Jiran xtahu malu. Bila lihat kami berkereta mewah, jiran mula amik kesempatan. Bila ditanya, ini alasannya

Foto sekadar hiasan.

Saya cuma nak bercerita, tentang jiran saya yang suka meminjam harta benda orang lain.

Suami jiran saya ini bekerja sendiri sebagai agen insurans. Dia ada seorang isteri yang baik, anak 4-5 orang, ada kereta jenama proton dan Motor 250cc. Rumah sendiri (Apartment), rumah yang lain lain saya tak pasti. Dia berumur lebih 40 tahun. Kami awal 30 an.

Kenapa saya bercerita disini? Sebab saya tak boleh menulis di FB saya, nanti suami saya baca dia suruh saya padam. Untuk mengelakkan saya memendam rasa, lebih baik saya menulis disini.

Kami tinggal di Apartment ini selama 7 tahun. Suami baru mula berkawan rapat dengan suami jiran ini 2 tahun lepas. Selepas beberapa bulan berkawan, suami jiran kami mula nak meminjam kereta.

Pada mulanya saya tak kisah mungkin dia betul betul memerlukan kereta yang lebih besar sedikit untuk bawa anak anak dia berjalan pada ketika itu. Lama kelamaan, dia terus dengan perangai meminjam.

Kami ada kereta berjenama Toyota MPV. Saya bagi nama A dan kereta kedua produced di Italy (sorry tak boleh inform disini, nanti kawan saya baca akan dapat tau siapa saya), saya bagi nama B dan Moto berkuasa Tinggi 1000cc. Kereta A suami punya dan kereta B saya punya.

Pada permulaan, suami jiran itu meminjam untuk bawa family berjalan jalan. Saya terima dengan hati terbuka. Kali kedua, dia call suami saya nak pinjam lagi. Seterusnya kekal dengan tabiat dia yang suka meminjam.

Suami saya tak boleh bercakap tidak dan kami tak tau nak bagi alasan apa. Sebab kami ada dua buah kereta. Pastinya jiran saya tu akan selidik terlebih dahulu sama ada kereta kami ada atau tidak kemudian dia akan call suami saya untuk meminjam.

Suami saya pun tak berkenan dengan perangai jiran sebenarnya. Kami cuma berharap jiran itu ada satu perasaan malu dan ada kesedaran diri janganlah suka suka hati nak meminjam.

Dulu semasa kami ada kereta biasa biasa sahaja, kami malu nak pinjam kereta orang lain. Lagi lagi kereta yang hebat hebat. Tapi lain pula perangai jiran kami ini. Tak ada satu pun perasaan malu meminjam barang orang lain.

Saya bertambah geram, bila nampak jiran saya post di FB bergambar dengan kereta kami dengan caption, “Bawa anak anak berjalan, meluangkan masa dengan anak anak”.

Anak anak dia pijak kerusi kereta kami untuk berdiri di Roof sambil bergambar. Suka hati je. Sakit hati tau. Anak saya pun tak pernah buat seperti itu.

Keesokan harinya, kebetulan saya ada urusan diluar memerlukan saya pakai MPV itu, saya dapati minyak tinggal E. Jiran itu tau pinjam tapi tak tau isi minyak. Saya tak pernah jumpa orang seperti ini sebelum ini. Saya tak sangka. Orang seperti ini benar benar wujud.

Ya, ada part lain jiran tu baik. Dia selalu belikan apa apa untuk diberikan kepada kami kalau dia keluar pergi mana mana. Tapi, itu tak bermakna kami boleh bagi pinjam semua harta benda kami. Mungkin itu cara dia untuk berbaik dengan kami.

Semasa saya scroll FB suami saya, ternampak posting jiran saya (Dia friend dengan suami saya sahaja dalam FB, dengan saya tak). Terdetik nak tengok FB dia.

So saya scroll posting FB jiran saya dari tahun terbaru ke setahun yang lepas. Terkejut saya ada gambar kereta B dalam tu. Patutlah dia ajak suami saya lepak dan minta bawa kereta B. Rupanya, dia ada niat lain lagi.

Dia cakap dengan suami saya nak test drive sekejap kereta B. Rupanya, dia berhenti di Petrol pam, ambil gambar kereta B saya dengan Caption Di FB, “Bawa bini no 2 jalan jalan, bini no 1 (kerera A) tinggal di rumah”. Saya terkejut tengok ramai yang komen :

Komen 1 : Wah, hebat sekarang ni.

Dia reply : Biasa biasa je bos.

Komen 2 : Nak pinjam boleh?

Dia reply : Boleh bosss.

Komen 3 : Perempuan materialistik pun ada yang komen, pergi mana ni sayang?

Dia reply : (Ini saya tak ingat).

Sedih saya tengok, rupanya ada orang seperti ini. Hebatnya dia dimata orang dalam FB. Kereta B, kereta saya. Saya malu tengok dia buat macam tu. Bila saya ternampak posting dia macam tu, saya terkejut. Saya tanya suami saya, kenapa dia macam ni?

Suami saya cakap, dia pernah mengaku pinjam kereta kereta kami untuk tujuan bisnes dia supaya orang lain / rakan rakan akan nampak dia hebat dalam FB dan orang akan tanya dia buat apa sampai hebat macam ni dan dalam masa sama dapat naikkan lagi dia punya client.

Sangat terkejut dan sangat tidak bersetuju. Tindakan dia totally salah. Saya cakap dengan suami saya, tolonglah elakkan dari berkawan rapat dengan orang macam ni. Dia cuma gunakan kita untuk kepentingan diri dia sendiri sahaja.

Saya bertambah sakit hati lagi, dia boleh bercerita dengan suami saya nak berkahwin lagi seorang dan ada dia nyatakan sebab nak berkahwin. Tentulah dia ada buruk burukkan isteri dia juga.

Tapi perempuan perempuan marerialistik takkan nampak, dia sangat PLASTIK dalam FB. Asal nampak lelaki naik kereta hebat nak sapu, asal nampak macam berduit nak kawin. Hanya isteri dia sahaja yang tau berapa yang ada dalam poket suami dia, apa harta benda yang dia ada.

Family dia selalu keluar masuk hospital, Kesian isteri dia, baru keluar hospital sebab ada masalah kesihatan, begitu juga anak anak dia yang lain.

Lagi beberapa bulan kami akan berpindah ke rumah baru. Kami harap dapatlah jauhkan diri dari orang seperti ini yang sangat Plastik di mata manusia.

Saya sudah nasihatkan suami saya supaya kurangkan berkawan dengan orang seperti ini. Jangan kita menggalakkan dia buat perkara yang salah. Totally salah. Hebat di FB, hakikatnya nothing.

Dia kerap bertanya mengenai rumah baru kami. Kami risau, kalau dia datang sana dan ambil gambar di depan rumah kami. Dia akan claim lagi itu rumah dia pula. Motor kami dia tak dapat pinjam mungkin salah satunya ketinggian dia tidak mencukupi.

Ada satu posting di FB dia, dia letak sebuah rumah yang sangat cantik. Di bahagian komen itu pun dengan yakin dia reply seperti rumah cantik itu rumah dia. Kalau betul itu rumah dia alhamdullilah…

Ntahlah… Cukuplah dia claim kereta kami di Media sosial itu kereta dia. Dalam FB dia juga saya nampak dia duduk di meja office menghadap komputer dengan pakai baju kod, dengan caption,

“Ramai orang diluar sana nak tau bagaimana saya boleh berjaya seperti ini, diberinya tips2, bla…bla… ’. Pening kepala saya fikir orang orang macam ni. Malu tau. Tak dapat apa apa kepuasan pun kalau buat macam ni.

Kepada sesiapa diluar sana yang ada perangai seperti ini, tolonglah berubah. Nak BERJAYA bukan cara itu. Banyak lagi cara boleh berjaya. Jangan menipu isteri, buat baik dengan isteri insyaAllah berjaya dunia akhirat.

Sekian…

Reaksi warganet

Suryani Binti Ahmad –
First time komen ni. Kalau nak senang cakap je pindah ke daerah or negeri lain, supaya dia susah nak meminjam dan mencari, haha..

Baik elakkan awal aeal sebelum terjadi apa apa. Itu pun kalau tak nak berterus terang. Kalau berterus terang lagi bagus biar sedar diri dan dia ada perasaan malu secara tak langsung kita dah jauhkan diri darinya. Or cakap kat bininya.

Just my 2cents opinion lah. Apa apa pun bertindak sebelum terlambat.

Aslina Majid –
Ambik phone suami. Block la nombor dia dalam phone suami. Jangan keluar rumah sangat. Kalo terserempak, buat buat macam takde apa ape jadi atau lagi best buat je macam tak kenal.

Buat buat la tengah sibuk nak ke mana mana kalo terserempak. Kalo dia dengan muka tak malu datang kat rumah nak ambik kunci kereta, jangan bukak pintu. Benda boleh elak kan. Kenape nak jadi ramah sangat.

Puan Idawati –
Pernah terfikir tak jika kemlangan dan total lost. Ini berlaku kepada kawan saya. Orang yang meminjam buat bodoh sahaja dan pindah tempat kerja.

Kawan saya pula kena bayar kat bank hingga selesai. Harap penulis bertegas. Biar hilang seorg kawan daripada menyusahkan diri dan keluarga sendiri.

Sheriffa Fahima –
Confessor and suami mesti jenis orang yang tak berani berkata NO kan? Rasa nak jadi kawan confessor kejap tukang tolong kata NO kat mamat tu di samping bagi sedikit “buah keras”.

Kami suami isteri memang senang sangat berkata NO dalam situasi macam ni. Kebaikannya, mestilah takde orang berani ambik kesempatan.

Cubalah confessor. Jadi orang tegas. Kita tak boleh ubah orang. Tapi kita boleh ubah diri sendiri demi kebaikan bersama. That guy takkan stop takat tu jer. Sebelum membarah, baik bertindak. Belajar untuk berkata TIDAK. Hidup lebih aman takde orang berani ambil kesempatan.

Syafina Zul –
Setuju. Pada yang suka pinjam kereta orang tanpa keperluan mendesak tu elakkan lah. Setakat nak bawak keluarga jenjalan tu tak perlu. Aaaiiii terus terang, malu ler kat tuan punya kereta, tu bukan barang murah.

Aku pernah rasa, tengok kereta aku berjalan tanpa pengetahuan aku, sungguh kurang asam yang bawa tanpa izin tu. Nak test drive gi kedai kereta tu. Adik beradik aku tak pernah naik kereta adik beradik lain tanpa izin.

Dan aku memang tak pernah minta pinjam kereta adik beradik sebab nak test drive. Bab kereta memang panasss. Cuma kalau ada kematian, memang aku offer la kereta aku kat orang yang ditimpa musibah tu.

Indra Putra –
U all suami isteri ni macam tak reti nak handle situasi lah. Tak reti nak bermuslihat dan berhemah. Kalau dia nak pinjam, bagitahu lah alasan direka. Meh nak tolong bagi alasan,

1. Maaf. Nak guna kejap lagi pergi umah kakak ipar.

2. Maaf. Ada problem siket kereta tu, tak berani nak bagi pinjam.

3. Maaf. Bapa mertua nak pakai pegi outstation.

4. Maaf. Kami nak keluar pergi bawa famili ke themed park.

5. Maaf. Kami dah janji nak makan dengan kawan sepejabat isteri.

6. Maaf. Kami nak pergi genting highland.

7. Maaf. Nak kene hidupkan roadtax.

8. Maaf. Nak hantar anak saudara ke asrama.

9. Maaf. Ada mekanik nak datang check kereta tu.

10. Maaf. Ada saman trafik aritu, tak setel lagi.

Ulang jer 10 alasan ni selama mana yang perlu. Dah pindah umah baru nanti, lagi mudah. KENAPALAH PAYAH SANGAT NAK JUJUR DALAM BERHEMAH. Urghhh, tu pun nak kene ajar..Huhu

Sumber – Ketty (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *