Suami tiba2 ‘hilang’, rupanya balik bawa mak mertua. Angkara Rina, teruk dia kena ‘basuh’.

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Terlebih dahulu ribuan terima kasih kepada semua yang bagi nasihat untuk confession aku yang dulu. Aku appreciate semua nasihat yang diberi.

(Untuk part 1, klik link dibawah)

Aku cari Rina di rumahnya. Aku tempik. Maknya dtg, penampar aku dpt. Kata2 nya buat aku terpana

Aku ada baca comment yang suruh aku cerita apa yang jadi antara aku dengan suami kat keluarga mertua aku kan?

Sebenarnya family mertua aku dah tahu. Family aku je yang aku rahsiakan. Melainkan rumahtangga aku makin teruk, mungkin aku akan cerita jugak.

Begini ceritanya. Lepas kejadian aku mintak cerrai, walaupun suami dah tukar nombor phone dan banyak kali mintak maaf dengan aku. Aku still dengan silent treatment aku. Aku buat bdoh je kalau dia cakap dengan aku kat rumah. Aku buat macam dia tak wujud.

Sakit hati pulak bila aku teringat dia pernah keluar dengan Rina. Mesti duk bermesra terlentok lentok macam cacing. Sakit hati sampai setiap malam aku menangis.

Aku ada terbaca comment yang mention pasal possibility yang suami aku dah terlanjur dengan Rina. Sebenarnya, mustahil sebagai seorang isteri, lepas suami kantoi curang, kita tak fikir ke tahap tu. Tapi aku tak nak tanya suami aku sampai tahap tu.

Aku pernah terbaca, jangan digali sangat apa yang Allah tak bagi kita tahu. Biarlah aku tak tahu daripada hati aku makin hancur.

Kalau dia dah sampai tahap tu, kuserahkan pada Allah. Itu dosa dia dengan Allah. Aku tak nak ambik tahu, sedangkan tahu dia curang pun cukup pedih. Inikan pulak ke tahap tu.

One day tu, suami aku keluar entah ke mana. Aku tak tahu sebab memang dah berberapa hari aku tak bercakap dengan dia. Petang tu dia balik ke rumah bersama mak mertua aku. Aku agak terkejut jugak.

Rupanya dia pergi rumah parents dia untuk cerita masalah antara kami. Dia cerita semua apa yang dia dah buat kat mak dia. Yang aku mintak cerrai. Dia bawak mak mertua aku ke rumah untuk pujuk aku.

Tapi padan jugak lah dengan muka dia. Teruk kena marah dengan mak mertua aku.

Ada part yang buat aku menangis teruk masa mak mertua aku marah kat dia. Lagi lagi bila dia ingatkan suami aku balik, macam mana dia beria masa nak kahwin dengan aku dulu.

“Angah setiap kali nak menggatal lagi ingat sikit macam mana dulu masa awak nak kahwin dengan Sara. Sungguh sungguh nak kahwin tak menyempat ibu pesan suruh tunggu dia habis belajar dulu”.

“Setahun pun tak nak tunggu. Nak jugak kahwin. Dah kahwin ni tak ingat dah masa beria dulu? Nak kahwin sangat. Jaga anak bini tak reti.”

Aku memang nangis teruk. Kenapa ya lelaki mudah lupa saat susah senang dengan isteri?kenapa mudah sangat terjerat dengan perasaan?

Tapi hari tu aku pun kena marah jugak sebab tak cerita kat dia pasal kami. Masa aku cerita pasal kejadian aku ditampar mak Rina, mengucap panjang mak mertua aku. Sekali lagi laki aku kena marah.

Padan muka dia. Laki aku diam je. Tak berani dia nak melawan. Memang salah dia. Geram aku tengok muka diam. Diam diam pun sempat dia berskandal belakang aku.

Mak mertua aku siap mintak dengan aku nombor telefon si Rina. Aku ada lah bagi. Katanya nak ugut Rina untuk report polis.

Tapi aku tak tahu la dia call atau tak. Yang pasti mak mertua hari hari mesej aku tanya keadaan aku dan suami. Aku terharu ada, kesian pun ada. Aku kesian ada sebabnya.

Aku rasa mak mertua rasa bersalah sebab sebenarnya dulu masa aku nak kahwin dengan suami aku, family aku tak berapa restu sangat. Bukan sebab tak suka kat suami aku, tapi sebab aku masih belajar.

Memang masa family mertua aku datang merisik, ayah aku dah cakap terus terang dia tak berapa setuju anak kahwin masa belajar. Tapi family mertua yakinkan ayah aku sebab suami aku masa tu dah kerja tetap.

Beberapa kali jugak family Fikri datang berbincang dengan family aku sampai lah akhirnya ayah aku setuju.

Hence, bila jadi macam ni mungkin dia malu kat family aku. Lagi lagi masa aku tengah pregnant macam ni.

Berkenaan si Rina pulak. Dia dah block aku kat facebook dan istagram. Satu je belum which is whatsapp.

Ada satu kejadian, dia ada update satu status tentang “keberkatan rezeki” dekat facebook. Adik ipar aku yang tahu pasal kes kami ada tinggalkan comment yang agak pedas jugak.

“Kacau rumahtangga orang pun tak berkat jugak rezeki kak…”

Terus lepas kejadian tu dia block adik ipar aku. Aku memang dia dah block dah. Cuma whatsapp je dia masih tak block.

Aku pernah sekali je update story whatsapp aku yang aku tujukan untuk dia.

“He wasn’t yours to get hurt by. He was someone’s else and you knew that. So why are you offended? What right do you have to be hurt when you were a part of the deception?”

Dan memang dia ada view story aku tu. Cuma langsung tak berbekas di hati dia. Makin rancak dia update kata kata sedih macam balu kem4tian suami. Siap dibalasnya.

“Kita adalah dua jasad yang saling mencintai, terpisah kerana takdir. Mungkin tidak bertakdir di sini, tapi ku doa takdir kita di sana…”

Memang gayanya aku yang berskandal dengan laki dia. Mungkin dia masih tak tahu status dia hanya PELAKOR dalam rumahtangga aku. Aku screenshot semua tu dah siap siap aku buat satu folder yang aku namakan “Penyondol”.

Aku tak tau lah macam mana orang lain hadap kejadian macam ni kalau sampai berulang kali.

Aku sekali ni pun, aku langsung tak boleh teringat balik. Memang menitis air mata. Tak boleh bayang suami yang tidur tepi aku duk bermanja dengan wanita lain selain aku. Nak je aku cekik. Ish geram betul.

Teringat penampar mak kekasih gelap dia lagi lah aku geram. Memang aku jenis yang tak melawan. Tak mungkin aku bercakaran dengan orang. Tambah lagi aku pregnant. Kalau lah aku seberani orang lain.

Bila teringat yang aku dengan berani pergi marah marah Rina, terjerit jerit kat rumah dia tu pun dah rasa macam bukan diri aku betul.

Dek kerana kejadian ni, aku dah jadi macam terlebih curiga dengan suami aku. Aku langsung tak boleh tengok dia pegang phone. Tiba tiba aku jadi sakit hati. Lepas ni jangan harap lah aku nak jadi setenang aku yang dulu.

Now, aku dah faham perasaan isteri yang cemburu lebih kat suami. Aku dah tahu kenapa.

Dan lepas aku baca semua cadangan dari confession aku yang lepas, aku nekad aku nak block nombor Rina.

Walaupun agak berat jugak untuk aku buat sebab aku masih was was takut dia berhubung dengan suami aku, tapi untuk kebaikan hidup aku, suami dan anak aku, aku nak nyahkan dia dari hidup aku. Aku harap suami aku dah betul betul menyesal.

Walaupun luka dan sakit hati aku masih perit lagi, aku akan cuba. Lagipun adik ipar aku ada mengusik aku. Katanya kalau aku tak block tak memasal anak aku lahir nanti rupa si Rina. Ish sakit pulak hati aku.

Pasal suami aku, aku cuba la untuk maafkan dia tapi untuk lupakan tu tak mungkin. Untuk jadi Sara yang dulu juga tidak mungkin. Jadi aku harap dia redha terima Sara yang baru.

Doakan supaya keluarga aku bebas dari anasir jahat seperti Rina dan golongan sewaktu dengannya.

Reaksi warganet

Sofia Sulaiman –
Sara… Saya pernah berada di tempat awak. Dari lubuk hati kite sebagai isteri, memang kite memaafkannya. Tapi untuk melupakannya sangat payah.

Sakit dan pedih kerana terluka kita yang paham.. Orang yang pernah melaluinya sahaja yang paham. Saya percaya awak kuat Sara. Terus bangkit Demi anak.

Selagi mana awak mampu bertahan, pertahankanlah. Jangan mudah menyerah pada perempuan seperti tu.

Betul, bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Beruntung awak punya mertua yang menyebelahi awak. Semoga suami awak sedar khilafnya. Saya doakan awak kuat Sara.

Eita Arif –
Sara je yang kenal suami macam mane. Kalau rasa dia dah berubah dan layak untuk diberi peluang, berilah peluang. Perkahwinan pun masih baru. Dia pun masih melaksanakan tanggungjawab dia sebagai suami.

Sujud pada Allah banyak banyak, semoga dipermudahkan dimasa depan urusan berdua. Supaya Allah lindungi keluarga Sara. Saya doakan Sara bahagia dengan cara sendiri. Enjoy dengan perjalanan mengandung ni. Sebab tak semua orang dapat rasa pengalaman ni.

Puan Zuera –
Alhamdulillah mak mertua berada di pihak puan. Adik ipar pun sama. Beruntung.

Ada baca kisah tu, keluarga mertua tak berpihak pada dia tapi berpihak pada skandal suami.

Bagus lah block Rina tu. Kalau tak block nanti puan sakit hati. Tengok dia sawan meroyan, pas tu bila puan tengok suami pasti teringat kisah mereka, gambar kat kereta, teringat kena tampar dengan mak Rina…

Patut block awal lagi demi kebahagiaan dan kenteteraman hidup puan… Sekarang fokus kat anak dalam kandungan… Jangan stress, hidup dengan bahagia…

Cik Rebbit –
Sekurang kurangnya family mertua di tempat sis. Bukan hanya menambah minyak bagi dua dua tambah bercakaran. Pedih sis, pedih. Dah la kita tak cerita dengan family sendiri. Family dia pulak tau cerita, tapi tambah garam atas luka. Up status menyindir kita. Dah la lansung tak tanya khabar . Dr situ dah tahu dan paham siapa kita kat mata dorang.

Semoga sis terus kuat. Sy doakan sis bahagia dengan suami dan anak..

Hanni Hanafi –
Saya baca cnfession tt yang first. Dan yang ni pon saya baca. Saya rasa orang lain pon dah nasihat benda yang sama kot.

First of all, sis sayang husband. Itu adalah kesalahan pertama. Semua orang wat silap. La ni mungkin masa dia. Esok lusa mungkin kita pulak. Jadi d sebab kan kesalahan pertama, abaikan apa yang dah jadi demi anak yang bakal lahir dan rumah tangga sis.

Blok si polan dari wasap. Memang itu pon tujuan dia up status tu. Untuk provoke sis supaya sis bergaduh, supaya sis sentiasa curiga dan sakit hati. Tak perlu amik tau.

Memang benda ni susah nak lupa. Biar masa yang ubat luka hati kita. Serah kan semua nya kembali pada Allah. Hati manusia Allah yang pegang. Dia jugak upaya untuk ubat luka hati kita. Lapangkan dada, lama2 nanti ok lah tu. Parut dan ingatan tetap akan kekal di situ untuk kita jadikan panduan di masa akan datang. Saya doakan ketenangan hati sis..

Cik Puan Ria –
Part yang kata muka anak sama Rina tuh, teringat aku kat kawan satu tempat kerja dulu.

Muka dia sama dengan skandel bapak dia lepas lahir. Masa krisis tuh, mak dia tengah mengandungkan dia. Keluar keluar ja, muka sebijik sama. Mak dia dari lahir tak mengaku anak sampai diberi ke nenek untuk dijaga. Prents dia bercerrai ya.

Dari apa yang diceritakan oleh kawan tuh memang sedih sangat. Kawan aku sendiri mengaku, dia agak nakal sikit sebab dari kecil takdak perhatian mak bapak. Pada aku dia memang kesian lah. Salah mak bapak, anak pulak jadi mngsa.

Last aku terserempak dengan dia kat pasar malam, nampak dia free hair. Setahu aku, masa kerja aku nampak dia pakai tudung je. Aku tak rapat sangat dengan dia. So aku tak tahu memang dia free hair ke atau tak sebelum nih. Tapi agak terkejut dan kasihan at the same time.

Semoga benda tuh tak jadi kat confessor… Aamiin…

Sumber – Sara Aisyah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *