“Suami kami mampu, suami awak tidak”. Aku jadi isteri ke3. Selepas ‘dipinang’ sendiri bakal madu

Foto sekadar hiasan.

Hi Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau siarkan confessions ini.

Hangat pasal p0ligami. Tentang ketidakadilan suami. Tentang isteri dizalimi.

Sebenarnya saya isteri dia yang ketiga. Hehe. Jangan marah dulu. Kakak kakak tahu kehadiran saya. Saya juga tahu situasi ini sebelum kami nikah.

Nak dipendekkan cerita, kami satu tempat kerja. Saya dan suami. Dia salah seorang boss di tempat kerja saya. Kami tak bercinta pun.

Benda ini jadi, bila saya dilanda ujian yang hampir menyebabkan saya depresi. Masa tu, suami cakap,

“Dah lama saya perhatikan awak, awak ok ke?”

Dan saya terus menangis dekat situ juga.

Kebetulan akak pertama, datang pejabat haritu. Dan akak bawa saya balik ke rumah.

Tak lama tu, akak ws dan tanya, nak tak jadi madu dia. Dia tak nak saya sedih sedih sebab kecewa. Dia yakin abang mampu jaga kami semua.

Saya macam rasa ini semua mimpi. Takkan lah ada perempuan nak kongsi suami sendiri. Pelik weiii.

Sampai lah akak kedua pula msg. Dia cakap, jangan risau, abang boleh jaga. Dia siap cerita perjalanan perkahwinan dia. Akak pertama tolong selesaikan semua.

Hidup bermadu kat Malaysia ni, kalau ikut betul, (bukan kahwin dekat sempadan) strict weii. Kena sediakan dokumen, pejabat agama semak gaji, semak tempat tinggal, segala serbi.

Dan dipendekkan cerita, kami nikah dan saya minta dipindahkan tempat kerja ke cawangan lain. Sebabnya, tak larat nak hadap gosip.

Yelah orang masih pandang bermadu ni perampas, bermadu ni buruk dan sebagainya. Orang kita masih tak boleh terima hakikat.

Suami awak tak mampu, tapi suami saya mampu, kami isteri isteri juga mampu.

Bila dalam hubungan ini, saya faham yang toleransi amatlah penting. Contohnya giliran akak no 2. Jika ada benda penting, saya hanya mesej abang sahaja.

Akak no 1 sakit haritu, saya dan akak no 2 keluar la berdua. Beli barang barang rumah dan sebagainya.

Yang betulnya, suami memang kena betul betul stabil dari segi kewangan. Tak boleh hanya mampu dari segi batin. Kena kuar bekerja.

Macam suami selalu cakap, dia kena kerja betul betul. Pastikan makan minum isteri terjaga. Emosi isteri isteri terjaga.

Masa PKP haritu, hari hari video call, bila jadi isteri ada nombor ni, kesabaran kena tinggi. Walaupun yang paling muda.

Jadi akhirnya, kalau dah tahu yang datang tu suami orang, atau sendiri pandai pandai pergi bercinta dengan suami orang, jangan mengada ngada nak perhatian lebih, nak kasih sayang lebih.

Segala nak lebih. Belajar tolak ansur. Kita datang yang kemudian. Belajar berkongsi.

Ini tak, datang kemudian, pastu rosakkan rumahtangga suami dengan isteri pertama. Paksa lelaki tu cerraikan isteri pertama dia.

Apa punya perangai lah tu. Sebab tu orang cakap perampas, perangai macam b*bi, menyodol aje.

Ingat, Allah redha kalau berkongsi. Yang Allah marah, rosakkan masjid orang. Jadi batu api sampai suami cerraikan isteri. Merampas. Ni semua Allah marah. Tapi berkongsi, Allah bagi izin.

Jadi kongsi lah molek molek. Bukan suami je kena adil, isteri isteri pun kena toleransi. Tak kesian ke suami jalan senget nanti? Jadi sama sama saling redha meredhai supaya Allah redha kepada kita semua.

Owh ya, jangan risau, saya faham, bukan semua wanita boleh terima Confession ini. Percaya lah, suami kami mampu, suami awak tidak. Jadi tenang tenang sahaja ya. Sebarkan kasih sayang.

Reaksi warganet

Ara Yien –
Ya Allah best nya baca. Saya suka baca benda benda harmoni gini. Janji yang kahwin tu bukan suami, haha.

Tapi selalu jugak tanya, “abang nak kahwin lain tak. Manja carikan janda ke, haha.” Dia memang taknak langsung sebab dia kata tok guru dia tu pun 1 bini je. Semoga terus berbahagia disamping orang orang tercinta amin ..

Nurul Syazwani –
Seronok bace. Tapi betul, ade seseorang bercerita kisah benar. Dia sendri pinangkan bff dia sebagai madunya sebab bff dia msih single.

Tapi hidup sangat hrmoni, lebih erat hubungan kekeluargaan mereka. Bila turn istri pertma, istri kedua cepat cepat minta suami balik sne. Begitulah sbaliknya.

Mereka sendri bantu suami untuk berlaku adil. Siap keluar bersame lagi. Kisah 1 dalam seribu yang berbahagia apabila meletakkan Allah yang pertama, meletakkan Islam du landasan yang betul. Suami juga mampu berlaku adil dan kwangan stabil..#bukansuamisaya..

Aisyah Nur –
Pada akak baca confession macam ni ok ja. Sebab adik madu sedar diri, suami pun adil. So ok ja. Takda nak pandang yang datang kemudian tu perampas ke apa. Moga berbahagia dengan kakak2 madu ye. Aamiin..

Yang selalu nak marah tu bila dah lah datang dalam hidup orang lepas tu kononnya isteri tua la buruk belaka + si suami tak adil, gagal jadi imam yang baik. Haishh.. Ni betul betul buat panas hati kan.

Wan Salina Wan Mamat –
Macam kenalan akak, bercerrai sebab suami tak mampu tapi nak p0ligami. Sekarang dia dah kawin jadi no 3.

Alhamdulillah suami bagi rumah sebijik sorang (3 isteri), kereta sebiji sorang (sama warna dan nilaian kereta).

Raya tahun lepas semua balik raya rumah suami. Yang orang duk marah sangat nak telan pun tak berapa nk mampu tapi rasa mampu.. Haa mampus la jawabnya, haha.

Nurina Lylia –
P0ligami bermula dengan kesudian isteri pertama berkongsi. Kalau isteri pertama sudi, okaylah, isteri kedua ketiga keempat pun takde masalah.

Yang masalah complain p0ligami ni bila semua lelaki je nak bagi arahan. Isteri tak setuju pun die proceed jugak. Dapat pula isteri muda yang taknak share.

Dah nampak isteri pertama punya suara tidak didengar, lagila menjadi jadi isteri kedua racun suami. Rosaklah nama baik p0ligami kerana ketidakadilan dari permulaan lagi.

Amelia Zainuddin –
Suami mampu zahir batin, tak menganiaya isteri isteri dan anak anak so okey lah p0ligami.

Masalah kat malaysia ni yang lelaki tak mampu tapi gatai nak berbini banyak mungkin mengharap ditanggung bini. Ada yang niat p0ligami sebab nfsu.

Yang perempuan pulak tamak. Dah orang terima jadi yang kedua, nak sapu sorang. Sanggup runtuhkan rumah tangga orang. So orang orang macam ni yang rosakkan kebaikan dan keindahan p0ligami.

Tapi macam mana indah pun saya tak mampu nak terima p0ligami. Saya tamak. Saya nak kasih sayang dan perhatian suami untuk saya dan anak sahaja. Mungkin someday bila dah penat jadi tamak dan Allah bukakkan hati untuk bermadu, tak boleh tolak la..

Norizan Mamat –
Salam. Makcik sokong p0ligami asalkan… Hahaha…

Ada beberapa orang yang makcik kenal yang p0ligami. Hidup ok jer. Sihat sejahtera, cukup makan itu ini. Cuma kekadang jer tersentuh hati sana sini. Normal kan ?

Satu jer makcik nak ingatkan lelaki yang kawin baru. Bila dapat isteri baru yang masih bergetah, jangan dok nampak sangat canang itu ini. Isteri yang tua tu dulu pun bergetah juga. Isteri yang muda tu pun akan tua juga nanti. Jangan bagi makcik meluat dengan orang lelaki p0ligami dok cerita pasal tutttt tu jer…

Haisshhhh…

Ok, sambung ayat paling atas tu…

Asalkannn…. Makcik jadi isteri paling muda… Hahaha

Song Onim Circle –
Bab bermadu, saya suka tengok family cupcakeaisyah /razip tv….

Hubungan anak tiri dan mak tiri rapat gila. Hubungan adik beradik lain mak pun seronok dipandang..

Kunci dia satu aje. Kena suami yg tegas. Dia tahu mana hala tuju untuk berp0ligami. Barulah hidup aman damai.

Ni banyak jadi kes –

1- Lebihkan bini muda.

2- Lebihkan si tua sebab takut dekat bini tua.

3- Tak adil untuk hari bermalam.

4- Pergi berjalan selalunya satu bini sahaja dilebihkan.

5- Adab, hubungan dan akhlak dengan Allah, langsung tak jaga. Sebab tu terjadinya kes 1-4..

Sumber – Annissa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *