Aku ibu tunggal. Tiba2 H ajak bercuti berdua. Aku fikir mgkn bilik asing. Rupanya aku silap

Foto sekadar hiasan.

Nama saya Lisa (bukan nama sebenar), berumur 30 tahun, status ibu tunggal. Selepas di cerraikan dalam tempoh 6 tahun perkahwinan.

Punca percerraian adalah kerana tidak sehaluan dalam banyak perkara. Atas persetujuan masing masing akhirnya dua dua bersetuju untuk bawa haluan hidup sendiri. Hasil perkahwinan kami di kurniakan seorang anak, dan atas pesetujuan juga anak di bawah jagaan saya.

Dalam setiap perkahwinan setiap daripada isteri tentunya menginginkan suami yang boleh membimbing, mengajak ke jalan yang di redhai Allah.

Namun, itulah juga salah satu punca percerraian bila bekas suami selalu mempersoalkan tentang ibadah ibadah yang aku lakukan.

Memandangkan dia masih mengamalkan gaya hidup yang sudah biasa dari zaman kami bujang dan saya pula sudah berhijrah. Akhirnya saya akur, dan menerima bahawa jodoh kami tidak panjang. Dan percaya ketentuan Allah adalah jauh lebih baik.

Sepanjang menjadi ibu tunggal, saya berusaha memperbaiki diri, menghadiri majlis majlis ilmu, kerana niat betul betul mahu berubah dan mendalami agama.

Sehinggalah saya telah menemui seorang lelaki yang baik agamanya, akhlaknya, budi bahasanya, penampilannya bahkan mempunyai rupa paras yang boleh tahan. Saya namakan dia sebagai H.

Setiap hari berhubung melalui media social, whatsapp dan call. Pasti ada isu isu agama, atau ilmu ilmu baru yang akan H kongsikan bersama saya.

Membuatkan saya semakin tertarik kepadanya. Namun, hasrat saya pendamkan memandangkan sedar status saya sementara dia pula lelaki bujang yang belum pernah berumah tangga dan sudah tentu pilihannya pasti anak dara juga.

Namun suatu hari, H menyuarakan bahawa dia sudi menerima diri ini apa adanya bersama anak untuk menjadi pendamping hidupnya dengan niat untuk membimbing. Lalu, hati mana yang tidak gembira bila rasanya seolah olah insan yang betul telah hadir di masa yang tepat.

Bahagianya bukan kepalang. Maka, janji janji pun terpateri. Bermacam macam rancangan yang dilakar untuk masa depan bersama termasuklah berjumpa keluarga masing masing pada perayaan berikutnya. Sehinggalah keserasian telah wujud di antara kami.

Satu hari, secara tiba tiba H menyuarakan untuk mengatur percutian berdua. Dengan alasan untuk lebih mengenali hati budi masing masing.

Mulanya hairan namun cuba berfikir positif, mungkin percutiannya berlainan bilik. Kerana yakin dengan imannya, akhlaknya, mana mungkin orang beragama terfikir untuk mendekati ziina.

Namun benarlah, syaiitan itu penuh dengan tipu daya, penuh dengan muslihat. Percutian berdua akhirnya menjadi tragedi hitam dalam hidup saya. Dan tidak berhenti sampai di situ. Perkara yang sama terus berulang bila dua dua ada masa cuti yang sama.

Bercuti layaknya seperti pasangan yang sedang honeymoon. Berkali kali harga diri di serah dan di janjikan akan di jadikan isteri bila sampai masanya. Setiap kali selepas bersama, malah H selalu menasihati agar solat taubat sungguh sungguh.

Namun perjumpaan berikutnya benda yang sama tetap berulang juga. Tewas dengan nfsu. Sehinggalah suatu hari segalanya terbongkar.

Sebelum ini H mengatakan bahawa sayalah satu satunya wanita dalam hidupnya. Sungguh, saya lupa lidah orang beragama juga tidak bertulang. Sehinggalah hari di mana saya check handphone H, dan saya dapati terlalu banyak chat di messenger bersama wanita lain.

Wanita wanita yang niatnya juga ingin belajar agama. Hancur hati saya bukan setakat di situ bilamana saya dapati satu nombor yang kerap kali H hubungi.

Saya ambil secara diam diam dan simpan untuk tujuan siasatan kelak. Akhirnya, saya buat panggilan mengajukan keraguan. Dan saya dapati rupanya H adalah tunangan orang dan mereka akan berkahwin dalam tempoh yang tidak lama lagi.

Ya Allah, sedihnya bukan kepalang. Sedih kerana selama ini di tipu dan kerana memikir maruah diri yang sudah di gadai.

Saya ajukan persoalan kepada H, dan hanya kata maaf yang mampu dia berikan. Dalam persimpangan di antara dua wanita, sudah jelas tentu dia akan memilih tunangnya. Saya juga jelas tentang itu.

Akhirnya hari ini, diri ini di buang seperti sampah yang paling jijik tanpa ada kata putus dan tanpa ada rasa tanggungjawab selepas semua yang terjadi.

Di block dari semua media social, whatsapp, call. Allahu, tidak pernah terbayang sebegini kejam fikiran orang yang memanfaatkan pengetahuan agama untuk mengambil kesempatan ke atas wanita.

Selama melalui jalan buntu, ada masanya saya terfikir mungkin lebih baik saya tidak berhijrah. Kerana ujian untuk berhijrah ini betul betul berat. Namun syukur, keyakinan kepada Allah tidak pernah hilang dari diri.

Agama tidak pernah salah. Yang salah adalah apabila golongan golongang seperti H terus memanfaatkan wanita wanita yang ikhlas ingin berubah dan belajar agama.

Saya anggap ini sebagai pengajaran buat diri sendiri dan kongsikan kepada pembaca supaya selalu lah berhati hati dengan siapa kamu berkenalan atau berhubung.

Jangan terlalu cepat percaya dengan penampilan luaran, apatah lagi post post keagamaan di media social belum tentu menjamin kebaikan seseorang. Buat H, sekiranya kamu membaca ini maka saya berharap kamu insaf dan berubah.

Berhentilah menarik, mengambil kesempatan dan merosakkan wanita yang betul betul ingin belajar agama.

Buat para pembaca, khususnya wanita, berhati hatila dengan siapa kamu berhubung dan berkenalan. Kerana belum tentu yang baik agamanya itu baik juga dalamannya.

Selain saya, ramai lagi wanita wanita yang saya dapati berhubung dengan H melalui apps messenger/ whatsapp. Semoga kalian tidak terpedaya dan menjadi mngsa seperti saya.

Luaran dan postnya nampak baik, namun hakikatnya, syaiitan bertopengkan manusia. Berhati hatilah wahai hawa, Semoga tidak ada lagi wanita yang jadi mngsa seterusnya.

Doakan saya supaya terus kuat dan terus tabah. Kerana apa yang merisaukan saya ialah sekiranya hasil hubungan haram itu meninggalkan benih di dalam rahim saya. Nauzubillahiminzalik.

Semoga Allah melindungi saya daripada takdir yang lebih buruk. Doakan saya.

Reaksi warganet

Iqa Dira –
“Jangan guna perempuan lemah, perempuan tak terdaya, perempuan mudah simpati”. Hello sis, no means no okay. If kita tolak, benda tak akan jadi okay. Lepastuh jadi lagi berkali kali, hang yang lemah dengan nfsu hang.

Jangan nak salahkan hijrah, ujian hijrah, ujian ujian ujian. Hidup ni pilihan, hang yang pilih jalan tuh lepas tuh claim ujian hijrah. Nonsense. Hmm

Fiza Amir –
Kak, siapkan minda akak dengan preparation yang dah kawen pun boleh curang, ni kan belum ikatan sah. Kalau betul baik, segerakan pernikahan, salah satu chess pieces dia untuk puaskan nfsu. Kepercayaan tu terlalu mahal untuk orang betul betul layak. Sayangilah diri daripada jadi nfsu buaya darat, jangan terpedaya kata kata manis lelaki.

Aminah Siti –
Lelaki normal takde nya mulut manis, ramah, sweet. Beragama apa kalau duk call, bergayut, video call bagai. Tu dah red flag.

Orang perempuan sudah sudah la hidup dalam drama pukul 7. Pandai pandailah jaga diri sendiri. Jangan harap orang lelaki nak jaga kita, bimbing kita. Kita lah yang bimbing diri kita sendiri.

Ada hadis nabi, setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab akan pimpinannya. Tak kira laki atau perempuan, kita adalah pemimpin. Hadis kullukum ro’in.

Yang maksud ayat lelaki qawwam ke atas perempuan tu, bukan lelaki pemimpin ke atas perempuan, tapi maksudnya lelaki berdiri, berhadapan, commit. Nampak tak tanggungjawab lelaki kat situ? Orang kita bantai semua translate pemimpin.

Apepun, benda dah lepas. Confessor dah dapat pelajaran nya. Jangan mudah mengalah, mohon hidayah dr Allah. Semoga dimudahkan urusan.

Linda Normas –
Terkadang wanita, kamu sendiri menjadikan ‘agama’ sebagai alasan diri tertipu. Kamu sendiri pun seronok perkara terlarang tu berlaku sehingga berulang ulang kali.

Astagfirullah, sedih saya membacanya. Kamu seorang ibu. Pengalaman pernah berumahtangga sepatutnya mematangkan diri .

Tolonglah, jaga diri, jaga maruah sendiri dan jaga juga maruah anak kamu. Dia berhak mendapat seorang ibu yang baik akhlaknya. Saya doakan yang terbaik untuk kamu .

Mariam Aziz –
Aku rasa comment aku ni mungkin dibaca oleh my family, friends but i need to say this.

To all women luar sana, Please la weiii. Jaga kehormatan. Jangan ingat ‘oh nanti kahwin la’, so takpe buat macam tu. Tak berbaloi rasa sayang dekat lelaki sampai kena azab Tuhan. Tak takut Allah ke? Berziina dosa besar tau. Dunia ni kejap je weh.

To confessor, You are a grown up lady. Dah mumayyiz. Boleh fikir apa pahala apa dosa. So no excuse. Allah Maha Pengampun. You cannot find happiness from man. Bertaubat lah. Selagi kita hidup, selagi tu lah, kita masih boleh bertaubat. Allah sangat Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Move forward, taubat and take care ok.

Maaf kalau ada sesiapa tersinggung.

Penglipur Lara –
Saya tidaklah sealim mana, tapi saya nak pesan kat adik adik perempuan kat luar sana, kalaupun nak kenal hati budi lelaki nak keluar sama sama atas “dating” ;

1. Pergi tempat terbuka contoh restoran, kalau boleh waktu siang. Elakkan waktu malam.

2. Bawak teman tak kiralah adik beradik ke, kawan ke sepupu ke. Ada teman supaya ada manusia lain antara dua orang kalau nak terbuat benda lain ada yg menegur.

3. Naik kereta asing asing. Kalau boleh jangan naik satu kereta. Kang nanti ke lain pulak pergi.

Saya teringat pesan kawan kawan lelaki pada saya, lelaki akan hormat perempuan yang hormati diri sendiri. Tak kiralah balu, janda atau anak dara tua.

Jangan ada rasa low self esteem kalau ada status itu. Sayyidatina Khadijah juga seorang janda sebelum berkahwin dengan Rasulullah saw.

Saya doakan confessor dipermudahkan jalan dan dipertemukan dengan lelaki yang soleh. InshaAllah.

Sumber – Lisa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *