Masuk bilik kakak, tgk mukanya bengkak. Bila dia tunjuk sijil nikah ibu ayah. Aku terus tergamam

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua dan terima kasih admin sekiranya kisah ini disiarkan. Terima kasih in advance untuk komen komen dan pendapat yang akan diberi nanti bila confession ini dikeluarkan. Semoga semuanya kata kata yang positive.

First of all aku perkenalkan diri aku, seorang gadis yang berusia 20-an. Anak kedua dari 5 beradik dan aku mempunyai sebuah keluarga yang boleh dikatakan sempurna dari segi kewangan, kasih sayang, semuanya hampir sempurna.

Ayahku seorang pengusaha perniagaan dan ibu seorang suri rumah. Kisahnya, kakak sulung aku bakal berkahwin Oktober depan dengan lelaki pilihan hatinya sendiri.

Dipendekkan cerita, baru baru ni ayah telah memberikan kakak sijil kahwin dia dan ibu untuk kakak uruskan pendaftaran pernikahnya nanti.

Dan pada waktu itu, ayah katakan pada kakak dia minta maaf andainya dia tak dapat jadi wali untuk kakak kerana tu silap dia dan ibu masa muda dulu.

Kakak kebingungan, tak terfikir langsung maksud ayah. Setelah dilihat pada tarikh perkahwinan mereka baru dia mengerti maksud ayah. Ibu dan ayah berkahwin ketika kakak sudah di dalam rahim ibu.

Aku bekerja di Melaka sementara keluarga aku menetap di Selangor. Kakak masih tinggal dengan keluarga.

Selepas saja kakak faham status dirinya, terus dia call aku dan menangis minta aku balik ke Selangor tanpa menjelaskan apa apa padaku. Aku sangat rapat dengan kakak.

Keesokannya selepas menerima panggilan kakak aku pun terus pulang ke rumah keluargaku.

Sampai saja di rumah aku lihat ibu dan ayah air muka mereka seperti kurang gembira. Aku masuk ke bilik kakak, aku lihat kakak, bengkak mukanya. Terlalu banyak menangis. Dia ceritakan segalanya pada aku. Dia tunjukkan aku sijil kahwin ibu dan ayah.

Reaksi aku, speachless. Ya aku speachless. Aku tak tahu apa nak dicakap. Aku diam. Pahit untuk ditelan.

Hal ini dirahsiakan dari adik adik yang lain. Kakak cuma berkongsi dengan aku oleh kerana adik adik yang lain mungkin masih belum layak untuk faham keadaan ni.

Yang menjadi persoalannya dalam diri aku, seandainya dulu ibu dan ayah menikah ketika kakak masih dalam perut ibu, adakah perkahwinan itu sah?, apakah status diriku dan adik adik yang lain andainya ibu dan ayah tidak menikah sekali lagi selepas kakak dilahirkan?

Bukankah anak di luar pernikahan itu akan terbatal air wudhunya dengan bapa kandungnya walau ayahnya sudah berkahwin dengan si ibu sekalipun. Bagaimana sebelum ini kakak selalu bersalam dan mencium ayah?

Aku benci, benci kenyataan itu. Aku terlalu sayang pada kakak, sedih hati aku tengok kakak menangis. Sepanjang aku dirumah, kakak tidak keluar bilik, tidak makan, hanya berkurung di dalam bilik dan menangis terus.

Aku pula, aku tidak menangis depan kakak. Tetapi aku juga menangis sehingga ke hari ini memikirkan bila nanti aku pula yang akan bernikah dan ayah tidak dapat mewalikan aku dan nasib adik perempuan aku yang seorang lagi.

Aku tak nak kakak tahu bahawa aku pun sedih dengan kenyataan itu. Terlalu sakit dengan kebohongan yang kononnya dapat disimpan.

Dan masih ada kah lelaki dan bakal keluarga mentua yang dapat menerima status anak diluar pernikahan. Semua ini menyakitkan.

Aku dengan secara perlahan mula membenci ibu dan ayah. Semakin kurang rasa hormat aku pada ibu dan ayah. Semakin hari aku semakin dingin dengan ibu ayah, whatsapp mereka aku tidak reply, call dari mereka juga aku biarkan sepi tanpa dijawab.

Selama ini ibu dan ayah yang aku hormat, yang aku kasih dan cinta telah menutup satu hakikat yang akhirnya menjadi kebencian buat diri aku. Aku benci takdir ini. Aku benci ibu dan ayah.

Kadang kadang aku terfikir untuk tidak kembali lagi ke rumah keluargaku. Kadang kadang aku rasa nak lari jauh dari mereka. Terlukanya hati aku, lebih terluka dari ditinggal kekasih, lebih terluka dari apa pun.

Aku tak tahu kenapa semua ini baru tersingkap sekarang. Hal seperti ini hanya diketahui bila sudah besar macam ni dan ketika waktu kakak sudah nak bernikah. Malam malam aku hanya tidur dengan air mata.

Setiap kali solat aku cuma minta Allah berikan ketabahan untuk kakak, dan minta diberikan petunjuk untuk kami terima semua kenyataan ini dengan ikhlas.

Terima kasih kerana sudi membaca dan semua kata kata yang baik. Doakan semoga kami kuat untuk menerima semua ini dan doakan supaya masih ada bahagia buat kami.

Reaksi warganet

Dina Ryoko –
Pernikahan ibu bapa adalah sah, cuma status kakak confessor. Confessor dan adik beradik yang lain dilahirkan dalam pernikahan yang sah.

Janganlah kita benci orang tua kita kerana kesalahan lampau. Mereka pun dah bertaubat dan telah menjaga keluarga dengan sebaiknya.

Nurul Aishah Rais –
Nikah sah la. Status kakak jek yang mungkin kena guna wali Hakim. Sory la dik, melampau pulak kau benci ibu ayah kau. Diorang dah insaf, dah jaga keluarga dengan baik dah.

Dekat berita Tu berapa banyak bayi malang yang kena campak la, kena buang lah sebab ibu taknak jaga anak luar nikah. Sebab diorang dah taubat, dah insaf diorang kahwin jaga semua anak anak dengan elok.

Kalau diorang tak maw, lahir lahir dah picit hidung bagi mati dah. Ingat senang ke nak jaga anak anak. Ingt dik, kat shoppe Lazada takde jual mak ayah tau. Allah bagi pinjam sekali jek. Tapi terpulang lah, kami boleh bagi nasihat jek…

Norlaila Mohd Din –
Berdosa dik buat ibu bapa macam tu. Tu dosa lama depa. Depa dah taubat, depa dah buktikan dengan pengorbanan menjaga semua anak anak dengan baik.

Adik jangan buat dosa baru, dosa derhaka dengan ibu bapa. Tu dosa besar dik. Nasihat kakak tu, tenangkan dia. Ini takdir yang kita kena terima. Tak boleh pusing balik maka orang beriman akan berdamai.

Dengan takdir buat yang terbaik, bersegera jumpa ibu bapa tu mohon ampun dik. Jumpa segera. U tak boleh tangguh dah. Ajak kakak sekali. Takdir ni berlaku dengan izin Allah juga. Jangan jadi penghukum.

Ummi Habiba –
Dear confessor. Yang penting awak dan adik adik yang lain tak kene tempias ini. Cuma nasib kakak jer sorang. Atas kesilapan lampau ibu ayah.

Tapi awak tidak boleh sekali kali terus mnghukum kesilapan silam mereka. Mungkin ketika itu mereka jahil.

INGAT!. Allah tidak melihat dosa dosa manusia Masa silam.. Allah melihat pengakhiran kita. Bersyukur lah kerana ibubapa awak sedar akan kesilapan mereka.

Kita tak layak untuk menilai sikap, perangai manusia lain apatah lagi untuk kedua ibubapa awak yang tersasar dimasa silam mereka. Jangan pernah untuk mmbenci ibubapa. Sedang mereka bersusah payah mmbesarkan, mmberi pelajaran, menjaga anda semua anak anaknya.

Jangan sampai Allah menguji anda pula nanti. Hati manusia sentiasa berbolak balik. Allah yang memegang hati manusia.

Ruzita Mohd Salleh –
Perkara sudah banyak kali dibincangkan. Perkahwinan mak ayah awak sah. Awak dan adik beradik yang lain anak sah taraf.

Kakak awak dan ayah awak tak batal wuduk sebab ayah awak dah bernikah dengan mak awak. Tu boleh dipanggil bapa tiri.

Cuma ayah awak tidak boleh menjadi wali kepada kakak awak. Kakak awak pun tidak layak untuk mewarisi harta pusaka dari ayah awak, tapi harta boleh diberi sebagai hadiah kepada dia.

Awak jangan la benci dekat mak ayah. Diaorang pun dah bertaubat. Awak patut rasa syukur sebab diaorg berkahwin dan bertanggungjawab jaga kakak awak tu. Masih ramai lagi yang jadi macam tu buang anak dalam longkang.

Sumber – The heartless (Bukan nama sebenar) via IIUMC

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *