Padah ter’snap’ dan simpan gambar ‘gadis’, kepala dikemam tanpa sedar. Bahu rasa berat, hidung brdrah tanpa henti

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum para pembaca. Terima kasih kepada admin kerana mempublish kisah aku yang tak seberapa ini. Nama aku Ara. Kisah yang aku ingin kongsikan ini adalah kisah yang benar terjadi kepadaku. Kejadian ini berlaku dalam tahun 2015.

Dulunya aku tak percaya kepada perkara mistik dan kalau boleh aku memang tak nak tahu langsung pasalnya. Gangguan aneh mula berlaku selepas secara tak segaja mak aku tersnap gambar entiti di rumah nenekku.

Dalam gambar tu ada pernampakan separuh badan gadis memakai gaun putih. Pinggang ramping macam kerengga. Kebetulan masa tu kami sekeluarga berkumpul di beranda di luar rumah.

Ketika itu mak aku nak ambil gambar anak buah aku. Petang tu tak perasan lagi kewujudan entiti dalam gambar tu.

Keesokkannnya mak aku dah nampak sipi sipi gambar tu. Aku menganggap mak aku salah faham. Aku ingatkan tirai sebab kebetulan tirai rumah nenek aku tu warna kuning cair.

Namun selepas aku tengok berulang kali memang nampak tubuh gadis. Aku pun pelik la sebab masa tu memang semua duduk kat luar dan tak dak sapa pon duduk dalam rumah. Aku suruh mak aku padam. Tapi dia tak nak. Ha sejak tu la gangguan tu jadi. Aku ceritakan bagaimana gangguan tu.

Gangguan pertama terkena kat aku. Nenek aku jenis suka tidur sorang sorang. Lagipun bilik nenek paling jauh. Tapi bilik dia dekat kat dapur dengan tandas. Bilik dia pon dalam. Sebelah luar biliknya pula hutan.

Aku pernah cuba tidur dalam bilik tu, tapi aku tak pernah nak tidur mti. Selalunya aku tidur mti. Setiap kali aku nak tidur kat bilik nenek tu tepat pukul 1 pagi mesti ada bunyi cakaran dari luar.

Mula mula aku ingatkan kucing sebab nenek aku ada bagi makan kucing liar yang datang. Aku pun buat tak endah jela. Sampai satu hari tu ada bunyi lain lak. Bunyi macam orang dok makan keropok dan bersembang.

Aku paham sikit sikit sebab benda tu guna Bahasa jawa. Nenek aku pernah ajar Bahasa jawa kat aku. Benda tu cakap, “aku takkan lepaskan keturunan kau. Lagi lagi cucu kau hehehhe…”

Meremang bulu romaku.

Keesokkannya aku rasa berat sangat bahu aku, sakit kepala aku masa tu. Sakit kepala tu aku ingat normal sebab aku selalu migrain. Aku pon telanlah Panadol yang aku selalu simpan buat stok.

Tapi sakit kepala aku tu lain macam. Makin aku telan Panadol makin sakit. Hidung aku berdengung. Dekat 5 biji aku telan Panadol dalam masa 2 jam. Bahu aku pun semakin berat. Lutut rasa lembik je.

Aku nak bagi tahu mak aku masa tu. Tengah nak jalan pergi kat mak aku tu tiba tiba ja hidung aku berdrah. Aku tak jadi bagi tau mak aku. Aku masuk bilik ambil tisu tekup hidung. Drah dia memang lain macam. Banyak gila dia keluar. Macam air paip masa tu.

Aku memang cuak dah, dengan kepala macam nak meletup. Aku panggil mak aku. 4 kali aku panggil suara tak keluar. Kali ke 5 aku baca ayat kursi baru keluar suara aku. Sakit sangat.

Mak aku datang. Memang terkejut mak aku tengok aku masa tu. Kelam kabut panggil abang aku. Abang aku cempung aku letak kat ruang tamu. Abang aku tu mata tak berhijab. Dia nampak benda tu duduk berpaut kat bahu aku dengan mulut dia dok kemam kepala aku. Terus abang aku telefon ustaz kampung tu. Ajak pak imam sekali.

Masa tu aku rasa panas sangat. Aku nangis tak keluar suara sakit dia ya Allah, tak tahu aku nak cakap macam mana. Mak aku risau sangat tengok aku. Hidung aku still berdrah. Mak aku tekup dengn tuala. Separuh tuala tu penuh dengan drah aku. Pucat teruk bibir aku macam aku makan bedak.

5 minit tu ustaz pun sampai. Aku rasa nak mengamuk time tu. Ustaz tu beristigfar tengok aku. Dia kata asal lambat bagi tahu. Teruk sangat dah ni. Terus dia baca ruqyah. Aku rasa panas sangat. Akhirnya aku sawan pastu badan aku kejang. Aku tak sedar dah lepastu.

Ni mak aku yang cerita lepas aku tak sedar tu. Aku duduk mencangkung dengan rambut serabai aku menyerigai tengok ustaz tu. Ustaz kata benda tu dah sebati dengan aku, ustaz cuba buang bende tu.

Berpeluh ustaz sebab benda tu degil. Sampai luka tangan aku sebab benda tu gigit tak nak lepaskan aku. Lebih 4 jam ustaz lawan benda tu akhirnya keluar gak. Terus aku sedar.

10 minit ustaz suruh aku minum air Yassin tu dan dia scan aku dia kata benda tu ada lagi. Tapi lemah lagi, mak aku naik risau dengar. Ustaz kata esok dia datang lagi. Ustaz pesan suruh pasang ayat ruqyah dalam bilik aku. Mak aku pun pasang la.

Tapi malam tu aku tutup ayat ruqyah tu. Aku pun tak tahu sebab apa. Aku rasa rimas sangat. Mak aku pasang balik. Aku mengamuk teruk masa tu habis semua aku baling. Ni paling sedih ni. Aku pi baling powerbank aku. Sedih.

Okok sambung. Mak aku menjerit panggil abang aku. Ayah aku ade kat Putrajaya outstation. Tinggal abang aku jela laki dalam rumah tu. Dipeluknya aku kuat kuat. Kuat aku meronta ronta nak lepaskan diri. Aku maki abang aku.

Abang aku beristigfar dengar. Dia tahu aku tak pernah tinggi suara ataupun maki orang tua dari aku. Dia baca ayat kursi 7 kali pastu aku rasa lemah sangat. Aku pun tertidur kar situ sebab penat bergelut.

Abang aku cerita kat mak aku yang dia nampak ada gadis gaun putih pinggang ramping tanpa wajah duduk dalam bilik aku masa aku mengamuk teruk tadi.

Mak aku terkejut. Dia keluarkan telefon dan tunjukkan kat bang aku. Gambar entity yang mak aku tak sengaja snap. Abang aku tanya kenapa simpan gambar macam ni. Mak aku tak tahu jadi teruk macamni. Abang aku kata jangan padam lagi. Tunjuk kat ustaz esok.

Abang aku langsung tak tidur hari tu. Dia takut aku mengamuk lagi. Sakit badan dia aku pukul masa aku mengamuk tu. Kesian aku.

Esok pagi selepas subuh ustaz datang. Keadaan aku sama macam aku kena hari tu. Hidung berdrah kepala pening lutut lembik. Aku penat sangat. Mak aku cerita masa aku mengamuk kat ustaz. Beristigfar ustaz tu dengar. Dia kata benda ni dah melampau.

Sebelum dia ubat kan aku mak aku tunjukkan gambar tu. Akhirnya ustaz tahu sebab apa benda tu ganggu aku. Ustaz mulakkan rawatan. Aku tak tahu nak cerita macam mana cara ustaz ubatkan aku. Masa berubat tu angin sejuk keluar ikut pintu depan. Ustaz kata benda tu marah sebab simpan gambar dia. Hmm. Aku akhirnya pulih.

Namun tak sepenuhnya sebab aku dah kena rasukkan. Jadi ada laluan untuk jin jin lain masuk dalam badan aku, mata aku pun dah hampir tak berhijab. Kadang kadang ternampak benda tu. Masa aku tulis ni pun ada benda tengah tengok aku kat hujung bilik.

Setakat ni jelah cerita aku. Pesan aku buat korang janganlah simpan gambar entiti tak diundang tu kalau tersnap ke ape. Buruk padahnya. Teruk aku kena sebab gambar tu je.

Aku pun dah nak jadi macam abang aku dah sebab benda tu je. Thank you baca kisah aku yang tak seberapa ni. Assalamualaikum , semoga kita terhindar dari gangguan jin dan syaiitan.

Reaksi warganet

Mahlinisza Anis –
Saya ada geng buat rawatan Islam, saya memang suka amik gambar. Tapi ustaz pernah pesan jangan amik gambar sebelum proses rawatan. Kalau nak amik selepas selesai rawatan sebab spesis ni berdendam kata ustaz. Jadi gambar gambar sebelum proses rawatan yang saya ambil sebelum ni, habis saya delete….. Wallahualam.

Maisara Mat Saad –
Pernah jadi masa zaman sekolah dulu. Mula mula gambaq tu ada kat belakang kawan aku pastu check lagi sekali tadak. Tapi ada gambaq kaki macam terapung. Terus padam cepat cepat. Tapi tak kenaa ganggu apa pon masa tu. Alhamdulillah.

Aidil Amin –
Mak saya selalu kena ganggu dan pukul 1 pagi selalu macam ada benda jatuh atas bumbung. Pastu mak saya akan mengigau dia cakap bahasa apa entah mungkin bahasa jawa jugak la kot atau bahasa asing yang kita tak tahu.

Krul Praden –
Aku pulak berbual tak sengaja dengan entiti kat RnR PLUS kecik yang sunyi giler just aku jer yang parking situ pukul 230am tahun 2003. Dah 10 minit baru sedar benda tu bukan manusia, huhu.

Hamidah Osman –
Anak buah saya kawin dengan orang Sarawak. Dia cerita masa kenduri tu kecoh dekat kampung sebelah ada ponti menangis atas batu tepi sungai. Ingatkan saja nak bagi orang takut rupanya betul.

Dia orang sempat ambil video masa bulan penuh ponti mengilai atas batu tepi sungai lepas tu terbang keatas. Dia copy bila balik semenanjung dia tunjuk pada kita orang.

Memang tak berapa jelas tapi suami kata video tu betul. Suami saya pun copy. Nak jadi cerita satu malam tu sekitar 2 pagi tetiba anjing menyalak panjang yang bunyi ‘woooooo’ bukan sekor tapi banyak.

Saya tengok suami sedang wirid dia tunjuk jari tanda diam di mulut. Pastu dengar orang menangis dekat tingkap. Saya rasa nak terkucil dah masa tu. Suami pejam mata rapat sambil mulut terkumat kamit sesekali dia gerak kan tangan macam menghalau sesuatu.

Pas tu dia buka hp dia padam video ponti tu. Baru lah keadaan malam tu jadi sunyi sepi. suara anjing hilang. Besok tu dia cerita apa yang berlaku kat dia malam tu.

Suami kata ponti tu mintak tolong hantar dia balik. Roh dia tak lepas akibat mti bnuh diri. Jasad tak di tanam dengan sampurna. Suami kata dia mintak maaf sebab tak dapat tolong. Malam tu memang dengar suami cakap “mintak maaf aku tak dapat tolong”. Tak tau pulak dia cakap dengan ponti.

Sumber : Ara Dila via Fiksyen Shasha

Samada ianya adalah memang kisah benar ataupun rekaan semata mata tidak dapat kami pastikan. Sekadar dijadikan bahan bacaaan. Jika anda merasakan terdapat pengajaran dan tauladan dari kisah itu, jangan lupa kongsikan ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *