Atok bilal kg. Bila dia meninggal, Dunkin puas. Sedari darjah 4 hingga form 3, dia jadi mngsa

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Thanks admin andai confession ini tersiar. Namaku Boba. Kenapa Boba? Sebab aku tengah layan air Boba ni. Haha, sorry hambar. Sehambar fikiran aku sekarang.

Since PKP ni banyak sangat masa terluang, aku rasa terpanggil untuk share pengalaman kawan aku menjadi mangsa ped0fil dalam rumah keluarga sendiri. Aku namakan dia Dunkin.

Aku bersimpati dengan Dunkin tapi aku tak taw macam mana nak membantu trauma dia. FYI, kisah ni Dunkin approve untuk aku share. So here it goes. Harap korang boleh tolong dia.

Intro

Sedikit intro pasal Dunkin. Perempuan. Umur pertengahan 20-an. Single. Background family boleh kata macam Drama Nur tu lah. Ayah Dunkin seorang pegawai agama yang dihormati, baik dalam kalangan keluarga, sahabat dan masyarakat setempat.

Mak Dunkin suri rumah. Dunkin anak bongsu dan tunggal perempuan dari 3 adik beradik. Tinggal dan membesar di bandar tapi pergaulan Dunkin dikawal oleh ayah dia yang overprotective.

Dunkin kurang bergaul dengan rakan rakan sebaya di awal usia remaja. Berdasarkan cerita Dunkin tentang zaman childhoodnya, Dunkin membesar dan ditatang bagai minyak yang penuh serta mendapat didikan agama yang sempurna dan kasih sayang yang cukup dalam keluarga.

Namun dalam bahagia Dunkin di samping keluarga yang ‘nampak’ sempurna, ada peristiwa pahit yang dah lama dia simpan. Aku berjaya korek kisah ni sebab aku ajak dia pergi spa wanita untuk berurut balik dari kerja.

Tapi Dunkin teman aku je. Dia tak nak join sekali sebab dia tak suka orang lain sentuh dia. Dunkin cakap dia sensitif. Aku pelik lah sebab bukan lelaki yang urut. Perempuan kot. Dia cakap dia tak suka jugak.

Aku ok je. Tapi aku ada sense yang something is not right. Balik tu aku lepak dengan dia. Sambil tengok TV tiba tiba dia menangis. Aku taw mesti ada something kacau em0si dia sebab balik tadi dia diam je. Then Dunkin start bercerita.

“Boba, aku ada rahsia nak cite kat kau”.

Hmm… Intro dia dah buat aku berdebar. Aku nampak berat dia nak cite tapi dia teruskan jugak.

Throwback Kisah Dunkin

Kisah ini terjadi sewaktu umur Dunkin dalam lingkungan umur 10 tahun. Si ped0fil ni adalah atuk kandung Dunkin merangkap bilal dalam kampung tu. Sedikit ciri ciri atuk Dunkin yang Dunkin cerita, luaran memang nampak seorang yang penyayang, sangat sukakan kanak kanak.

Dia selalu layan cucu cucu dia every time Dunkin dengan abang abang dia balik kampung. Dia bawak Dunkin pergi kedai, umpan dengan coklat, cekedis, aiskrim, gula gula dan sewaktu dengannya.

Dunkin suka sangat cuti sekolah sebab boleh spendtime dengan atuk yang sporting. Mak Dunkin strict dan tak bagi sangat makan junkfood ni. So memang dengan orang tua tu jelah peluang nak dapat makan semua tu.

Yang Dunkin ingat, ada satu hari ni parents Dunkin ke pekan nak beli barang barang. Dan waktu tu Dunkin demam. So Dunkin tinggal kat rumah berdua dengan atuk Dunkin.

Nenek dengan abang abang Dunkin semua ikut parents Dunkin. Dalam Dunkin terbaring dalam bilik, atuk Dunkin masuk dan kunci pintu. Orang tua tu pangku Dunkin sambil picit picit kepala Dunkin.

Lepastu atuk dudukkan Dunkin atas pangku dia sambil peluk Dunkin dan usap usap dada Dunkin dan cium cium pipi dia. Dunkin tak selesa masa tu dan rasa pelik. Tapi Dunkin tak larat nak buat apa apa.

Sumpah Dunkin innocent. Last sekali dia ‘usik’ bahagian bawah Dunkin. Dunkin rasa sakit dan meronta ronta tapi atuk Dunkin pujuk cakap, “Atuk nak sayang sayang je”.

Bila kereta parents Dunkin bunyi dari luar rumah, orang tua tu cepat cepat baringkan Dunkin balik dan dia cakap,

“Atuk nak sayang sayang je taw, jangan bagitaw ayah dengan umi ye”.

Pastu dia keluar. Semuanya terjadi lebih kurang dalam 20 minit.

Dunkin clueless sangat dengan apa yang jadi tu. Sebab Dunkin demam dia tak fikir sangat pasal tu. Walaupun masa tu Dunkin darjah 4, Dunkin cakap dia takde knowledge pasal sentuhan tak selamat apa semua tu plus parents Dunkin tak pernah cerita.

Start dari peristiwa tu, setiap kali cuti sekolah dan parents Dunkin free untuk balik kampung, Dunkin jadi tak suka dan rasa nak memberontak. Tapi apakan daya Dunkin tak mampu nak berterus terang tentang kejadian tu.

Dunkin takut, keliru, dan rasa takde siapa nak percaya kata kata seorang budak mentah tentang the truth of seorang bilal terhormat kampung. Silap silap Dunkin dituduh buat fitnah pulak jadi Dunkin amik keputusan berdiam dan pendam semua.

Setiap kali di kampung, waktu pagi masa mak Dunkin siapkan sarapan kat dapur, mesti orang tua ni amik kesempatan masuk bilik yang Dunkin tidur.

Dalam 5-10 minit kacau kacau Dunkin yang tengah tidur pastu cium cium dan ‘usik’ Dunkin. Dari darjah 4 smpai umur Dunkin 15 tahun. Sampailah Dunkin sekolah menengah baru atuk Dunkin kurang buat macam tu.

Menginjak ke dewasa, Dunkin terbaca banyak pendedahan kes kes ped0fil dan sedikit sebanyak triggered memori Dunkin. Barulah Dunkin faham apa yang jadi masa zaman kanak kanak dia tu.

Bila childhood memori ni datang dalam fikiran Dunkin, Dunkin jadi benci dengan diri dia dan dia rasa bdoh sangat sebab biar je orang tua tu ‘usik2’ tubuh dia.

Dunkin syukur Allah masih lindungi dia dan tak sampai terjadi lebih dari itu, tapi Dunkin susah nak maafkan dia dan Dunkin sedikit berdendam dengan atuk dia sampai akhir hayat orang tua tu.

Masa Dunkin dapat khabar orang tua tu meninggal awal tahun ni, Dunkin tak sedih langsung compare dengan cucu cucu yang lain. Dalam hati Dunkin cakap,

“Baguslah kau mampus. Hidup pun asyik nak orang puaskan nfsu kau je. Dasar manusia bertopengkan syaiitan”. Suara jahat dari hati Dunkin keluarkan statement gitu.

Luaran Dunkin tunjuk bersedih atas pemergian orang tua tu. Hakikatnya Dunkin lega. Hilang sekor makhluk perosak atas muka bumi ni. “Sesungguhnya watak ustaz hamadi tu memang wujud Boba”. Kata Dunkin.

Lama jugak Dunkin sabar bertahun tahun balik kampung menahan benci tengok muka orang tua tu lepas Dunkin figure out perbuatan atuk dia sentuh sentuh Dunkin masa kecik tu perbuatan si ped0fil.

‘”Atuk aku si bilal kampung seorang ped0fil”. Dunkin benci sangat sangat kenyataan tu.

Dunkin selalu salahkan diri Dunkin sebab keliru dengan sentuhan sayang dengan sentuhan nfsu seorang lelaki.

Dan kenapalah Dunkin tak cerita je dekat parents Dunkin apa yang dah jadi. At least takdelah peristiwa tu berulang ulang tiap kali Dunkin balik kampung. Dunkin keep salahkan diri sendiri atas kebdohan dia.

Dunkin tak pernah share kisah hitam ni dengan sesiapa seumur hidup dia. Tapi Dunkin sekarang dalam fasa serius nak cari pasangan hidup.

Dunkin trauma dan prejudis dengan kaum lelaki, especially yang bekerja dan memakai topi agama. Orang orang zaman sekarang panggil penunggang agama.

Bukan nak menghukum tapi Dunkin tawar hati dengan mereka mereka dari bidang agama yang berperangai sedemikian.

Jujurnya bila Dunkin teringat, emosi Dunkin jadi tak stabil dan perasaan marah dan benci datang meluap luap tanpa diundang. Buatnya Dunkin karate bakal suaminya kalau dia nak sentuh Dunkin nanti macam mana? Kesian dia tak bersalah.

Dunkin end up ada mindset semua lelaki tak boleh dipercayai. Baik budak kecik, muda dan tua. Sama je semua. Akibat trauma Dunkin allergik dengan lelaki.

Masa Dunkin cerita dia cakap,

“Konflik diri Dunkin ni nampak macam merepek kan Boba. Boba boleh tolong tak? Dunkin nak kawin macam orang lain jugak tapi Dunkin takut”.

Korang boleh tolong aku tak macam mana nak tolong Dunkin hilangkan trauma ni?

Family Dunkin tak taw kisah ni. Diorang anggap Dunkin tak ready nak kawin lagi. Dunkin malu nak crita kat family dia sebab ni melibatkan maruah orang tua tak guna tu. Tapi Dunkin sakit sampai dewasa ni. Kesian Dunkin.

Aku tak tahu nak tolong macam mana. Korang ada pandangan mohon share dengan aku ye. Thanks.

Reaksi warganet

Farah Ant –
Awak kecik lagi masa tu, Dunkin. Bukan salah awak. Orang tua tu pulak? Kau ingat sampai mati dan tuntut depan Allah nanti. Nak bagitau family pun susah.

Kesian anak anak dia (mak Pak Dunkin) nak hadap kenyataan ni. Orang tua tu pun dah meninggal, nanti satgi Dunkin pula dituduh menipu dan dipulau. Jumpa pakar dan banyakkan share isi hati dengan Boba misalnya.

Lola Queni –
Dear dunkin, awak tak bdoh. Awak tak salah. Maafkan diri awak. Maafkan atuk awaak. Mulai sekarang jauhkan semua thoughts negative atau benda yang menyakitkan hati. Jauhkan ingatan tentang masa lalu.

Yea memang berat. Tapi smpai bila nak hukum diri hdup dengan cerita hitam yang tak membantu diri sendiri? Sayangi diri awak. U deserve love and peace..

Izinkn diri u melupakan benda pahit itu selama lamanya. U can do it. I trust u, so pls trust ur self can do this for you..

Siti Fairus –
Dik. Mula mula sekali adik kena maaf kan diri adik. Adik tak salah. Adik kena 100 % cakap dan sebut supaya diri adik dengar. Memang kenyataannya dik tak salah. Supaya ada adik ada self confidence.

Kedua. Adik jangan lupa ni. Setiap kejahatan yang manusia ini sekecil zarah pun ALLAH SWT akan balas. Atuk adik boleh berlakun. Depan semua orang. Tapi azab dan balasan dari Allah SWT dia akan kena juga.

Adik tak salah.. Untuk seorang kanak kanak nak bagitau orang dewasa perkara ni tak mudah dik. Bukan adik je. Ramai lagi mngsa yang hadap keadaan ya sama macam ni.

Yang penting sekarang ni. Adik fokus pada diri adik. Untuk sembuh. Ia mungkin ambik masa, tapi berbaloi adik untuk cuba teruskan hidup. Jangan di belenggu dengan perkara ni. Kuat kan semangat dik. Allah SWT ada. Dia sayang adik. Kuatkan semangat dik. Akak yakin adik boleh..

Awek BungaPopi –
Dear Dunkin. Terketar aku taip. Boleh sambung murung macam ni, huhu.

Point kat sini u mngsa ped0 dan nak kahwin and trauma kan?

First of all aku pon mngsa jugak. Seriously it ain’t beauty. Worst then nightmare. Macam saka yang ikot kau sampai besar. Alih alih baru tau kau ada ‘saka’

Sebab as budak budak kita cenderung untuk simpan benda hitam ni jauh jauh dalam dalam tak nak ingat. Dia ada dalam subconscious mind kita.

And kita confuse. Baik ke? Tak baik ke? Kita tak tauuuuuuuuu.. But back then aku tau benda ni macam felt so wrong.. Tapi tak ada courage nk tell others sebab why tah rasa nanti semua akan blame aku?????

Aku pulak di bela oleh grandparents. Lagi la aku rasa who’s incharge with my complaints ni? 😂😂

Sebab kita budak. Sebab tu mak mak, pak pak educate la anak anak tentang sentuhan selamat. Sangat penting. Ask them about their days. Ada benda best happen today at school?

Kadang aku tgk movies omputih aku ambik part2 penting dalam parenthood.. Theres only two person ja dalam hidup aku yang tau. Satu aruwah ex bf and satu lagi husband aku. Now aku bagi tau semua atas niat let us belajar. Tapi sebagai salah satu penjelasan dari aku lah, bukan SOP.

First of all jangan blame diri. Dan jangan pukul rata semua lelaki..

Kau kena berurusan dengan diri kau dulu. Think ke depan. Benda ni mimpi buruk yang dah berlalu dan si pelaku dah kena piap piap dah kat sana. Honestly aku memang tak maapkan si pelaku. Lantak arr. Oh si pelaku aku hidup je lagi, tapi dgn H.1.V

Kau sendiri kena kuat face your nightmare.. aku tau kau tak hingin pon bagi tau parents kau kan. Sebabb korang ingat senang ke nak cakap benda tak best ni? Every word rasa kena hiris hiris.. it’s suffocating…

And some more untuk part aku, aku tak rasa family aku boleh settle apa apa pon. Benda dah lama berlalu..

Macam melukut di tepi gantang tuh aku rasa. Tapi if kau rasa ada family member yang kau yakin akan kebernasan buah pikiran mereka, luah lah. Meluah ni bagus. Then nangis pun bagus.

Tapi if ada family member macam tu wujud, kau tak kan luah kat Boba kan? Huhu entah.

First thing first, face your nightmare your issue. Bab nak kahwin tu.. hmmmmm. Takkan timbul isu kau nak terajang dia if kau kahwin sebab cinta.

Love comes with trust… when you trust him, baru you let him be closer literally or intimately.

Unless kau kahwin sebab lain tapi kau lapikkan dengan alasan cinta. Cinta ni nak detect senang je. Bila orang tanya kau why you love him. You cant even say it why?

All the best with life. Tak payah la fikir benda apa yang kita tak dapat. Fikir benda apa yang kita dapat. Ujian yang hebat untuk orang yang hebat.

Sumber – Boba (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *