“Yang ada anak perempuan, tolong jangan terlalu percaya kpd saudara2 lelaki. Please, janganlah”

Foto sekadar hiasan.

Hi, guys. Assalamualaikum. Aku dah lama nak confess sini tapi aku tak tau nak start macam mana. Ceritanya panjang tapi aku cuba ringkaskan sebab tak nak korang yang baca pening. Tambahan aku tak berapa pandai nak mengarang story.

Aku wanita yang sudah berkahwin, berusia 30-an dan bekerja dalam bidang professional. Ya, aku mngsa ped0 semasa zaman kanak kanak.

Dulu aku naif, tapi aku sedar awal yang aku mngsa ped0 pada usia menginjak 12 tahun. Cuma aku tak tau istilah itu adalah ped0, aku ingat tu rgol macam mngsa mngsa lain tapi yang aku tau perkara itu memang salah.

Aku tau aku adalah mngsa ped0 selepas baca beberapa story pasal ped0 beberapa tahun yang lepas. Pasal student melayu tajaan MARA kat UK ke apa tak silap aku time tu.

Okey aku start story..

Bila aku ingat semula betapa jijik dan bencinya aku kepada bapa saudara aku tu. Aku benci dan tak maafkan dia sampai sekarang.

Dia masih hidup, dah berkahwin, anak 5 orang, isteri muda cantik, lulusan overseas dan dia sekarang pensyarah IPTA. Hidup dia sangat berjaya di dunia, rezeki melimpah ruah dan ramai bangga dengan dia tapi tidak aku.

Dia start ped0 terhadap aku semasa dia remaja lagi. Aku tak pasti umur dia pada ketika itu. Yang aku ingat aku time tu masih tadika. Umur aku tak pasti. Dan aku jadi mngsa ped0 dia sampai umur 16 tahun!

Masa kecil atau tadika aku banyak kali kena dengan dia sebab kami duduk berdekatan. Tetapi aku dan family berpindah ke daerah lain pada usia aku menginjak 15 tahun. Aku ketika itu sangat sangat bersyukur sebab berjauhan. Tetapi tetap jadi mngsa lahanat tu ketika balik ke kampung berhari raya!

Aku tak boleh nak ingat semua moment moment jahanam tu. Tapi ada beberapa yang masih segar dalam ingatan.

Korang yang ada anak perempuan, tolong jangan terlalu percaya kepada saudara saudara lelaki korang dan sebelah suami korang. Tak kiralah sepupu mereka, bapa saudara mereka iaitu adik atau abang korang sendiri. Please jangan!

Bukan nak ajak bersangka buruk tapi adik beradik pun belum tentu percaya adik atau abang lelaki mereka ada bad side perangai syaiitan. Macam cerita aku ni.

Antara yang aku ingat…

Dia ni dikenali dalam keluarga bapa saudara yang penyayang, sukakan kanak kanak. Sama macam bapa saudara orang lain juga. Cuma hanya nampak dimata kasar sahaja. Hakikatnya lebih teruk dari syaiitan!

Ada satu petang tu, time tu aku tadika lagi. Dia bagi semua sepupu sepupu aku yang kecik ni duit syiling. Tapi sampai tang aku, tak cukup pulak. Dia tanya nak tak duit 50sen? Aku cakap nak. Pastu dia cakap jom ambik dalam beg kat bilik.

Aku pun ikut jela tanpa rasa was was. Masuk je bilik dia tarik aku duk atas katil, dia tindih aku gesel gesel. Pastu dia betulkan rambut aku, bagi duit 50 sen! And dia act macam takda apa berlaku. Okey tu satu.

Masa sekolah rendah pula. Aku ingat satu moment bdoh ni. Masa tu aku adik beradik tidur rumah nenek dimana tempat dia berteduh sekali la. Malam tu pakat nak tengok Jumanji. So kitorang pun dah bentang toto depan tv nak baring tengok ramai ramai.

Disebabkan rumah papan sejuk, kitorang nak berselimut la. Lahanat tu duduk tengah antara kami semua. Kalau nak tau sepupu aku kebanyakannya perempuan.

So tengah tengah tengok movie tu aku rasa ada satu tangan yang duk rba2 aku punya bawah. Mula aku biar, sebab tak rasa apa pun. Maksud aku tak beriya “tekanan” rba tu.

Tapi lama lama tangan tu menjalar masuk dalam seluar aku dari bahagian belakang. Bukan depan. Kalau depan maybe orang perasan kot. Lepastu aku pandang dia. Dia lepaskan. Tu moment paling bdoh tapi aku senyap sebab aku naif. Aku ni memang naif dulu.

Lepas tu, ada satu malam tu. Mak ayah aku ada urusan luar. Lewat malam baru sampai rumah. So ayah aku amanahkan dia untuk tengok dan jaga makan kami kat rumah kami la. Masa malam nak tidur tu, adik beradik aku termasuk aku pun dah tidur lena.

Tapi dia belum, sebab kena tunggu parent aku. Tengah tengah aku tidur, aku rasa ada orang hempap aku then gesel2 alat dia tu kat bawah aku.. then kiss pipi aku. Aku tarik selimut tolak dia and then dia blah.

Masa kat kampung pernah sekali dia buat jahat. Hari tersebut hari raya. So tidur ramai ramai la kan. Tengah malam semua orang dah tidur termasuk aku. Aku rasa orang angkat badan aku masuk toilet. Dan baringkan aku dalam toilet.

Toilet rumah nenek aku tu memang besar boleh masuk berbelas orang sekali mandi. Aku terjaga aku terus berlari masuk bilik. Ni paling trauma bagi aku.

Kemuncaknya, dia buat perangai masa dekat rumah mak sedara aku. Masa ni dia baru habis study dekat overseas. Masa dia kat sana aku orang yang paling rasa bebas dari kejaman lahanat setan. Then dia balik, dia react macam biasa.

So time tu aku dah sekolah menengah, aku dah boleh fikir baik buruk. Tapi aku takda la syak dia perangai gitu lagi.

Ok masa kat rumah mak sedara aku ni, aku tengah tidur. Aku dengar orang kuak pintu bilik tapi aku buat bdoh jela sebab fikir angin ke apa la kan. Tiba tiba rasa orang pegang betis aku usap usap. Aku memang tak fikir lain. Mesti jahanam ni, aku terajangg je kaki dia, pastu dia blahh..

Esoknya aku bagitau sepupu sepupu perempuan aku yang tido sekali dengan aku. Diorang takut and rasa seram kot time tu. Pastu cousin aku ni suruh bagitau mak sedara aku iaitu mak dia la. Aku pun terus jumpa mak sedara aku dengan sepupu aku dan ceritakan yang berlaku malam tadi.

Mak sedara aku macam speechless tak tau nak react kot sebab dia fikir pak sedara aku tu memang rapat dengan aku dan lain lain. Macam aku cakap awal awal penyayang kononnya. Tapi mak sedara aku tak diam.

Time lahanat tu tengah breakfast maksedara aku pi kat dia slowtalk tanya. Korang tau dia jawab apa? Dia cakap kat mak sedara aku..

“Ala saja je gurau nak manja manja sayang gitu kan dah lama tak jumpa anak anak sedara”.

Kau rasa gurau apa benda tengah malam buta orang tidur?????? S**l kan dia??? Sakit hati aku. Tapi mak sedara aku tak cerita kat sapa sapa dan takda pulak report polis ke apa. Aku pun tak tau kenapa sebab time tu aku naif lagi.

Hari yang aku mengadu tu, malam tu nak tidur semua cousin aku macam berdebar debar sebab takut jadi mngsa. Pastu mak sedara aku tahu kitaorang takut, dia suruh sorang satu pegang hanger dengan apa tah lagi.. lupa dah aku.

Dia cakap kalau orang tu masuk bilik dan kacau lagi pukul dia dengan benda ni dan jerit. Tapi malam tu krik krik. Tak masuk. Maybe tak berani sebab siang tu dah kena tanya.

Pastu dia kahwin. Isteri muda dan lawa sangat sangat. Bila baru kahwin mestilah pergi ziarah ziarah rumah adik beradik bawak isteri kan. Termasuk datang rumah aku.

Aku ingat baru kahwin dia macam dah tak nak lah kacau aku. Yela dah kahwin kan dapat semua kalau nak pun. TAPI TAK. Ada satu pagi time dia tidur rumah aku, dia gi toilet kot. Time tu orang semua kat dapur. Aku bangun lambat.

Tengah tengah tidur aku rasa dia ramas breast aku. Pastu dia cepat cepat blah, tapi masa dia nak blah aku sempat bukak mata dan aku nampak dari belakang kelibat dia!

Masa tu memang aku maki dalam hati tapi nak bersuara tak berdaya. Ko bayangkan dia baru seminggu kahwin time tu tapi nfsu dia… astagfirullah. Entahlah.

Sebenarnya banyak lagi bad moment tapi aku tak tau nk story macam mana. Rasa cukuplah kot. Nanti aku stress and trauma lagi.

Cuma kat sini aku nak pesan kat parents semua…TOLONGLAH extra careful tentang keselamatan anak korang. Janganlah sporting sangat.

Anak nak gi beli aiskrim berdua dengan pak sedara dia atau sesiapa yang jantina lelaki, tolonglahhhhhh jangan bagi. Janganlah takut macam macam. Kesian anak trauma sampai besar macam aku.

Bila kita jadi mngsa ped0 dengan orang yang kita kenal perasaan dia tak tau nak cakap macam mana. Jangan argue kenapa kau senyap. Kau tak bersuara dekat mak ayah.. cuba kau jadi mngsa?

Kita buntu sebab takut orang tak percaya kita. Takut orang cakap kita fitnah. Nanti jadi porak peranda family.

Aku bila dah makin besar aku jadi menyampah tengok dia. Aku sampai doa benda tu jadi dekat anak anak perempuan dia. Jahatkan aku. Dan aku sentiasa berdoa supaya dia mti cepat.

Tapi sekarang aku terfikir satu benda. Adakah sebelum sebelum ni hanya aku sahaja jadi mngsa ped0 dia? Atau sepupu aku pun pernah jadi mngsa tapi berdiam diri???

Korang, ped0 ni kadang nampak normal. Cerdik pandai. Bekerjaya. Tapi ped0. Bdohnya hidup kau. Tu jelah kot. Salam.

Reaksi warganet

Sarah Atiqohh –
Saya pernah berada di situasi macam ni. Tapi sedihnya bila saya bagitau mak ayah saya.. Jawapannya “alah perasaan kau je tu”, “dia tak sengaja kot”, “dah2 lah tu buat cerita”, “dah tu kau nak aku buat apa?”… Selalu jawapan cmni.

Dah kahwin baru tahu istilah ped0 ni. Sedihnya hati ni bila ingat balik kata kata mak abah bila saya mngadu tentang hal ni.. Paling sedih dikenang “siapa suruh ngorat dia, itu salah kau!!” allahuakbar. Dendam dihati, allah je yang tahu..

Zai Zulkifli –
Ada yang kena masa tadika di rumah pengasuh. Pelakunya anak lelaki remaja pengasuh. Budak yang kena tak beritahu mak dia sebab pengasuh kawan mak.

Lepas 10 tahun baru mak dia tahu. Budak lelaki tu dah jadi doktor pun sekarang, dah beristeri, seorang doktor juga. Ada anak perempuan. Harapnya tak terjadi kepada anak perempuan dia apa yang bapa dia pernah buat kepada kanak kanak perempuan lain.

Anna Fie –
Selalunya aku perasan, mak mak yang biar anak anak perempuan mereka. Yang takde bersyak wasangka pada kawan kawan lelaki atau sedara mara mereka adalah sejenis perempuan gatal. Sorry to say.

Kalau perempuan yang ada rasa malu, dia akan pasti jaga and protect abis abis anak anak perempuan atau anak anak (kanak2) lelaki diorang.

Yang jenis tak apa, eh jangan syak syak atok ko, alah sepupu/pak sedara ko takde maksud apa. Rasanya waktu muda dulu spesis sundal.

Untuk confessor, semoga tabah. Tapi lagi respect kalau ko boleh start perli bapak sedara ko yang perangai bangsat tu.

Siti Hajar Othman –
Banyak rasanya kes macam ni cuma tak direport je. Ye lah dikalangan keluarga kan takut keluarga malu nak tutup aib. Aku pun selalu pesan kat anak jangan bagi sesiapa touch her body. Especially private part.

Dan aku pun selalu pesan kat suami jangan sembarangan pegang anak orang walaupun cuit pipi ke cium cium pipi sebab geram dengan budak comel ke, jangan.

Walaupun kite takde niat. Sebab parents sekarang ramai yang dah alert. Silap silap kena report walaupun takde niat.

EmranezEid Khalid –
Anak perempuan sape sape sekalipun kena diperhatikan. Banyak dah kes.

Masa saya umur 9 tahun saya nampak lah sorang lelaki dewasa ni bawak budak kecik dalam umur 5 tahun masuk rumah bujang dia.

Pastu saya dengar budak tu menjerit menangis. Saya ingat dia kena pukul. Yelah umur 9 tahun mane tahu pasal ped0 ni.

Lepastu lelaki ni bawak budak tu keluar dalam keadaan budak tu masih menangis. Pengajaran anak anak perempuan harus diajar jangan dekat dekat sangat dengan lelaki walaupun ada hubungan saudara.

Muhiza Mohsin –
Sama lah dengan saya dulu time sek rendah.
Bapa saudara ramai tapi yang start tu dari nenek sendiri. Suka gurau picit dada, punggung dan bawah(perempuan), picit bawah(lelaki). Bapa saudara pula suka peluk peluk, kapit2 sambil buat yang sama kononnya bergurau. Hmm

Baru sedar bila dah ginjak dewasa dan baca bahan2 bacaan termasuk tv yang itu adalah salah, gangguan.

1 hari tu semasa kenduri sepupu anak bapa saudara, beliau buat perkara yang sama di depan isteri baru beliau kononnya bergurau.

Saya dah 40tahun! So saya sound direct ke muka beliau suruh dia stop dan jangan ulang sebab saya ni isteri dan ibu pada anak umur 19tahun.

Start pada hari tersebut, beliau dah tak berani ulang sebab saya pun dah ceritakan kepada suami saya tapi suruh dia cool dan pandang pandang anak saya sebab saya ni asal tomboy. Tau la apa nak bertindak dengan seni pertahanan diri yang ada.

WAJIB AJAR ANAK2 PEREMPUAN SENI PERTAHANAN DIRI BERMULA DARI SEKOLAH RENDAH. TAK KIRA JENIS APA TAPI SEBAGAI PERISAI DIRI.

Sumber – Mngsa Ped0 (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *