Aku cari Rina di rumahnya. Aku tempik. Maknya dtg, penampar aku dpt. Kata2 nya buat aku terpana

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Sebelum aku mulakan cerita, terima kasih kerana menyiarkan luahan hati aku ni. Aku dah lama pendam dan aku perlukan pendapat orang ramai adakah aku yang melampau? Oleh sebab tu, aku buat keputusan untuk confess.

Izinkan aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku Sara dan usia aku 28 tahun. Aku dah berkahwin dan baru disahkan mengandung zuriat pertama aku dan suami. Usia perkahwinan aku dah masuk 6 tahun.

Aku berkahwin ketika masih lagi bergelar seorang pelajar di IPTA. Ketika aku dan suami berkahwin, suami aku Fikri sudah pun berkerja sebagai penjawat awam.

Alhamdulillah, perkahwinan kami bahagia. Semua kebajikan aku, suami penuhi. Suami aku baik orangnya. Tak pernah sekali dia tinggikan suara. Tutur katanya sentiasa lembut. Aku rasa cukup bertuah dikurniakan suami seperti dia.

Dipendekkan cerita, peristiwa ini berlaku sebulan lebih yang lalu ketika aku baru disahkan hamil. Aku tersangat happy, yang lagi happy sudah tentu Fikri. Dia memang sukakan budak budak.

Tapi sepanjang perkahwinan kami, even terpaksa menunggu sehingga 6 tahun, tak pernah sekali dia persoalkan keadaan kami yang belum ada rezeki menimang zuriat.

Kadang kadang aku sendiri yang stress sebab aku rasa kurangnya pada diri aku. Walhal aku tahu itu semua bergantung pada rezeki. Siapalah kita ingin mempertikaikan kerja Tuhan.

Namun, Alhamdulillah Tuhan makbulkan jugak doa aku untuk merasai nikmat menjadi ibu.

Fikri memang betul betul jaga aku dengan baik. Terasa betul nikmat dimanjakan suami. Sayang aku padanya membuak buak.

Namun, begitu la kehidupan, dalam pada kita bergembira, kita kena selalu beringat bila bila masa je Allah boleh tarik balik nikmat yang diberi. Untuk dia uji kita. Dan aku salah seorang yang diuji.

Satu hari tu, aku tengah berehat di rumah pada hujung minggu. Suami aku pulak keluar. Kawan dia Azmi yang datang ambik dia di rumah kami. So dia memang tak bawak kereta. Katanya nak teman Azmi beli barang kereta. Aku pun takde la soal apa apa lagi.

Tengah aku baring sambil tengok tv, pintu rumah aku diketuk dan ada orang beri salam. Aku pun bangun untuk bukak pintu. Rupanya kawan aku Rina yang datang.

Rina ni kawan aku masa zaman belajar dulu. Kami pernah jadi teman sebilik. Lepas habis belajar, aku contact dia balik lepas tahu dia ada berniaga kek dan kuih secara online.

Sejak dari tahun lepas aku memang banyak kali order dengan dia lagi lagi cream puff. Dia akan hantar ke rumah aku. Tambahan lagi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aku pun terkejut jugak dia datang. Sebab aku takde pulak order apa apa hari tu. Aku jemput dia masuk dan sambil bergurau tanya mimpi apa dia tiba tiba datang rumah aku.

Dia pun hulurkan aku sekotak brownies dan bagitahu dia kebetulan nak COD area rumah aku dab one of her customers cancel order so dia singgah rumah aku kononnya nak bagi kat aku brownies yang lebih tu.

Aku perasan masa kat dalam rumah tu, dia terjenguk jenguk macam tengah cari something. Lepas tu dia tanya aku suami aku mana. Aku pun dengan jujur bagitahu suami aku takde kat rumah. Dari riak wajah dia aku boleh nampak dia macam tak percaya dengan jawapan aku.

Dah macam CSI dia tanya lagi kenapa kereta ada? Dah lama ke keluarnya? Aku yang memang jenis lurus bendul jawab je semua soalan dia. Tak lama lepas tu dia minta izin nak balik.

Lepas dia balik, aku teringat nak call Fikri nak suruh belikan minyak gamat. Tapi berpuluh kali aku call phone dia tapi takde orang angkat.

So aku pun buat keputusan nak pergi beli sendiri sebab kedai runcit tak jauh mana pun dengan rumah aku. Memandangkan kereta Fikri dah kat luar porch, aku pun ambik kunci kereta and decided nak pergi dengan kereta dia je.

Bila aku masuk dalam kereta, terasa macam ada something kat seat kereta. Rupanya phone suami aku terselit kat seat kereta. Mungkin jatuh dari poket dia masa dia pergi kedai pagi tadi agaknya.

Aku pun ambik phone tu. Memandangkan takde password, aku pun bukak dulu phone. Takde niat apa pun masa tu. Aku terkejut betul bila tengok hampir 50 missed calls dari nombor Rina.

Bila aku check whatsapp, mesej paling last dari Rina saja cukup buat aku rasa menggigil nak marah. Dalam masa yang sama aku sangat sangat sedih. Tak penah aku rasa sedih macam tu seumur hidup aku. Aku dah macam tak tahu apa yang aku rasa.

Air mata aku mengalir laju melihat mesej dari Rina,

“Abang pergi mana sebenarnya?!! Kenapa tak jawab call???? Dah ada perempuan lain ke selain saya dengan perempuan tu?”.

Aku yakin, PEREMPUAN TU yang dimaksudkan itu aku.

Rendahnya taraf seorang isteri di mata dia. Tak ubah macam aku ni sekadar perempuan simpanan yang jadi orang ketiga.

Banyak lagi la conversation antara dua kekasih tu yang aku baca. Patut la dia datang ke rumah, mesejnya tak berbalas dari pagi tadi. Call pun tak diangkat. Risau agaknya KEKASIH HATI ke mana.

Aku tak jadi ke kedai. Aku masuk ke dalam rumah dan menangis sepuas hati aku. Sumpah, sepanjang perkahwinan aku tak pernah sekali aku curiga dengan suami aku. Langsung tak pernah!

Bila jadi macam tu, hati aku betul betul ranap. Sebab aku langsung tak pernah sangka dia boleh curang di belakang aku. Betul kata orang, jangan letakkan kepercayaan 100% pada siapa siapa pun.

Aku yakin, suami aku dengan senang boleh curang sebab aku orangnya tak banyak tanya. Dan aku tak pernah curiga dengan siapa dia berkawan.

Buktinya, dia langsung tak padam whatsapp dia dengan Rina. Phone juga tak diletak password. Sebab di tahu aku tak pernah syak wasangka. Dan kalau orang kenal suami aku, memang tak akan sangka dia boleh buat perangai. Pijak semut pun tak m4ti!

Petang tu lepas suami aku balik, aku bergaduh teruk dengan dia. Tapi aku banyak menangis dari bercakap. Aku memang menangis teresak esak yang sampai sebak tak boleh bercakap. Aku tunjuk kat dia semua mesej yang aku baca.

Seperti yang aku bagitahu sebelum ni suami aku bukan jenis yang meninggi suara, dalam keadaan aku menekan dia supaya berterus terang, dia masih tak meninggi suara. Masih membahasakan dirinya abang.

Dia cuba peluk aku yang dah macam kena rasuk, tapi aku tepis. Aku berdegil suruh dia terus terang.

Akhirnya dia buka cerita. Dia mula baik dengan Rina lepas aku suruh dia pergi self pick up order aku kat rumah Rina sebelum aku hamil. Ya memang betul masa tu aku ada bagi suami aku nombor Rina untuk mudahkan dia pergi pick up kuih yang aku order lepas dia balik kerja.

Bermula dari situ Rina selalu whatsapp dia. Dari bertanya khabar sampai la ber-abang sayang. Bila aku dengar je semua pengakuan tu, aku makin kuat meraung.

Aku masuk dalam bilik, aku tutup pintu kuat kuat. Memang aku buat pekak je dia mintak maaf dan mintak aku bukak pintu. Emosi aku memang sangat teruk masa tu. Aku menangis sampai bengkak mata aku.

Malam tu suami aku tidur di ruang tamu. Esoknya aku bangun awal dan bersiap untuk keluar. Aku memang tak sanggup nak hadap muka suami aku kat rumah. Even pandang muka dia pun aku sakit hati.

Bila aku keluar je dari bilik, suami aku terus bangun pegang tangan aku tanya aku nak ke mana. Sekali lagi aku tepis dan meninggi suara.

Aku tau aku berdosa dengan suami. Itu la kali pertama aku berkasar dengan suami aku. Tapi hati aku hancur. Lagi hancur bila perempuan tu kawan aku sendiri. Tambah lagi aku tengah mengandung.

Fikri ikut aku sampai ke kereta untuk halang aku keluar. Tapi hari tu aku memang melawan. Aku hempas pintu kereta sekuat hati. Aku buat keputusan aku nak jumpa Rina. Aku nak dengar dari mulut dia sendiri.

Sampai di rumah Rina, aku jerit sekuat hati panggil nama dia. Akhirnya dia keluar dan kami bercakap di luar pagar rumahnya. Pada awalnya dia memang tak nak mengaku, katanya mereka sekadar berkawan.

Lepas aku tunjuk semua mesej “abang” “sayang” yang aku captured dengan phone aku, akhirnya dia mengaku. Siap menangis sekali.

Katanya dia silap sebab terjatuh hati dengan suami aku dan dia dah cuba untuk lawan perasaan tu tapi tak mampu sebab dia dah terlampau sayang.

Dia merayu mintak maaf dengan aku. Tengah kami bergaduh tu suami aku pulak kept on calling aku beratus kali. Aku menjerit jerit marahkan si Rina, aku bagitahu dia lepas ni aku dah tak nak dengar nama dia lagi. Aku dah takde kawan macam dia dan aku nak dia berhenti kacau suami aku!

Memang tinggi betul suara aku. Tak tahan menahan amarah. Kalau siapa kenal aku mesti terkejut aku boleh jadi macam aku. Aku ni marahkan kucing pun tak pernah.

Dalam bising bising kami bertekak, mak si Rina tiba tiba keluar dari dalam rumah. Dia keluar dan terus tampar aku. Dia tarik tangan Rina. Memang aku terpana. Segala kata makian keluar dari mulut mak dia. Yang paling aku tak kan lupa mak dia still pertahankan anaknya dan boleh cakap kat aku…

“Kau nak marah kat siapa laki cari orang lain? cuba cermin diri sendiri tu dulu! Kat mana kurang kau tu?. Muka tak tahu malu datang serang rumah orang. Kalau aku jadi laki kau dah lama aku cerraikan!”.

Berkali kali aku kena tolak. Rina masih menangis. Pelik kan dia yang menangis.

Oleh kerana aku sedar aku tengah mengandung aku tak nak jadi apa apa kat kandungan aku. So, aku ambik keputusan untuk masuk dalam kereta. Dalam kereta aku menangis semahu mahunya.

Masa dalam kereta masih terdengar mak Rina warning aku jangan sesekali ganggu anak dia or datang rumah dia lagi. Aku hidupkan enjin kereta dan drive entah ke mana mana. Aku berhenti kat depan masjid dan sambung menangis lagi.

Bila aku sampai di rumah, suami aku takde di rumah. Sungguh hari tu aku kenyang dengan menangis. Badan aku rasa penat sangat sangat tapi hati aku lagi penat. Sejam kemudian suami aku sampai.

Dia duduk tepi aku dan pegang tangan aku. Dia mintak maaf, dan bersumpah yang memang ada khilaf dia terlalu ikutkan perasaan. Suami aku menangis merayu dengan aku.

Tapi masa tu, aku langsung takde rasa simpati. Hati masih sakit teringatkan makian dan penampar mak si Rina tadi. Aku langsung tak bercakap. Yang ada cuma air mata yang mengalir.

Malam tu aku berkurung dalam bilik dan masa aku bukak whatsapp aku, aku ter “view” story si Rina. Sekali lagi hati aku bengkak. Terpampang gambar seorang lelaki tengah memandu, tapi view dari tepi. Dan aku kenal itu gambar suami aku!

Caption yang ditulis lagi menambah sakit hati aku,

“You’re the only person I want to fall asleep next to…”.

Drah aku betul betul naik. Maknanya mereka pernah keluar berdua. Entah bila gambar tu diambil. Malam tu suami aku tak ke mana mana. Maksudnya gambar lama.

Aku keluar dari bilik dan terus tunjuk gambar tu pada suami aku. Dia mengaku mereka pernah keluar dalam 2 atau 3 kali untuk makan. Selebihnya hanya berwhatsapp. Hati aku hancur lagi.

Oleh kerana terlampau marah, aku termakan hasutan syaiitan. Malam tu buat pertama kalinya aku ucap perkataan yang tak pernah terlintas akan aku ucap selama aku hidup.

“Saya nak cerrai! Saya tak nak dah hidup dengan lelaki macam awak!”

Aku sendiri pun tergaman dengan kata kata sendiri. Apa lagi suami aku. Aku terlampau sayangkan suami aku.

Kata kata dari mulut aku sendiri macam mengkhianati hati aku. Mata aku bergenang air mata. Aku sebak. Aku sayangkan perkahwinan aku, tapi aku sakit hati dengan pengkhianatan suami sendiri.

Suami aku tiba tiba pergi ambik phone dia dan call someone. Dia set mode panggilan kepada loudspeaker dan tarik aku untuk dengar. Aku tepis tapi dia tak lepaskan tangan aku. Rupanya dia call nombor Rina. Panggilan berjawab.

“Rina, bersaksikan isteri saya kat tepi saya sekarang, saya nak kita berhenti berhubungan lagi. Saya sayangkan isteri saya dan bakal anak kami. Saya mintak maaf kalau perbuatan saya selama ni buat awak berharap lebih pada saya”.

“Tapi selama saya hidup saya bersumpah wanita yang saya sayang cuma Sara seorang. Silapnya saya ikutkan nfsu, saya harap awak tak hubungi saya lagi dan buat cerita yang bukan-bukan lagi..”

Rina cuma dia tak bersuara. Suami aku tamatkan panggilan. Lepas panggilan diletak. Dia keluarkan kad sim phone nya dah patahkan sim tu di hadapan aku.

Suami aku suruh aku block nombor Rina, tapi aku memang tak block. Aku nak tengok apa lagi dia nk update lepas ni. Rupanya betul saban hari dia update story whatsappnya. Dan aku tahu dia nak provoke aku.

Pernah aku terbaca story whatsappnya di pejabat.

“Awak mungkin tak sedar awak dah lukai hati perempuan yang benar benar sayangkan awak. Tapi awak tetap pilih dia. Saya pasrah walaupun hati parah..”

Wah… dah macam aku pulak yang kacau suami dia.

Dan banyak lagi lah kata kata yang dimuatnaik. Termasuk yang terbaru sebelum aku tulis confession ni.

“The hardest part about walking away from someone is when you realize that no matter how slow you go, that someone will never run after you. I STILL LOVE YOU MF” aku tau MF mesti singkatan nama suami aku, Mohd Fikri.

Semuanya aku screenshot untuk kegunaan akan datang. Sekarang ni, aku dah tak macam dulu. Walaupun suami aku dah mintak maaf dan janji tak akan buat lagi. Tapi lukanya masih terasa. Aku banyak diam dari bercakap.

Aku tau ramai yang nasihatkan aku supaya block Rina dan jangan stress kan diri sendiri sebab aku mengandung. Tapi aku tak boleh, aku tetap nak tengok apa yang dia tulis. Walaupun hati aku sakit.

Aku sebenarnya rasa berdosa sebab suami aku bersungguh pujuk aku. Tapi kerana semua kejadian tu kadang kadang aku sampai fikir suami aku sebenarnya baik dengan aku just sebab aku mengandung. Mungkin dia tak cinta pun kat aku. Mungkin dia terpaksa.

Aku cuba untuk rawat hati sendiri. Doakan aku dapat lupakan kecurangan suami aku. Aku sayangkan rumahtangga aku tapi sukar untuk aku percaya balik dekat suami aku.

Kalau anda semua ditempat aku, apa yang akan anda buat? Block Rina?

Reaksi warganet

Sara Naduwaa –
Menjawab soalan, apa kami akan buat? Kalau saya jadi awak, saya update status sweet sweet dengan suami saya. Biar Rina tengok. Kite tengok sapa lagi sakit hati. Hahahaha

Tapi ada risiko awak kene mandram la nanti sampai cerrai berai, sebab orang dah sakit hati.

Jadi jalan terbaik, block jelah Rina tu then amik masa tenangkan diri. Ingat, anda layak untuk bahagia.

Liyana Mohmad –
Awak, Memaafkan memang boleh. Tapi nk melupakan sampai nafas terakhir pun tak kan boleh lupa.

Lebih cintakan Allah dari cintakan manusia boleh kuatkan diri awak untuk menempuh hari hari mendatang. Banyak lah menangis kerana Allah, dari banyak menangis kerana makhluk.

Adibah Solehah Che Hasan –
1. Bagitau mak mertua pasal hal ni. Supaya apa apa jadi awak tak dipersalahkan.

2. Block Rina. Sungguh emosi ibu mengandung akan pengaruhi emosi dan kesihatan anak bila lahir. Kesiankan diri dan anak. 6 tahun da menunggu.

3. Time suami tengah bersungguh pujuk, time nilah kena amik kesempatan – mintak dia buatkan hibah, beli emas emas. Kalau kongsi komitmen time nilah beratkan balik komitmen tu pada suami dan lain lain yang perlu.

4. Carilah kaunselor. Pergilah berdua. Kos kos semua minta suami bayar. Semoga confessor terus tabah, semoga memperolehi semula kebahagian.. Aamin

Amalina Mohd –
Tak payah nak tau story atau status whrsap dia. Block trus.

Bila ibu mengndung stress, baby bila lahir akan kuat meragam, antibodi kurang, mudah kena ekzema juga.

Fikir jangka masa panjang untuk kesihatan anak kita. Awak pun tunggu lama dah baby kan. Jangan biar emosi ngtif ni ganggu pembesarannya.

Mengadu pada Allah tentang sakit hati awak pada perampas tu. Moga dapat kurangkan stress.

Shahirah Azmi –
Kekadang wanita sendiri yang menyakiti wanita lain. Saya tak kata suami puan tak salah sebab terang terangan dia memang salah. Tapi Rina pun sangat teruk. Betray kawan yang kira baik dengan dia.

Patut husband puan stop relationship tu dulu lagi bukan bila dah kantoi. Sebab he’s sorry because dia kantoi. Cuba kalau tak kantoi. Taktau sampai bila berlaku penipuan tu. Pape pun boleh bagi 2nd chance.

Rawat hati sendiri. Block Rina tu sebab dia tau awak view story dia. Tu yang dia galak update. Dia tak dapat Fikri so dia sengaja nak buat awak sakit hati supaya awak pun tinggalkan Fikri nanti. Nampak dah permainan perempuan tu.

Stay strong utk baby dalam kandungan. Kalau mampu lupakan, cuba bina hidup baru dan lupakan kisah ni. Tapi jangan sekali kali percaya suami 100%.

Block Rina daripada hidup awak. Pastikan suami awak tak contact dia dah. Kalau mampu cari kerja tempat lain, pindah jauh jauh. Mak Rina pun 1. Boleh pulak salahkan orang lain dah terang terangan anak sendiri salah.

Iz Imani –
1. Stop stalk story si Rina, dia saja nak provoke dan tambah sakit hati awak sebab dia tak dapat suami awak.

2. Jaga kesihatan dan emosi sebab awak preggy, lama awak dan husband tunggu baby. Stop buat benda benda yang menyakitkan hati. Jaga baby baik baik, kesan emosi tak stabil tak elok untuk baby.

3. Tawakal dan berdoa lah, move on dan bagi peluang pada suami sebab nampak kesungguhan dia tu demi baby awak.

4. Jangan lupa bila dah move nanti, buat la wasap story yang sweet sweet bagi di Rina tu sakit hati sebab dia saja je tu nak sakit kan hati awak sebab dia tahu awak akan view story dia.

5. Last, berdoa lah Allah Maha Mendengar. Minta lah dengan Allah hati kita Dia saja boleh bolak balik kan.

Saya doakan urusan awak dipermudahkan. Memang tak mudah tapi saya doakan yang baik baik untuk awak.

Sumber – Sara Aisyah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *