Semua mak ‘suapkan’, adik ‘tadah’ je. Lagak mcm anak tunggal kaya. Umur 23, tp mcm budak darjah 3

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan Salam hormat kepada semua pembaca. Terima kasih kepada admin sebab sudi approvekan kisah aku ni.

Aku nak ceritakan kisah adik bongsu aku, Lelaki. Pada aku setiap keluarga ada masalah masing masing. Cuma cara dan keadaan saja yang berbeza.

Untuk kisah aku ni, aku tak pasti sama ada orang lain atau family lain alami atau tak. Nanti bolehlah pembaca sekalian bagi nasihat apa patut kami buat ya.

Bismillah. Aku mulakan kisah aku.

Luahan aku kali ni berkenaan adik bongsu lelaki kami. Sikit pengenalan – dalam keluarga, dia seorang saja lelaki. Kami empat orang perempuan. Mak ayah dua dua pesara kerajaan.

Empat orang kakak semua dah kahwin dan menetap di negeri lain. Adik bongsu kami masih belajar di menara gading dan belum berkahwin.

Adik bongsu aku ni amat dimanjakan oleh emak kami. Jarak dengan kakak yang keempat taklah jauh mana cuma tiga tahun saja. Tapi aku tak pasti sama ada sebab seorang saja lelaki kot, maka sangat dimanjakan. Semuanya mak kami atur, semuanya mak kami uruskan.

Mula kami sedar sejak kerja projek masa SPM pun mak yang tungkus lumus siapkan sedangkan sepatutnya dia yang siapkan. Belajar ala kadar. Asal boleh sahaja.

Kerja rumah pulak sekali cakap sekali buat. Tapi mak tak pernah suruh atau minta tolong. Jarang sekali dia yang ringan tulang buat sendiri atas dasar, “aku duduk rumah kena tolong mak”.

Kami kakak kakak perhati saja dan kadang kadang kami tegur juga. Memang kerjanya duduk dalam bilik, main game semata mata. Tapi adik bongsu lelaki kami ni tak hisap r0kok, tak terlibat dadah dan mat mat motorsikal pun. Buat hal sendiri sorang sorang.

Mak layan dia seolah olah di anak tunggal. Diasingkan betul daripada kami semua. Bayangkan, seorang lelaki umur 23 tahun, mak datang dari Utara ke universiti dia kat selatan semata mata untuk teman dia balik rumah?

Mak akan naik train dan teman dia balik ke rumah sebulan sekali. Hantar pun berteman dengan mak juga. Ulang alik lah orang tua tu ke sana untuk “temankan lelaki berumur 23 tahun”. Bunyi tak cerdik kan?

Sepanjang dia belajar di Universiti, tak pernah walau sekali adik lelaki kami ni naik public transport. Sebabnya memang mak aku akan hantarkan.

Belanja pulak jangan cakap. Oleh kerana tinggal dia saja yang belum lepas lagi, mak habiskan segalanya untuk dia. Baru baru ni kami berempat dapat tau yang mak buat loan ASB untuk dia dan mak bayarkan.

Pembaca bayangkan ye, sepatutnya dah pencen, anak anak yang lain bagi tiap tiap bulan dah duit belanja, dengan duit pencen lagi, mak aku ada hati lagi nak buatkan loan ASB untuk adik lelaki kami ni?

Mak aku jenis nak anak lelaki dia tak jatuh. Nak up semua bagi anak lelaki dia nampak hebat. Tapi kami berempat buat buat tak tau pasal loan ASB yang agak banyak bayaran bulanan tu sebab amaun simpanannya agak tinggi.

Ralat juga lah sebab kami berempat bagi belanja bulan bulan bukan untuk mak bayar loan pulak. Sedangkan kami kerja bersusah payah adik bongsu senang senang dapat seketul macam tu.

Adik lelaki aku ni belagak seolah olah dia anak tunggal. Belanja ikut suka hati dia. Padahal mak ayah tu pencen bukannya pegawai professional, sokongan saja. Kena pandai pandailah berjimat.

Oleh kerana didikan mak aku dari dia kecik memang tak sesuai dengan dia yang seorang lelaki tu, banyak benda dia terlepas. Sikap dia jadi tak peduli dan tak pernah kisah, sebab semua mak uruskan.

Dulu masa permohonan IPTA pun dia terlepas, maka masa diploma mak terpaksa mohon separa swasta, mak tanggung semua daripada yuran sampailah sara hidup. Bagi pulak sebijik kereta. Sungguh lagaknya adikku tu macam orang orang kaya, padahal tak pun.

Untuk umur yang dewasa – 23 tahun, bukanlah kecik dan tak kisah hal keliling.

Pembaca cuba bayangkan, masa dia sakit (padahal demam saja), mak bersungguh sungguh update dalam group family. Yang kami kakak kakak pun concern sangat dengan adik lelaki yang sorang ni.

Tapi pembaca percaya tak, sepatah pun dia tak akan reply dan tak akan wish apa apa walaupun dia sentiasa pegang handphone. Sebutir tak sebut apa. Ada yang tak sihat ke, kakak kakak abang abang ipar update macam macam ke, tak pernah peduli satu habuk pun.

Dia ada atau dia tak ada, memang tak ada beza. Jujur aku cakap, seolah olah kami ni empat beradik perempuan aje. Orang lain pun ramai je adik bongsu lelaki, tapi disayangi dan rasa best. Tapi adik lelaki kami pulak?

Apa yang dikisahkan pun tak tau lah. Nak kata ada kawan kawan ramai pun tak, nak kata kisah kat family pun tak, nak kata jaga mak abah kat kampung pun tak. Umpama tak wujud pun. Sebab mak kami didik dia umpama dia anak tunggal, segalanya dia dan pentingkan dia.

Setiap kali balik kampung atau sembang santai dengan mak, ada saja terselit pasal adik bongsu kami ni. Terutamanya pasal “perancangan” masa depan dia lah.

Ada satu masa tu, mak aku beriya iya suruh adik aku ni beli rumah kat satu kawasan tu sebab kawasan tu banyak rumah lelong. Katanya tak sampai RM100k pun. Mak aku sebut banyak kali sangat sampai aku rasa agak hilang kesabaran aku.

Maka terpaksalah aku cakap juga,

“Dia habis belajar pun belum, kerja pun tak dapat tak tak lagi. Nak bayar dengan apa? Mak nak bayarkan betul tak?”

Kami faham je sebenarnya mak aku memang nak belikan rumah untuk adik aku tu, tapi dengan cara sebutnya macam tu.

Aku sambung lagi,

“Kerja pun belum tentu dapat. Tak tau lagi dapat kat mana, tak kan nak beli masa ni. Bagila stabil dulu, kerja dulu tengok macam mana. Baru la beli. Silap silap kerja kat tempat lain. Sapa nak bayar, sapa nak duduk?”.

Sejak tu mak kami tak pernah sebut dah pasal nak suruh adik lelaki ni beli rumah. Tak lama lepas tu nak suruh sambung belajar pulak. Mati matian kami semua tentang sebab nak suruh dia kerja dulu. Carilah duit sendiri nak sara hidup.

Dah 23 tahun takkan la mak jugak yang nak tanggung belajar?? Nanti dah kerja pandai pandai lah sambung kalau nak. Adik beradik kami semua ada ijazah dalam dan luar negara.

Aku tak pasti sama ada mak aku nak bagi adik lelaki kami ni lebih daripada kami atau apa niat sebenarnya. Syukur lah mak tak jadi dan tak beriya iya dah nak suruh adik lelaki ni sambung belajar.

Mak kami pernah jatuh dalam bilik air yang terlalu kotor sampai berlumut kuning. Dah mak jatuh, dia tak ada usaha nak bawak orang tua tu ke hospital ke klinik ke. Tak ada. Dua minggu lepas tu mak terlepas cakap pada kakak kedua yang kakinya sakit. Bila tanya lebih, barulah mak ceritakan. Yang lebih menyakitkan hati, adik bongsu langsung tak ada common sense nak bagitau semua kakak kakaknya pasal keadaan mak.

Dahlah dalam PKP, kami berempat yang Duaempuan ni jenuh pujuk mak nak berubat. Aku call juga adik lelaki ni. Mintak dia bawakkan mak ke klinik nak xray. Itupun call banyak kali sebab takut dia “ya” kan aje.

Kenapa aku jarang sebut nama abah aku? Sebabnya abah pun dah tak tau nak buat macam mana. Abah pun banyak tak setuju dengan mak, tapi mak kami agak degil. Itulah layanan dia dari adik lelaki aku kecik sampai dewasa ni. Tak normal kan?

Dewasa sangat dah tapi tak ada common sense, tak berdikari dan tak peduli apa apa pun dalam hidup dia. Mak aku bagi semua dan sikap mak sendiri pun belagak kaya walaupun pencen tak banyak mana. Tak pernah bersusah payah walaupun dia lelaki.

Aku tulis juga kisah ni untuk titipan pembaca semua, sebagai pengajaran dan tauladan. Buruk sangat akibatnya. Nak sayang anak boleh, tapi bila sayang melampau, adik beradik lain meluat. Kalau baik tak apa lah.

Tu belum kahwin lagi. Aku tak tau la macam mana nanti dengan isteri dia. Kesian adik ipar aku nanti. Dahlah mak aku jenis buatkan semua kerja dia.

Nanti agak agak mak aku bising kalau menantu perempuan dia suruh adik lelaki aku buat kerja rumah, aku teringin juga nak bubuh ayat ayat manis kat mak aku.

Kami kakak kakak atas ni dah cuba dengan halus dan baiknya nak sebutkan yang mak kami ni terlalu melampau sangat dengan adik lelaki kami ni. Tapi sampai lani nampak gayanya memang macam tu lah sampai bila bila.

Dan adik lelaki aku pun pada kami memang sangat naik lemak dah dan memang tak ada usaha apa apa pun untuk tolong buat kerja rumah, untuk baik dengan adik beradik lain. Hidup dia saja. Handphone dan game saja.

Pembaca pernah tengok budak lelaki darjah 3? Macam tulah kami ibaratkan. Blur dan ignorant.

Terima kasih kepada pembaca sebab sudi baca kisah aku ni. Harap harap ramailah yang sudi bagi nasihat pada aku dan adik beradik kami ni.

Nampak macam perfect je, kakak-kakak semua dah kerja dan ada family masing masing. Mak abah selalu berjalan jalan. Tapi di sebaliknya inilah yang tersirat.

Reaksi warganet

Syiddah Aziz –
Kebanyakan mak mak yang ada anak laki sorang ni, dia ingat nanti dia tua anak laki tu laa yang akan jaga dia. Sebab syurga lelaki kan bawah tapak kaki ibu. Tapi last last esok ni yang jaga si mak tu anak anak perempuan jugak walaupun dah kahwin. Sebab anak laki tu dari awal dah dimanjakan, dirajakan.

Nurhany Aziz –
Teringat masa belajar kat UM dulu ada makcik ni pergi pejabat HEP. Sekejap kejap dia turun pastu naik balik. Berulangkali.

Rupa rupannya anak lelaki dia tunggu kat bawah. Mak dia bawak borang turun, bagi isi, pastu submit. Ada dokumen kurang, turun balik.

Last last pegawai HEP tu naik angin dia turun bawah maki budak tu. Dengan mak mak dia sekali kena sekolah..

Katz Mohd Noor –
Kesian jugak la adik ko tuh. Tak boleh nak berdikari akan datang nanti. Bila dah start keje semua, silap silap mak ko tak kasi dia keje nanti. Orang macam adik ko tuh nanti bila da masuk alam pekerjaan nanti susah. Takot sampai d3presi pulak. Sebab dah biase semua benda mak buatkan.

Lily Alias –
Inilah mak mak yang merosakkan masa depan anak lelaki dan masa depan anak perempuan orang lain aka bini anaknya nanti.

Mak hidup lagi bolehlah adik awak buat gitu. Esok mak dah tak de harus jadi sampah je adik awak tu sampai ke tua. Bukan salah adik awak tapi salah mak awak dalam mendidiknya sejak kecik. Dan adik awak tu dah berusia pun bodoh tak ingat masa depan.

Zaihan Zailan –
Aku punya adik, perempuan, kalau dia exam bapak aku punya sayang, siap puasa, solat dan mengaji sepanjang adik aku exam. Memang bagus kan, tapi dsebabkan dimanjekn, dia jadi t0xic, tak boleh orang lain lebih.

Dia tu anak dara blik rumah 12 malam pun bapak aku tak marah. Sebelum ni dia lagakan aku dengan mak. Memang mak ada buat perangai so aku anak jantan, aku tegur mak aku.

But then yang buruknya aku, yang betulnya ank manja depa dan dipulaulah aku konon aku memecah belahkan keluarga.

Solution aku lantak pi lah, bila depa perlu aku, aku mai. Yang wajib macam nafkah untuk mak pak aku transfer. Nak terlingkup ka, lantak pi. Aku kata lebih, aku kena. Padahal aku abang long, so pejam mata, pekak telinga.

Salina Kouplady –
Tetiba teringat cerita sepupu yang kawin dengan anak emas mak. Malam pertama maknya masuk bilik nak ‘teman sama’. Honeymoon pun diikut serta, paksa anak menantu tinggal bersama tapi sebelum tido dengan bini kena tidokan maknya dulu (suaminya dah lama meninggal).

Tiap tiap hari komplain pasal menantu. Dengan ipar duai dijaja cerita menantu tak pandai kemas, tak masak etc. Walhal dia tak makan menantu masak sebab katanya takut menantu bubuh ubat guna guna (dia tuduh menantu kawin dengan anak dia sebab disihir).

Cucu cucu pun selalu dirotan, dibuli dan dikata. Anak jantan pulak taknak pindah sebab katanya tanggungjawab anak lelaki jaga mak. Kami duk pikir ada juga akan bercerrai ni nanti.

Tapi sampai lah nak habis nyawa, masa sakit anak anak lain tak sanggup jaga, menantu yang dikata hantu tu lah duk jaga makan pakai dan basuh berak najis segalanya. Mulut dah terkunci (str0ke) meleleh air mata menyesal. Aruwah dah pun dia.

Sumber – Ane Yun (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *