Bertunang dgn duda anak 2. Lps apa yang aku korbankan, tak sangka ini yang ibu balas

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Aku Hana (bukan nama sebenar). Aku adalah tunang kepada jejaka pilihan sendiri dan kami bakal berkahwin hujung bulan depan. InshaAllah.

Malangnya pilihan aku ini tak disukai oleh ibu sebab dia adalah duda anak dua.

Aku seorang yang bekerjaya dan mempunyai simpanan yang banyak tetapi belum lagi mempunyai apa apa aset. Aku tiada kereta kerana belum ada lesen. Aku tiada rumah tapi dalam proses untuk membeli rumah.

Selama ini aku banyak membantu family dari segi kewangan. Tiap tiap bulan aku hulurkan sejumlah wang sama banyak untuk ibu dan walid. Jika ada sambutan birthday, aku akan belikan hadiah yang mahal mahal.

Bukan itu je, adik beradik pun banyak yang aku tolong. Pantang ada adik beradik yang susah, aku orang pertama yang hulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan.

Berbalik kepada hubungan aku dengan tunang. Alhamdulillah tunang aku baik orangnya. Solat tak tinggal. Selalu memerap dalam rumah jika tiada hal penting diluar. Tak ramai kawan.

Dah hampir setahun bertunang dengan dia, tak pernah dia sakitkan hati aku. Malah, dia tak pernah berkira apa apa pun dengan aku. Family dia pun baik baik sahaja. Mak dia juga selalu melayan aku dengan baik.

Tapi kekurangan dia hanyalah satu. Dia kerja biasa biasa je. Gaji dia pun berkali kali ganda lebih rendah dari aku. Oleh sebab kekurangan yang satu inilah, ibu sering menghina tunang aku. Macam macam kata nista dari ibu untuk tunang.

Setiap kali tunang datang menyinggah, ibu mesti takkan keluar dari bilik. Kalau keluar pun kerana terpaksa. Itupun ibu tak pandang langsung muka tunang.

Ketika kakak tunang meninggal, ibu menolak untuk pergi ke majlis tahlil walaupun emak tunang beriya iya mengajak datang. Macam macam alasan yang ibu bagi. Tak sihatlah. Ada banyak kerja kat dapurlah..

Macam awal awal tadi aku cakap aku dalam proses membeli rumah. Pembelian tu tertangguh kerana PKP yang melanda baru baru ni.

Disebabkan aku akan berkahwin tak lama lagi dan rumah yang aku nak beli tu tak dapat disiapkan sehingga hujung tahun ini, aku dan tunang decided untuk tinggal di rumah tunang lepas kahwin nanti.

Tunang memang dah ada sebuah rumah flat. Cumanya dia tak pernah duduk di flat tu sebab belum sempat duduk, dia bercerrai dengan bekas wife dia.

Lepas bercerrai, dia terus kembali duduk dengan mak dia. Jadi rumah flat tu tak berpenghuni. Tunang akan singgah bermalam di rumah itu hanya 2-3 hari je dalam sebulan.

Dalam rumah tu dah lengkap ada semua perabot. Hanya barang barang elektrik je yang belum ada contohnya peti ais, mesin basuh, tv dan lain lain. Tv tunang dah ada 2 biji tapi dua dua ada di rumah mak dia.

Aku pulak memang dah ada peti ais dan mesin basuh sendiri. So, aku decide nanti nak bawak je peti ais dan mesin basuh aku tu ke rumah flat tu nanti. Tunang plak akan bawak tv tv dia ke flat tu jugak. So akan lengkaplah rumah tu dengan segala benda basic.

Aku ada berbual bual dengan adik beradik tentang planning aku untuk mencantikkan rumah tu tetapi hal ini didengari ibu.

Tanpa aku sedar, ibu mengumpat dalam nada marah tentang hal itu kepada abang aku. Mujurlah abang aku berpihak kepada aku. Kata abang biarlah aku nak cantikkan rumah tu. Rumah tu kan rumah aku dan bakal suami juga. Thanks abang sayang!

Tak cukup dengan itu, ibu membuat akal baru. Memandangkan kami berkahwin dalam tempoh PKPP, ibu bercadang untuk membuat jemputan seramai 20 orang sahaja.

Sedangkan dia tahu aku telah mengajak rakan rakan pejabat dan saudara mara ke majlis aku nanti selepas menteri announce boleh buat kenduri tak lebih dari 250 orang hadirin.

Alasan ibu, tak perlu jemput ramai ramai. Tak penting. Sedangkan duit untuk majlis itu 100% adalah duit aku. Btw, ibu memang seorang yang kedekut untuk buat makan makan kepada orang sekeliling.

Isu ini tak habis disitu. Ibu menghamburkan kata kata nista kepada aku. Katanya,

“orang bukannya nak sangat dekat kau tapi orang tengok kerja kau tu!”.

Allahu… kenapalah berfikiran sebegitu? Tak laku sangatkah aku?

Sebelum kenal dengan tunang, aku pernah bercinta dengan beberapa orang lelaki. Semuanya suka ambil kesempatan dengan mengajak aku tidur sekali. Semuanya aku tolak kerana aku ingin menjaga maruah.

Tunang aku adalah satu satunya lelaki yang tak pernah mengajak aku ke arah kemungkaran sebaliknya dia mengajak aku ke arah kebaikan dengan sering mengingatkan aku tentang kebaikan solat dan ingat Allah swt.

Ibu masih tak puas hati. Dia sering mengumpat tentang aku. Hal rumah baru juga diumpatnya. Katanya rumah tu mahal. Banglo 1 tingkat (3 bilik, 2 bilik air, 1 ruang tamu utama, 1 ruang makan, 1 ruang tv, 1 dapur dan 1 bilik laundry)

Dengan harga tanah pemilikan freehold bernilai RM280K adalah sangat mahal baginya. Sedangkan sudah puas aku survey sana sini. Banglo setingkat semuanya mencecah RM380K ke atas.

Bawah RM380K kebanyakannya hanyalah rumah semi-D. Aku pulak tak suka rumah semi-D. Tambah lagi dia mengatakan kawasan yang aku beli tu adalah kawasan banjir.

Aku pelik macam mana pulak ibu tahu itu kawasan banjir sedangkan aku tak pernah bagitahu siapa siapa pun lokasi rumah baru. Hal yang tak berkaitan dengan dia pun dia nak mengumpat. Ditokok tambah pulak tu.

Kat mana walid? Walid ada. A keputusan ibu, A jugaklah keputusan walid. Ape yang ibu tak suka, itulah juga walid tak suka. Menyokong aku, tak. Membantah aku pun tidak. Dia hanya menuruti pendapat ibu.

Aku masih ingat lagi ketika walid sakit. Anak anak lain semua tolak untuk jaga walid. Aku je yang menjaga walid siang malam. Tapi ibu dan walid tak nampak kebaikan yang aku buat.

Dia tetap menyanjungi kakak yang kaya. Sedangkan sekaya kaya kakak, ibu dan walid tak dapat tumpang pun. Even time walid sakit pun, kakak tak nak datang menjenguk. Tapi anak itu jugaklah yang disanjung sanjung sangat.

Ya. Dalam ramai ramai adik beradik, memang aku yang banyak berkorban. Kalau nak ceritakan segala pengorbanan yang telah aku buat untuk family ni, 40 muka surat pun belum tentu habis lagi.

Tapi dalam sebanyak banyak pengorbanan yang dilakukan, tiada satu pun yang diingati ibu dan walid. Sebaliknya aku pula yang diumpat selalu, aku jugalah yang mereka selalu berkata kata di belakang.

Sedih. Memang aku sedih. Sedih yang teramat sangat. Dengan adik beradik lain, ibu boleh bercakap dengan lembut. Tapi setiap kali bercakap dengan aku, pasti dengan nada suara menengking atau sinis.

Ibu buat seolah olah aku ni tak ada perasaan. Ada je benda yang tak kena dengan aku. Ada je benda yang nak diumpatkan. Walaupun ibu dah buat macam macam, aku tetap sayangkan ibu. Aku jugak tetap sayangkan walid.

Entahlah. Hati disiat siat tapi masih lagi boleh memaafkan hanya kerana mereka ibu dan bapaku.

Reaksi warganet

Adda Ariffin –
Dah abis fikir ke nak kahwin duda anak 2 tu?dah abis fikir nak bersuamikan gaji yang lebih berkali kali rendah dari awak?

Jangan lepas kahwin nanti mengungkit sebab tengok cara awak ni bila dah sakit hati segala kebaikan yang di buat semua di ungkit.

Rasa sakit hati dengan parents ni tak sama rasa sakitnya hati dengan suami.

Norlaila Mohd Din –
Ibu u licik. U boleh lebih licik tanpa perlu derhaka, cari jalan untuk achieve your objektif. Pasal ibu tidak iktiraf jasa u tu, biar je.

Teruskan usaha u, if your mom keep on degrading tu, u anggap your mom buat joke je. Puji dia hebat dapat agak lokasi rumah baru u walopun dia tak tahu. Mohon dia doa tolak banjir pulak, doa ibu kan makbul.

Pija Ali –
Carilah restu ibu bapa. Takut depan hari ape ape jadi ini la kesan dia tak ikut cakap ibu bapa. Redha Allah redha ibubapa. Kalau saya jadi awak, saya stop.

Mak ayah saya besarkan saya. Saya tak sanggup nak belakang kan keputusan besar dalam idup saya. Ingat jawapan istikoroh jugak petunjuk dari ibu bapa, melalui mushawarah.

Maria Razak –
Tak cukup solat 5 waktu sebagai kayu pengukur. Tu yang paling basic. Ada kenal orang yang solat tak tinggal tetapi dengan isteri amat berkira. Sedekah setakat bayar zakat dan masukkan derma ke tabung masjid je. Nama nak hulurkan sumbangan kat derma derma lain, jauh sekali.

Dengan haiwan jalanan pun buat tak nampak, takda rasa belas langsung. Solat setakat solat saja, tiada penghayatan sebab tu hatinya keras. Kita yang tengok dari luar yang dia solat, terus je impressed. Padahal..Hmm

Keet Salleh –
Bab kawen dengan bab mak, ramai dah komen. So hakak nak tanya satu benda ni ja yang hakak konfius.

‘Ketika kakak tunang meninggal, ibu refuse untuk pergi ke majlis tahlil walaupun emak tunang beriya2 mengajak. Macam2 alasan yang ibu bagi. Tak sihatlah. Ada banyak kerja kat dapurlah..’

Anak baru meninggal kan? Lain maciam jugak kalau beria sangat ajak orang pegi tahlil aruwah anak sendiri ni. Kalau dah jemput tu, dah la. Dah lepas bahagian kita.

Tak perlu pun nak beria ria sangat ajak macam jemput orang pegi majlis keraian pulak. Selalu orang kalau tengah bersedih ni, mustahil nak beria hal hal kecil macam ni. Hakak is confuse , hmm.

Pearl White –
Banyak benda sebelom kawin fikir dulu, kenapa bercerrai, nafkah anak anak dia bertanggungjawab ke tak..

Jangan di sebab kan gaji awak besar awak pulak yang kena tanggung semua beban dalam rumah tu. Contoh perbelanjaan dan bil2, belom jadi suami isteri memang tak nampak. Bila dah jadi, semua jadi tak kena. Time ni ko nak mintk tolong mak bapak pon diaorg tak pandang dah. Fikirlah dan solat istikharah..

Zulfarina Zulkifli –
Kawen beb. Bukan benda memain. Mula mula 2-3 tahun ko akan tau ape maknanya. Lebih lebih lagi saat kau mengandung, kau beranak, mengadap pelbagai jenis situasi.

Pastikn laki kau jenis bertolak ansur dan jenis open la, tolong jangan cari yang jenis monarki. Dengar ler cakap orang2 tak seberapa ni kot bole jd panduan.

Tentang mak kau in shaa Allah bole berubah. Lau dia nk berubah tup tiber dia berubah. Apepon face to face dengn mak. Paling paling dia merajuk sekejap nanti dia faham la. Luah je ko tak puas hati dengan berhemah. Tak kan putus tali ikatan ko dengan mak. Percayalah. Paling paling dia merajuk kejap je kalau dia ego sangat pon.

About laki kau. Kaji dulu about famili etc. Apepon tak leh hukum masa silam dia, tapi get prepare about anak anak dia ya. Get prepare dia bukan bujang dia ade tanggungjawab. Apepon moga dipermudah. Kalau dah jodoh pasti terbaik.

Sumber – Bakal pengantin yang sedih (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *