalah buat bising sampai gegar rumah. Takpun nanti ada orang yang cakap macam ni, “nanti dah ada anak tahu lah”. Tahulah apa? Tahu nak jaga anak susah?

Dah nama pun jadi mak bapak kena lah tegur dan ajar anak tu. Takkan nak dibiarkan je sampai dorang mengganggu ketenteraman orang lain?

Aku kalau aku ada anak pun aku akan tegur adab adab. Adab ni tak semestinya adab hormat orang atau ucap terima kasih je. Semua adab untuk persekitaran ni kena tahu.

Ada je aku tengok mak bapak yang tak ajar pun anak anak adab jangan ambil hak orang, tak ajar pun adab dengan binatang dan tumbuh tumbuhan. Ni main sepak je binatang, main petik je bunga bunga, main buang je sampah macam plastik ais krim tu macam tak ada hal langsung.

Korang kalau ada anak dan tinggal rumah bertingkat tingkat tu ajarlah anak jalan elok elok. Jangan berlari lari, jangan gelak kuat sangat atau menjerit jerit sebab ganggu orang lain tau?

Bila aku atau sesiapa ni dah tak tahan dengar bunyi macam tu dan stress sebab tulah kadang kadang kami ni menjerit dan mengamuk juga. Nak tegur tak sampai hati.

Kami ni kadang kadang kejar dateline, bila ada gangguan macam tu kerja aku jadi tergendala sebab otak aku tak boleh nak fokus.

Anak korang ye lah mungkin budak budak lagi dan selamat main dalam rumah dari main dekat luar bahaya kan? Tapi sekurang kurangnya didik lah anak tu tak pun pasang karpet supaya serap sikit bunyi tu.

Susah betul bila aku nak buat assignment dengan video assignment asyik ada bunyi je. Tu semua markah aku tahu tak?

Walaupun aku mungkin tak kerja nanti sebab susah nak dapat kerja sekarang ni sekurang kurangnya biarlah aku dapat grad dengan CGPA standard pun takpelah dari merosot ke bawah.

Tapi memanglah aku tak tahu ni bunyi anak jiran ke bunyi jin? Aku senaraikanlah bunyi yang lain aku dengar tu. Bunyi berjalan, berlari, ketuk, sorong perabut dan bunyi benda halus jatuh.

Jadi ni anak jiran ke jin? Tapi kadang kadang dengar juga bunyi dorang gelak dan bergusti tu atau mungkin ke bunyi kedua duanya sekali? Korang komen pengalaman korang boleh?

Reaksi warganet

Nabila Azman –
Yakin ke rumah jiran. Selalunyaa kalau bunyi tengah tengah malam nie benda tu laa. Tapi kalau dengar ceramah ustaz, kita sangka rumah atas tapi sebenarnyaa rumah kita yang problem.

Cuba check balik, tak pun naik je lah atas tanyaaa or bagitau. Benda tak kan settle kalau kita takjumpe face to face.

Hunny Dew –
Saya pernah alami kes gini. Ceritanya, saya ada hal ke KL. Menumpang umah adik dua malam. Apartment. Jiran tingkat atas dia lahaiiiiiii, pukul 2 pagi tumbuk sambal belacan! Kentang kentung kentang kentung, memang kuat, nak tidur tak boleh.

Saya biasa dok rumah kampung sebijik sebijik aman damai sunyi sepi. Terkebil kebil bijik mata dengar bunyik bising lesung!

Esok pagi, tanya adik – “Pehal jiran ko gitu erh, tumbuk sambal pukul dua tiga pagi kuat2??”.

Selamba adik bagitau… “Ohhh,’jiran’ tingkat atas tu memang gitu long. Kadang tumbuk lesung buat sambal belacan, kadang main guli, kadang kadang budak kecik gelak gelak. Walaupun tingkat atas tu kosonggggggggg…”

hehehe…TT, baik selidik dulu betul2…

Fitriyah Ramli –
Jiran sebelah rumah , cucu ya ya Allah selalu berlari lari dan melompat lompat memang mengganggu bunyi bisingnya. Kadang kadang tendang bola ke dinding.

Saya selamba je, Kalau bising sangat sampai saya tak dapat tido, saya akan ketuk dinding selalunya dengan hammer, sampai dorang dorang berhenti melompat atau main bola. Bila esoknya dorang buat bising lagi, saya akan ketok lagi..

Masmiah Thomas Enggang –
Budak jangan pukul rata perangai sama. Manalah tahu budak tu kes special macam Autism. Malas nak cakap lebih lebih.

Ragam tinggal rumah bertingkat memang macam tu. Bersabar, doakan yang baik baik. Makin mengeluh, makin stress jadinya.

Raja Aidasyaqina –
Dulu jiran atas rumah buang sampah (sapu sampah rumah dia) dari balkoni rumah dia, mendarat cantik je kat balkoni kita. Ada rambut, ada bulu kucing dia gumpal gumpal, macam macam adaaa..

1 hari kita tengah sidai baju dia boleh relax secara live sapu sampah macam tu jugak, memang kena sound setepek la. Kang tak pasal kena basuh baju lagi 1x, hmm. Terus dia beli vakum sejak hari tu..

Tapi jadi rutin kutip puntung r0kok + sapu habuk r0kok diorang pagi pagi. Habis karpet rumput hiasan kita

Last last kita pindah, jenuh la hidup dengan orang tak reti berjiran. Dalam Islam ada adab berjiran, even kena hati hati bab terambil kawasan jiran tau.

Farhah Simard –
My daughter lagilah berlari lari, huhu. Dan kami ada penyewa tingkat bawah.

Tapi masa dia sewa, kami bagitau awal awal yang anak kami memang tak duduk diam. Dan kami takkan larang suruh duduk diam semata mata ada orang sewa bawah.

Jadi dia ada pilihan nak sewa atau tidak..

Cuma kebaikan my daughter, walaupun dia berlari melompat bagai, siang aje, malam jam 8 dah lelap. So aktiviti bising siang aje.

So far penyewa faham, mungkin sedar diri kot hahha ialah Anak tuan rumah. Plus kena bersabar dengan my daughter masa winter aje, sebab mai sampai September kami duduk tempat lain..

Azrolnulhatieqa Azhar –
Satu je, naik tingkat atas, pergi tegur. Kalau dah menganggu ketenteraman sampai naik stress kenape tak nak tegur dengan alasan tak smpai hati?

Lainlah kalau semua solutions dah buat tapi masih lagi berkeadaan sama. Pergi tegur sendiri pun belum buat lagi. Kalau dah tegur pun macam tu, baru confessor mengadu kt sini. Sebab kadang kadang manusia ni tak tahu dia mengganggu orang lain. So kalau tegur baru lah dia akan sedar.

Afifah Aisahnuddin –
Kalau kerap sangat bunyi sorong perabut, bukan manusia rasanya. Benda lain. Sebab saya pun dulu kerap dengarr bunyi sorong perabut dan orang lari lari kat tingkat atas masa pagi pagi buta.

Bunyi benda halus jatuh pun bukan manusia biasanya. Sebab benda tu halus, bila jatuh, camne boleh dengar sampai rumah bawah.

Untuk kes jin, sebenarnya bunyi tu dari rumah kita sendiri sebab tu kita dengar jelas. Tapi kita rasa bunyi tu datang dari atas siling, sebab dimensi tu terbalik. Seolah-olah siling kita tu macam lantai bagi jin, haaa camtu lah.

Memang dari siling rumah kita sendiri bunyi benda halus jatuh, budak lari lari dan sorong perabut tu.

Lagi satu, bunyinya tak semestinya malam saja. Rumah saya dulu time tengahari pun kuat benda benda tu bunyi. Cubalah siasat dan tanya sendiri kat jiran atas.

Sumber – Stress (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *