Tgh tidur, terasa sesuatu ‘menjalar’. Tk sangka, sepupuku bru 13 tahun. Anak imam. Tp mcmtu perangainya

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Nama aku Melur. Aku menulis disini ini adalah untuk raise awareness di kalangan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak perempuan.

Aku dibesarkan di sebuah rumah kampung oleh kedua ibu bapaku, datuk dan nenek. Beberapa orang sepupu aku juga tinggal berdekatan dengan kami. Oh ya lupa nak beritahu yang aku mempunyai 5 orang kakak, dua orang abang dan 3 orang adik lelaki.

Apabila semua abang dan kakak aku mencecah usia 13 tahun, mereka semua ditawarkan sekolah berasrama, dan rezeki mereka yang Allah kurniakan sangat lah murah hingga abang dan kakak aku dapat sambung belajar di universiti tempatan.

Satu hari semasa aku berada di tingkatan 2, aku dikejutkan dengan berita tentang kesihatan nenek ku yang tiba tiba merudum.

Semua makcik dan pakcik aku yang jauh pulang ke kampung sebab keadaan nenek pada saat itu sangat pelik.

Nenek tidak mengenali sesiapa pon kecuali anak paling dia rapat dan seorang kakak aku yang dia rapat. Hal ini kerana nenek sangat suka baca surah yasin pada waktu lapang.

Tapi masa nenek sakit, nenek kata buku yasin tu kosong, tiada ayat. Allahu. Ada yang mengacau nenekku.

Suatu pagi sedang asyik budak budak kecil di buai mimpi di ruang tamu (biasalah budak budak bangun lewat dan tidur berjemaah di ruang tamu) dan makcik pakcik semua sedang bersarapan di dapur.

Aku terasa angin pagi yang dingin menyentuh lembut bahagian perut aku sepertinya baju aku terselak. Aku membetulkan semula bajuku.

Beberapa minit kemudian, tiba tiba aku terasa pula angin memasuki bahagian atas seluarku seperti ada yang menarik seluarku. Aku ingatkan itu hanya mimpi. Aku memperbetulkan kedudukan tidurku.

Tapi aku silap, aku bukan lah orang yang tidur m4ti, aku mudah tersedar. Aku terasa lagi benda yang sama, aku membuka sedikit mataku. Betapa terkejutnya aku melihat sepupu lelaki aku sedang meninjau bahagian sulitku.

Apa aku perlu buat. Menjerit? Ada ke yang akan mendengar apa yang aku ingin sampaikan. Aku segera mengubah tidurku dan dia perasan aku bakal sedar dari tidur, dan dia berpura pura tidur semula di tempat dia.

Dia anak pakteh ku, seorang imam masjid yang di kenali oleh orang kampung, dan makteh aku seorang suri rumah tetapi surau dan masjid itu umpama rumah kedua bagi dia. Melazimi majlis majlis ilmu di surau masjid itu adalah hobi makteh.

Kesihatan nenek makin hari makin teruk. Nenek tidak boleh melakukan kerja kerja berat, hatta memasak seperti selalu pon. Dan disebabkan ibu bapaku sering ke luar negeri kerana urusan kerja yang tidak dapat dielakkan, tinggallah aku serta adik beradik bersama nenek dan datuk.

Dan sebabkan makteh suri rumah, makteh dan pakteh ambil keputusan untuk berpindah sebentar, tinggal bersama nenek untuk uruskan nenek. Mandikan nenek, masakkan untuk nenek, siapkan ubat ubat nenek dan sebagainya. Anak anak makteh ikut sekali tinggal di rumah itu.

Oh ya, anak anak makteh semua lelaki. Di sebabkan rumah kampungku yang kecil, aku adik beradik selalunya akan tidur di atas toto dengan atuk nenek di ruang tamu. Bilik yang ada hanyalah 2 sahaja. Bilik nenek dan bilik ibu bapaku.

Bilik nenek seperti stor, sudah lama tidak gunakan dan berada di dapur. Apabila keluarga makteh tinggal di rumah nenek, makteh dan pakteh menggunakan bilik ibu bapaku kerana mereka tiada atas urusan kerja.

Kami tidur di ruang tamu. Tapi atuk menjadi pemisah antara anak anak lelaki makteh dan adik beradik ku (aku dan seorang kakak ku).

Suatu malam, sedang semua asyik dibuai mimpi. Aku terasa seperti tangan seseorang memasuki seluarku menyentuh kawasan bawahku. Aku terkejut, sangat terkejut kerana aku tahu itu bukan mimpi.

Ye sepupu aku yang sama sudah berani menyentuh aku, menodai kesucian yang aku jaga selama ini. Aku menukar cara tidurku. Dia takut aku tersedar, dia bergegas ke tempat tidurnya berpura pura seperti tiada apa yang berlaku.

Keesokkan harinya, aku mengajak kakak ku tidur di bilik ibu ayah tanpa berkata apa apa. Kami tidur di atas katil manakala pakteh dan makteh tidur di atas toto di lantai. Aku rasa malam malam aku selamat untuk tidur apabila aku tidur dalam bilik.

Suatu petang, sedang aku mandi membersihkan diri. Aku tidak perasan rupa rupanya ada mata yang memerhati.

Sepupu aku membuka lubang tandas yang hanya diselotip dengan kotak untuk mengintai aku mandi. Tapi tindakan dia disedari oleh kakakku. Kakak ku memarahi dia. Aku malu, malu.

Disebabkan peristiwa itu, akak ku dapat mengagak kenapa aku mengajak dia tidur di dalam bilik. Kerana aku merasa tidak selamat bila sepupu aku di rumah itu.

Kami nak mengadu tetapi kami pasti takkan ada yang percaya kata kata kami. Masakan anak imam boleh berbuat perkara terkutuk seperti itu dengan saudara perempuan sendiri.

Di fikiranku apabila kakak ku memarahi sepupu ku itu, dia akan berhenti buat perkara terkutuk itu, tapi kami silap. Suatu malam aku tersedar dari tidur lagi apabila aku merasai ada tangan memasuki baju dan seluarku, mer4b4 bahagian atas dan bawahku.

Dia masih berani melakukan perkara tersebut walaupun ibu bapa dia, makteh dan pakteh ada di dalam bilik tersebut. Ya dia masih berani kerana makteh pakteh tidak sedar, sedang asyik dibuai mimpi.

Aku tidak tahu berapa kali dia sudah menyentuhku. Kalau di hari hari lain di mana aku tidak sedar kerana kepenatan hingga tidur m4ti.

Kami pernah cuba untuk memberitahu orang yang lebih dewasa. Tapi tiada siapa yang mendengar suara kami. Apa yang kami mampu lakukan hanyalah menjauhkan diri daripada dia.

Ada pernah sekali kami mengadakan hari keluarga, berkelah di tepi pantai. Sedang kami asyik bermain air bersama saudara saudara kami, aku dan kakak ku perasan yang sepupu lelaki kami tu mengambil kesempatan mer4b4 saudara saudara perempuan kami di dalam air walaupun di mata orang lain hanya bergurau gurau saja.

Tapi dia menyentuh tempat yang tidak sepatutnya. Ingatkan dia sudah insaf, tapi kami silap.

Dia bukan nya budak tidak bijak, sangat bijak. Kebanyakan keputusan peperiksaan dia hanya lah gred A dan B sahaja. Malah dia dapat menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi. Tapi yang aku musykil, kenapa dia memohon bidang pendidikan kanak kanak.

Sungguh aku risau dan takut jika dia akan buat perkara yang sama pada kanak kanak di tadika tadika yang dia mengajar. Aku tak boleh bayangkan bila setiap kali dia update gambar dia dengan kanak kanak di tadika.

Aku bukan lah nk memburukkan keluarga seorang imam. Tapi itulah hakikatnya. Ada pernah sekali tu abang aku pernah jumpa sabun sabun hotel di dalam kereta abang kedua sepupu aku tu, check in hotel buat apakah?

Walhal tempat belajar dia dan rumah bukan lah jauh mana. Duit belanja yang diberi pon cukup cukup sahaja. Dia pon bukan jenis yang banyak kawan jenis bersocial melepak dengan kawan kawan. Hanya berkepit dengan teman wanitanya ke mana mana sahaja di uni itu. (Tahu melalui insta2 yang dia update)

Berbalik pada isu sepupu aku yang suka menc4bul perempuan tu, aku nak semua yang bergelar mak ayah, tolonglah perhatikan anak anak anda, baik lelaki mahupun perempuan.

Ajar anak lelaki hormat pada perempuan, ajar anak perempuan anda sentuhan selamat dan tidak selamat. Dengar dan percaya dengan anak perempuan anda jika dia mengadu apa apa.

Kecil tak kecil, semasa kejadian itu, aku berumur 14 tahun, manakala sepupu yang menc4bul tu pula 13 tahun.

Tak percaya budak yang buat? Bersiap sedialah untuk tanggung akibatnya jika sesuatu yang lagi parah berlaku di masa akan datang. Nauzubillahminzalik, mohon dijauhkan. Bila nfsu melebihi segala galanya.

Reaksi warganet

Cik Senah –
Cik pernah tangkap anak sedara umur 12 tahun yang cuba buat begini di waktu semua orang tido.

Cik tak diam, cik sergah dia, dia terperanjat. Cik buka lampu kejut semua ahli keluarga bangun. Teruk dia kena marah, kena pukul, dimalukan depan sepupu sepupu lain. Sampai sekarang dia tak berani cari pasal. Serik. Sebaik baiknya bila tahu, kita sama sama tegur dan cegah supaya orang lain tak kena.

Anna Fie –
Ibu bapa pada anak anak lelaki terutamanya. Tolonglah bagitau dan nasihat anak anak lelaki anda.

Walau nampak baik macam mana sekali pun, tak tinggal solat ke, hafiz ke. Rajin rajin tarbiah dan beri nasihat pada mereka. Jangan suatu hari anak lelaki yg dibanggakan masuk penjara kerana mencbul dan mergol perempuan/budak bawah umur.

Malu wei mana nak letak muka anak masuk pnjara sebab mencbul dan mergol?

Nur Afidah Alias –
Kesilapan besar awak adalah tak menjerit. Jerit aje bagi atuk bangun, pegang tangan dia yang rba awak tu.

Mesti atuk awak pelik apa dia buat dekat tempat tidur awak bila dia tak dapat lari. Tapi tu lah. Sempat pula awak pikir masa tu orang nak percaya ke tak percaya kat awak eh.

Ke tak takut dia pegang pegang tu? Sedangkan budak budak pun kita ajar kalau ada orang pegang pegang jerit kuat kuar. Mungkin kecik kecik dulu awak diajar macam tu kot.

Azira Hanani Abd Rahman –
Ibu ayah, sila pastikan anak anak perempuan kalian tidak dibenarkan tidur di ruang tamu baik siang atau malam.

Pastikan anak anak perempuan kalian mempunyai bilik tidur untuk mereka dan pastikan mereka mengunci bilik semasa tidur. Lindungi anak perempuan kalian tak kira daripada si bapa, adik beradik lelaki, bapak sedara mahupun sepupu sepupu lelaki.

Aein Sein –
Aku percaya benda macam ni boleh berlaku. Jangan lah kata takkan la budak 13tahun boleh buat benda benda macam tu.

Kena ingat. Budak umur 13 tahun sekarang tak sama dengan budk 13 tahun zaman 90an. Mungkin dulu access untuk bahan tak sepatutnya sukar untuk didapati. Sekarang ni bersepah.

Apa apa pun berhati hati. Sedangkan zaman dulu pon boleh berlaku benda tak sepatutnya apatah lagi sekarang.

Jangan terlalu percaya biarkan anak pompuan dengan lelaki walaupun sedara sendiri. Bukan nak buruk sangka. Sekadar berhati hati. Beringat sebelum terkena.

Nasihat saya, bila dah terkena mengadula pada orang yang lebih dewasa. Ambil tindakan bukan biarkan je. Percayalah kalau dibiarkan benda ni akan berlarutan dan mungkin jugak pemngsa akan bertindak lebih lagi. Hmmm

Sumber – Melur (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *