Nur minta hantaran 30k. Aku anak yatim, org susah. Minta diskaun dia tolak. Jd, aku nekad

Foto sekadar hiasan.

Assalammualaikum. Aku Razlan. Umur 38 tahun dan berkahwin. Isteri aku Nur. Aku nak kongsi kisah berkenaan duit hantaran rendah yang menjadi isu.

Hantaran Nur RM30k. Tak termasuk RM10k untuk barang kemas. RM3k mas kahwin dan RM5k untuk barang barang hantaran seperti jam dan handbag.

Aku kenal Nur sejak kami berumur 16 tahun. Nur sangat cantik. Anak kacukan. Tingginya 180cm, berhidung mancung, bermata hazel. Persis model.

Nur anak orang kaya, dia manja, keanak anakan, seorang yang outspoken, kelakar dan tak fake. Dia bijak dan boleh menjadikan jalan cerita menjadi menarik walaupun topik tentang secawan kopi. Antara sebab kenapa aku jatuh cinta.

Kami bercinta 14 tahun. Lama kan, sebab Nur cakap lelaki yang nak halalkan dia mesti fight untuknya. Nur mahukan bakal suaminya seorang yang rajin dan sabar dengan karenahnya. Setia dan sanggup membayar hantaran dan hadiah hadiah yang tersebut.

Nur beri tempoh sehingga umurnya 30 tahun. Jadi apabila aku mula bekerja pada umur 21 tahun sebagai kakitangan kerajaan gred 19 aku mula menyimpan. Gaji aku rendah. Hanya Allah saja yang mengetahui betapa susahnya aku mengumpul duit.

Aku berasal dari keluarga yang susah. Aku anak yatim kem4tian ayah dari umur 10 tahun. Ada abang dan kakak yang ramai. Abang dan kakak aku mempertikaikan hantaran Nur. Kami ni ibarat enggang dengan pipit tapi aku usahakan juga sebab cintanya aku pada dia.

Aku pernah juga minta diskaun tapi Nur menolak. Katanya dia letak hantaran berdasarkan nilai dirinya. Dia tahu dia cantik dari keluarga berada. Ada perniagaan sendiri dan mempunyai master degree.

Oh ye.. hantaran Nur ni ditetapkan sendiri oleh Nur. Tiada campur tangan dari ibubapanya.

Aku bekerja siang malam nak mencukupkan duit hantaran. Siang dengan kerja hakiki, malam pula aku jual burger. Hujung minggu aku buat kerja kerja seperti baiki paip, pasang lampu dan sebagainya. Aku pegang janji Nur nak tunggu aku mencukupkan duit hantaran.

Dalam masa yang sama aku dapat tahu ramai yang meminang Nur. Ada yang punya stesen minyak, ada yang nak letak hantaran RM60k.

Kecil betul aku di kalangan mereka mereka ni. Aku kerja kuat kuat. Aku padam keinginan aku nak pakai kereta, nak pakai baju yang mahal mahal.

Nur akhirnya menjadi isteri aku pada umur 30 tahun. Kami dikurnikan 3 anak yang sihat. Cantik macam Nur, hensem macam aku.

Memiliki Nur sangat mencabar. Aku bekerja non stop. Aku hargai dan menyayanginya sepenuh hati. Nur sangat manja disebabkan anak kesayangan ayahnya jadi dia sangat degil, mulutnya sangat deras.

Jika bertengkar, kata katanya sangat menikam jiwa aku. Sebab tu Nur cari pasangan yang sabar.

Namun, selepas beberapa tahun berkahwin Nur berubah menjadi lembut. Ada juga dia membebel tapi aku diam aje. Hadiah coklat pasti buat dia tersenyum. Nur pandai sesuaikan diri dengan keluarga aku. Semua ahli keluarga aku sayang padanya.

Oh ye.. duit hantaran tu Nur bantu aku buat modal mula perniagaan aku sendiri. Barang kemas masuk ArRahnu sebagai tambahan modal. Bertahun tahun bekerja pelbagai mencari duit hantaran menyebabkan aku terbiasa.

Perniagaan aku secara part time membuahkan hasil. Aku bercadang nak berhenti kerja.

Sekarang aku sedang menyiapkan rumah berharga RM500k untuk Nur complete dengan pool. Sebagai hadiah kepercayaan dan kesetiaan Nur pada aku. Doakan kasih sayang kami berkekalan hingga akhirat.

Pesanan aku kepada bakal bakal pengantin perempuan terutamanya. Nilai diri setinggi langit. Jika diri sendiri tak letak nilai selayaknya bagaimana orang lain nak menilai kamu.

Jangan bantu pihak lelaki mencukupkan hantaran. Biar dia cari dengan kudrat sendiri supaya dia lebih menghargai kamu.

Kepada pihak lelaki pula, berusaha untuk mencukupkan duit hantaran. Anggaplah sebagai hadiah kerana si isteri akan take toll hampir semua hal hal rumahtangga, mengandung, bersalin dan sebagainya.

Selagi boleh diusahakan. Jika tak mampu bermaksud belum layak lagi berkahwin. Usaha dahulu pasti berhasil.

Reaksi warganet

Norain Kamarudin –
Ni la baru betul tujuan hantaran tu, untuk diguna lepas kawin bersama sama. Bukan nak support kenduri belah pompuan pastu duit kaut mak dan pak tutup rapat pintu simpan bawah bantal, anak menantu terkontang kanting settle Hal kenduri.

Satu hal lagi, ada pompuan nak letak hantaran tinggi tapi tak tengok cermin, yang laki nak hantaran rendah or kalo boleh kawin free tapi nak bini serba serbi cap A macam Nur. Benda mudah tapi mentality yang jadikannya susah.

Marni Ainin Syahirah –
Nie betui aku cakap. Duit hantaran tu diletak bukan untuk dirunding, ianya diletakkan untuk tengok effort lelaki tersebut.

Whoever lah perempuan tu. Even dia ada SPM , diploma, degree, master degree, hodoh, cantik, pandai masak, tak pandai masak.

Korang kena ingat sebagai parents ada hak itu letak harga tu, misal korang de anak perempuan it will the same.

TOLONG JGN CKP X KAN BUAT. MR.F korang tak de lagi masa tu. Aku penat tengok drama hantaran nie. Sebagai anak kena respect parents pasal benda nie. Sory out of topic. Cuma aku nak tegas kat sini. Semua benda boleh settle if korang ada rasa tanggungjawab tu je.

Nurhanah Jaferi –
Saya kawen takde wang hntaran. Mas kawen RM 30 sahaj. Saya sendiri yang pujuk parents supaya jangan letak wang hntaran. Sebab saya ni tak pndai masak, tak cantik, serba serbi kurang.

Tapi alhmdulillah dah hampir 3 tahun jadi isteri, saya dah mahir kerja kerja rumah, memasak dan lain lain.

Saya sayanggg suami saya sangat sangat. Nak memudahkan dia untuk memiliki saya dan memudahkan saya untuk menuai pahala sebagai isteri.

Sara Laila –
Ada betul nya. Dari diri masing masing lah kalau rasa kesian tak nak susah kan bakal suami takpe, boleh je hantaran murah.

Macam saya, saya cantik pndai masak. Tapi belajar tak tinggi lah hehe. Saya dah cakap dengan bf hantaran saya minta RM10k saja.

Lagipun saya prefer majlis simple ja asal dah nikah. Nanti lepas kawin lagi banyak duit nak pakai untuk anak. Anak pun saya tetap kan 2 orang.. Sepasang.

Dia pun okey sebab dia taknak saya stress banyak banyak anak anak. Takde anak pun dia okey ja. Syukur lah sebab dia memang baik. Layanan dia samaa saja tak pernah berubah.

Bab duit memang tak berkira. Birthday pun dia bagi rm800 untuk hadiah. Beli kan macam macam. Apa saya minta dia bagi. Hehe.

Terpulang kat masing masing. Asalkan hati tak berubah lepas kawin.. Doa saja yang baik hehe

Syera Rose –
Berbaloi dengan kepercayaan antara 2 pihak. Sesetengah orang angkat kaki terus. Saya adore dengan kesungguhan En. dalam menghalalkan ikatan.

Dengan kecantikan yang wife En. ada kalah model + kebijaksanaan + kekayaan + kerjaya + kesetiaan dia layak minta lebih.

Bagi rakyat jelata seperti saya yang biahse2, pelajaran biahse2 + family biahse2 + kerjaya biahse2 apatah lagi rupe paras. Sudah tertentu fikiran melepasi kayangan umtuk meminta lebih. Bagi kami yang hadir bertanggunjawab plus bukan biawak hidup or buaya daratan sudah cukup lega.

Sue Zee –
Pehhh, bukan kaleng kaleng hantaran 30k. Saya yang orang offer nak bagi hantaran 20k pun rasa macam tak layak je. Entah kenapa org tu beria nak kahwin dengan saya sampai 3 kali try merisik saya melalui my parents.

Tapi saya tetap menolak sebab rasa macam tak sesuai dan orang tu bukan jodoh saya. Alhamdulillah, setahun lepas saya tolak pinangan orang tu, tak sangka saya berjodoh dengan suami yang baru kenal.

Masa awal awal suami tanya agak agak berapa nilai hantaran saya. Saya tak berani nak memandai tetap kan sendiri nilai duit hantaran. Sy tanya my parents. Even my parents just berkias “ikut nilai hantaran semasa dan ikut kemampuan pihak lelaki”.

Tapi suami saya faham faham sendiri dan dia ikhlas nak bagi nilai duit hantaran berbelas k dan mas kahwin *k untuk saya sebanyak yang tertulis dalam sijil nikah kami.

Tapi ada kawan lelaki sekerja kata saya baik sebab tak minta hantaran mahal mahal sebab suami nak kahwin dengan perempuan yang independent macam saya hahaaa. Ye ke..

Cik Ros –
Letak la hantaran berapa juta pun.
Tak ada dosa pun. Mahal ke murah ke.

Cuma sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

” Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. (Riwayat Abu Daud)

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

” Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. (Riwayat Ahmad)

Kadang kadang yang letak rendah dan sederhana tu bukan sebab dia perempuan nilai murah. Atau hodoh. Ramai jer yang pakej lengkap, educated dan tinggi ilmu agama. Tapi mereka nak kan barakoh pernikahan tu.

Sumber – Razlan (Bukan nama sebenar) via IIUMC

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *