Belajar smpi PHD, anak minta org tua jaga. Si ayah bergilir dgn si emak, ulang alik kerumah anak utk jage cucu.

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku terpanggil untuk berkongsi kisah, pendapat dan luahan rasa. Ianya berkenaan dengan kehidupan setelah berkahwin.

Kadang-kadang aku kagum bagaimana ibubapa mampu jaga 4, 5, 10 orang anak tetapi kita yang baru anak 2,3 pun perlukan pembantu rumah malahan minta ibu (terutamanya) dan bapa untuk jaga pula anak anak kita.

Tidak sedikit aku dengar luahan rasa mak cik mak cik mengadu sakit belakang dan tidak cukup rehat bila menjaga cucu di rumah.

Bagi aku kalau anak itu doktor atau tinggal serumah dengan ibubapa dan mertua bukanlah alasan meletakkan anak anak di bawah jagaan ibumu. Itu bukan tanggungjawab nya. Itu tanggungjawab anaknya.

Namun sebab kasih seorang ibu, dia relakan sahaja bila si anak menghantar cucu ke rumahnya untuk dijaga.

Alasan yang lain kerana tidak percaya anak dijaga oleh pengasuh namun aku fikir jika ibumu terpaksa berkorban lagi dan ‘menderita’ sakit pinggang, tidak cukup rehat kerana menjaga anakmu adakah ianya berbaloi?

Paling kurang gajikan ibumu. Bayar sebagaimana kalian bayar semasa menghantar anak anak ke taska dan pusat asuhan kanak kanak.

Tidak sedikit masa ibumu digunakan menjaga cucu yang aktif sedangkn umur ibumu sudah tua. Menjaga bukan sekadar menemaninya bermain..

Malah membasuh pakaiannya, masak makanan yang dimakan oleh anakmu, memberikan susu pada beberapa waktu, memujuknya jika yang kerap menangis, mendodoikan kalau mahu tidur. Yang jenis susah tidur pun satu hal kemudian basuh berak dan kencingnya.

Berusahalah sekuat yang mampu untuk gajikan pembantu rumah separuh hari daripada menyusahkan ibumu. Cukuplah ibu ayah menjaga kita dan adik beradik dahulu.

Ada yang buat PhD pun masih hantar anak anak ke rumah orang tua. Itu anak anakmu, kalian lah yang perlu didik dan kawal anak sendiri kerana ianya anak kita sendiri bukan anak kepada mak ayah kita.

Ianya sudah jadi trend generasi sekarang di beberapa kawasan ibubapa mengasuh cucu. Ada alasan mahu jimat duit jadi minta ibu atau ayah menjaga anak kita.

Jika ibu dan ayah yang meminta tidaklah mengapa tetapi jika anak anak yang meminta masakan ibu ayah tergamak nak menolaknya!

Tolong ada common sense ya. Aku sedih apabila pengaduan ini sampai ke telingaku.

Sampaikan mereka nak berehat dan uruskan diri pun sukar di kala usia menua masih perlu menjaga budak, cucu yang dihantar daripada anak sendiri.

Kepada generasi muda jangan terlalu manja. Jadilah lasak.

Atur sendiri anakmu kerana ia anakmu bukan anak orang lain. Ianya nampak sukar namun jika betul betul mahu anak itu tidaklah sukar seperti yang difikirkan. Struggle itu biasa.

Bukan zaman ini sahaja ibubapa struggle jaga anak anak but they can do it, why not us?

Jika sebelum ini generasi lama mampu menjaga 2, 3, 5, 10 seorang diri anak takkan anak seorang dua dengan banyak teknologi dan keindahan masih mencari emak di kampung untuk mengasuh?

Jika kita yang tinggal di luar negara beranak pinak tiada yang menolong, kita boleh pula berdikari. Please don’t take advantage on other people unless they asked for it ya.

Hidup kita tidaklah terlalu sibuk untuk menjaga 2 anak sendiri. Is just about your willingness, your priority, how you arrange your time, cooperate with your spouse especially anda memang tidak bekerja..

Jika bekerja sekalipun bukan bebankan ibubapamu sendiri ya. Even kalau PJJ ada anak, tidak bermakna ibubapa yang perlu dikorbankan.

Honestly aku dengar pengaduan seorang bapa yang berusia 60 tahun lebih masih lagi travel ke tempat lain bergilir gilir menjaga cucu kerana anaknya terlalu sibuk bekerja.

Alasannya kerana mahu ibu ayah didik anak mereka belajar agama. Ya Allah, kesibukan apakah ini.

Ayahnya travel ke rumahnya dan tinggal di rumahnya 3 6 bulan untuk menjaga cucu. Cukup 6 bulan ibunya pula travel ke rumahnya.

Suami isteri ini bergilir gilir travel untuk menjaga cucu sehingga masa untuk berehat dan bersama sama keluarga sendiri di usia tua menjadi singkat.

Apakah perkara yang terlalu sibuk buat ibubapa zaman sekarang atau apakah lemah dan manjanya ibubapa zaman sekarang?

There are more option available at least bukan hari hari ibubapa perlu jaga anak kita dari pagi sampai malam especially kalau tinggal serumah.

Jaga hari hari dari pagi sehingga petang sudah cukup melelahkan. Cukuplah menjaga anak kita 1-2 hari seminggu. Berilah mereka pula berehat di usia tua mereka.

Kalau tak kehendak serbu dalih kalau mahu seribu cara.

Sekadar nasihat dan peringatan untuk diri sendiri juga.

Reaksi warganet

Suez Mohd –
Kalau kita mudahkan urusan mak ayah, nescaya Allah mudahkan urusan kite. Semoga insaf. Yang buat PHD, pastu hantar anak kat umah mak ayah, yang menjaga siang malam.

Alih alih bangga dapat title ‘DR’. Katanya susah payah jerih perih. Tapi mak ayah lagi perih. Berapa lama je pun mak ayah dapat berehat sebelum pergi, kita tak dapat buat yang terbaik untuk mereka. Hmm

Ummu Asma –
Pernah baca article seorang doktor, bila ada orang tua buat check up dan ada drah tinggi, soalan pertama dia akan tanya “mak cik ada jaga cucu ke di rumah?”. Dan rata rata akan jawab “iye”.

Doktor tu kata, tanggungjawab menjaga anak anak kecil bagi seorang yang dah berusia adalah sangat berat sebenarnya. Bayangkan, anak kecil yang aktif dan perlu di siapkan segala keperluannya perlu di layan oleh seorang yang sudah di mamah usia.

Nor Fadhilah Luawi –
Tanda akhir zaman. Si ibu melahirkan tuan.

Tak terpakai untuk single mother. Mungkin ada alasan yang munasabah.

Alasan atok nenek yang minta nak jaga. Korang boleh je kerapkan balik kampung bawak anak anak jenguk ibu bapa.

Pendek kata jangan susahkan atok nenek. Usahalah semampunya untuk upah pengasuh atau maid atau jaga sendiri. Suami isteri kne buat ni semua. Baru anda akan rasa betapa susah dan struggle uruskan anak anak ni.

Macam mana ibu bapa korang struggle masa korang kecil dulu.

Sarinah Abdullah –
Tak semua orang ada pilihan untuk meletakkan anak dibawah jagaan pengasuh. Terkadang kekangan waktu kerja macam shift malam.

Ada juga yang orang tua sukarela nak jaga cucu masing masing sebab takutkan kes kes penderaan dan kemtian bayi dibawah jagaan pengasuh.

Andai ibu bapa kita yang jaga, seboleh nya ringankanlah beban mereka. Jangan lah diambil kesempatan. Balik kerja awal tapi ambil anak lewat. Hari cuti pun hantar anak anak ke rumah orang tua. Kalau boleh habis kerja pukul 5 terus lah ambil anak anak.

Rayna Qistina –
Aruwah mama saya pula laen, dia yang beria ria nak cucu dia sentiasa di depan mata dia. Aruwah mama tak nak cucu di asuh orang laen, takut di dera katanya.

Saya memang asuh anak sedara sedari baby lagi. So setiap minggu memang ulang alik rumah adik-kg (rumah mama makan masa 3 jam perjalanan). So tiba tiba ada kerja selama sebulan yang membuatkan saya terpaksa pergi kerja seawal 5 setengah pagi dan balik selewat 8 malam.

Oleh sebab waktu kerja macam tu, saya memang tak boleh jaga baby (untuk sebulan sahaja) so kami adik beradik berbincang baby ni terpaksa la di jaga orang laen dulu. Bila aruwah mama tau je, bermula la drama air mata. Mama memang menangis sokmo, taknak cucu dia di jga orang laen..

So bincang punya bincang, baby tetap di kampung. Siang mama dan bapa saya jaga. Malam saya yang jaga baby selama 3 minggu gitu. Tak jadi sebulan sebab kerja siap awal. Kasihnya aruwah mama pada cucu nya, hanya Allah yabg tahu. Al – Fatihah buat mama, hari ni tepat 31 hari mama meninggalkan kami.

Hawa MraMdzah –
Setiap orang ada kisah masing masing. Saya pernah tinggalkan anak sulung dengan mak abah sampai umurnya 9 tahun.

Saya bekerja, bagi duit belanja untuk mak abah. Kena tanggung adik adik sekolah hingga habis grad.

Bila lahirkan anak kedua. Saya berhenti kerja. Jaga anak anak sendiri, suami pulak bagi duit belanja untuk mak abah. Sekarang ni kekadang je tumpangkan anak kat mak abah. Bila perlu je.

Ank saudara saya memang dok umah mak abah. Adik saya meninggal dah 2 tahun, tak dipedulikan ayahnya. Mak abah yang jaga. Juga jadi tanggungan saya. Terima kasih mak abah sebab banyak tolong kakak.

Jangan lah kita pandang serong pada orang tua yang jaga cucu. Jangan hina anak anak yang hantar cucu untuk atuk nenek jaga. Kita tak tau kisah depa. Kita tak tau apa masalah depa.

Sumber – Cuba yang terbaik (Bukan nama sebenar) vi IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *