“Deeja kahwin dgn abg Taufiq nak tak?”. Maklong tiba2 lamar aku dgn sepupu. Aku terkedu, tp aku setuju

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Nama aku Khadeeja dan berusia 26 tahun. Aku dah pun berkahwin pada tahun 2017 ketika di tahun akhir pengajian. Sepertimana tajuk confession aku di atas, yes aku berkahwin dengan sepupu aku sendiri.

Aku mintak maaf kalau ada yang rasa confession aku ni buang masa ke apa. Aku cuma ingin berkongsi cerita tentang perkahwinan yang diatur keluarga. Tentang kelebihan kahwin dengan pilihan keluarga. Dan sedikit sebanyak untuk sedarkan bahawa cinta itu boleh dipupuk.

Maaf kalau ada yang bosan. Aku cuba untuk tulis dengan kreatif. Ok, aku perkenalkan suami aku dengan nama Taufiq.

Sebelum tu aku nak tanya, ramai ke dalam ni yang kahwin dengan sepupu sendiri? Awkward tak?. Hahaha. Kalau sepupu yang rapat mesti awkward kan? Nasib baik aku dengan suami aku dulu tak rapat.

Aku kahwin dengan suami aku bukan atas dasar cinta tapi atas percaturan keluarga. Taufiq atau aku panggil abang Taufiq ni adalah anak kepada mak long aku. Merangkap kakak kepada ayah aku.

Beza usia kami 7 tahun. Masa kami berkahwin, aku berusia 23 tahun, manakala abang Taufiq pula 30 tahun.

Alkisahnya keluarga aku memang semuanya kahwin awal. Aku ada 4 beradik perempuan semuanya dan aku adalah anak bongsu.

Ketiga tiga kakak aku semua kahwin awal. Tapi ketiga tiganya kahwin dengan pilihan hati masing masing. Ayah aku memang galakkan anak anak kahwin awal, tambahan lagi bila dah ada teman lelaki.

Dia tak nak jadi benda benda yang tak elok di kemudian hari. Ayah aku bukan typical ayah yang asyik membangkang pilihan hati anak anak. Asalkan agamanya elok, rajin kerja dan bukan jenis panas baran itu sudah cukup.

Dan antara kami 4 beradik, aku yang paling tak bertuah sekali bab cintan cintun ni. Aku bukannya tak pernah ada teman lelaki. Aku rasa dah dekat 5 orang teman lelaki aku pernah ada.

Tapi sentiasa berakhir dengan air mata disertai sumpahan dari aku seperti, “Jantan tak guna!” atau ” “Aku malas dah fikir pasal jantan!” atau yang paling extreme “Biar jelah aku tak kahwin sampai m4ti!”.

Tapi mulut aku tak masin. So tetap la jugak kahwin. Nauzubillah kalau Allah makbulkan mulut aku yang tengah marah masa tu.

Masa aku di tahun akhir pengajian, aku mengalami patah hati yang paling teruk. Aku malu gila dengan family aku. Masa tu la ayah aku marah kat aku sebab aku dah macam orang tak betul. Asyik menangis dan call ayah aku minta dia ambik dari hostel.

Aku asyik nak balik rumah sebab kalau balik rumah aku tak la terlalu tertekan sangat. Aku memang agak manja sikit berbanding yang lain.

Bila dah banyak kali sangat kejadian menangis sebab lelaki, ayah aku jadi risau. Tak tau la kot sebenarnya dia menyampah. Hahahaha. Untuk sedapkan hati aku, jadi aku anggap jelah dia risau.

So satu hari tu, masa otw nak hantar aku balik ke hostel, ayah aku duk tazkirah aku pasal ketidakcerdikan aku menangis untuk lelaki yang tak kisah pasal aku.

Then, masa sampai depan hostel sebelum aku turun, ayah aku bagitahu weekend tu dia akan datang ambik aku lagi. Aku tanya kenapa?. Dia marah aku pulak jangan banyak tanya. Emo nampaknya dia.

So hujung minggu tu seperti yang dijanjikan, parents aku datang jemput aku lagi di hostel. Aku ingatkan mereka nak bawak aku balik rumah. Rupanya tak, sebaliknya kami ke rumah mak long aku.

Aku tak tahu apa motif kami ke sana. Aku anggap jelah ayah aku saja nak makan free rumah kakak dia. Kat sana masa tu cuma ada mak long aku je. Ayah long aku keluar katanya ada hal.

Antara semua yang tengah makan kat situ, aku lah yang paling awal siap makan. Aku pun mintak diri nak pergi ke ruang tamu.

Kat ruang tamu, sedang aku syok menonton rancangan astro ulangan yang ke 12 ribu kali, tiba tiba ada orang bagi salam. Rupanya abang Taufiq. Dia dari mana aku tak tahu.

Aku tak rapat sangat dengan dia sebab dia lagi tua 7 tahun dari aku. Aku rasa berapa kali je aku pernah bercakap dengan dia. Lagipun dia tak banyak cakap. Dan kalau bercakap selalunya menyakitkan hati. Suka menyindir. Tak suka aku orang sinis ni. Aku ni dah la jenis clumsy.

Mak long aku cuma ada 2 orang anak. Itu pun kembar. Yes, abang Taufiq ada kembar, namanya Talha. Tapi abang Talha dah kahwin, sekarang dia menetap di UK dengan isteri dia. Sama sama sambung belajar sambil kerja kat sana.

Abang Taufiq duduk sebelah aku. Tapi sofa lain lain. Dia duduk kat sofa yang single tu. Aku dah macam gelabah jugak masa tu. Boleh aku puji suami sendiri tak?

Sebenarnya dia ni jatuh dalam kategori handsome jugak. Dia tinggi dan putih. Aku ni sawo matang je. Dah la masa dia duduk kat tepi aku tu bukan main wangi lagi. Membangkitkan naluri gatal betul. Hahaha.. Nasib baik jadi laki aku. Kalau tak dosa je.

Masa tu aku duk geram kat mak dengan abah aku apehal lama sangat makan. Mak long aku pun sama. Aku dah la tak suka bercakap dengan dia. Masing masing buat buat tengok tv.

Tiba tiba si lelaki yang sekarang suami aku tu bersuara…

“Deeja ni kalau kahwin sekarang dah pandai ke masak? Nampak muka macam pemalas”

Eh geram pulak aku masa tu. Dia sibuk dengan aku pandai masak atau tak kenapa. Nak perli sebab aku datang makan rumah dia ke. Bukan aku makan banyak pun!

Aku pun jawab dengan angkuh,

“Siapa pulak yang nak kahwin sekarang?. Tak pandai masak pun takpe zaman sekarang ni. Dunia di hujung jari…”

Tapi dibalas sinis lagi,

“Oh tak nak kahwin ke? Tapi pak ngah kata Deeja dah gatal nak kahwin? Khabar angin la tu…”

Memang baik punya perli. Aku dah tau dah mesti ayah aku cerita kat mak long aku pasal aku patah hati kali yang ke 2 juta kali.

Tak lama lepas tu parents aku, dengan mak long aku yang dah berjam bergelak ketawa kat dapur tadi pun menyertai kami di ruang tamu. Lega hati aku. Aku pun cepat cepat ajak ayah aku balik. Tapi ayah aku suruh tunggu dulu, katanya ada benda mak long nak bagitahu aku.

Mak long aku tiba tiba datang tepi aku then rangkul bahu aku. Mak long aku cakap perlahan je,

“Deeja ok tak lagi sekarang?. Dah tak menangis dah? Study ok?”

Aku pun jawab jelah dengan jujur yang semua ok. Padahal teruk dah aku kena tazkirah kat rumah pasal menangis sebab jantan.

Mak long aku sambung lagi,

“Deeja kahwin dengan abang Taufiq nak tak?nak?”.

Aku terkedu betul. Aku speechless sungguh masa tu. Aku just boleh respond dengan perkataan,

“Hah???”

Oh lupa nak cakap, mak long aku dulu ustazah. Dia sambung lagi,

“Elok kahwin lah Deeja, dari patah hati berulang ulang sebab ajnabi. Allah tak suka”.

“Kalau Deeja dah ada pilihan hati, boleh suruh masuk meminang cepat, dari hari hari bazir air mata sebab lelaki. Tapi sebab mak long tahu kamu tak ada teman lelaki sekarang ni, mak long rasa elok kahwin dengan abang Taufiq je. Mudah cerita…”

Ayah aku pulak yang sambung…

“Takde dah pilihan hati ke pilihan apa ke lepas ni kak.. Biar je dia kahwin dengan Taufiq. Lepas tu cukup cukup fikir pasal lelaki, belajar elok elok…”

Yang aku pelik, abang Taufiq diam je dia. Dia pandang je kami tengah bercakap sambil bertongkat dagu dengan sebelah tangan. Kenapa mereka tanya aku je. Tak tanya dia sekali. Rupanya lepas tu baru aku faham, dia dah tahu dulu.

Tau tak apa yang lagi mengejutkan?. Aku setuju terus hari tu jugak. Langsung aku tak fikir panjang. Desperate pulak aku sampai main redah je setuju kahwin. Tapi sebenarnya aku buat keputusan macam tu sebab aku terasa ego yang biar aku yang kahwin dulu dari ex aku.

So dia boleh tengok aku lagi laku dari dia walaupun dia tinggalkan aku. Aku nasihatkan jangan tiru perangai aku. Kalau tersalah pilih merana seumur hidup. Tak berbaloi dengan dendam kat ex tu. Ada tak yang macam aku?

Cuma seminggu sebelum kahwin, aku dah mula gelabah. Dah mula rasa aku buat keputusan terburu buru. Tapi aku kahwin jugak. Tak berani aku nak batalkan macam dalam drama.

Bermulalah episod perkahwinan aku. Banyak betul aku berubah lepas kahwin. Terima kasih buat suamiku abang Taufiq yang banyak bersabar dengan diriku ini.

Suami aku ni macam aku cakap, agak sinis dan tak chill sangat. Sebab dia style abang abang gitu dengan aku. Mungkin sebab jarak usia yang agak jauh. Tapi sekali dia perli berdesing telinga aku.

Malam lepas kami bernikah, aku ada tanya dia kenapa dia setuju kahwin dengan aku. Jawapan diberi seperti berikut…

” Saja…”. Eh sakit hati betul mendengarnya.

Lepas kahwin, aku still duduk hostel. Lagipun aku cuma tinggal satu semester je lagi untuk habis belajar.

So masa cuti pertengahan sem tu aku balik rumah suami aku. Ya, dia dah ada rumah sendiri. Awal awal duduk sekali dengan dia yang teramat awkward!. Selalu aku jumpa dia weekend je. Ni 2 minggu kena duduk sekali. Lamanya!

Tapi waktu tu la aku mula rasa bertuah kahwin dengan lelaki yang lagi matang dari aku. Aku akui, banyak benda aku tak tau buat sebab aku anak bongsu. Aku jarang buat kerja rumah.

Ada satu hari tu, masa dia balik kerja. Aku tengah tidur. Of course aku suka tidur petang. Hahaha. Abang Taufiq kejutkan aku tidur. Kalau ada yang guess kejadian ni mesti sweet. Salah!

Dia off aircond je terus. Kasar permainan dia. Aku pun bangun dengan muka masam mencuka. Mood memang ke laut. Padah tidur lepas Asar. Kena perli lagi dengan abang Taufiq…

“Tidur lepas Asar cepat gila. Tu rambut pun dah macam orang gila…”

Sebab malu, aku cuba untuk tak tidur lepas Asar lagi sejak dari hari tu. Bagus jugak sebenarnya. Aku dah kurang moody. Malam malam pun dah boleh tidur lena.

Aku juga baru tau yang suami aku sebenarnya pandai gila masak! Mesti dia belajar dari mak long aka mak mertua aku.

Satu malam tu, aku dengan dia kat ruang tamu. Dia tengah tengok berita kat TV3 while aku tengah scroll down istagram aku. Ternampak posting gambar kek batik. Aku memang suka kek batik. Selalu kalau kak long aku balik, dia yang buatkan.

Aku tunjuk kat abang Taufiq, aku cakap sedapnya, nak order lah. Dia tanya aku,

“Deeja tak reti ke buat kek batik? Reti apa je? Makan?”.

Aku jawablah tak! Geram lagi aku. Memang aku tak reti. Aku dah pernah buat sekali tapi keras macam batu. Tu kali pertama dan terakhir aku buat.

Dia suruh aku ikut dia ke dapur. Ingatkan kenapa. Tiba tiba dia keluarkan semua bahan dari kabinet dapur. Rupanya nak ajar buat kek batik. Omg! Laki aku ni kan… So dapat la satu loyang.

Lepas siap buat kek batik dia dah siap siap pesan,

“Nah! Esok makan puas puas. Gemuk tanggung sendiri..”

Kurang ajar kan? Esoknya memang aku duk menghadap tu jelah sambil tengok tv. Abang Taufiq of course kerja.

Sejak duduk rumah dia banyak dia ajar aku masak. Macam ambik kursus masak time cuti pulak rasa. Tapi sebijik macam belajar masak dengan mak aku, salah sikit kena keji. Bernanah telinga.

Pergi pasar pun macam lawatan sambil belajar. Abang Taufiq ajar aku cara nak pilih ayam dengan ikan yang segar. Yang mana daun sup yang mana daun ketumbar. Seronok jugak sebenarnya. Kecuali masa dia bagitahu aku muka “ikan ayam” tu macam muka aku.

Suami aku ni dia arkitek. Mungkin sebab tu jugak dia macam jenis teliti dan kemas.

Kalau dulu kan aku ada habit lepas solat, aku tinggalkan je telekung solat atas sejadah. Aku gulung gulung macam tu je dalam sejadah. Disebabkan bila aku tinggal macam tu, bila dia tengok dia gantung elok elok. Dah banyak kali, aku jadi malu jugak. So aku mula gantung sendiri.

Kalau dulu baju baju lepas angkat dari ampaian aku biarkan je dalam bakul. Sekarang aku dah rajin lipat baju. Semua gara gara kena perli,

“Baju tu memang nanti tunggu bukak sem, terus bawak balik dengan bakul sekali macam tu ke Deeja?”

Solat pun aku dah tak lewatkan macam sebelum aku kahwin. Abang Taufiq mestiĺah jenis jaga waktu solat sebab mak long aku ustazah.

Pernah aku terkekek kekek ketawa tengok cerita Korea, tak sedar dah lewat waktu Zohor. Sinis kena perli,

“Deeja, pergi solat cepat. Dah nak habis waktu tak solat lagi. Ke tak dengar azan tadi? Nak abang azankan sekali lagi ke? Talkin sekali nak?”. Sepantas kilat aku bangun pergi ambik wudhuk.

Banyak lagi lah perkara baru yang aku belajar dari suami aku aka abang Taufiq. Betul betul macam masuk kem. Kem bestari solat pun ada jugak aku kena sebab solat laju laju. Hahaha.

Walaupun suami aku jenis abang abang macam tu. Tapi ada masa dia romantik jugak. Tapi tak selalu. Yang selalu dia sindir aku je.

Masa hari lahir aku, time tu aku dah kat hostel. Dia datang ambik aku pergi makan makan. Ingatkan ajak makan makan je. Rupanya masa dia hantar aku balik kat hostel, sebelum aku turun kereta dia ada bagi aku hadiah.

Aku bukak kat bilik. Dalam kotak tu rupanya rantai emas dengan loket terukir nama aku “Khadeeja”. Lepas tu ada satu kad yang aku nak menangis jugak baca. Aku simpan lagi sampai sekarang.

“Selamat hari lahir isteriku. Semoga panjang umur murah rezeki. Semoga redha Allah sentiasa bersama mu.” Nampak biasa bagi orang lain, tapi aku tersentuh bila tengok perkataan “isteriku”.

Awal awal kahwin aku takde perasaan cinta lagi kat suami aku. Suka mungkin ada. Tapi betul la, cinta tu boleh dipupuk kalau kena caranya. Buktinya aku betul betul jatuh hati dengan suami aku. Walaupun kami bukan pasangan romantis.

So, dah jatuh cinta macam tu, akhirnya aku pregnant. Hahaha. Masa konvokesyen aku, kami dah bertiga termasuk baby dalam perut. Ingat tak gaduh dah ke? Gaduh lagi lepas tu sebab dia nak initial nama anak kami mula dengan T jugak macam nama dia. Aku tak nak.

Amboi nak ikut family dia semua T. Taufiq, Talha, Talib, anak aku nak dinamakannnya Tauseef. Tapi tak jadi! Ok bukan sebab aku yang menang, tapi sebab anak kami perempuan. Jadi dapat lah seketul Khaira Tahsina. Nak jugak T dia!

Itu jelah cerita aku, orang cakap elok dielakkan kahwin dengan sepupu, tapi nak buat macam mana dah tertulis jodoh aku dengan sepupu sendiri. Apa apa pun redha la dengan siapa jodoh kita. Terima kekurangan masing masing.

Akhir kata doakan aku dapat anak kembar pulak lepas ni macam suami aku.

Reaksi warganet

Zalikha Medina –
Min lepas ni jangan approve cerita macam ni. Ko buat orang single macam aku ni kempunan nak kawin jugak. Haha

Siti Faeza –
Seronok baca. Tapi kemungkinan besar adik tak dapatla anak kembar, cucu kembar mungkin ya. Ni kalau ikut rujuk silang belajar bi0logi dulu la. Kalau Allah dah bg rezeki kembar, Alhamdulillah.

Kisah lebih kurang jugak kita ni. Saya dan suami sama sama tak tau bercinta. Sekali suami buka mulut kat aruwah mak mentua nak nikah. Minta tolong mak dia carikan.

Entah macam mana smpai kat ayah saya, tiba tiba saya setuju. Bukan tiba tiba sebenarnya, tulah Allah bagi ilham mungkin sebab masing masing dah sedia.

Sebab beberapa hari sebelum tu terdetik kalau mak ayah cadangkan sesiapa, setuju jela takyah cakap nanti nanti lagi.

Rupanya belah mak suami dengan belah ayah saya ada bau bau bacang yang saya smpai sekarang tak faham walaupun saya jenis suka sejarah. Sekarang anak 3 pun masing masing terkial kial macam mana nak bercinta.

Nafisah Said –
Alhamdulillah. Semoga dapat kembar bahagia sehingga ke jannah. Syukur lah ank sihat walafiat.

Jiran kami perancangan nak bermenantukan anak saudara. Tapi tak menjadi bukan saja takut timbul sengketa kemudian hari tetapi ibu nya tak sudi. Masing2 dah kawin dengan jodoh masing masing.

Tetapi yang agak terkejut ank perempuan sulung mereka rupa ada iras mak saudara nya berkulit hitam manis rendah, badan gempal. Sangat lain dengan ayah juga ibu nya yang tinggi kulit cerah wajah ayu.

Syawaliah Md Radzi –
Best pulak cite ko ni dik. Semoga kekal bahgia hingga akhir hayat. Hakak pun kawen dengan sepupu. Memang dari kecik tak pernah sembang. Dah besau dia kacau pulak mesej2. Last last kawen je.. Ahahaha

Yus Ri Na –
Mak ayah kita pun cousin! Dengarnya, ayah yang fall in love deeply dengan mak dulu. Then family aturkan jodoh walau mak dah ade pilihan hati masa tu.

But seriously mak untung dapat ayah. He done everything for mak. Also the best dad for us, inshaAllah aameen…

Dan ayah jaga mak hingga ke nafas terakhir mak di pagi tatkala ayah bangun untuk sahur puasa sunat. Mak baru pergi dijemput kembali padaNya. Cinta dan Sayang bawak ke mati.

Sumber– Khadeeja (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *