Abg xlayak jd wali. Ibu minta kami nikah di pej agama. Tp tak sangka ini respon bakal mertua

Foto sekadar hiasan.

Assalamulaikum wbt. Aku anak ketiga dari 3 beradik merangkap anak bongsu. Jarak umur antara aku dengan kakak dan abang jauh beza.

Sekarang abang aku 40 tahun, kakak aku 35 tahun dan aku 25 tahun. Ayah dah pergi tinggalkan aku waktu umur aku 13 tahun dan aku dibesarkan oleh ibu.

Cuma aku dengan ibu yang duduk dekat rumah aruwah ayah tinggalkan, kakak dah ikut suami. Abang pula dah ada keluarga tapi mereka tetap balik untuk jenguk aku dan ibu, tetap hulur duit belanja untuk aku dan ibu.

Sekarang aku sudah 25 tahun, tak lama lagi dah nak jadi isteri orang. Yang jadi konflik sekarang adalah wali masa aku nikah, ibu agak berat untuk menyatakan hal ini kepada aku dan kakak tapi dia terpaksa mengatakan memandangkan aku akan berkahwin tak lama lagi.

Abang adalah anak tak saf taraf dah kalau ikut hukum syarak dia tidak layak untuk menjadi wali aku biarpun dia drah daging aku dan lahir dari rahim yang sama. Kami agak terkejut dan berfikir beberapa cara untuk maklumkan pada abang.

Bila abang mengetahui status dirinya, dia agak terasa hati mungkin kerana dia rasa dia patut tahu perkara tersebut lebih awal lagi. Tapi sebagai ibu, aku faham perasaan ibu macam mana memandangkan cuma abang seorang anak lelaki dia.

Abang jadi lebih pendiam, jarang bercakap dengan ibu. Kalau balik jenguk ibu pun, dia akan tidur semalam dua je itupun berkurung dalam bilik atau ambil angin dekat pangkin luar rumah. Ibu banyak menghabiskan masa bersama anak dan isterinya.

Aku? Macam biasa lah, budak dah nak naik sekolah jadi aku agak banyak menghabiskan masa disekolah.

Oh ya, aku merupakan cikgu sekolah rendah dan mungkin rezeki aku ditempatkan di kampung halaman jadi dapatlah jaga ibu sementara dekat, nanti kalau dah kahwin kena posting ikut suami.

Oh ya lupa juga nak bagitahu, bakal suami aku penjawat awam yang agak berpangkat dan merupakan anak tunggal keluarga (ini pun salah satu punca konflik).

Ibu banyak berlinang airmata selepas memberitahu abang perkara sebenar, disebabkan layanan abang pada nya agak dingin. Setiap kali aku bincang soal pernikahan, pasti ibu akan menangis memikirkan keadaan. Aku terpaksa pakai wali hakim (bukan masalah sebenar).

Sepatutnya kami nikah bulan 8 di pejabat agama memandangkan masih PKPP. Tapi disebabkan pihak PAD negeri masing masing membenarkan pernikahan dirumah, keluarga bakal suami aku minta untuk kami nikah dirumah.

Memandangkan dia agak berjawatan tinggi dan anak tunggal dalam keluarga, ibu dan ayah nya ingin buat kenduri yang agak meriah. Disebabkan itu kami diminta untuk nikah dekat rumah aku. Masa pertunangan kami pun agak meriah apatah lagi nak kahwin.

Bila aku nyatakan hasrat keluarga bakal mertua aku pada ibu, sekali lagi ibu mengalirkan airmata. Aku faham perasaan ibu biarpun aku belum bergelar seorang ibu tapi aib perlu ditutup.

Biarpun gelap macam mana masa lalu dia, itu hanya lah masa lalu dia dan aku sebagai anak tak pernah memandangkan rendah terhadap ibu malah aku cukup berbangga ibu dapat besarkan kami 3 beradik sehingga jadi orang yang berjaya.

Ibu meminta untuk aku berbincang dengan bakal suami aku untuk nikah dipejabat agama. Kerana tidak ada mahu pertikaian dari orang kampung kenapa abang aku tidak mewalikan pernikahan ku.

Aku faham kenapa ibu meminta sedemikian, dan aku tahu aku sebagai anak wajib penuhi permintaan ibu sebab ianya melibatkan aib keluarga.

Bakal suami aku minta aku berbincang dengan mama dia tapi mama dia menentang keras dengan alasan anak nya berpangkat dan anak nya hanya satu satu anak dalam keluarga.

Jadi dia inginkan kemeriahan masa hari bahagia anak nya. Nanti kalau tak meriah, apa pula keluarga dan orang sekeliling akan mengata.

Oh ya bakal mertua dan bakal suami aku tahu tentang status abang aku, memandangkan ini hal serius yang perlu dibincangkan jadi aku berterus terang status abang aku. Jadi aku rasa bukan masalah untuk mereka tunaikan permintaan ibu?

Bila aku bertanya semula kepada bakal suami, dia hanya kata dia ikut keputusan mama dia dan hanya mengiyakan bila mama dia kata dia adalah anak tunggal.

Aku rasa macam ini melibatkan aib, bukan hanya nak fikir seronok. Kalau nak fikir seronok, aku sendiri tak nak kahwin dekat pejabat agama.

Aku sendiri ada angan angan untuk mengadakan majlis yang meriah semasa hari pernikahan tapi aku hanya fikirkan ibu. Malu yang terpaksa ibu tanggung sekiranya orang sekeliling pertikaikan kenapa abang tunggal aku tak jadi wali masa pernikahan aku.

Aku ada merayu pada bakal suami dan bakal mertua untuk nikah dipejabat agama. Tapi orang tua nya berkeras untuk kami nikah dirumah.

Orang tua nya siap memberi pilihan pada dia sama ada memilih untuk mendengar kata nya dan berkahwin dengan aku ataupun menurut kehendak keluarga ku dan jangan pernah balik ke rumah orang tua nya lagi. Kerana pada mereka, mereka tidak ada anak yang tidak menurut kata.

Dan aku ada menyatakan hasrat untuk putuskan pertunangan dan batalkan perkahwinan tapi ibu tidak benarkan, dia minta untuk aku terus kan.

Tapi pada aku, ibu takkan ada ganti. Biarpun aku berkahwin dan syurga ku akan berpindah pada suami, tapi ibu yang melahir dan membesarkan aku takkan pernah ada ganti dihati.

Memang ibu redha sekiranya pihak lelaki tetap ingin bernikah dirumah, tapi aku faham perasaan ibu. Pastinya dia sedih bila orang sekeliling mula memandang rendah terhadap dia dan abang ku.

Urusan perkahwinan aku sudah 60% siap, tapi sekarang aku cuma buntu. Airmata sentiasa berlinang bila duduk sendiri memikirkan ibu, ibu apatah lagi sedihnya kalau nak dibandingkan dengan aku.

Aku agak bersikap dingin dengan bakal suami kerana pada aku dia berlaku tidak adil. Semua kehendak keluarga sebelah nya sudah diturutkan, sampaikan majlis sebelah aku juga keluarga dia yang atur.

Hantaran pun ibu tak meminta dan tak meletakkan harga meskipun kerjaya aku sebagai seorang guru. Ibu hanya minta seberapa yang mampu hmm.

Aku tidak tahu ini ujian sebelum berkahwin atau apa, tapi aku tetap buntu. Situasi sekarang ibarat ada 4 arahan, untuk berlaku adil 2 arahan harus berada dipihak lelaki dan 2 arahan harus berpihak perempuan.

Tapi seolah keempat empat arahan tersebut berpihak pada lelaki. Dan pada aku, aku berhak bersuara untuk hari pernikahan ku. Bukan hanya menurut setiap kehendak.

Aku tersepit, disini aku sebagai anak. Yang ada tanggungjawab pada ibu. Disana aku sebagai bakal isteri dan bakal menantu. Bakal suami tersepit antara orang tua nya dan aku, aku pula tersepit antara ibu dan bakal suami.

Hasrat untuk membatalkan perkahwinan ini hanya diketahui oleh ibu dan beberapa orang rakan baik ku. Bagaimanapun, ibu tetap ibu yang melahir dan membesarkan aku.

Situasi ini melibatkan dua orang wanita yang menjadi syurga dan tinggi darjatnya.

Doakan aku kuat bertahan dengan ujian yang diberi, doakan segala urusan aku dengan bakal suami untuk bina mahligai dipermudahkan. Dan disenangkan perjalanan kami sebagai suami isteri selepas nikah nanti.

Reaksi warganet

Renny Wati –
Sebelum kahwin family suami dah tunjukkan sifat sebenar. Masih nk teruskan??

Bersedialaa lepas kawen tiap tiap tahun raya umah suami, mak sakit tak boleh balik jenguk, jaga..

Semua krputusan hidup cik dan suami akan ditentukan oleh mntua. Mak sendiri akan menanggung malu sehingga menutup mata. Fuhhh
Kalau saya, tak sanggup..

Asma Madiah –
Susah jugak tu, saya nikah di masjid malam raya ke 2, esoknya buat walimah di rumah ayah. Ayah saya wali sah.

Masih grand tak de masalah pun. Macam benda mudah yang dibuat susah. Majlis belah perempuan 100% urusan pihak perempuan. Sepatutnya tak perlulah nak dicontrol semua. Semoga dicerahkan jalan dan dipermudahkan semuanya sis.

Shida Shamsudin –
Belum kahwin, family bakal mertua dah atur A B C. Bakal suami pulak sejenis tak reti bertegas dan anak mak.

Maklumlah anak tunggal. So tahla, aku boleh foresee your marriage agak sukar kalau asyik diatur dan dicampur tangan. Benda benda macamni pon tak boleh nak tolak ansur.

Honestly, baiklah putus dan malu sekarang dari tak bahagia dikemudian hari. Family kita tak boleh cari, tapi suami apatah lagi sekadar bakal suami boleh diganti.

Sri Zuraihan –
Kahwinlah dengan bakal keluarga yang memudahkan segala urusan. Sebelum kahwin dah nampak belang ibu mertua dan nampak urusan pun agak sukar.

Lepas kahwin apatah lagi isteri dah wajib taat pada suami, terpaksa letak ibu selepas suami. Apa apa pun fikirkanlah untuk ibu sendiri yang banyak berkorban untuk kita.

Insyaallah kita jaga ibu kita baik baik, Allah akan mudahkn segala urusan kita dan temukan jodoh yang lebih baik untuk kita.

Fiqa Abdul Nasir –
Sis, saya ada cadangan. Sis nikah 2 kali. First nikah dekat pejabat agama. Berwalikan hakim. Kali kedua nikah di rumah (yang ni sekadar lakonan untuk tutup aib sebab nikah yang di pej agama berwalikan hakim memang dah sah nikah nya)

Kira nya pernikahan kali kedua ni untuk tutup aib kedua dua keluarga. Berbincang dengan tok kadi. Minta advise. Kalau boleh proceed, bincang dengan bakal suami.

Time nikah tu kalau dia datang sorang pun tak pe. Yang penting pengantin lelaki, pengantin perempuan, saksi dan lafaz ijab dan qabul.

Saya pernah tengok adengan ni dengan cerita Gemersik Kalbu kot lakonan Ayu Raudhah dan Aqasha. Dioarang nikah dua kali. Just cadangan je, tak pernah ada experience berlaku in real life.

Sumber – Anne (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *