“Bila tetamu dtg terjah”. Bg salam terus intai, jenguk org kat dlm. Tk pikir dlm rumah semuanya perempuan

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Ini pertama kali aku tulis confession kat sini hanya untuk meluahkan. Maaf jika tulisan aku ni agak bercelaru sebab aku tak pandai karang ayat. Hihi..

Sedikit pengenalan : Aku perempuan berumur 19 tahun tinggal dengan ibu dan nenek serta 3 adik beradik semuanya perempuan.

Biasa la kan bila tinggal dengan nenek ni ramai yang datang sebab nak tengok nenek tapi bukan bermaksud boleh buat sesuka hati sebab ‘rumah nenek ‘ lah katakan.

Adab tetamu tu perlu ada jugak bukan main terjah je. Tetamu yang aku cerita ni mostly sepupu sepapat.

Antara benda yang aku tak puas hati dengan tetamu tiada adab ni:

1) Main terjah masuk rumah orang/ intai ikut tingkap.

Semua orang atas rumah aku ni perempuan kot, takkan takleh nak fikir bagi salam dulu tunggu orang bukak pintu.

Dah la lelaki pulak tu, dah tahu atas rumah ada orang perempuan pandai la ketuk dulu ni terus masuk. Yang perempuan faham faham laa korang pakai macam mana atas rumah kan bukan pakai elok sangat pun.

Ada pulakk tu bagi salam pastu intai ikut tingkap jenguk jenguk tengok orang. Family aku yang kadang kadang tengok TV tengah baring baring pun boleh nampak. Sape yang tak gelabah wehhhh.

Banyak kali lahh bukan sekali berlaku.

Ada yang terus naik time kakak aku tengah baring atas sofa. Ada time family aku tengah baring santai santai tengok tv. Ada yang time adik aku baru lepas keluar mandi tiba tiba ada orang intai ikut tingkap. Eii geram laa jugak dengan manusia macam ni.

2) Datang rumah tak kira masa.

Ada satu family saudara aku ni suka datang time makan (malam dan tengahari). Datang bukan sorang wehhh, satu family siap bawak cucu menantu. Ada lah jugak total 15 orang lebih kurang.

Dah lah datang tak bagitahu awal awal memang niat nak makan pon sebab diaorang datang dengan perut kosong. Mak aku yang penat penat kena masak banyak mujur mak aku jenis prepare awal awal.

Memang tiap tiap kali datang waktu makan mostly tengahari. Kitaorang makan lewat pukul 4 baru makan, pukul 1 tu kitaorang tengah rehat rehat santai santai boleh dia datang.

Takkan la diaorang tak tahu adab kot nak datang rumah orang ada masa jugak (mesti tahu punya sebab diaorang ni macam alim alim).

Ada satu hari tu datang dekat 20 orang family dia sekali cucu menantu waktu tengahari. Aku dah boleh agak memang dia nak buat makan situ sebab lepas tu memang diaorang nak pergi pantai. Takkan nak pergi perut kosong kan?

Senang je dia buat macam restoran mentang mentang mak aku baik memang selalu masak. Waktu tu aku dengan mak aku baru balik dari kedai dia dah ada kat rumah wehhhh.

Dah la aku nak mandi time tu. Memang penuh rumah dengan budak budak hampir 8 orang. Pastu sorang tuu sibukk sangat nak borak, memang annoying wehh mak aku kalut nak masak dia sibuk nak borak dah laa duk kat dapur. Korang rasa selesa tak?

3) Buat macam rumah sendiri.

Datang rumah orang pastu pergi dapur makan segala makanan yang ada. Tudung saji pun bukak. Kalau ada bungkusan makanan tak bukak lagi pon dorang bukak makan sampai habis gaisss 🙂

Kalau mintak tak pe la jugak ni masuk masuk dapur makan je. Aku kalau pegi rumah sedara kalau orang jemput pun segan nak makan sampai habis.

Roti, kuih yang ada tanpa segan silu bukak makan. Bukan nak berkira tapi mana adabnya. Mana tahu tuan dia nak makan lagi ke ataupun nak buat sahur ke. Common sense laa wahai tetamu.

Ada satu family sedara aku ni memang selalu kebulur bila datang rumah aku. Memang satu family perangai macam tu, datang rumah mesti bukak saji, bukak periuk atas dapur dsb. Tuan rumah pun tak makan lagi.

Banyak lagi sebenarnya ada tetamu buat macam dia tuan rumah komen itu ini, suruh buat itu ini macam kitaorang tak pandai dan tak pernah buat, ajar orang suruh ikut cara dia.

Dia bebas sebab rumah aku kan tak de lelaki, perempuan mana nak melawan orang cakap, lebih lebih lagi mak aku, terima je orang cakap apa.

Aku nak cakap kat sini sebagai tetamu jagalah adab tu, biar ada common sense sikit. Even rumah saudara yang rapat pun sila hormat tuan rumah jangan buat macam rumah sendiri.

Pergi rumah orang tu jaga mata jangan tengok tengok keliling sampai tuan dia tak selesa. Tak perlu nak komen itu ini, tu rumah dia, ikut dia la nak buat apa.

Kita semua tuan rumah, cuba bayang kalau orang pergi rumah kau buat macam tu, apa perasaan kau?

Reaksi warganet

Cik Hana –
Antara adab tetamu dalam Islam. Bagi salam 3x kalau tuan rumah tak menyahut maknanya tuan rumah tak sudi terima tetamu selain tak dengar/tak perasan dsb.

Jangan menumpang rumah orang melebihi 3hari. Hanya 3 hari saja dbenarkan untuk elak sebarang rasa tak sedap hati atau apa apa jer lah. And masuk rumah orang seperti orang buta dan orang bisu, mksudnya mata jangan melilau, mulut jangan nak komen itu ini. Correct me if I’m wrong.

Samsiah Noh –
Pernah mengalami. Masa tu duduk umah mak, 1 family tu suami isteri anak 2 orang selalu sangat datang umah. Dia datang time makan tengahari, ingtkan dah makan baliklah.

Rupanya tak tunggu sampai petang minum petang pulak. Lepas tu tak jugak balik. Tunggu sampai malam, makan malam pulak. Last last tido umah mak. Esok kena masak lagi.

Bini dia cukup pemalas pinggan cawan pun tak nak basuh. Dia suka datang sebab mak layan dia bagus. Anak angkat lah konon.

Selepas dah beberapa kali datang, suatu hari anak dia terkencing kat selimut dia tak basuh masa tu lah aku angin 1 badan. Aku campak selimut tu kat depan dia. Dan dan tu jugak laki dia ajak balik selepas tu tak pernah datang lagi.

Annie Mohd –
Ikut stail aruwah makcik saya. Bila kita ramai ramai datang melawat, ayat dia “ha yang muda muda tenaga kuat tu tolong makcik kat dapur. Ayam ada, sayur ada, masak apa yang korang nak makan. Makcik tak larat dah ni haa”. Tutur dia lembut dan mesra je mengajak kita tolong kat dapur.

Padahal kami datang bukan selalu. Tapi tak pernah pulak buat malas malas macam takde pertalian drah dengan tuan rumah. Bagi i, kalau tak nak menolong jangan pulak menyusahkan.

Tapi untuk yang tak paham bahasa macam kes u ni, mak u dah boleh start ajak yang muda muda tu ke dapur. Kata rumah nenek so jangan dilayan macam tetamu.

Faridah Kamal –
Sekarang pun tengah mengalami benda yang sama. Tengah berpantang sendiri anak no-3. Suami pulak dah kene keje. Anak jenis mengempeng dengan berjaga malam.

Datang pulak orang selalu melawat. Datang kejab takpe, ni dari petang sampai ke malam siap bawak anak anak. Lepas tu bising bising masa main. Baby nak tido pun tak tenang. Anak sendiri boleh lah nak marah ni anak orabg.

Yang terbaru ni nak datang melawat dengan tumpang tido. Awal awal dah suro suami tolak. Nak melawat boleh lah. Nak tumpang tido payah kot.

Tengahh berpantang lepas tu nk menjaga auratnya. Ni pikir masak untuk orang pulak. Kadang kadang terpikir diorang ni takde comman sense ke. Fikir lah sikit orang tengah berpantang.

Nur Zuyyin Hazirah –
Masak ngam ngam jer dik. Makan awal lain kali tu. Bila dorang datang korang hidang air jer la. Tapi mak awak kan baik, mesti dia tak sedap hati biar tetamu lapar.

Takpun sedia siap siap stock mihun, mee kuning ke. Senang, goreng jer. Kuih kuih kering yang tahan lama disimpan, keropok ikan ke. Bila tetamu sampai, hidang jer
Semoga korang semakin murah rezeki. Amin

Khairul Azahar Sharifuddin –
Yup, perkara nie akan terjadi bila seseorang (ibu atau ayah) mengambil tanggungjawab menjaga ibu dan bapanya di rumah warisan.

Walaupun dah ada family yang tinggal disitu menjaga ibu atau bapa, rumah itu akan dianggap menjadi milik bersama (bebas untuk datang dan pergi termasuk makan minum atau mandi disitu) oleh saudara mara. Sebab ibu dan bapa masih ada disitu.

Benda nie dah jadi biasa dalam masyarakat. Nak harap common sense dari diaorang memang takkan lah. Itu pun baru permulaan jer, lepas ibu atau bapa dah tiada nanti, akan jadi lebih teruk lagi (perebutan harta dan hak pewarisan rumah).

Yang menjaga ibu bapa sebelum nie pula yang kena halau keluar. Ini biasa terjadi ye, dan perkara “wajib” yang akan terjadi.

Jadi ini sebenarnya nasib “orang yang menumpang” kita tak boleh bersuara bagi sesuatu yang bukan milik kita. Mungkin penulis boleh berusaha untuk sediakan kediaman sendiri untuk ibu dan bapa nanti.

Puan Zuera –
Pintu kena sentiasa berkunci, pintu depan dan belakang. Kalau pintu tak berkunci, senang diorang nak terjah. Kalau diorang ada kunci rumah, tukar mangga baru. Baru la diorang tahu adab. Sementara nak buka pintu bagi diorang masuk, boleh la simpan dulu lauk, makanan yang tuan rumah nak makan.

Kalau diorang datang hidang makanan ringan je, tak perlu nak hidang makanan berat. Hidang air sirap dengan biskut. Cakap maaf ni je yang ada kat rumah, tak sempat beli barang dapur lagi.

Sepatutnya tetamu datang bawa buah tangan, malu datang rumah orang dengan tangan kosong, lagi lagi datang untuk makan je…

Tipsnya kena keraskan hati, jangan lembut sangat, nanti orang pijak kepala.

Sumber – Tuan rumah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *